SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Tuesday, October 18, 2016

Setiap perkara itu REZEKI

Bismillah.

Usah kecilkan penglihatan kita mengenai rezeki. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita itu ialah REZEKI.

Bukan hanya berita gembira, bahkan berita sedih juga adalah REZEKI. Setiap dugaan yang kita lalui, apabila kita hadapi ia dengan penuh sabar dan tabah, InsyaAllah, Allah akan ganti ia dengan REZEKI yang lebih baik lagi.

Hujan juga REZEKI

Tuesday, September 20, 2016

Kelas bulanan

Bismillah.

Alhamdulillah. Setiap bulan, dengan izinNya, dapat juga hadir ke H&W Talk yang disediakan oleh pihak Shaklee untuk para pengedar dan pengguna (juga bakal pengguna). 

Malam tadi berkesempatan untuk hadir ke Hotel Bangi Gateway untuk mendengar talk yang bertajuk 'Kekal Menawan Sepanjang Masa'.



Kelas bulanan

Bismillah.

Alhamdulillah. Setiap bulan, dengan izinNya, dapat juga hadir ke H&W Talk yang disediakan oleh pihak Shaklee untuk para pengedar dan pengguna (juga bakal pengguna). 

Malam tadi berkesempatan untuk hadir ke Hotel Bangi Gateway untuk mendengar talk yang bertajuk 'Kekal Menawan Sepanjang Masa'.



Kelas bulanan

Bismillah.

Alhamdulillah. Setiap bulan, dengan izinNya, dapat juga hadir ke H&W Talk yang disediakan oleh pihak Shaklee untuk para pengedar dan pengguna (juga bakal pengguna). 

Malam tadi berkesempatan untuk hadir ke Hotel Bangi Gateway untuk mendengar talk yang bertajuk 'Kekal Menawan Sepanjang Masa'.



Monday, September 5, 2016

Promosi ESP dan Vita C kembali

Bismillah.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


Promosi ESP dan Vita C kembali lagi.
Para peminat ESP dan Vita C memang akan suka dengan promosi ini.

Jangan lepaskan peluang tau!


Ohya..

Saya lupa nak update berat saya selepas melalui sesi Eat Clean Meal Plan.
Ya Allah, itu baru saja menjaga portion dan juga makanan yang masuk.
Belum buat lagi aktiviti bersenam dan sebagainya.
Berat saya sebelum sesi ialah 59.2kg.
Dan pada hari terakhir, iaitu pada hari ke 7, berat saya telah menurun ke 58kg.

Walaupun hanya melalui sesi ini secara percubaan (sesi sebenar ialah selama DUA PULUH SATU HARI), ini telah memberi kesan yang terlalu banyak kepada saya.
Saya menjadi lebih peka untuk menjaga portion makanan.
Sebelum ini, isi saja pinggan tu dengan nasi dan lauk.
Tanpa melihat kepada kuantitinya.


Lepas ini, saya nak tambah aktiviti senaman pula.
Pergi zumba ke, aerobick ke.



ok... Anda nak ikut? JOM!

Tuesday, August 9, 2016

Jurnal Detox Day 2

Bismillah.

Sarapan
Jus buah-buahan.

Herblax
Alfalfa

Makan tengahari
Buat pear dan nangka (gila betul... Sengaja nak menambah angin dalam badan)

Peppermint

Makan malam
Semangkuk sayur-sayuran

Herblax
Alfalfa

Ok.
Kalau mengikut ujian kertas.
Hari ni gagal lagi untuk detox secara penuh.
Sebabnya makan cekodok di Semenyih.
Memang tak le nak tahan dugaan ni.

Tapi kalau ikut pencapaian secara personal, ini memang dah kira hebat. Bayangkan, sebelum ni untuk sarapan pagi dan makan malam, CikYut akan makan nasi satu pinggan penuh. Tengahari memang jarang ambil makanan berat. Sekali sekala je.

Tahniah untuk diri sendiri!!!

Good luck untuk Day 3.

Monday, August 8, 2016

Diet oh Diet

Kalau sebut pasal diet, biasanya orang fikir satu je, 'Nak kurus la tu!' kan kan.. Kalau tengok badan CikYut ni, memang dah membulat sangat gamaknya.

Biasanya berat sekitar 55-60kg saja. Sekarang memang dah lebih sangat. Sejak menyusukan Azmie, selera makan memang naik. Tapi masalahnya dah jadi tabiat pula ni. Bila Azmie dah kurang menyusu, tak pula reti nak perlahankan sikit cara makan tu kan... Maka dengan itu, naik mendadak le berat badan ni.

