SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, January 18, 2012

Makanan tambahan buat si kcil

Semakin hari, masa berlalu dengan pantas. Anak-anak dulu kecil, kini dah besar. Pjam celik, pejam celik Azyana dah berusia enam tahun. Ibunya pula terkejar-kejar untuk menguruskan semua anak-anak. Bahagian yang paling bermasalah buat ibu ialah bahagian makan.

Warna merah sikit tak mahu makan. Nampak sayur sikit, tak mahu makan. Adoooi, botak rambutnya, Memilih betul anak-anak ni. Tapi dalam kebanyakan masa, saya masak juga dan cuba untuk ajar mereka untuk tidak terlalu memilih. Dalam hidup kita sentiasa perlu membuat pilihan tetapi ada keadaan di mana memilih boleh membahayakan! >_<

Disebabkan mereka kurang sedikit untuk makan apa yang berada di atas meja, jadi saya beri makanan tambahan. Tambahan ya. Bukan menggantikan makanan. Kedua beradik ni gemar untuk makan Vitamin C. Apabila mereka kurang sihat, laju saja mereka mencapai Vitamin C yang berada di atas alamari.




Selain Vit C, saya bancuhkan Meal Shakes buat mereka. Satu hidangan = 1/3 keperluan vitamin asas, protin, galian, galian surih (trace minerals), dan 3 gm serat. 

Apa yang terdapat di dalam Meal Shakes?

1. Kalori

Ada 120 kalori dalam Meal Shake Shaklee. Jika anda membuat 'shake' dengan susu rendah lemak, kalorinya sekitar 240 kalori. Jika anda mencampurkan mealshake dengan 'whole milk' anda akan mendapatkan kalori sekitar 330 kalori.

2.Lemak

Mealshake Shaklee hanya mengandungi 0.5 g lemak , sebelum ditambah susu. 

3.Karbohidrat

Ada 23gm karbohidrat  dalam 1 / 4 cawan Mealshake. Untuk satu bahagian mengandungi 3gm serat. Ada 18gm gula dalam satu hidangan Mealshake. Apabila susu ditambah, tahap karbohidrat dan gula akan meningkat.

4.Protein

Untuk 1 / 4 cawan,  campuran Mealshake mengandungi 7gm protein. Selepas anda mencampurkannya dengan susu, kandungan protein akan meningkat secara signifikan. Dalam beberapa kes, akan berlipat ganda, bergantung pada jenis susu anda tambah.


5.Vitamin

 Mealshake mengandungi 12 vitamin penting. Untuk setiap satu hidangan, anda akan mendapatkan ,  25 peratus vitamin A, 30 peratus vitamin B6, 20 peratus vitamin B12, 30 peratus vitamin C, 10 peratus vitamin D, 35 peratus vitamin E, 30 peratus daripada thiamin, 10 peratus riboflavin, 35 peratus niacin, 35 peratus folat, biotin 35 peratus dan 30 peratus asid pantotenat.


6.Mineral

Ada 11 mineral penting yang ditemui dalam campuran Mealshake. Untuk satu hidangan, anda akan mendapat  20 peratus kalsium, 35 peratus daripada besi, 15 peratus daripada fosforus, 25 peratus daripada magnesium, 30 peratus zinc, 35 peratus daripada selenium, 35 peratus copper, 35 peratus manganese dan 35 peratus molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium.


Read more: http://www.livestrong.com/article/278984-shaklee-shakes-nutrition-information/#ixzz1MIGRlAzf

MealShakes juga sangat sesuai buat mereka yang tidak menggemari pil. Bancuh dan minum!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Monday, January 16, 2012

Kenapa PERLU ambil suplemen?

Tajuk post ni agak keras. Buat mereka yang anti-suplemen, confirm makin mencebik kat Cik Yut. Paling koman pun, sebakul sumpah seranah depa collect bagi I. Hahaha.. Tak kenal maka tak cinta. Kalau tak dibuka mata hati, tengok dengan biji mata pun tak nampak.

Seperti tajuk post, KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?

Sekiranya, anda mempunyai kehidupan berikut :

1. Anda menetap di kawasan yang penuh dengan tumbuhan hijau.
2. Anda merupakan seorang peladang, tanam dan makan sendiri sayuran anda.
3. Anda merupakan seorang penternak - bela sendiri lembu, kambing, ayam dan itik.
4. Anda merupakan seorang yang mengamalkan senaman setiap hari.



