SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Friday, October 31, 2014

Cinta Hati

Cinta Hati - Siapakah cinta hati anda? Siapakah yang menyebabkan anda terus bangkit melakukan apa yang anda lakukan sekarang? Ya, kebanyakan kita, CINTA HATI kita ialah keluarga kita, iaitu ibubapa, suami/isteri dan anak-anak.



Ini ialah CINTA HATI saya. Tanpa mereka, siapalah saya dalam kehidupan ini. Tanpa mereka, hidup saya pasti kosong. Apa yang sedang saya USAHA kan sekarang adalah kerana mereka, CINTA HATI saya!


AZ's Family


Hata's Family


Tidakkah anda mahu USAHA sesuatu yang akan menggembirakan CINTA HATI anda? Jangan tunggu lagi. Lakukan ia SEGERA sebelum semuanya terlambat.


Thursday, October 30, 2014

Bulat atau sfera?

Bulat atau sfera? - Sama tapi tidak serupa. Atau serupa tapi tak sama. Hihihi.


Saya tanya pada Azyana, " Azyana, bumi ni bulat ke?"
Azyana pun menjawab,"Takla, bumi ni sfera."
Saya tanya lagi,"Sfera tu macamana?"
Dia pun jawab,"Bumi sfera sebab ia 2D bukan bulat"


Amboi... ada 2D tu..
Ibu takde ajar pun.


Bumi bentuk sfera

Ini bulat


Suplemen kegemaran...

MasyaAllah...

Ni yang susah jadi peminat Shaklee. Semua pun kegemaran! Hari tu saya tulis pasal ni juga. Produk masa tu ialah OmegaGuard. Hari ni apa pula yang jadi kegemaran saya? heeee

Kali ini ialah mengenai Ostematrix!



Saya memang suka sangat dengan Ostematrix. Dan seperti biasa, saya juga akan buat eksperimen kepada diri sendiri. Setelah consume Ostematrix untuk sekian lamanya, saya cuba untuk berhenti makan. 

Hampir sebulan juga saya tidak consume. Selepas sebulan, pada malam itu saya mula kembali untuk consume Ostematrix. Seperti biasa, saya consume 4 biji sebelum tidur. Dan keesokan paginya, saya bangkit lebih awal dari biasa dan tanpa sebarang rasa lenguh-lenguh pada badan!

Alhamdulillah. Segar sungguh rasa badan! Sepanjang tempoh tidak consume, saya memang bangun awal, tetapi badan saya seperti tidak puas tidur. Bahkan rasa kepenatan. Pelikkan. Padahal baru bangun tidur. Bukan pergi berlari. Sekarang, dah tentu saya tak nak buat eksperimen lagi dengan Ostematrix. Ia akan terus menjadi pujaan hati saya!

pst : Ostematrix sangat-sangat digalakkan kepada ibu-ibu yangmenyusukan si kecil!


Rakan Nutrisi dan Penyusuan Anda!
Yusrina 019.271.2601


Wednesday, October 29, 2014

Tempat melepak paling best di abad ini!

Ok...

Korang memang takan baca cerita pasal suplemen dalam dua tiga hari ini. CikYut saja nak bawa korang jenjalan.

Biasanya, cerita selain dari suplemen atau bab kesihatan, CikYut akan tulis di www.yusrinahata.com. Tetapi kali ini, CikYut sengaja nak menambah rasa di dalam blog ini.

Kali ini, CikYut nak cerita, port melepak paling BEST bagi CikYut.

Ya. Shaklee HO di The Pinnacle Sunway!

Kalau ke sini, satu hari suntuk pun tiada masalah. Sangat luas dan tenang! Lepas tu, pemandangan ke luarnya memang best. Off course le take nampak gunung ganang ke kan.. Tapi seronok sangatla duduk kat sini.

Sapa nak rasa keseronokannya, bagitau na. CikYut bawa korang ke sana.

Makanan kegemaran...