Bila berat naik, maka ia sangat mengganggu pergerakan CikYut. Sebab dah rasa berat aje kan. Nak tidur aje. Nak baring aje. Nak bangun pun payah. Jalan lagi lah.. Sikit je jalan, dah mengah.

Oleh itu, nak tak nak, memang kena paksa diri untuk kurangkan sedikit makan dan jaga pemakanan. Disebabkan CikYut ni ada psoriasis, jadi sebaiknya la perlu mengikut diet yang sesuai untuk pesakit psoriasis. Berat menurun, penyakit masih terkawal.

Jurnal Detox Day 1

Sarapan

Jam 838 am

Sebiji epal.
Anggur
Lobak merah

Setitik stevia

Untuk catatan, penimbang rosak. Bacaan paling berat setakat ini ialah 63kg.


Makan tengahari 

Semangkuk sayur-sayuran. Terasa jadi orang putih dah. Hahaha. Agaknya kalau lepas tujuh hari, kulit boleh jadi putih tak?


Makan malam

Semangkuk sayur-sayuran. Tapi sayang betul. Disebabkan dek tak tahan gigil + pening, CikYut 'berbuka' detox dengan segenggam nasi. Hampeh betul.


Takpe takpe. Jangan putus asa. Kita buat sampai betul-betul clean!


Jom detox bersama CikYut!

Friday, August 5, 2016

Dua dompet

Pada awal saya memulakan Shaklee, saya tak belajar apa pun lagi. Saya terus jalan je. Bercakap mengenai hal kewangan bisnes, memang ZERO. Duit keluar masuk, saya tak pernah nak tengok. Kos-kos yang tersembunyi saya tak pernah ambil tahu.

Lebih kurang satu tahun ke dua tahun dalam bisnes Shaklee, rasanya dalam tahun 2011 gitu, upline ajar saya mengenai DUA DOMPET. Apa benda pula la dua dompet ni? Saya blur sangat.

So dia terangkan kepada saya, yang saya perlu ada dua dompet. Satu dompet personal, satu dompet Shaklee. Kalau korang ada banyak cabang bisnes, jual tudung la, jual emas la, jual bantal hotel la, maka banyakla dompet korang ya. Dengan adanya dya dompet ni, maka apabila ada orang beli Shaklee dengan saya, saya WAJIB masukkan duit tu dalam dompet Shaklee, bukan dalam dompet personal.

Apa yang berlaku sebelum itu, dah semua duit dalam satu dompet kan, bila nak restock barang, buka dompet tengok duit takde!!! Haaaa, memanglah. Dah p singgah Watson tadi beli lipstick (ops, bocor rahsia!). Duit minyak g beli barang, duit ngepos barang, semua tu kena la guna duit dalam dompet Shaklee.

Sekarang, alhamdulillah. Memang ada dua dompet. Kalau bawa berjalan satu dompet pun, sampai rumah nanti saya akan masukkan dalan dompet bisnes. Dah ingat dah. Takde la nak 'merompak' bisnes sendiri lagi.

Tuesday, August 2, 2016

Ambil angin luar

Alhamdulillah.

Sekali-sekala kena la rasa angin luar kan.
Asyik terperuk aje kat pejabat, tak best.
Turun padang. Jumpa bakal pelanggan.
Jumpa pelanggan lama.

Kongsi kebaikan Shaklee secara terus dengan mereka. Ada yang singgah ke booth sekadar nak dapatkan info. Ada yang CikYut 'tahan', minta diorg tadah telinga untuk dengar.

Syukur.

Kakitangan dan pelajar MMU, terutamanya di Fakulti Pengurusan, sangatlah 'happening'. Terbaikla korang!

Sampai jumpa lagi!

Monday, August 1, 2016

Pembelajaran secara maya

Pembelajaran di dalam group Euphoria (group besar Shaklee saya), berlangsung secara offline dan online. 60% dari keseluruhan sesi adalah secara maya. Sama ada menerusi panggilan telefon, atau menerusi aplikasi WhatsApp atau menerusi video (webinar).

Di Facebook, kini terdapat FB Live. Ok sebenarnya ia bukan baru, tapi kami baru saja menggunakannya. Menariknya tentang FB Live, kami tak perlu lagi download apps webinar dan sebagainya. Dan penonton juga adalah tidak terhad. Selain dari itu, ia boleh diulang lihat pada bila-bila masa berbanding menggunakan webinar.

