SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, September 24, 2014

Suplemen kegemaran yang baru!

Weeeee....
Berapa ramai yang tahu saya peminat setia ESP?
Ok, ni nak bagitau, sekarang dah ada pengganti ESP.
Eh, saya masih minat lagi ESP. All time feveret tu!
Cuma, sekarang saya suka dengan yang satu ni.

Sebelum saya bagitau apa dia.
Meh saya cerita apa benda ni dah buat kat saya.

Sebelum ni, consume memain je, tak konsisten.
Lepas bersalin, saya consume secara konsisten.
Sehingga pada satu hari iaitu sebulan yang lepas, 
saya decide nak stop ambil.
Kenapa nak stop pula?
Sebab saya nak rasa apa yg berlaku apabila saya tak ambil suplemen ni lagi.

bila dah tak consume balik.....
1. Selera makan saya tak boleh nak kawal. Asik nak makan saja.
2. Selsema sokmo nok mari jah
3. Lenguh-lenguh pada bahagian kiri saya kembali terasa
4. Batuk cepat betul sampai.

Masa consume, dua perkara yang memang saya perasan sangat ialah selera makan dan bab lenguh tu. Memang takde langsung. Selera makan tu bukan le takde langsung, tapi terkawal. Tidakle, nampak makanan je, nak makan.

So, memperkenalkan...... Suplemen kegemaran saya yang terbaru!

Jeng jeng jeng


Yeaaaay!

Tuesday, September 23, 2014

khasiat kulit kayu manis


KHASIAT KAYU MANIS
Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis ni mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Sapukan di bahagian berjerawat. Kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut. Ia membantu membuang angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.

3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.

4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.

5. Sakit gigi

Ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli. Letakkan campuran di  bahagian gigi yang sakit.Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tu.

6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

7. Jangkitan pada pundi kencing

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

8. Kolestrol

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.

9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis  boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari. Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.

11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

12. Masalah kesuburan

Lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan setiap pagi.
Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.

Get Clean : Hand Dish Wash Concentrate





Saya sangat suka dengan pencuci pinggan Shaklee ini! Walaupun telah menjadi ahli sejak 2009, namun saya hanya mula menggunakan pncuci ini pada 2012. Ketika itu, sabun untuk mencuci botol dan keperluan si kecil sudah habis. Botol ini sememangnya sudah ada di dalam almari Shaklee saya. Jadi, saya ambil dan cuba untuk menggunakannya. Ia wangi dan juga tidak merosakkan jari-jemari bahkan memberi kelembutan pada jari. Sangat sesuai buat mereka yang mengalami alahan pada sabun basuh pinggan terutamanya.

Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan


Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


Sunday, September 21, 2014

Membeli sambil menderma!


Bersempena dengan promosi pembelian MealShakes pada bulan ini, Shaklee Malaysia bersama dengan MyKasih Foundation telah melancarkan program "Love My Neighbourhood". 




MyKasih Foundation ialah sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menyediakan program bantuan makanan, kesihatan dan kesedaran celik kewangan, pendidikan kanak-kanak dan program latihan kemahiran kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik.



Shaklee Cares ialah sebuah organisasi bukan keuntungan disokong secara terbuka, yang diasaskan pada tahun 1992 di tengah Taufan Andrew. Pertubuhan kebajikan ini komited untuk membantu orang yang terlibat secara langsung oleh bencana alam dan kecemasan, serta kumpulan warga akar umbi yang bekerja di kawasan-kawasan terjejas.

Sumbangan Shaklee Cares terdiri daripada produk makanan dan bekalan air bersih, dan juga sumbangan wang tunai dan masa kepada sukarela. Sejak tahun 1992, beribu-ribu jam masa Sukarelawan dan berjuta-juta dolar dalam bentuk wang tunai dan produk sumbangan telah diberikan kepada membantu ahli keluarga Shaklee & membina semula
komuniti mereka. 






105 dari jualan Set 3+1 MealShakes akan dikumpulkan dan disalurkan kepada keluarga yang kurang bernasib baik. Marilah  bersama-sama menjayakan program ini. Shaklee Malaysia mensasarkan kutipan sebanyak RM1 juta untuk diberikan kepada 2000 keluarga setahun.

Wednesday, September 17, 2014

Saiz payudara dan penyusuan

Saiz payudara dan penyusuan, adakah ia faktor utama dalam menjayakan penyusuan? Adakah saiz besar mempunyai susu yang banyak dan saiz yang kecil tidak mempunyai susu?


Tidak, saiz payudara bukan faktor utama dalam kejayaan penyusuan. Ya, seringkali kita dimomokkan dengan ayat berikut "Oh, tetek kau kecil, sebab itu tak banyak susu!" atau dengan ayat ini "Patutla susu kau banyak, tetek kau besar!". Secara fisiologi, saiz payudara yang besar disebabkan oleh lemak yang banyak yang mengelilingi duktus dan kilang susu. Payudara yang kecil ialah disebabkan lemak yang sedikit.