Sekiranya anda memenuhi keempat-empat kriteria di atas, YA anda tidak memerlukan suplemen!



Hahahaha... Dapat ke lulus kesemua kriteria di atas? Dah tentu tidak. Hampir kesemua kita menetap di kawasan hutan batu. Kawasan yang penuh dengan batu bata. Kawasan yang penuh dengan asap. Hampir kesemua kita juga tidak bekerja sebagai peladang dan penternak, hatta nelayan. Dan jarang juga antara kita yang rajin nak pi bersenam.


 
Itu baru tempat kediaman dan mengenai bahan yang kita makan. Confirm ke kita haiwan tu haiwan organik yang dibela tetapi dapat lepas bebas menikmati isi alam, bukan haiwan yang disuntik dengan hormon untuk digemukkan atau dicepatkan proses kematangannya. Anda yakin? Entah berapa bilangan nutrisi yang tinggal dalam haiwan tu? Tu baru satu. Kemudian, haiwan tu disembelih dan sayuran itu diproses untuk penghantaran ke pasar borong atau pasaraya. Ya, mereka kata mereka ambil kira untuk menjaga tahap kebersihan dan menjaga kandungan nutrisinya. Tetapi tanpa sedar, kita sudah kehilangan hampir separuh dari zat yang terdapat di dalam daging dan sayuran itu apabila kita membelinya.



'Food supplement' atau makanan tambahan bukan lagi pilihan sebenarnya. Boleh dikatakan ia menjadi keperluan di dalam setiap rumah. Lebih-lebih lagi sekiranya :
- anda seorang yang overweight
- anda seorang perokok tegar
- atau pun anda tinggal bersama si perokok tegar
- anda terdedah kepada bahan-bahan kimia
- suka sangat makan jajan
- tak suka sangat makan sayuran dan buahan
- anda seorang yang kurang bersenam
- suka makan makanan segera yang tinggi lemak dan kolesterolnya



Jangan menidakkan lagi apa yang berlaku pada diri anda. Ya, makanan tambahan tidak semestinya dalam bentuk pil. Tetapi sekiranya anda tidak dapat menjumpai makanan yang berkhasiat yang anda yakin kandungan nutrisinya tidak hilang hampir 50%, maka pengambilan makanan tambahan menerusi pil atau bancuhan adalah jawapannya. 



Saya tidak memaksa anda untuk terus ke farmasi dan membeli keperluan suplemen anda. Saya hanya mahu anda membaca dengan hati yang terbuka. Membaca dengan lapang dada tanpa sebarang prejudis. Tetapi sekiranya anda masih lagi mempunyai masalah untuk menyerap informasi atau tulisan ini, saya mohon anda hubungi saya terus ya!


Setakat ini dulu. Nanti kita sambung lagi.


Sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh diajukan melalui email ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601.

Friday, January 13, 2012

Suplemen dalam Penyusuan

Assalamualaikum wbt.


Sehari dua ni saya berfikir panjang. (panjang sangat ke? heee) Mengapa terdapat rakan-rakan saya dalam penyusuan seakan protes terhadap food suplement? Apabila sebut suplemen aje, yang keluar dari mulut mereka ialah Shaklee. Sebut aje, Shaklee. Seakan, suplemen = Shaklee! hahaha.... Dah tak boleh bayang benda lain dah! (Alang-alang dah terbayang Shaklee, apa kata cuba dan rasakan kelainannya...)

Suplemen bermaksud tambahan, menambah. Cuma bila kita menyebut 'suplemen' ia sudah sinonim kepada food supplement. Walhal, apa-apa yang ditambahkan kepada sesuatu yang asal itu,itu sebenarnya adalah suplemen.

Penyusuan seharusnya ringkas dan tidak menyusahkan. Bahkan ia sememangnya menjimatkan. Ops, ni pada masa dahulu, YES ia menJIMATkan. Namun dalam keadaan sekarang di mana ibu-ibu bekerja, bekerjaya dan kemudian perlu berperang di dapur dan menguruskan hal rumahtangga, ia tidak lagi menjadi mudah, ringkas dan menjimatkan. Penyusuan telah menjadi lebih kompleks. Ia juga merumitkan apabila berkaitan dengan situasi mengepam dan menguruskan susu perahan. Ia telah menjadi MAHAL apabila si ibu perlu membelanjakan sejumlah wang untuk membeli pam, freezer, botol-botol untuk menyimpan susu perahan!

