SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Monday, May 30, 2016

Hanya 7 hari!!

Bulan lepas, kawan-kawan Shaklee dok update pasal Pelan Detox 7 hari Shaklee.
Sangatlah CikYut tak ambil port.
Hahahah...

Kelmarin.
Masa di NC, Cik Celine tunjukkan hasil mereka yang teah melalui program 7 hari tu.
Fuuuuh... hasilnya memang mengujakan!

Dok mikir lagi.
Dah sampai masa, CikYut perlu sahut cabaran ni.
Rasanya, waktu paling mencabar untuk CikYut ialah waktu makan malam.
Kerana, kebiasaannya, CikYut akan makan kemudian dari semua orang.
Dan akan habiskan lauk di atas meja.

Ok... no wonder la berat CikYut naik mendadak!!
Hahaha..

Patutnya hari ini hari pertama untuk Pelan 7 hari ni.
Ya, tak berjaya. Sebabnya....
Sedih tengok lauk aras meja tak berusik.
Huhuhuhu..

Esok, mula semula hari pertama.
Semoga berjaya Cik Yusrina!




Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru


Setiap tahun.
Tanpa jemu.
Kita menyambutnya.

Seperti juga Hari Ibu, bukan sehari ini saja kita menghargai guru kita.
Hormati mereka yang tidak pernah lokek memberi ilmu.
Sanjungi mereka yang tidak pernah berputus asa meladeni karenah anak murid.

Setiap masa, sentiasa.

Selamat Hari Guru.

- Tadika Kemas Taman Maluri
- SRK Puteri Pandan 1
- Sek Agama Taman Maluri (Di Masjid Cermin - npk sgt lupa naa sekolah!)
- Sek Men Agama Kuala Lumpur
- Kolej Matrikulasi Melaka
- Jabatan Optometri, UKM


Saturday, May 14, 2016

Orang lain dah DETOKS....

Bulan lepas, kawan-kawan Shaklee semua pakat menDETOKSkan diri mereka. Disebabkan asyik ternampak aje apa yang diorang buat, maka barulah tergerak hati nak menDETOKS sama. Hihihi...


Kalau ikut rasa hati ni kan... Memang le MALAS. Sebabnya CikYut suka makan. Tapi disebabkan memikirkan KESIHATAN diri, maka nak tak nak, perlu juga buat ni. Lagilah CikYut ni pesakit psoriasis. Demi memastikan diri sentiasa sihat dan bertenaga untuk keluarga, mohle kita menDETOKS.




APA ITU DETOKS?

Detoks merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan daripada tubuh manusia. Badan kita sememangnya mempunyai sistem detoksnya yang tersendiri iaitu hati, usus dan ginjal.
Puasa merupaan satu kaedah detoks. Apabila kita berpuasa, badan kita akan melakukan proses detoks secara semulajadi.
Detoks ni dilakukan bertujuan bagi memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan kulit menjadi bersih serta segar. Di samping itu, detoks juga dapat memastikan agar buah pinggang dapat berfungsi dengan sewajarnya.

ok... Jom kita mula.
Nanti CikYut bagitahu cara-caranya ye.

Friday, May 13, 2016

Terapi Pagi CikYut


Dah lama pasang UniFi.
Tapi jarang sangat nak tengok apa channel yang ada.
Anak-anak selalu tengok rancangan Running Man.
Tak lama kemudian, ibu pun terjebak.

Kalau anda pengguna UniFi/HyppTv, buka channel 601.
Boleh ulang tengok kalau terlepas siaran.
Sekarang ibu addict dengan rancangan ni.
'Get It Beauty'

Mencari tips kecantikan dan solekan secara natural.
Tips dalaman boleh cuba Vivix, Vita C dan Bcomplex!
Hihihihi

Monday, May 9, 2016

Pemeriksaan Kesihatan Diri

Alhamdulillah.

Selepas 3 tahun, inilah kali pertama buat pemeriksaan kesihatan sendiri. Sebelum ini, saya buat di Hospital Serdang, kerana saya merupakan kakitangan hospital. Pemeriksaan pula secara PERCUMA. Kali ini berbayarlah kan. Hihihi. Saya lakukan ujian di Klinik As Salam, Bandar Baru Bangi.


Tetapi ujian yang saya buat ini hanyalah pemeriksaan darah sahaja, sebab dah lama sangat tak check. Alhamdulillah, keputusan ujian, semuanya dalam range NORMAL.


Ada pakej lain di Klinik As Salam. Boleh lihat gambar di bawah.


Klinik As Salam


Klinik As Salam

Klinik As Salam

Ada TIGA pakej kesemuanya. Korang pilih la yang mana suka. Doktor-doktor dan kakitangan yang bertugas di Klinik As Salam pun sangatlah AWESOME. Peramah, pemurah dengan senyuman, sangat mesra kanak-kanak.

Ok, ni iklan tak berbayar eeh.. CikYut saja nak inform kat korang, Pemilik As Salam takde bayar apa kat CikYut. MakPak I pun suka sangat laaaa p Klinik As Salam, Bandar Baru Bangi ni. Sanggup dari Semenyih tu, p klinik ni. Rasanya nak kena cadang kepada pemilik, buka satu di Semenyih. Sian makpak I.. hihihi...


Sampai jumpa lagi!





Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...