SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Tuesday, April 26, 2011

Set sesuai ikut keperluan


Cari yg sesuai


Sebagai ‘newcomer’ dalam era pemakanan nutrisi, ramai yang tidak mengetahui tentang vitamin dan mineral yang sesuai dengan dirinya. Ramai yang mungkin ‘tersalah’ ambil vitamin, yang mana tidak mengambil jenis yang tubuhnya benar-benar perlukan. Misalnya seorang yang stress tapi tak ambil b complex. Malah, ramai yang tidak tahu vitamin dan mineral yang sesuai untuk mereka.

Jadi, set vitamin yang mana satukah untuk anda?



Set A (Optimum) – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.



Set B (Breastfeeding) – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu). Baca tentang kebaikan alfalfa di link ini. Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.



Set C (confinement) – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.



Set C+ Milk Booster – set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.



Set D (skincare) – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.



Set E (breastfeeding & bones) – set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.



Set F (feminin) – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.



Set G (5 serangkai) - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.



Set H (immune booster) – khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.



Set J1 – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.



Set J2 – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.



Buddy Pack – set jimat untuk pasangan suami isteri, kandungan vitamin dan mineral yang sama dengan set B.



Lover’s Pack – khas untuk pasangan suami isteri bagi menghangatkan lagi hubungan anda. set yang sama dengan Buddy pack, tambahan vita E.


Cari yg sesuai

Sunday, April 24, 2011

Kulit cantik dengan Vitamin E

Kulit cantik | Makan Vit E



Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.


Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarla alpha-tocopherols. Akan tetapi, komponen yang mempunyai nilai ) dalam IU seperti gamma-tocopherols adalah penting dalam menjana antioksidan.


KHASIAT VITAMIN E

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak


Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.



Kulit cantik | Makan Vit E


Saturday, April 23, 2011

Kurus?? Apa rahsianya?

Rahsia kurus | Bf & Lecithin


Salam

Hari tu, saya sempat membuat penghantaran set Super Saver Buddy Pack kepada teman saya, Su. Sebenarnya yg beli ialah teman Su. Tapi disebabkan temannya solat, jadi Su yg turun ke bawah untuk ambil set tu. Kami ni selalu berhubung melalui telefon atau pun SMS. Sekali-sekala sahaja bertemu. Bila kali terakhir kami bertemu? mmm saya sudah lupa!! Maaf ye Su!!


Bila Su nampak saya, dia terus jerit. 


"Yut, kenapa kau dah kurus!!"
"Kau tensen ke??"
"Byk masalah??"


Amboi minah ni, ambil perhatian sungguh. Banyak sungguh soalan dia.. Heheee.. Saya pula tak terjawab soalan2 cepumas Su tu tadi. Kalau ikutkan mmg nak cerita panjang, tapi saya menumpang berhenti di kawasan orang. Jadi perlu cepat sebelum dihalau pergi. Saya hanya jawab, saya ok, tiada masalah, semua baik2 aje!


Heheee.. Tapi dalam hati dah kembang setaman dah. Orang kata kita kurus, mestilah suka kan. Esoknya. pagi2 seperti biasa di pejabat, saya akan buka email dulu. waaaah.. Syoknya! 





haaa.. Tgk-tgk! Tak syok ke dapat email camtu.. heeee... Semalam punya kembang pun belum suruh, hari ni Si SU hantar email kasi puji lagi.. Sabar je lah.. Macam sebelum kahwin! Su dah kenal saya dari masa belajar di universiti dulu. Kami main hoki sesama. jadi harus le Su tahu bentuk badan saya dulu camana kan..

Su, kalau kau baca blog aku ni, ni rahsianya. Tapi kau boleh mula pakai lepas kau bersalin nanti ye! Jadi kena sabar le sikit!..

1. Menyusu badan - Disebabkan Su berjumpa dgn saya slps saya bersalin, jadi haruslah kerana menyusu badan menjadi faktor bgmn saya boleh kurus. 9 bulan lemak disimpan semasa mengandung, jadi kita kena bakar balik dengan menyusukan bayi kita.