Apa yang saya sebutkan tadi, itu ialah SUPLEMEN dalam penyusuan.Sebetulnya penyusuan = bayi + emak (mulut bayi + payudara emak). Sekarang? Adakah ia masih lagi asli? Ops, saya tidak membangkang anda untuk mendapatkan alatan di atas kerana saya turut menggunakannya. Saya hanya menerangkan maksud suplemen sahaja. Namun, keMAHALan penyusuan itu tidak berhenti di sini. 

Si ibu tadi berjalan meronda-ronda di Kuala Lumpur. Tiba-tiba, si kecil minta disusukan dan si ibu berasa panik kerana dia tidak biasa menyusukan si kecil dikhalayak, hatta di rumah sekalipun sekiranya terdapat tetamu di rumah. Jadi si ibu perlukan sesuatu untuk menutup situasi itu. Penggunaan nursing cover dirasakan perlu untuk dirinya! Dah, keluar duit lagi!! Ini juga merupakan suplemen untuk situasi ibu ini.


Jadi, mengapa Cik Yut nak cadangkan produk Shaklee sebagai salah satu suplemen dalam penyusuan?? Sebelum itu, ia TIDAK WAJIB. Ia adalah keperluan mengikut situasi.

Ada ibu yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga lupa kepada waktu makan. Ada ibu yang terlalu sibuk menguruskan hal rumahtangga sehingga lupa untuk menguruskan dirinya sendiri. Padahal, ibu adalah tunjang dalam keluarga. Ya, suami adalah ketua, tetapi nadinya ialah isteri. Seorang ibu dan isteri seharusnya mengutamakan juga keperluan dirinya. 

Dari rancangan Dr Oz, beliau mengatakan,hasil dari kajian yang dilakukan terhadap care-taker, sememangnya mereka (care-taker) kurang prihatin terhadap diri sendiri. ibu juga seorang care-taker, menjaga suami dan anak-anak! Jadi,pikir-pikirlah sendiri....

Nanti saya sambung lagi. Perlu layan Azzalea yang terjaga dari tidurnya.




Sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh diajukan melalui email ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601.

Tuesday, January 10, 2012

Mencari posisi terbaik!

Posisi penyusuan dan pelekapan bayi ketika penyusuan juga merupakan elemen penting dalam menjadikan penyusuan ibu berjaya selepas si ibu belajar mengenai dirinya. Untuk itu, hari ini kita cuba lihat beberapa posisi asas.



Empat posisi yang disebut di atas ialah :
1. Cradle hold  
2. Cross-cradle hold
3. Football hold
4. Lying down

Dalam keempat-empat posisi di atas, saya menggemari posisi terakhir. Kerana sebaik menyusu, anak-anak lebih senang untuk terus lena. Oleh sebab itu, saya tidak mahu menggerakkan anak, jadi saya terus berada pada posisi berbaring itu! Lepas anak lena, ibunya pun turut lena! hahahahah.. (Itu yang sebenarnya! ;p )


Dari posisi pertama hingga ketiga, posisi-posisi ini memerlukan beberapa bantuan yang lain. 

1. Letakkan bantal di bawah bayi supaya dapat si ibu dapat mengampu bayi dengan lebih baikdan kurang berasa penat.
2. Letakkan pengalas kaki sekiranga si ibu duduk di kerusi yang tinggi. Kaki yang berjuntai boleh membuatkansi ibu berasa kurang selesa.
3. Letakkan bantal di bahagian belakang si ibu dan si ibu bersandar sedikit ke belakang.

Mungkin ada sesetengah ibu merasakan kurang yakin apabila tidak dapat membongkok ketika menyusukan. Ada susu itu masuk kalau badan ditegakkan? Tidak tersedakkah bayi sekiranya badan ditegakkan? Sebenarnya kunci utama semasa memilih posisi ketika penyusuan ialah KESELESAAN si ibu. Apabila ibu selesa, dia akan kurang penat dan penyusuan itu tidak meletihkan. Ya, seharusnya begitu. Penyusuan itu indah!



