SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, August 31, 2011

Juadah enak....tapi!

Assalamualaikum wbt dan Salam Aidilfitri




Syukur. Kita dah masuk 2 Syawal. Begitu cepat masa berlalu. Macamana aktiviti semalam? Ziarah menziarahi, mengunjungi ahli keluarga yang lain. Menikmati juadah yang pelbagai. hehehe... Bagi yg turun berkilo selama berpuasa sebulan yang lalu, pasti naik berkilo juga dalam sehari.
Bagaimana nak menjaga perut walaupun kita menikmati semua juadah yang enak tu?

1. Pastikan bawa air masak sebotol. Tapi jangan dibawa sahaja pula ya. Diminum. Pastikan kita minum ~3L air masak sehari.
2. Makan sekadar untuk merasa, bukan untuk melahap! hee >_<
Kalau rasa-rasa perut dah bagi signal tu, agak-agakla kan. Mohonlah untuk berhenti.
3. Siapkan pertahanan perut kita dengan Lecithin!

Kenapa lecithin? Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam  diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar. Ambil 3 biji pada waktu pagi, dan 3 biji pada waktu malam.
 

Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau smskan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Saturday, August 27, 2011

Minuman untuk seisi keluarga!

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan


Alhamdulillah. Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Buat mereka yang dapat berpuasa penuh, syukur! Buat yang ada lompongnya, jangan lupa untuk tanda kalendar bilangan hari yang lompong tu ye. Kang jenuh nak ingat berapa hari perlu diganti. Semasa di awal Ramadan, saya mencadangkan kepada pengguna Shaklee untuk mendapatkan ESP dan PD sepanjang bulan Ramadan. 

Saya sendiri telah habiskan 1 canister ESP dan 2 canister PD. Bukan saya minum sorang ye. Saya ada teman untuk minum bersama. Pantang kita bancuh, pasti ada yang sibuk. Jadi saya perlu bancuh dua bekas. Satu untuk saya dan satu bekas lagi untuk anak-anak.



Tu bekas tupperware tu. Saya minum satu bekas masa sahur dan satu bekas lagi semasa berbuka. Cer tgk dua orang yg disyaki yang menghabiskan ESP dan PD ibu diorang. Udah le minum masuk botol. Pastu request kasi penuh satu botol.. iooo banyaknya permintaan kau nak!



Waktu-waktu lain, saya akan minum air masak pula. Bila menyusukan dan berpuasa pada masa yang sama, saya memang kehausan. Namun begitu, Alhamdulillah. ESP dan PD banyak membantu mengekalkan kelembapan dalam badan ni. Kalau tak, rasa kering, rasa haus aje. Gandingan duo ESP dan PD ni bukan khusus untuk bulan Ramadan. Sebenarnya Tuan Puan boleh minum pada bila-bila masa sahaja. 

Bancuh PD saja pun ok. Minum setiap hari, lebih-lebih lagi pada hari panas. Fuuh lega! Sedap pula rasanya. Macam air Ting. kalau rasa-rasa masa raya nanti, harinya panas. Boleh lah bancuh PD untuk tetamu yang datang. Pasti mereka suka dan akan minta sebekas untuk dibawa pulang!


Secara ringkas : 

Fakta mengenai ESP
 
v  Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
 
v   Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
 
v  Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
 
v  Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
 
v    Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.


Fakta mengenai Performance Drink (Performance Orange)
1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.


2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.


3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.


3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.


4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.


5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Friday, August 26, 2011

Pesanan buat wanita!

Assalamualaikum dan Salam Ramadan.

Peringatan ini saya dapat dari emel di tempat kerja. Kesahihannya tidak dapat saya pastikan. Cuma apa yang saya ingin kongsi ialah bagaimana kita (wanita) dapat mengelak perkara ini dengan mengambil beberapa langkah pencegahan.


Info PENTING untuk  berkongsi dengan semua!
Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti.

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. 

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia!

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!



Sampaikan mesej ini kepada semua wanita supaya salah seorang wanita dalam hidup kita tidak akan menjadi salah seorang dari mangsa mereka!


Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma. Dan jangan lupa untuk LIKE page Sihat2u

Thursday, August 25, 2011

Terkilan rasa di hati

Assalamualaikum wbt




Semalam, saya kehilangan pakcik saya. Beliau sebenarnya suami makcik saya. Makcik saya ialah kakak kepada bapak saya. hee.. Maaf pjg explaination ni. Tapi apa yang penting, keluarga pakcik saya mmg dah mcm keluarga saya sebab saya membesar dengan keluarga pakcik. Semasa kecil dahulu, saya akan dihantar ke rumah pakcik dan bermalam di sana. Pakcik dan makcik saya antara orang yang palinng rapat dengan saya. Walaupun pakcik saya ni pendiam tapi orgnya tegas. Sekali keluar suara, kami (adikberadik dan sepupu) pasti lari lintang pukang.

