SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Monday, June 13, 2016

Pencakar langit yang ku rindui!


Dah 10 tahun jadi penduduk tetap Bangi.
Sepanjang membesar di KL, bangunan itu yang dilihat setiap hari.
Buka pintu rumah, nampak KLCC.
Ke mana mana (dalam) KL akan nampak KLCC.
Rindu pula hari ni dengan KLCC.
Hahaha....

Meet Up Session (1) - SUKSES!

Alhamdulillah.




Meet Up Session (1), berjaya diadakan.
Terima kasih kepada yang meluangkan masa untuk hadir.
Ada yang tersilap tarikh.
Ada yang tersilap tempat.


Tersilap tarikh tu, bukan salah diorang.
Salah CikYut la sebab tak perasan silap taip di poster.
Jadi, untuk sesi (2), perlu pastikan setiap butiran adalah betul sebelum publish.



.


Terima kasih juga kepada partner sesi (1), Masters Jannatul Fadhilah kerana sudi berkongsi ilmu dengan CikYut dan pengedar lain.
Harapnya boleh la kita partner lagi pada sesi akan datang ya.





Untuk Meet Up Session (2), CikYut dah dapat partner.
Sekarang perlu tunggu kelulusan tempat.
Dapat green light aje, CikYut akan blast poster.

Tazzzabaaaaar!

Hihihi

Wednesday, June 8, 2016

Set Ramadhan Shaklee


Set Ramadhan Shaklee.

Set laris selama 3 bulan sebelum bulan Ramadhan.
Ini kerana, mereka yang gemar melakukan puasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban, akan bersedia dengan set ini.
Tak lupa juga buat wanita-wanita yang gigih mengganti puasa sebelum ketibaan bulan Ramadhan.

Mari kita lihat secara ringkas MANFAAT setiap produk dalam set ini.

ESP
Pembekal tenaga : Membekal tenaga dengan SEGERA dan juga membantu meningkatkan sistem imun. 

Performance
Mencegah Penyahhidratan : mengurangkan kehausan, melembapkan kulit.

MealShakes
Sebagai nutrisi lengkap : menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh.

Lecithin 
Pemecahan lemak dan kolesterol : bertindak sebagai 'pembersih' salurdarah
(Lepas berbuka kan banyak makan, jadi inilah gunanya Lecithin!)




Hubungi saya (Yusrina) sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan masalah kesihatan dan pemakanan.
 
=========================
Yusrina Hata (818055) - 0192712601
Shaklee Certified Product Trainer
Breastfeeding Peer Counselor  
Psoriasis Fighter
=========================






Tuesday, June 7, 2016

Kelas PERCUMA!

Sigh...

Lama dah tak buat kelas.
Mmmm... Nak panggil kelas ke ni?

Kalau lihat pada poster, saya tulis 'Meet-Up Session'.
Memang kebiasaannya, kalau saya buat kelas, saya akan buka kepada semua SID.

Jadi, untuk kesekiankalinya.
Kali ini berkaloberasi dengan Masters Jannatul Fadilah.





Apa yang saya mahu kongsi?
Kena la datang.

Jom daftar sini http://goo.gl/forms/sHEH5qOAJnQHxU1M2


Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...