Laidback position - ini juga posisi yang saya suka!






Sebarang pertanyaan dan konsultansi mengenai penyusuan dan suplemen boleh diajukan melalui email ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms ke 019-2712601.

Monday, January 9, 2012

Support Group Meeting : Penyusuan Ibu Ketika Hamil

Di copy dari mamayangcekal.com

Salam




Sebagai pembuka tirai pada tahun 2012, Moms Basic ingin mewar-warkan
SGM pertama yang akan berlangsung di :



Tarikh : 29 Januari 2012 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi - 12 tengahari
Tempat : Moms Basic, 21F, S.U Mall, Saujana Utama, Sg. Buloh, 47000
Selangor
Tajuk : Persediaan Penyusuan Ibu Ketika Hamil
- Persediaan Ketika Hamil
- Persediaan Selepas Kelahiran



SGM ini boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja yang ingin berkongsi perjalanan penyusuan anda dan untuk hari itu kita ingin menekankan apakah yang persediaan yang perlu dibuat ketika kehamilan dan juga 1 jam selepas kelahiran agar ibu-ibu baru dan ibu yang ingin menyusu boleh bersiap-sedia segala kemungkinan.



Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Azrina Mohd Tajul Ariffin
(Peer Counselor & Moderator)
012-3202573


Thursday, January 5, 2012

Kepala kurang gatal, rambut kurang gugur!

Menghidap penyakit psoriasis bukan suatu perkara yang mudah. Selain mengamalkan suplemen untuk kesihatan diri, saya juga perlu sentiasa memastikan diri saya berada di dalam keadaan kurang tekanan. Hahahaha... Macamana tu? Setiap masa, setiap detik hidup kita penuh dengan tekanan. Tekanan kerja, tekanan di rumah, tekanan dari dalam diri. Ish.... Memang payah sebenarnya. Tetapi disebabkan saya sudah lama menghidap penyakit ini dan telah memahami bagaimana ia berlaku, Alhamdulillah, setakat ini saya masih lagi mampu mengawal tekanan, dengan izin dariNya.

Apabila psoriasis berada di kulit kepala, ia seakan-akan kelemumur cuma yang membezakannya ialah kepingannya lebih besar dari kelemumur. Kalau dikopek dari dasar kulit kepala, kita dapat keluarkan satu kepingan yang besar. Kalau digaru-garu sahaja kepala tu (memang selalu menggaru sebab gatal!), ia akan jatuh seperti 'snowflakes', berupa kepingan yang lebih halus. 


Dari Pakcik Google!


Lihat gambar di atas. Lebih kuranglah tu dengan yang ada di kepala saya. Rasa-rasa nak gonyoh tak kulit kepala tu dengan sabut? Heeee... Macam tulah perasaan saya setiap hari. Selama-lama menghidap ni, kerja asyik menggaru sahaja. Ya, kadang-kala naik segan sebab saya bertemu dengan pesakit setiap hari dan saya menggaru sepanjang waktu! ooh... Tebal muka mak Nyah! 

Alhamdulillah, setelah mengenali Shaklee dan terutamanya Prosante, ia telah dapat mengurangkan sedikit kegatalan itu. Gatal-tetap gatal sebab penyakit ini tidak lenyap. Tetapi sekurang-kurangnya apabila menggunakan Prosante, kulit kepala terasa lega!


Prosante - Revitalising Shampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

Selain daripada menyegarkan kulit kepala yang sentiasa gatal ini, rambut yang gugur juga berkurang. Almaklum, bila kulit kepala tak cantik, rambut  memang payah nak melekat lama. Yalah, dah dasarnya tak teguh, bagaimana akarnya nak melekat! Kebiasaannya selepas mandi memang tersangatlah banyak rambut gugur. Syook. 

Ya, rambut memang gugur setiap hari. Purata ialah 50-100 helai rambut sehari. Tetapi kalau dah yang gugur tu boleh tutup lubang salur air keluar tu, apa ke kekdahnya? Heee.... Syukur, sekarang ia berkurangan. Kalau saya tidak stress, lagi kurang juga rambut yang gugur! Jadi, saya mohon tidak distreskan! hahahaha...