2. Rutin harian - Bersenam?? ish... Rutin harian adalah naik turun tangga setiap hari, setiap pagi sebelum pergi kerja. Kami anak-beranak tidur di tingkat atas. Bila pergi kerja, 3 beradik ni lena lagi. Jadi mak paknya kena turun naik beberapa kali utk bawa mereka turun. Mmg berpeluh. Baru sudah mandi, belum smp tempat kerja, badan dah berpeluh2 dah..

3. Menjaga pemakanan - Saya kuat makan sebenarnya. Tapi saya lebih selesa utk makan sekadar mengisi perut shj. Bukan ikut nafsu (w/pun selalunya mmg berselera tgk lauk pauk tu) Selalunya petua ni saya buat utk sarapan pagi, dan tengahari. Kalau makan malam, mmg gagal. Lagilah kalau masak sendiri. Mesti habsi segala nasi dan lauk yg ada!

4. Makan Lecithin - Ni antara salah satu senjata saya utk kurus. Saya akan ambil 3 biji sehari sebelum tidur. Maksimum pengambilan ialah 6 biji sehari. Tapi saya rasa sudah memadai utk saya ambil 3 biji sehari.

Sebenarnya, bukan Su shj yg tegur. Ada juga beberapa rakan di pejabat yg tegur. Tapi selalunya, kalau ada yg tegur, saya akan jawab ni ialah antara kebaikan menyusukan si kecil anda! Nak buat promosi penyusuan lah katakan.. heheee.. Ini juga bermaksud misi saya telah berjaya!!wahahaha.. lagilah saya suka. Maaf ye kawan2, saya sgt teruja ni.


Rahsia kurus | Bf & Lecithin

---

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601




Friday, April 22, 2011

Syukur...akhirnya berjaya juga!

Tiada berita yang lebih menggembirakan untuk saya semalam.. Eh bukan, kelmarin. Teman saya yang satu ni beri khabar gembira buat saya! Kalau ibu2 pernah baca post yang lalu, beliau belum lagi bagi kata putus sama ada beliau nak consume atau tidak. Tak lama lepas saya tulis post tu, beliau SMS dan beritahu nak consume set yg saya cadangkan.

 

Kini, setelah beberapa bulan mengharungi waktu2 yg payah untuk menelan vitamin2 tu, Alhamdulillah!! Sekarang beliau dah mengandung. Katanya dah 19 minggu. Syukur sekali lagi! 

 

Memang rasa nak nangis bila dapat tahu berita ni. Ye lah, sebabnya kita tahu betapa anak itu sememangnya dinanti oleh pasanga2 yg berkahwin ni kan. Bila asyik gugur aje, sapa tak susah hati. Saya doakan, proses kehamilan kali ini berjalan lancar buat Su.



Su, tahniah!!



"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehamilan temanku Suriani."

Thursday, April 21, 2011

Atasi eczema...perlu bersusah dahulu!

Atasi eczema | Dgn Alfalfa, ESP, Meal Shake


Udahle Ibunya kena psoriasis. Si Tomato plak dapat eczema. Lepas Azzalea berhenti menyusu badan dulu, terus keluar eczema dia.. Jenuh juga nak buat kulitnya tu kembali ke asal. Macam-macam cara. Lepas satu cara, Ibu cuba cara lain. Semua untuk Azzalea.

Semenjak menjadi pengguna tegar SHAKLEE, saya cuba untuk memberi Azzalea makan supplemen yg bersesuaian. Untuk menghilangkan 100% eczemanya itu, mungkin mustahil. Saya nak kurangkan rasa iritasi pada kulitnya tu supaya Azzalea tidak lagi menggaru. Sbbnya bila dah menggaru, habislah luka-luka satu badan. Lepas tu kang rasa pedih.

Cara pertama yang saya guna ialah tumbuk sebiji alfalfa smp halus. Kemudian masukkan ke dalam susu Azzalea. Tapi bukan sebiji tu, hanya secubit aje. Kalau masuk sebiji, Azzalea boleh tahu susunya rasa pelik. Alhamdulillah, ada perubahan. Tapi usaha ni tak dapat dijalankan utk jangka masa yg lama. Sbbnya alfalfa yg ditumbuk tidak boleh disimpan lama.

