SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Monday, August 31, 2015

Free Trip to Bangkok!

Bismillahirrahmanirrahiiim.

Tu diaaa...

Ni bukan trip convention.
Ni pun bukan International trip.
Ni memang trip lain dari yang lain.

Buat mereka yang termasuk dalam kategori yang disyaratkan, cepat2 la grab peluang ni ya!!

Any inqury?
Call CikYut cepat ok. 0192712601.

Monday, August 24, 2015

Discover Shaklee with Master Freddie Lee

Alhamdulillah.

Dengan izinNya, dapat juga saya hadirkan diri ke sesi ini. Saya sebenarnya hampir-hampir terlupa untuk membayar wang komitmen. Mujur ternampak nama Master Faezah di Whatsapp, terus saya hubungi beliau.

Master Freddie Lee merupakan Masters Coordinator pertama Shaklee Malaysia. Beliau berkongsi cerita dan sejarah bagaimana Shaklee bermula di Malaysia. Selain daripada itu, beliau turut berkongsi apa yang beliau telah lakukan untuk menjadi Masters Coordinator dan seterusnya bertahan sehingga ke hari ini.

Sememangnya banyak ilmu yang diberikannya. Beliau tidak lokek untuk berkongsi bahkan setiap peserta yang hadir turut menerima sekeping poster yang mempunyai nukilannya la sendiri.


Monday, August 17, 2015

Dijemput semua!

Seperti biasa, pihak Shaklee Malaysia memang rajin buat sambutan perayaan. Kali ini, sambutan bersempena Hari Raya Aidilfitri akan dilakukan di Holiday Villa, Subang Jaya.

Majlis ini turut diadakan serentak dengan 'motivation rally', iaitu majlis pengiktirafan kepada para pemimpin (leader). Bukan setakat tunggu NC aje nak naik pentas, malah masa motivation rally ni pun naik pentas juga!

CikYut belum dapat green light lagi untuk ke majlis ini. Sebabnya, green light dah digunakan sepanjang hujung minggu. Pada hari Jumaat ini, CikYut nak jumpa kawan-kawan baru. Hari Sabtu ada kelas di Success Center, dan Ahad kelas menjahit pula sebelah pagi.

Kalau dapat green light untuk sesi ini, confirm kalian akan jumpa CikYut di sana. Buat yang berkelapangan, jemput datang ya. Tiada bayaran dikenakan. Ianya PERCUMA kepada semua!

Friday, August 14, 2015

Rindu dengan mikrofon!

Tahun ni.
JK Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdang, jemput CikYut lagi untuk bagi talk.
Hahahaha....
Sudah tentu CikYut suka!
Tahun lepas, Hospital Serdang hanya sambut Minggu Penyusuan Sedunia secara sederhana.
Tahun ni, mereka anjurkan semula konvensyen dan ia dirasmikan oleh Pengarah Hospital yang baharu.

Apa tajuk talk CikYut?
Mengikut tema la kan.
'Cabaran Penyusuan Ibu Bekerjaya'

Dan, CikYut memang sangat gembira.
Sebab dah lama tak pegang mikrofon!!
Hahahaha...
Sengal betul CikYut ni.

Sedihnya.... Takde promosi

Untuk pertama kalinya.
Shaklee tidak menawarkan sebarang promosi kepada para pengedarnya.
Pihak Shaklee Malaysia hanya melanjutkan promosi 'pembelian 4 botol dengan harga 3 botol' Vitalea for Kids.

Hish... Memang sedih.

Ohya, YES Pack masih berlangsung selari dengan YES Programme yang akan berakhir oada Oktober 2015.
Oleh itu, kalau korang masih belum mendaftar, cepat-cepat hubungi CikYut untuk membuat pendaftaran keahlian ye..

Untuk menggantikan kesedihan para pengedar (sedih sebab tiada promosi kan...), maka pihak Shaklee Malaysia dengan berbesar hati menawarkan reward BONANZA kepada ahlinya.
Semua ahli yang mendaftar sebelum Ogos 2015, layak untuk mendapatkan reward inj (T&C apply).

So, kalau korang dah jadi ahli, hubungi upline masing-masing untuk mendapatkan maklumat selengkapnya ya!

Thursday, August 13, 2015

Shaklee 'Win Back' Campaign

Alhamdulillah.

Shaklee memang prihatin dengan ahlinya.
Walaupun bulan ni tiada promosi produk khusus, namun Shaklee telah adakan satu kempen untuk menarik kembali ahli-ahlinya.

Adakah anda (ahli) telah menerima SMS dari Shaklee?
Apa lagi, cepat-cepat call CS Shaklee ya!

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...