Jadi, apakah faktor yang kejayaan penyusuan?

1. Keinginan dan kesungguhan
Tanpa ada rasa ingin, ia pasti tidak akan berlaku. Tanpa ada rasa sungguh, pastinya kecundung di tengah jalan. Sekalipun kita sudah nekad mahu menyusukan si kecil selama 2 tahun, namun pelbagai rintangan dan cabaran akan dihadapi. Sekiranya si ibu tidak sabar, maka impian itu akan terkubur.

2. Belajar teknik penyusuan yang betul
Ada yang kata, menyusukan si kecil ini senang. Ya, senang apabila kita sudah mengetahui tekniknya. Disebabkan tidak mahu tahu bagaimana cara menyusu yang betul, ramai ibu mengalami kesakitan semasa menyusukan. 

3. Sentiasa POSITIF
Ya, si ibu perlu sentiasa positif. Buat-buat positif pun takpe. Yang penting tiada getaran negatif dalam diri si ibu. 

4. Support dari sekeliling
Si ibu tadi perlu mendapatkan bantuan dari orang sekeliling. Terutamanya suami. Kalau dapat bantuan dari jiran tetangga pun lebih baik. Jangan segan untuk mendapatkan bantuan sekiranya anda mengalami masalah. 

5. Sentiasa berdoa
Mohon dari Pencipta supaya dipermudahkan proses penyusuan ini. Supaya dapat si ibu menyusukan si kecil selama mana yang si ibu dan bayi mahukan.


Setiap kali pergi melakukan home visit, saya selalu berkata kepada si ibu, hanya satu perkara yang saya susah nak pastikan ada atau tidak, banyak atau sedikit, iaitu Kilang susu! Ya la kan... Mana ada alat nak X-ray dan-dan kat payudara kan.. So, kalau saya picit, ada terbit susu, maka adalah susunya itu. Kemudian kita akan terangkan konsep 'demand & suppley' kepada ibu tadi.



Thursday, September 4, 2014

Kurus secara sihat dengan Shaklee

La ni, ramai dok bising. Saya gemuk la. Saya tembamlah. Kadang, kita suggest suh p gym ke, workout sikit ke tak mau. Nah, saya nak suggest cara untuk kurus dengan Shaklee. 

Mula-mula, anda kena faham dulu KONSEP KECANTIKAN. Cantik bukan sekadar muka yang comel lote tu. Cantik terdiri daripada fizikal tubuh badan yang sihat, berat badan yang ideal dan unggul, dan jua mental yang cerdas dan cergas.

Bayangkan si A tu muka comel, badan pun just nice, tapi perangai.... Cakap dengan orang kasar, bertempik bagai. Cantik ke tu? Selalu orang akan cakap kan, 'Muka je cantik, tapi perangai macam setan!' Dah hilang nilai kecantikan si A tu. Jadi, perlulah ketiga-tiga elemen ini cantik secara seiring.

Untuk kurus, biasanya saya akan suggest CINCH SHAKE MIX.


KEISTIMEWAAN Cinch Shake Mix.
Ia menghalang kehilangan otot,
Melindungi metabolisma,
Dan meningkatkan kehilangan lemak tanpa kesan yo-yo diet


Teh yang dibuat secara eksklusif dengan camputan teh hijau dan roibos merah dan putih. Membantu dalam meningkatkan metabolisma. Ia merupakan penggalak tenaga (booster) dan juga tinggi dalam antioksidan. Sangat sedap diminum panas dan sejuk disertakan dengan sedikit perahan lemon.


Tambahkan lagi PHYTOCOL-ST ke dalam senarai.

Phytocol-ST membantu menurunkan kolesterol secara semulajadi. Ini kerana satu tablet Phytocol-ST membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan. Fitosterol tumbuhan telah dibuktikan secara klinikal dalam lebih dari 80 kajian dapat menurunkan kolesterol LDL. 

Selain dari TIGA produk di atas, antara produk lain yang boleh dimasukkan ke dalam set slim anda ialah :

Ada satu produk yang saya belum cuba. Dan ia dikatakan mampu mencuci bersih usus kita sehingga keluar cacing jahat. mmm... Mungkin saya perlu cuba produk itu!


Berminat untuk mendapatkan Set Kurus Shaklee? 
Hubungi saya segera.



Wednesday, September 3, 2014

Keriangan berganda!

Sejak saya menyertai Shaklee, memang tak pernah ada 'double promotion' macam ni. Inilah kali pertama Shaklee buat. mmm... Kenapa agaknya ye? Ok, toksah kita nak serabut pening-pening kepala pikir kenapa Shaklee bikin promotion macam ni. Yang penting, kita ambil peluang ni. Rebut dan gunakan sepenuhnya. 

Oh, promo apa?

Ni haaaaa



See... mana pernah Shaklee buat gini.

Kita enjoy!!

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...