Eh...
Tetiba je pula blog ni nak cerita pasal makanan kegemaran. Hihihi... Sekali-sekala, kita cerita perkara lain kan.

Saya seorang yang suka makan. Dan saya tidak cerewet pasal makan. Cukup masin manis asam nya tu, kira jadilah makanan tu. Kemudian saya memang tak pandai nak cakap makanan tu sedap ke tidak! Memang tak dapat. Sebab fokus saya ialah mengenyangkan perut bukan mengenyangkan tekak. Tapi kalau masakan tu memang tak sedap langsung, I will tell you. Don't worry!

Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam. Bila-bila masa, di mana sahaja, biasanya cari nasi ayam. Masakan mak pak adalah no 1. Eh jap. Nape makpak? Sebab dua-dua masuk dapur, jadi kita xtau sapa sebenarnya masterchef nya. Dan kalau yg di kedai, saya sukan ke Kg Pandan. Gerai-gerai depan umah flat Desa Pandan tu.

Mak saya mmg suka saya makan nasi ayam. Sebabnya katanya, inilah menu paling senang. Jadi dia boleh masak pun bebila je! Ahahahaha... Saboo jelah kan...

Anda pula bagaimana? Apa makanan kesukaan anda?

Rakan Nutrisi dan Laktasi Anda!
CikYut 019.271.2601

Tidur lepas menyusu

Tidur lepas menyusu - Memang selalu pun macam ni. Jadi apa yang peliknya? Lepas bayi tu menyusu, dia akan sambung tidur balik.

Hahahaha....

Memang tiada yang pelik. Tapi kadang ada juga yang bertanya, 'Takpe ke bayi saya tidur lepas menyusu?'. Sayangku, sudah bayi kamu itu masih kecil, mentelahah apa lagi yang boleh dilakukannya? Pastilah menyusu dan tidur. Tidur dan menyusu.

Tidak selesa, dia menangis. Tidak selesa, dia meragam. Itu sahajalah. Yang penting, usah panik. Bertenang.

Rakan Nutrisi dan Laktasi Anda.
CikYut 019.271.2601

Tuesday, October 28, 2014

Tesetimoni ESP : Kesan paling ketara

Testimonial ESP - Kesan yang paling ketara kepada diri saya sendiri ialah kulit muka yang gebu dan comel! 

Hihihi... Sapa nak puji diri sendiri kalau bukan sendiri yang pujikan! Walaupun mengalami psoriasis, kawasan yang paling kurang mengalami gangguan ialah pada kulit muka.

Alhamdulillah. Syukur.

ESP membantu mengekalkan kecantikan kulit muka. Sekiranya saya tidak cerita kepada orang bahawa saya mengalami psoriasis, tiada siapa yang akan tahu atau pun perasan. Mereka hanya akan tahu selepas saya membuka cerita.

Kata mereka, kulit muka saya tidak nampak seperti mengalami masalah kulit. Halus dan gebu (walaupun masih belum segebu upline saya!). Keadaan ini sebenatnya banyak membantu salam memberikan kekuatan kepada saya untuk berhadapan dengan orang ramai.

Bayangkan sekiranya kulit muka tidak berapa cantik, pasti ia akan mengganggu kehidupan seharian. Bagaimana nak jumpa prospek? Bagaimana nak jumpa pelanggan? Betulkan.

Alhamdulillah. ESP bukan sahaja membantu memberikan kesihatan tubuh badan bahkan membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan!

Kau bukan lagi kawanku

Kau bukan lagi kawanku. Setelah hampir 6 tahun kau bersamaku, kini ku harus mengucapkan selamat tinggal kepadamu.


Ya, selamat jalan alfalfa. Kita kini tidak lagi dapat bersama. Sekiranya dulu kau menjadi teman setiaku disepanjang proses penyusuanku bersama anak-anak. Kini aku perlu melupakan kamu.