Lepas menggunakan alfalfa, saya cuba pula dengan cara lain, iaitu memasukkan ESP ke dalam susu Azzalea. Yang mmg langsung tak berjaya sbb dia tak suka rasa ESP tu. Setiap kali susunya dibancuh dgn ESP, mesti dia takan minum habis. mmmm.. Harus cuba cara lain la pula ni..




Lama juga saya berhenti mencuba. Baru-baru ni saja saya tiba-tiba terfikir utk memasukkan Meal Shake ke dalam susu Azzalea. Alhamdulillah, Azzalea suka dengan rasanya. Dia sendir akan pesan untuk masukkan Meal Shake tu setiap kali saya membancuh susunya. Kali ni bukan Azzalea aje yg menjadi mansa eksperimentasi saya, Azyana pun kena gak...heheh.. Azyana pun suka juga dengan rasanya! Yippie.. Sekarang eczema tu dah kurang. Masih ada lagi gatal2 tapi ia berkurangan berbanding sebelum saya mencuba Meal Shake.





Rasa Meal Shake mmg sangat enak! Tak sampai 2 minggu, habis satu canister ni.. Mana taknya. Yang menggunakannya ada 3 org iaitu Azyana, Azzalea dan saya! heeee.. 

Selain dari memberi Azzalea minum Meal Shake, saya akan mandikan Azzalea dengan Basic H. Basic H dapat mengekalkan kelembapan pada kulit. Hanya setitik sahaja setiap kali mandi. Jgn kata Azzalea, saya pun mandi dgn Basic H juga! >_<


Selain dari itu, Basic H ini mempunyai 1001 tugasan. Magika! Mmg syok le kalau ada sebotol Basic H ni. Lagi pula, Basic H adalah salah satu benda PERLU ada dalam rumah!

-----

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601


Tuesday, April 19, 2011

Si kecil tidak lagi menyusu secara terus...

Assalamualaikum wbt




Beberapa minggu yang lalu, saya mendapat panggilan dari seorang ibu yang mengadu mengenai si kecil (berusia 2 bulan) yang tidak lagi mahu menyusu secara terus di payudaranya. Si ibu merasa sungguh sedih. Si kecil berubah arah kerana si ibu tadi terpaksa meninggalkan si kecil apabila si ibu dimasukkan ke hospital atas sebab2 kesihatan. Bukan itu sahaja yang merunsingkan hati si ibu. Bahkan kini pengeluaran susunya juga telah merudum. 

Saya berasa sungguh kasihan dengan si ibu dan anaknya. Saya cuba membantu seberapa yang terdaya dengan memberikan saranan dan cadangan kpd si ibu tadi. Namun begitu, usaha akhir adalah datang dari kekuatan dan ketabahan si ibu tadi.

Jadi, sekiranya ibu-ibu lain mempunyai masalah begini, apakah langkah yang boleh diambil? Perlu diingat, terdapat 2 masalah yg perlu kita selesaikan.

1. Si kecil lebih suka puting tiruan dari puting ibunya
2. Pengeluaran susu merudum



Lebih suka puting tiruan, bagaimana utk kembalikan si kecil ke ibu?

1. Mendakap si kecil dengan lebih kerap - lakukan 'skin to skin' dgn si kecil anda sebanyak yg boleh atau . Bau badan ibu dapat membantu si kecil untuk kembali semula ke payudara.

2. Kurangkan pemberian susu menggunakan botol - proses ini mungkin sedikit kejam, tetapi ia perlu dilakukan. Memandangkan si kecil tadi sudah 'jatuh cinta' dengan puting tiruan, jadi kita kena pisahkan mereka. Cuba sedayanya utk memberi susu menggunakan cup feeder atau dengan syringe. Lebih kerap ia dibuat, semakin lama si kecil akan melupakan puting tiruan tadi.

3. Jangan paksa si kecil utk menyusu - tetapi permudahkan cara si kecil utk mendapatkan payudara pada bila2 masa shj yg diperlukan dengan memakai baju utk menyusu, menggunakan bra utk menyusu (atau tak perlu pakai bra! >_< )

4. Tidur dengan si kecil - sentiasalah berdakapan dgn si kecil, termasuklah pada waktu tidurnya supaya si kecil sentiasa mendapat bau ibu dan mendapat sumber tenaganya, iaitu susu!


