SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Thursday, March 19, 2015

Sesi cross sharing di JB



6 Mac yang lalu, ke JB. Untuk buat sesi cross coaching. Kenapa cross? Sebab sesi ini dianjurkan oleh Leader dari grup lain, dan speaker-speakernya pula dari grup lain.


Displaying IMG-20150306-WA0009.jpg


Ada juga anak cucu yang dapat hadir. Alhamdulillah.

Displaying IMG-20150307-WA0001.jpg 


Apa CikYut bebelkan? Hahahaha... Yang datang saja yang tahu!

Displaying IMG-20150307-WA0002.jpg



Posing juga dengan sideline tercinta!

Displaying IMG-20150307-WA0000.jpg

Tuesday, March 10, 2015

Kurang air boleh sebabkan sembelit!

Cuaca panas terik dijangka akan melanda Malaysia sehingga penghujung April. Waktu yang paling panas yang dilaporkan ialah antara jam 2-4 petang. Namun begitu, apa yang CikYut nampak, di Kuala Lumpur dan sebahgian kawasan di Selangor ni, siangnya panas. Tetapi akan hujan lebat menjelang petang. Panasnya memang yang ketara panas.



Kenapa CikYut sebut ketara panas? Terlalu panas sehingga CikYut mendapat sembelit. Atau pembuangan adalah tidak seperti biasa. Walhal, saya tak ke mana-mana dan consume air masak juga lebih dari biasa.


Hangpa tengok chart di bawah ni..



Sepanjang satu minggu, dok sembelit. Pelik sungguhla hai. Air dah banyak minum. Pasaipa boleh jadi sembelit gak. Lepas tu, baru teringat kat Performance Drink!! Hihihi.. Time dah parahla kan baru nak ingat.


Dengan bantuan Performance Drink dan makan buah-buahan, barulah stool CikYut dapat kembali kepada keadaan asal. Bukan itu saja, dua tiga hari gak la terOVER lawas!! Hahahaha... Gamaknya seminggu lepas tu susah sangat nak membuang, semua pun tersimpan. Bila dah lawas, perut yang membuncit tadi juga KEMBALI KEMPIS! 


Performance tu CikYut bancuh kaw-kaw punya. Satu liter air dengan 4 senduk Performance. MasyaAllah!! Rasanya memang rasi dengan tekak. Sekarang takde dah nak bancuh ala-ala je. Ni kawan SID la yang bagitau ni. Memang mengancam rasanya.


Haaa.. Kalau korang rasa ala-ala nak sembelit atau dah sembelit, boleh pekena Performance Drink ni aaa... Memang membantu banyak. Badan kurang dehidrate, senang untuk membuang plak tu!




Sunday, March 1, 2015

Breastfeeding Sharing di Alam Maritim

Lama dah bercuti dari dunia penyusuan. Ya.. Dua tahun rasanya. Dari mengandungkan Azmie sehingga dia dah berumur satu tahun tiga bulan. Kali ni terasa perlu bergerak semula. Walaupun dalam skala kecil, lebih ramai ibu sebenarnya yang mahukan informasi. Sememangnya banyak informasi yang boleh kita dapat dari internet. Tapi belum tentu informasi itu sesuai dan benar.


Saya belum mengikuti kursus penyusuan 40 jam dan juga bukan seorang IBCLC. Maka setiap aktiviti saya tidak mempunyai sebarang bayaran. Melainkan ada yang sudi nak bayarkan duit minyak saya. Hihihihi. Saya hanya seorang ibu yang telah menyusukan tiga orang cahayamata. Seorang rakan yang telah mengikuti kursus 20 jam dan kursus di bawah kelolaan MBFPC. Dan saya hanya seorang yang mencintai dunia penyusuan. Hanya mahu melihat lebih ramai ibu menyusukan bayi mereka. Itu sahaja.


Maka, atas sebab itu. Saya bertanya kepada 'cucu' saya sama ada bolehkah saya mengadakan sesi perkongsian ini bersama rakan-rakan sepejabatnya. Alhamdulillah. Saya terima maklumat positif. Maka, pada hari Jumaat lepas, saya ke Alam Maritim untuk melakukan perkongsian ini.



Nampak macam saya buat kelaskan. Tapi sebenarnya tidak. Itu sebab nak mulakan majlis dan saya banyak menulis input di papan putih, maka saya berdiri aje.



Tajuk perkongsian kali ini ialah mengenai persiapan. Ada 3 orang bakal ibu dan 5 orang ibu dalam sesi ini. Maka kita cungkil persiapan ibu-ibu untuk dijadikan panduan kepada bakal ibu.



Bersama cucu Shaklee saya, Suhailyn.



Seronok betul rasa apabila dapat bercerita, berkongsi, dan mencungkil pengalaman dari ibu-ibu ini. Mereka yang hadir sangat memberi kerjasama yang menggalakkan. Selesai sesi ini, kami mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan, check BP dan BMI. Masing-masing teruja nak check! 


Terima kasih staf Alam Maritim. Sudi-sudilah untuk terima saya lagi ye!


Anda mahu duduk berkumpul dan berkongsi pengalaman anda bersama rakan-rakan lain? Boleh hubungi saya.



HLHV Day 2



Alhamdulillah.


Berjaya untuk buat sesi kedua HLHV.


Kali ini ada dua orang jiran yang sudi untuk mengisi borang hijau CikYut.


Displaying IMG-20150225-WA0001.jpeg


Objektif utama HLHV ialah untuk membentuk kesedaran mengenai kesihatan. Cakap omputihnya is to create health awareness. Dalam status kesihatan mereka sekarang, adakah mereka perlukan makanan tambahan? Dengan cara hidup mereka sekarang, adakah mereka perlukan makanan tambahan? Sekiranya mereka sudah memulakan sesi mengambil makanan tambahan, adakah ia mencukupi? Atau berlebihan? 


Disebabkan kedua-dua orang jiran tetangga saya ini merupakan pengguna Shaklee, maka ia menjadi sesi reassesment buat saya kepada mereka. Dan juga menjadi sesi bertukar testimoni, pandangan dan pendapat. Si A dah consume ini, si B belum. Si A bagi testimoni. Si B teruja. Begitulah situasinya.


Anda menetap di Bandar Baru Bangi? Mahukan saya ke rumah anda untuk mengadakan sesi Healthy Life Home Visit? Hubungi saya ye!



Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...