FB Live pertama dari Master Norita :

Wednesday, July 27, 2016

Perjumpaan bersama Leader

Untuk pertama kalinya, ia dilakukan.
Biasanya pihak pengurusan akan bermesyuarat dengan FAC.
Tapi kali ini, ia melibatkan semua ahli yang berpangkat dari Supervisor ke atas.

Satu langkah yang bijak.
Leader akan terus mendapat maklumat dari pihak pengurusan.
Bahkan pihak pengurusan boleh mendapat maklumbalas terus dari Leader.

Semoga Shaklee terus maju jaya!

Friday, July 15, 2016

HW Talk Bangi - FULL HOUSE!

Ya Allah.

Demam raya agaknya masing masing.
Boleh plak fullhouse sesi malam tadi.


NI gambar 1.
Korang tengok gambar seterusnya ya.



Bahasa...
Tu dia.

Ok, memang bilik tu kecil.
Tapi biasanya sesi ni tak la sepenuh macam ni.


Tengok lagi satu gambar.


Kiri kanan meja tu, ada yang duduk na.
Bukan side tu je.

Alhamdulillah.
Syukur syukur.



Monday, June 13, 2016

Pencakar langit yang ku rindui!


Dah 10 tahun jadi penduduk tetap Bangi.
Sepanjang membesar di KL, bangunan itu yang dilihat setiap hari.
Buka pintu rumah, nampak KLCC.
Ke mana mana (dalam) KL akan nampak KLCC.
Rindu pula hari ni dengan KLCC.
Hahaha....

Meet Up Session (1) - SUKSES!

Alhamdulillah.




Meet Up Session (1), berjaya diadakan.
Terima kasih kepada yang meluangkan masa untuk hadir.
Ada yang tersilap tarikh.
Ada yang tersilap tempat.


Tersilap tarikh tu, bukan salah diorang.
Salah CikYut la sebab tak perasan silap taip di poster.
Jadi, untuk sesi (2), perlu pastikan setiap butiran adalah betul sebelum publish.



.


Terima kasih juga kepada partner sesi (1), Masters Jannatul Fadhilah kerana sudi berkongsi ilmu dengan CikYut dan pengedar lain.
Harapnya boleh la kita partner lagi pada sesi akan datang ya.





Untuk Meet Up Session (2), CikYut dah dapat partner.
Sekarang perlu tunggu kelulusan tempat.
Dapat green light aje, CikYut akan blast poster.

Tazzzabaaaaar!

Hihihi

Wednesday, June 8, 2016

Set Ramadhan Shaklee


Set Ramadhan Shaklee.

Set laris selama 3 bulan sebelum bulan Ramadhan.
Ini kerana, mereka yang gemar melakukan puasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban, akan bersedia dengan set ini.
Tak lupa juga buat wanita-wanita yang gigih mengganti puasa sebelum ketibaan bulan Ramadhan.

Mari kita lihat secara ringkas MANFAAT setiap produk dalam set ini.

ESP
Pembekal tenaga : Membekal tenaga dengan SEGERA dan juga membantu meningkatkan sistem imun. 

Performance
Mencegah Penyahhidratan : mengurangkan kehausan, melembapkan kulit.

MealShakes
Sebagai nutrisi lengkap : menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh.

Lecithin 
Pemecahan lemak dan kolesterol : bertindak sebagai 'pembersih' salurdarah
(Lepas berbuka kan banyak makan, jadi inilah gunanya Lecithin!)




Hubungi saya (Yusrina) sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan masalah kesihatan dan pemakanan.
 
=========================
Yusrina Hata (818055) - 0192712601
Shaklee Certified Product Trainer
Breastfeeding Peer Counselor  
Psoriasis Fighter
=========================






Tuesday, June 7, 2016

Kelas PERCUMA!

Sigh...

Lama dah tak buat kelas.
Mmmm... Nak panggil kelas ke ni?

Kalau lihat pada poster, saya tulis 'Meet-Up Session'.
Memang kebiasaannya, kalau saya buat kelas, saya akan buka kepada semua SID.

Jadi, untuk kesekiankalinya.
Kali ini berkaloberasi dengan Masters Jannatul Fadilah.





Apa yang saya mahu kongsi?
Kena la datang.

Jom daftar sini http://goo.gl/forms/sHEH5qOAJnQHxU1M2


Monday, May 30, 2016

Hanya 7 hari!!

Bulan lepas, kawan-kawan Shaklee dok update pasal Pelan Detox 7 hari Shaklee.
Sangatlah CikYut tak ambil port.
Hahahah...