Bagaimana pula dengan pengeluaran susu yg merudum?
Ini berlaku apabila kurangnya stimulasi dari si kecil. Apabila si kecil tidak lagi menyusu secara terus, kurang signal dihantar ke otak utk memberitahu pengeluaran susu diperlukan. Bila tiada pengeluaran, lama kelamaan kilang susu akan ditutup!

Apa yg boleh ibu2 lakukan ialah, 

1. Kerap mengepam - lakukan ia sekerap yg boleh. Jangan lihat pada kuantiti yg terhasil kerana ini akan mengganggu pengeluaran tadi.

2. Minum banyak air - dehidrasi dalam badan juga antara sebab pengeluaran susu merudum. Oleh itu pastikan ibu-ibu minum air sekurang-kurang 3L sehari

3. Berdoa dan berzikir supaya hati menjadi tenang. Bila hati dan minda tenang, susu dapat dihasilkan dan seterusnya mengalir keluar dengan lebih baik lagi.



Sememangnya apa yg ditulis ini nampak mudah. Namun begitu, seperti yg saya tulis di awal tadi, kesungguhan dan ketabahan ibu itulah yg manjadi batu pengukurnya. Saya memberikan jalan, terpulang kepada ibu-ibu utk meneruskan perjalanan itu. Semoga ia dapat membantu!

Sharing is Caring

-----

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601

Sunday, April 10, 2011

Saya nak pergi beli sendirilah.....

"Cik Yut, rumah saya / tempat kerja saya tak jauh dari branch. Saya nak pergi beli teruslah kat branch. Boleh tak??" Macam biasa, jawapan saya ialah BOLEH!! Pergilah ke mana-mana branch sekalipun, ambil borang tempahan dan tuliskan no ID saya iaitu 818055. Wallah..anda boleh terus pulang dengan suplement yang anda beli. Lebih cepat bukan?! Apalagi, jom pakat ramai2 singgah branch SHAKLEE yg terdekat dan gunakan shj ID saya (818055)

-----

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601

Tuesday, April 5, 2011

Keperluan kalsium buat WANITA, terutamanya yang sedang mengandung!

Sumber asal : Kosmo

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka. Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan. Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus. “Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah. Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian. Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
________________

Pilihan saya?.. Ini dia suplemen calcium/magnesium favorite saya.
Di Shaklee....supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix.. gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D … Sebiji OsteMatrixmembekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..
*sebotol hanya berharga RM49 (120bj)

Monday, April 4, 2011

Testimoni mengenai pesakit diabetes

Pesakit adalah pelanggan Kak N


Alhamdulillah pagi ini ibu diizinkan bertemu dengan ustaz Mus di kedai makan Ikwan yang dahulunya dikenali sebagai kedai makan Mukmin.Memandangkan ibu pun memang berhajat hendak membeli roti canai pagi ini maka ibu sempatlah menyapa Ust. Mus yang kebetulan sedang membungkus roti canai untuk mereka yang tapau.
Ust Mus mengatakan kakinya yang berlubang dah beransur baik, alhamdulillah. Kandungan gula dalam darahnya yang dahulu bacaannnya 20 dan ke atas tapi kini dan semakin berkurang kepada 11...alhamdulillah. Berita ini menggembirakan ibu dan abah kerana kami berdua yang mencadangkan Ust Mus mencuba Shaklee sebagai rawatan untuk mengubat kakinya yang berlubang itu. Terima kaish juga buat teman sekerja ibu iaitu Cikgu Mohd Yusuf yang memperkenalkan Ust Mus kepada abah dan ibu, semoga usahanya berhasil dan diberkati.

Semoga usaha Ust Mus diberkati Allah hendaknya. 

Buat pesakit diabetes, Shaklee ada menyediakan Diabetes Care Programme.


Apa yang terkandung dalam program ini?