Ok, seperti biasa sekiranya ada yang ingin mencuba Prosante - Revitalising Shampoo, boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi percuma.

Tuesday, January 3, 2012

Berjaya dalam penyusuan, apa benchmarknya?


Assalamualaikum wbt

"Berjaya menyusukan si kecil selama 6 bulan!" 
"Dah nak setahun menyusukan si kecil!" 

Seringkali saya terlihat ini dikumpulan khusus untuk ibu menyusu. Kadangkala, saya menjadi tertanya,perlukah untuk mendefinasikan kejayaan itu begini? Setiap perkataan itu boleh mendatangkan maksud yang berbeza terhadap ibu-ibu. Seorang ibu A mungkin mengambilnya sebagai kata-kata positif dan menyahut ia sebagai cabaran. Manakala si ibu B akan melihat ia sebagai satu tanda untuk kegagalan kepada dirinya. Mungkin dia hanya mampu untuk menyusukan si kecil sehingga 4 bulan dan apabila melihat pernyataan ini, si ibu menjadi stress.

Ya, sebenarnya agak sukar untuk mendefinasikannya. Saya sendiri sudah menyusukan Azrie selama 1 tahun 2 bulan. Tetapi sejujurnya, ia tidak semudah itu dan tidak sesenang itu. Pengalaman menyusukan Azzalea bukan ukuran untuk menyatakan saya tidak akan menghadapi sebarang masalah. Saya hanya dapat mengambil pengalaman itu untuk membantu saya.

Walaupun ibu saya menyokong penyusuan ibu, namun beliau tidak begitu rajin dalam bab penyediaan susu perahan. Jadi, boleh bayangkan apa yang berlaku? Semasa Azzalea dulu, rumah ibu saya ada pembantu, jadi segala perkara berkaitan dilakukan oleh pembantu. Sekarang beliau yang perlu menguruskannya. Hahahaha... beliau tidak rajin. Adakah saya perlu bergaduh dengan ibu saya semata-mata untuk menegakkan pendirian saya? Dalam keadaan ini, saya mengubah diri supaya boleh bersikap toleransi. Bukannya saya tidak menyiapkan susu perahan itu, tapi dah sememangnya ibu saya tidak cukup rajin..heeee

Bagaimana saya menetapkan kejayaan untuk diri saya? Selagi ibu saya menyokong (walaupun tak rajin) itu sudah cukup besar untuk saya. Selagi beliau menyatakan kebanggaannya yang anaknya menyusukan cucu-cucu beliau, itu sudah cukup besar. Sebab itu saya kata definasi kejayaan bagi setiap orang berbeza. Saya tetap menumpang gembira apabila ada ibu yang sememangnya berjaya menyusukan si kecil sehingga 2 tahun dan lebih. 

Anda yang tentukan sendiri kejayaan anda dalam penyusuan. Bukan orang lain sekalipun sleeping partner anda. Semoga terus berjaya!


Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma.

Monday, January 2, 2012

Kesihatan,pelaburan jangka panjang


Assalamualaikum wbt.


Ramai antara kita yang akan melaburkan wangnya di pelaburan yang memberi manfaat seperti pelaburan ASB atau pelaburan emas. Mereka mahukan manfaat darinya. Kumpul harta banyak-banyak untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Ini dilihat sebagai pelaburan yang diketahui dan boleh nampak hasilnya. 

Bagaimana dengan kesihatan kita? Adakah kita senang untuk berulang alik ke klinik atau hospital? Lebih senang untuk mengeluarkan wang untuk mendapatkan rawatan dan membeli ubat-ubatan? Mengapa tidak melaburkan wang itu untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semua maklum bahawa orang  Melayu tak berapa rajin nak pergi gym, makanan orang Melayu pula lebih kepada lemak bersantan, dan juga berminyak. 

Tidak ramai yang mampu untuk menukar selera bersantan dan berminyak itu kepada rebus dan kukus. Tak menyelerakan katanya. Ok, fine. Kalau tak boleh nak tukar, apa kata labur sedikit wang anda itu untuk membeli suplemen yang boleh membantu untuk memerangkap lemak yang berlebihan di dalam badan tu (ini contoh ya). Dah kata tak mahu tukar selera. Tapi bila dicadangkan supaya beli suplemen, dia melenting. Tapi bila dicadang suruh tukar gaya hidup, dia mengamuk.... Manusia manusia....