Kelmarin.
Masa di NC, Cik Celine tunjukkan hasil mereka yang teah melalui program 7 hari tu.
Fuuuuh... hasilnya memang mengujakan!

Dok mikir lagi.
Dah sampai masa, CikYut perlu sahut cabaran ni.
Rasanya, waktu paling mencabar untuk CikYut ialah waktu makan malam.
Kerana, kebiasaannya, CikYut akan makan kemudian dari semua orang.
Dan akan habiskan lauk di atas meja.

Ok... no wonder la berat CikYut naik mendadak!!
Hahaha..

Patutnya hari ini hari pertama untuk Pelan 7 hari ni.
Ya, tak berjaya. Sebabnya....
Sedih tengok lauk aras meja tak berusik.
Huhuhuhu..

Esok, mula semula hari pertama.
Semoga berjaya Cik Yusrina!




Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru


Setiap tahun.
Tanpa jemu.
Kita menyambutnya.

Seperti juga Hari Ibu, bukan sehari ini saja kita menghargai guru kita.
Hormati mereka yang tidak pernah lokek memberi ilmu.
Sanjungi mereka yang tidak pernah berputus asa meladeni karenah anak murid.

Setiap masa, sentiasa.

Selamat Hari Guru.

- Tadika Kemas Taman Maluri
- SRK Puteri Pandan 1
- Sek Agama Taman Maluri (Di Masjid Cermin - npk sgt lupa naa sekolah!)
- Sek Men Agama Kuala Lumpur
- Kolej Matrikulasi Melaka
- Jabatan Optometri, UKM


Saturday, May 14, 2016

Orang lain dah DETOKS....

Bulan lepas, kawan-kawan Shaklee semua pakat menDETOKSkan diri mereka. Disebabkan asyik ternampak aje apa yang diorang buat, maka barulah tergerak hati nak menDETOKS sama. Hihihi...


Kalau ikut rasa hati ni kan... Memang le MALAS. Sebabnya CikYut suka makan. Tapi disebabkan memikirkan KESIHATAN diri, maka nak tak nak, perlu juga buat ni. Lagilah CikYut ni pesakit psoriasis. Demi memastikan diri sentiasa sihat dan bertenaga untuk keluarga, mohle kita menDETOKS.




APA ITU DETOKS?

Detoks merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan daripada tubuh manusia. Badan kita sememangnya mempunyai sistem detoksnya yang tersendiri iaitu hati, usus dan ginjal.
Puasa merupaan satu kaedah detoks. Apabila kita berpuasa, badan kita akan melakukan proses detoks secara semulajadi.
Detoks ni dilakukan bertujuan bagi memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan kulit menjadi bersih serta segar. Di samping itu, detoks juga dapat memastikan agar buah pinggang dapat berfungsi dengan sewajarnya.

ok... Jom kita mula.
Nanti CikYut bagitahu cara-caranya ye.

Friday, May 13, 2016

Terapi Pagi CikYut


Dah lama pasang UniFi.
Tapi jarang sangat nak tengok apa channel yang ada.
Anak-anak selalu tengok rancangan Running Man.
Tak lama kemudian, ibu pun terjebak.

Kalau anda pengguna UniFi/HyppTv, buka channel 601.
Boleh ulang tengok kalau terlepas siaran.
Sekarang ibu addict dengan rancangan ni.
'Get It Beauty'

Mencari tips kecantikan dan solekan secara natural.
Tips dalaman boleh cuba Vivix, Vita C dan Bcomplex!
Hihihihi

Monday, May 9, 2016

Pemeriksaan Kesihatan Diri

Alhamdulillah.

Selepas 3 tahun, inilah kali pertama buat pemeriksaan kesihatan sendiri. Sebelum ini, saya buat di Hospital Serdang, kerana saya merupakan kakitangan hospital. Pemeriksaan pula secara PERCUMA. Kali ini berbayarlah kan. Hihihi. Saya lakukan ujian di Klinik As Salam, Bandar Baru Bangi.


Tetapi ujian yang saya buat ini hanyalah pemeriksaan darah sahaja, sebab dah lama sangat tak check. Alhamdulillah, keputusan ujian, semuanya dalam range NORMAL.


Ada pakej lain di Klinik As Salam. Boleh lihat gambar di bawah.


Klinik As Salam


Klinik As Salam

Klinik As Salam

Ada TIGA pakej kesemuanya. Korang pilih la yang mana suka. Doktor-doktor dan kakitangan yang bertugas di Klinik As Salam pun sangatlah AWESOME. Peramah, pemurah dengan senyuman, sangat mesra kanak-kanak.