Sememangnya dari mula CikYut tahu, ALFALFA tidak sesuai untuk pesakit autoimmune seperti SLE. Dan sememangnya CikYut juga tahu bahawasanya psoriasis juga adalah penyakit autoimmune. Sepanjang CikYut consume alfalfa, ia tidak memberi kesan buruk bahkan banyak membantu CikYut dalam penyusuan dan juga dalam mengeratkan hubungan suami isteri. Namun atas nasihat dan perbincangan dengan upline, maka CikYut perlu memberhentikan pengambilan alfalfa secara serta-merta.

Walaupun ia tidak memberi kesan buruk yang melampau, namun ia boleh mengganggu proses pemulihan psoriasis yang sedang saya lakukan. Alfalfa bertindak balas sebagai agent pengaktif kepada penyakit autoimmune. Ia akan menyebabkan keadaan seseorang itu menjadi lebih teruk.

Buat rakan-rakan yang sedang mengalami psoriasis, boleh hubungi CikYut untuk berkongsi cerita dan mendapatkan konsultansi mengenai suplemen yang bersesuaian bagi penyakit psoriasis. Saya berbesar hati untuk membantu anda!


Rakan Nutrisi dan Penyusuan Anda.
Yusrina 019.271.2601


Mudahnya menyusukan

Mudahnya menyusukan - Ya, sebenarnya proses penyusuan sangat mudah apabila anda membenarkan ia untuk menjadi mudah. Cabaran yang dihadapi semasa penyusuan dapat diatasi dengan baik apabila kita telah berseddia untuk menghadapinya. namun begitu, ada masa kita tidak dapat menjangkakan apakah cabaran baru yang akan berlaku pada hari itu.

 

 

Bagaimana untuk membuatkan penyusuan itu mudah?

Matlamat - nak menyusu pun perlu ada matlamat? Ya. Dengan adanya matlamat, ini akan dapat membantu ibu untuk sentiasa berfikiran positf. Tetapkan matlamat jangka panjang dan jangka pendek. 

Matlamat jangka panjang : menyusukan si kecil selama 2 tahun
Matlamat jangka pendek : dapat melalui cabaran pada setiap hari


Sokongan - kenalpasti sokongan yang ibu perlukan. Sama ada sokongan dari suami, keluarga, rakan sekerja dan juga orang sekeliling. Dapatkan persetujuan dan persepakatan dengan bentuk-bentuk sokongan ini. Dapatkan bantuan dari satu pihak, sekiranya terdapat satu pihak yang lain tidak dapat memahami matlamat si ibu.

Contoh, si ibu mahu menyusukan si kecil tetapi terdapat bantahan dari ibu (si nenek). Maka si ibu perrlu dapatkan sokongan dari si bapa atau dari orang ain (cth, kumpulan sokongan) dan memberikan penjelasana dan pemahama kepada si nenek tadi.


Memohon dariNya - Banyakkan berdoa kepada Maha Pencipta supaya dipermudahkan urusan dalam penyusuan itu. Kita tidak dapat menjangka apakah yang akan berlaku, namun kita boleh memohon dari Allah supaya kita sentiasa tabah dan cekal untuk menghadapinya. Kemanisan hanya akan datang apabila kita telah memalui cabaran itu.


Kenapa saya katakan menyusu itu mudah?
Dengan pengalaman 3 orang anak yang menyusukan, dan dengan situasi berbeza, dan ditambah pula dengan keadaan kesihatan diri yang mudah untuk goyah, saya hanya fikirkan satu perkara, Mudah untuk menyusukan!


Anda ada masalah, perlukan bantuan dan sokongan dalam penyusuan anda? Hubungi saya, CikYus 019.271.2601. Saya akan bantu sedaya yang mungkin.

Tuesday, October 21, 2014

Shaklee tiada duta khas...

Shaklee tiada duta khas - Ya, Shaklee Malaysia tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menjadi duta Shaklee Malaysia! Semakin hari, Shaklee telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.