Harga untuk keseluruhan set adalah RM501 dan dapat digunakan sekurang-kurangnya selama 4 bulan (mana-mana yg habis dulu boleh ditambah melalui pesanan!)

-----

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601.

Sunday, April 3, 2011

Cerita pasal air... Lepas pasti banyak anda minum!

Sumber dari Harian Metro


"ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan. Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan. Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. 

Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil. Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus). Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah. Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah). Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemakBagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari. Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga. Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk. Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari. 


~

Saya selalu pesan pada kengkawan saya utk minum 3L. Bukan apa, kalau pesan 2L nanti dia minum 1L je. Jadi kita pesan lebih sikit...heee >_< Jadi kalau dia minum 2L, ok dah tu sebenarnya!!


-----
Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601.


Saturday, April 2, 2011

Promosi menarik dan terhebat sepanjang April! Jgn lepaskan peluang!

Penggemar Shaklee Trial Pack... ini tawaran utk anda ..

1. Trial pack set B kini 90's Alfalfa. Extra Alfalfa 50% dari biasa.

2. Trial Pack set E hanya RM135. Jimat RM4.

3. Trial Pack set C PERCUMA 60's Alfalfa.

4. Buddy Pack [2 set B] hanya RM140 .Penjimatan RM20

__________________________________________

Shaklee Buddy Pack
{2 pax of trial pack set B ONLY}
Mutlvitamin 60's
B complex 60's
Vitamin C 60's
Alfalfa 120's
Hanya RM140 .Normal Price rm160

Shaklee Lover Pack
{2 pax of trial pack set B with EXTRA Vitamin E}
Mutlvitamin 60's
B complex 60's
Vitamin C 60's
Alfalfa 120's
Vitamin E 30's
Hanya RM160



p/s : semua trial pack set adalah termasuk free container, flyer dan Free Gift dan Free Postage


___________


Bagaimana dengan anda yg beli Full Pack?
... ini peluang anda..

Anda layak untuk mendapat hadiah2 berikut
Hadiah Utama(April)
Product Shaklee bernilai RM1000

Hadiah Bulanan (February, Mac, April)
2 x Fullpack set A
1x Voucher Disc penginapan di Marriot / Renaissance


Apa yang perlu anda lakukan?

  1. Anda hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM200 (tidak termasuk kos pos) dalam satu invois menggunakan ID saya 818055 dan layak menyertainya. (Anjuran GBS).
  2. Pembelian melebihi RM400 melayakkan anda mendapat dua cabutan, RM600 untuk 3 cabutan dan seterusnya.
  3. Jika anda membuat pembelian secara walk in, pastikan anda membeli di branch yang disahkan oleh Shaklee.(Shaklee tidak menyediakan stokis) dan isi entry form ini
  4. Cabutan bagi hadiah bulanan ialah seramai 3 orang dari senarai pembelian di mana kami menyediakan 2 set untuk Multivitamin, b com dan Vitamin C serta seorang akan memenangi Voucher Disc Percutian/ Penginapan Di Marriot/ Renaissance.
  5. Tiada slogan atau soalan yang perlu dijawab.
  6. Cabutan akan dibuat setiap bulan dan BERITA HEBAT : Pemenang hadiah bulanan LAYAK untuk menjadi pemenang hadiah UTAMA. Inilah BONUS BERGANDA! Bermakna walaupun anda telah menjadi pemenang hadiah bulanan , anda masih berpeluang memenangi hadiah UTAMA.
  7. Lebih banyak pembelian lebih banyak peluang!
  8. Punya kekangan untuk membeli vitamin fullpack? Inilah peluang mengajak adik beradik atau opismate anda berkongsi duit dan membeli vitamin bersama. Beli vitamin secara fullpack, dan anda boleh bahagikan kepada rakan / adik beradik yang dikongsi. Mana tahu anda memang? Hadiah juga boleh dikongsikan bersama..kerana hadiahnya 3 botol vitamin full pack set A! Gandakan kegembiraan anda dan adik beradik/rakan kongsi anda..
  9. Jangan tunggu lagi. Pernah dengar iklan Peraturan 88: Sukakannya! Gandakannya! Bermula 23 Februari 2011- 30 April 2011.
-----

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...