Ok, ni iklan tak berbayar eeh.. CikYut saja nak inform kat korang, Pemilik As Salam takde bayar apa kat CikYut. MakPak I pun suka sangat laaaa p Klinik As Salam, Bandar Baru Bangi ni. Sanggup dari Semenyih tu, p klinik ni. Rasanya nak kena cadang kepada pemilik, buka satu di Semenyih. Sian makpak I.. hihihi...


Sampai jumpa lagi!





Monday, March 21, 2016

Kekal bertenaga sepanjang hari

Jadi surirumah sambil menguruskan bisnes bukan kerja mudah.
Nak mengadap laptop, si kecik akan ikut mengadap.
Nak lipat baju, si kecik akan ikut melipat.

Jadinya, bila kerja nak selesai.
Anggaran satu kerja yang boleh selesai dalam masa 30 minit, kadang kala akan menjadi satu jam.
Ya, begitulah kebiasaannya.

Maka, apabila si kecil tidurlah baru si ibu dapat melakukan beberapa perkara.
Dengan sedikit bantuan tambahan untuk mengelakkan si ibu turut lena.

Apabila ada hari yang saya rasakan perlu melakukan banyak tugasan, maka saya akan dapatkan bantuan Cinch Tea Mix untuk bantu saya kekal bertenaga.



Alhamdulillah.
Tambahkan sedikit perahan lemon dan setitik stevia untuk menambahkan kesedapannya.
Insyaallah, sangat membantu mengekalkan si ibu untuk celik sepanjang hari dan melakukan tugasan harian.





Thursday, March 17, 2016

Pengganti pencuci muka!

Buat para pengedar Shaklee dan para pengguna Shaklee, salah satu produk kegemaran ialah Gentle Deep Foaming Cleanser. Memang SYOK sangat apabila menggunakan pencuci muka ni. 




1. Harganya yang murah. 
Satu tiub beratnya 150ml dan hanya berharga RM126.15.
Kalau harga pengedar, lagilah MURAH!

2. Satu tiub dapat digunakan sehingga hampir 6 bulan!!
Jimat tak jimat guna pencuci ni?

Disebabkan DUA faktor ini, pencuci muka ni selalu juga habis (OUT OF STOCK).
Para pengguna terpaksa menunggu sehingga ia di 'restock'.

Kejap kejap....

Kalau terjadi perkara begini(OUT OF STOCK), anda jangan susah hati. Di Shaklee, kita ada ALTERNATIF. Yeaaaay!!!

Anda boleh cuba GENTLE ACTION MAKE-UP REMOVER.

Comot dah I punya!


Haaaa... ni dia. Syok juga guna yang ni. Nanti CikYut cerita lagi pasal GAMR ni (panjang bebenor nama dia, kita kasi short aje... hihihihi.....

Tuesday, March 15, 2016

Support Group Meeting 2016

Alhamdulillah.

Selepas sekian lama ia menyepi, Breastfeeding SGM kembali.
Perjumpaan kali ini adalah hasil inisiatif dari pihak Tateh, Butik ibu dan bayi yang beroperasi di Seri Bangi.


Untuk saya, ia lebih kepada reunion. Kerana dapat berjumpa dan berkumpul dengan rakan-rakan seperjuangan dalam penyusuan.
Ia sangat-sangat mengujakan!


Diharap, akan ada lagi Breastfeeding SGM. Tak kisah la sapa yang nak buat.
Kalau CikYut berkelapangan, Insyaallah ku akan hadir.

Boboiboy The Movie

Anak-anak punya pasal....
Kita layankan aje.




Dari Boboiboy Kuasa Tiga.
Jadi Kuasa Lima..
Hujungnya Kuasa Tujuh!

Pening ibu dia.

Dah layan tengok, dalam kereta buat movie memasing plak.
Mmm... sambung pening lagi!

Monday, March 14, 2016

Pantang nampak bayi!


Azmie sangat suka dengan bayi. Memang tak tentu arah dibuatnya kalau dia nampak bayi. Macamlah dia besar sangat nak dukung bayi. Tapi maafla dik Mie, ibu belum dapat approval dari ayah nak bagi awak adik.... Doala bebanyak supaya ayah beri lampu hijau!

Friday, January 1, 2016

Selamat datang 2016!

Tahun bertukar.
Usia bertambah.

Selamat datang 2016!




Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...