Ramai yang telah mendaftar diri sebagai ahli Shaklee. Ada yang mendaftar kerana ingin mendapatkan produk pada harga ahli, bahkan ada juga yang mendaftar kerana ingin menjana pendapatan melalui Shaklee! Shaklee kini telah menarik minat ramai orang untuk mendekatinya.





Antara yang menjadi ahli Shaklee ialah Rita Rudaini. Beliau memang dah lama menjadi pengguna Shaklee. Mulanya untuk anak-anaknya. Kini beliau menggunakannya dan kemudian mendaftar. Bukan itu sahaja, Rita Rudaini juga telah aktif dalam bisnes Shaklee!


Shaklee tidak membayar mana-mana artis untuk menjadi duta. Mereka lakukannya kerana mereka telah mempercayai produk ini. Dan mereka menjalankan bisnes ini kerana mereka yakin Shaklee mampu membantu mereka dan orang lain. Duta sebenar Shaklee ialah pengguna dan pengedar itu sendiri. 



Anda bagaimana? Sedang mencari produk yang sesuai dengan anda? Atau sedang mencari bisnes yang sesuai dengan anda?


Sunday, October 19, 2014

Apa itu ASID AMINO?

Apa itu ASID AMINO? - Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.




Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tidak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperoleh dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu.





Kesemua 9 asid amino perlu terdapat di dalam ESP. Shaklee menggunakan proses pesijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Oleh itu, pastikan anda memilih produk yang mempunyai 9 asid amino ini!

Friday, October 17, 2014

Set 3M - Set Penyusuan Paling Meletop!

Set 3M - Set Penyusuan Paling meletop. Sejak diperkenalkan pada 2011, set 3M telah banyak membantu ibu-ibu dalam menjayakan perjalanan penyusuan mereka bersama si kecil.

 


Sehingga kini, walaupun telah banyak produk milkbooster dipasaran, Set 3M tetap menjadi pilihan ramai. Ini kerana Shaklee menghasilkan rangkaian suplemen yang selamat, seiring dengan moto syarikat, Always Safe, Always Work , Always Green. Maka ramailah yang tanpa ragu-ragu untuk terus memilih produk Shaklee sebagai teman dalam penyusuan mereka!


Set ini mengandungi VitaLea, Sustained Released Vita C, Bcomplex, Alfalfa Complex, ESP dan Ostematrix. 

Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari, maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.


Dan....

Walaupun telah consume set 3M, saya akan sentiasa mengingatkan para pelanggan saya yang budiman utnuk sentiasa kekal kepada teknik asas iaitu 'Demand & Supply". Dengan semata mengambil set 3M tanpa berpegang kepada teknik asas, belum tentu dapat menjayakan penyusuan ini.



Rakan Laktasi dan Nutrisi anda,

CikYut | 0192712601













* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Thursday, October 16, 2014

Rakan baik sepanjang masa!

Rakan baik sepanjang masa - Semua orang mempunyai rakan baik. Mmm.. yang mana satu paling sedap untuk disebut? Rakan baik atau sahabat baik? Ada yang kata ia memberi deinasi yang berbeza. Bagi saya, terpulang kepada anda bagaimana anda ingin mendefinasikannya seiring dengan perkataan itu. 


Rakan baik saya ialah ESP! Sahabat baik saya pula ialah anda!

ESP telah menjadi rakan baik saya sejak 2008 dan sehingga kini ia masih setia bersama saya. (Atau saya yang masih setia bersamanya). Tanpa ESP, kehidupan saya tidak lengkap. Ada yang mengatakan saya terlalu bergantung kepada ESP. Ya, tidak dapat saya nafikan itu. Ini kerana ESP dibuat dari sumber yang Non-GMO, sedang dalam kehidupan seharian kita penuh dengan sumber yang telah diubah secara genetiknya. Ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

Setiap 850gm (sebekas ESP) dihasilkan daripada 30kg soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Saya boleh berasa kenyang sepanjang hari apabila minum secawan ESP (dengan 3 sudu besar ESP). Dan, yang paling penting sekali ialah ESP ialah satu-satunya produk yang yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
 
Semua golongan boleh mengambil ESP. Dan dengan kandungan indeks glisemik yang rendah, iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai kepada penghidap kencing manis (Diabetes Mellitus). Sebab itu ia menjadi rakan baik saya, dan saya akan menjadi rakan baiknya!
 