Pakcik saya sebenarnya dah lama menghidap penyakit kencing manis. Seingat saya, sejak saya kecil lagi. Dulu pernah doktor mahu memotong kaki beliau, tapi beliau minta doktor benarkan beliau berubat secara tradisional dan mengamalkan pemakanan yang betul. Alhamdulillah, kaki beliau selamat. Badannya pun dari gemuk terus slim aje.

Dua minggu lepas, beliau ke hospital kerana luka di kaki yang tidak sembuh. Beliau tidak perasan kakinya telah terpijak kaca. Namun kakinya tidak dapat diselamatkan. Doktor telah membuang sebahagian dari kaki, yang tinggal hanyalah ibu jari kaki dan kelinking. Boleh bayangkan tak bahagian yg tinggal? Kakinya jadi bentuk V. Selepas pembedahan, beliau dibenarkan pulang. Tapi semasa saya melawat beliau, saya perhatikan keadaan beliau tidak berapa baik.

Semakin hari semakin merosot. Sehingga satu hari, sepupu saya telefon untuk tanyakan supplement yg sesuai untuk Pakcik. Jadi saya cadangkan Vivix. Sambil itu, saya dengar Pakcik saya terbatuk2, sungguh kuat sekali batuknya. Sepupu kata, dah 2-3 hari batuk dan badannya kerap jatuh. Saya paksa sepupu saya utk paksa bapanya ke hospital semula. Pada awalnya, pakcik saya berdegil. Tapi atas desakan sepupu, beliau pergi. 

Semalam saya cuti untuk uruskan beberapa perkara, mak telefon minta saya dtg lawat pakcik dgn segera. Saya lihat jam, sudah hampir jam 2. Pasti tidak dapat naik utk melawat. Jadi saya tggu jam 4.30pm utk waktu melawat seterusnya. Bila hampir waktu, saya bersiap dan bergegas ke hospital. Dalam perjalanan, saya singgah di beberapa tempat kerana ada urusan lagi. 

Mak telefon dan beritahu keadaan Pakcik semakin teruk. Saya pula sudah tersangkut dalam kesesakan. Tidak berapa lama, mak saya telefon semula dan memberitahu Pakcik saya sudah tiada! ooh... saya rasa nafas saya juga turut berhenti. Air mata saya bergenang. Ya, saya sangat-sangat sedih. Tapi air mata saya tidak mahu tumpah. Saya tahu diri saya. Kalau saya menangis, selalunya saya akan menangis mengalahkan org lain. Jadi saya cuba kuat utk kurangkan rasa kesedihan. Saya tidak mahu menambah rasa sedih yg sedang sepupu2 saya rasa.

Ada 3 perkara yang buat saya terkilan :

1. Pakcik saya tidak sempat melihat anaknya bersanding. Dah lama dia tggu. Sbbnya anak no1 dan 2 belum mahu kawen. Jadi majlis anak no 3 akan berlangsung hujung tahun ni. Sbb itu saya juga selalu ke rumah Pakcik bawa anak2 saya. Anak2 saya juga cucu2nya.

2. Saya tak sempat nak tgk Pakcik sebelum beliau menghembuskan nafasnya. Tapi malam tadi di rumah, saya tidak tengok pun jenazah beliau. Saya sangat takut air mata saya tumpah di depan Makcik dan sepupu.

3. Semasa sepupu telefon bertanya mengenai supplement. Saya cadangkan Vivix. Tapi sepupu kata agak mahal harganya. Jadi petang semalam saya sudah order Vivix utk Pakcik. Saya nak hadiahkan pada dia. Setakat Vivix, jasa Pakcik saya lebih besar. Pakcik saya berada pada setiap majlis yg keluarga saya anjurkan. Dari saya lahir sampai saya besar, dia pasti ada. Majlis bertunang saya dan adik, majlis kawen saya dan adik. Semua acara pentinglah.

Baiklah, air mata saya akhirnya mengalah. Rasa tidak dapat saya tahan lagi. Maafkan saya kerana menceritakan cerita sedih di sini. Saya hanya mahu berkongsi cerita. Hargai insan-insan kesayangan kita semasa mereka masih ada. 

"Ya Allah sesunguhnya insan ini banyak jasanya. Beliau banyak berjasa kepada muridnya pada kerjayanya dan juga pada keluarganya. Tempatkanlan beliau disamping orang -orang yang terpelihara.Amin"



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...