Apa-apa pun, berbalik pada diri sendiri. Di mana kedudukan anda. Adakah anda telah melakukan sesuatu untuk memperoleh kesihatan yang optimum? Adakah gaya hidup anda ibarat menyerahkan diri di tali gantung? Terpulang.  Itu adalah anda, bukan saya! Oh, sebelum saya lupa, ni ada satu set baru iaitu EuFour PLUS (Set EuFour dan ESP).






Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi percuma. Setakat ini dulu! Chow chin chau.... heee




Sunday, January 1, 2012

Selsema teruk....nak tercabut hidung!

Sejak dari minggu lepas, saya mengalami breakdown. Memang kebiasaan saya akan breakdown dalam sehari dua. Tapi kali ini, ia lebih lama. huhuhu... Rasa macam nak tercabut hidung dengan tekak dibuatnya. Bila saya selsema, saya akan makan Vitamin C sebanyak dua biji yang dipatah dua. Jadi ia ada emat bagianlah. Kalau orang lain, saya akan cadangkan sebiji dipatah dua sahaja. Badan saya memang memerlukan anti histamin yang lebih, jadi sebiji memang tak cukup. 

Vitamin C - sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.



Tapi bila teruk sangat sampai macam ni, maksudnya saya perlukan bantuan yang lebih kuat sedikit. Saya ambil nutriferon pula. Setiap hari satu peket sehingga sembuh. Hari ini baru hari ketiga makan. Selalunya sehari dua dah kebah dah. Nampaknya selsema kali ni memang degil sedikit! 



Tugas Nutriferon : Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*


Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMSkan kepada saya 019-2712601 untuk mendapatkan pandangan dan rundingan secara percuma.

Semak tahap kesihatan diri

Alhamdulillah.


Pagi 2012 ini kita mulakan dengan senarai semak tahap kesihatan diri. Senarai yang akan saya berikan ini akan menunjukkan keadaan badan seseorang dan ia bukan diagnosis sebenar). Kita sering salah faham akan perbezaan diantara tanda-tanda kekurangan khasiat dan sakit sebenar. Masalah di bawah adalah tanda-tanda biasa yang disebabkan oleh tabiat pemakanan dan cara hidup yang kurang baik seperti merokok, minum minuman keras dan kurang bersenam.


Anda tanda ada situasi yang berlaku keada anda, kemudian maklumkan kepada saya. Saya akan cadangkan suplemen yang bersesuaian dengan keadaan anda dan anda mencubanya. Lihat apa yang berlaku selepas 90 hari


1. Kurang bertenaga
2. Berat badan berlebihan/berkurangan
3. Selalu pening/sakit kepala
4. Gusi berdarah
5. Mudah bercalar/lebam
6. Penghadaman yang tidak baik 
7. Sukar untuk tidur
8. Mengantuk
9. Keinginan yang tinggi terhada makanan manis
10. Gugup/gementar/sedih
11. Kekeringan mata
12. Kuku pecah
13. Kebas tangan/kaki
14. Kekejangan kaki
15. Sakit/sengal badan
16. Bahu/lengan yang kaku (tidak mudah digerakkan)
17. Sembelit
18. Pemakanan yang tinggi kandungan lemak
19. Rambut gugur
20. Selalu menggunakan pil penahan sakit
21. Selsema
22. Nafas berbau


Sudah tanda? Banyak ke? Adakah masalah di atas mengganggu kehidupan seharian anda? Emel kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com senarai masalah yang anda hadapi untuk saya berikan cadangan suplemennya dan juga konsultasi secara percuma.

Oh ya, jangan lupa untuk tunggu promosi awal tahun!

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012!



Selamat tinggal 2011. Terima kasih kerana memberi banyak pengalaman dan kejadian buat diriku. Segala yang berlaku akan ku simpan dan jadikan pedoman dalam kehidupanku.



Selamat datang 2012. Semoga ia memberiku lebih banyak peluang dan harapan. Semoga lebih banyak impian akan tercapai! Semoga lebih banyak hati yang akan gembira! Semoga lebih banyak tangan yang menghulur.




Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk mendapatkan pandangan dan konsultasi secara percuma.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...