 
Adakah anda mahu mencuba?
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ESP pada bulan ini!
 
Kelebihan membeli 6 bekas ESP
PERCUMA 1 bekas bernilai RM150
 PERCUMA keahlian bernilai RM65
Berpeluang membeli pada HARGA AHLI
PENJIMATAN RM174
PULANGAN TUNAI berjumlah RM36
 
Jumlah PENJIMATAN sehingga RM425
 
 
 

Wednesday, October 15, 2014

Luka cepat sembuh dengan ZINC Complex!

Luka cepat sembuh dengan ZINC Complex! Semalam sempat berkunjung ke rumah ahli AZ Fighters, Ilah. Rancangan asala ialah untuk berkongsi kebaikan produk dengan beberapa lagi temannya. 

Namun disebabkan mereka mempunyai agenda mendesak (kawan-kawannya sambung belajar, jadi sibuk jumpa pensyarah) maka kami teruskan agenda dengan sesama kami sahaja.

Saya lebih banyak bertanya mengenai kebaikan produk yang telah digunakannya. Nak dijadikan cerita, suami Ilah belum lagi mencuba sebarang produk Shaklee. Namun dia tidak menolak untuk mencuba. Suami Ilah mempunyai kencing manis dan mempunyai sedikit luka pada jari kakinya. Agak lama juga keadaan itu berlaku. Satu hari, Ilah telah beri ZINC Complex kepada suaminya. Ini pun kerana stok ZINC Complex kepunyaannya masih ada.


Dan Alhamdulillah. Selepas 3 hari, luka pada kaki suami Ilah semakin kering. Dan suami Ilah semakin gembira dengan keadaan ini. Saya mencadangkan kepada Ilah supaya membawa suaminya ke klinik untuk membuat pemeriksaan darah untuk mendapatkan bacaan terkini mengenai status kencing manisnya. Dan kemudian memulakan program kesihatan untuk pesakit kencing manis (saya tidak tahu suaminya ada kencing manis!).

Anda bagaimana? Mahu cuba? Usah bertangguh lagi. Kesihatan adalah kekayaan yang berpanjangan. Pelihara diri, sayangi keluarga!








Cuci hidung untuk kurangkan selsema!

Cuci hidung untuk elak selsema - Post saya adalah 'back to back' mengenai selsema! Ya, kerana seisi rumah saya sekarang sedang mengalaminya. 


Selsema sangat jarang berlaku di dalam rumah ini. Tapi dek faktor cuaca yang tidak menentu, badan kami seakan tidak mampu bertoleransi lagi. Jadi saya sebenarnya berkongsi dengan pembaca sekalian, apa yang saya lakukan untuk merawat selsema di dalam rumah ini.

Selain daripada menggunakan minyak bawang putih dan produk Shaklee sebagai perisai, cara yang akan saya ceritakan ini juga boleh digunakan untuk membantu mengurangkan selsema. Ianya sangat mudah, bahkan saya rasa ia membantu mengeringkan selsema dengan cepat. Namun perlu diingat juga, selagi penyebab selsema masih ada, maka terdapat sedikit kesukaran untuk mengeringkan selsema itu dengan cepat dan pantas.

Baiklah.


Apakah caranya?

1. Sediakan semangkuk air suam dan masukkan sedikit garam. kacau sehingga garam larut di dalam air.
2. Sediakan nasal spray. Ia boleh dibeli di farmasi atau di kedai menjual barangan bayi.


3. Posisikan si kecil pada keadaan meniarap, seperti nak terbang macam superman tu.
4. Sedut air suam bercampur garam dengan menggunakan 'nose cleaner' itu.
5. Picitkan ke dalam satu lubang hidung si kecil. Dan picit pula di sebelah lubang yang lain.

Selepas melakukan prosedur ini, anda akan dapati segala hingus di dalam hidung si kecil akan keluar. Kadangkala, ada yang akan keluar dari mulut mereka. Hanya cucikan mulut dan hidung si kecil dengan air dan cuba untuk buang hingus yang meleleh keluar itu ya. Mereka akan berasa sangat lapang dan lega selepas prosedur ini. 



Boleh faham bagaimana nak lakukannya? Kalau tak nampak caranya, boleh Whatsapp atau call saya ye 0192712601.



Tuesday, October 14, 2014

Merawat selsema si kecil dengan Shaklee

Merawat selsema si kecil dengan Shaklee - terdapat beberapa cara yang boleh dipakai untuk merawat si kecil yang sedang selsema. Post sebelum ini saya sentuh mengenai rawatan secara tradisional. Ibubapa juga boleh mencuba menggunakan produk Shaklee dalam membantu mengurangkan masalah ini. Penggunaan secara berterusan pula dapat mencegah atau mengelak ia dari berlaku dengan kerap. 


Bagi anak kecil yang berusia 1 hari hingga dua tahun, sudah tentu suplemen tidak diberikan kepada mereka. Doktor juga tidak akan memberikan sebarang preskripsi kepada si kecil sehinggalah mereka berusia satu tahun. Namun begitu, suplemen dapat diberikan menerusi ibu. Si ibu boleh mengambil Nutriferon dan Vitamin C untuk tujuan rawatan, dan juga OmegaGuard untuk tujuan pencegahan.



Bagi anak-anak yang berumur dua tahun ke atas, suplemen yang dicadangkan ialah Chewable Vita C dan OmegaGuard. Pemberian MealShakes kepada si kecil juga sudah boleh dimulakan. Namun begitu, kuantiti atau sukatan bagi anak kecil ini tidak sama seperti anak-anak berumur empat tahun ke atas.


Ibubapa turut diingatkan supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dhulu sekiranya si kecil anda mempunyai masalah kesihatan. Kebiasaannya selsema berlaku disebabkan cuaca sejuk, alergi pada habuk atau makanan.

Untuk memastikan selsema si kecil cepat sembuh, ibubapa juga perlu mencari apakah penyebab selsema mereka. Sekiranya disebabkan habuk, maka ruangan di dalam rumah dan peralatan perlu dibersihkan sekerap mungkin. Hilangkan pencetusnya, InsyaAllah ia dapat dielak dari berlaku lagi.




Penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak.


Mengubati selsema si kecil - cara tradisional

Mengubati selsema si kecil - Di internet, terdapat pelbagai cara untuk mengubati selsema si kecil. Disebabkan saya sering mengalami selsema (orang imuniti rendah ni, pantang sejuk sikit), maka secara tidak langsung, Azmie akan turut sama selsema. 


Cara yang biasa saya gunakan ialah dengan membakar bawang putih, kemudian dilenyekkan bersama minyak dan sedikit lada hitam. Minyak dan bawang putih itu disapu pada tapak kaki anak. Saya juga akan urut satu badan bayi dengan minyak itu. Memang keluar angin satu badan, sampai nak termuntah saya dibuatnya. Ada juga yang mencadangkan supaya diletakkan bawang putih lenyek itu pada tapak kaki si kecil kemudian dipakaikan stokin.Yang ni saya jarang buat sebab Azmie tak suka pakai stokin. Nanti dia akan buang stokin tu.

Cara rawat selsema (tradisional)

Lakukan dengan kerap. Setiap hari sehingga selsema si kecil hilang. Boleh juga digunakan kepada orang dewasa terutama untuk mengurut. Kadang kala, kita boleh dapat selsema ni sebab urat tergeliat satu badan. Urutkan juga di bahagian kepala menggunakan minyak ini.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...