SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Tuesday, November 29, 2011

Hidup untuk makan?

Siapa yang kerjanya asyik makan, makan dan makan sahaja? Dia memang takde kerja lain.. Selain dari makan. ekkee.. Ya, memang ada. Memang pasti ada. Secara logik akal, orang itu kelihatannya telah menghambakan dirinya kepada makanan. Dia tidak mampu lagi untuk berpisah dengan makan. 

Boleh agak apa yang akan berlaku bila manusia menghambakan diri terhadap makanan. Lebih-lebih lagi makan yang tidak mengikut diet yang baik. Main hentam aja nak makan apa pun. Selalunya ibu-ibu yang menyusukan sering mengadu kepada saya yang selera makan mereka naik. Mana ada kurus bila menyusukan bayi. huhuhu... Ya, memang bila menyusukan si kecil, selera bertambah. Ini kerana pembakaran kalori adalah berganda. Makanan yang disuap ke mulut, perlu segera dicerna dan nutrisinya diserap supaya dapat diberikan kepada si kecil melalui susu ibu.

Apabila selera bertambah, jangan pula kita pi layan sangat nafsu tu! Bila dilayan, memang parah la. Ada orang, badannya bagai dipam-pam apabila dia menyusukan si kecil.  Ada yang kata, bila ambil Bcomplex, makin naiklah badan! Kita ialah apa yang kita fikirkan. Bila kita fikir badan naik, maka naiklah ia. Seharusnya kita memahami bagaimana Bcomplex bertindak di dalam badan. 

Bcomplex merupakan pembakar glukosa untuk menukarkan glukosa menjadi tenaga. Apabila bahan yang nak dibakar tidak mencukupi, maka ia memberi isyarat kepada otak supaya memasukkan lebih lagi bahan untuk dibakar. Haaaah, tu yang rasa nak makan je tu!! Tapi kita pula terlebih supply bahan untuk dibakar. Maka terkumpulah lemakyang tidak digunakan di dalam badan. 

Bila dah banyak lemak, jangan risau! Cuba ambil Lecithin untuk perangkap. InsyaAllah, tiada lagi lemak terkumpul! yeeeaay... Macamana? Mahu hidup untuk makan, atau makan untuk hidup? heee.. Oh ye, jangan lupa untuk mendapatkan Vitamin E pada harga istimewa. Hanya tinggal dua hari sahaja. Selepas 30hb November, tiada lagi harga spesel tau....

Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah, sudah masuk tahun baru Hijrah! Syukur masih diberi kesempatan untuk beribadat dan menikmati waktu-waktu yang terluang bersama keluarga tercinta! Semoga kalian diberikan limpahan kasih sayangNya. 




Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Saturday, November 26, 2011

Dia dapat pujian,saya dapat pukulan!

huhuhu... Memang sadis bila tengok tajuk post.. Tapi ini memang betul-betul terjadi. Ya, saya dipukul! Tapi tidaklah sehingga lebam biji mata, patah gigi segala! ahaks... Hanya dipukul ditangan. Tapi bisa, sangat berbisa. Hanya kerana ingin menyampaikan cerita yang dia dipuji, tangan saya menjadi mangsa! heeee

Kakak sejawatan berlainan pangkat ni dah makan Lecithin sejak 2 minggu yang lalu. Beliau sangat berpuashati dengan hasilnya. Kini beliau lebih bangga sebab dipuji oleh teman sejawatan berlainan hospital pula. Berbunga-bungalah hatinya bila mendengar pujian dari rakan-rakan lain! 

Apa yang mereka kata?
1. Beliau kelihatan lebih kurus.
2. Wajah beliau kelihatan berseri-seri! *wink_wink*


Dan, seorang doktor seklinik turut mahu mencubanya selepas melihat hasil yang ditunjukkan oleh kakak sejawatan berlainan pangkat ni! Anda bagaimana? Mahu mencuba? Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Friday, November 25, 2011

Macam tak percaya!



Biar betul? Gosok mata banyak kali. Cubit pipi, cubit peha. Ish... Macam tak percayalah! (intonasi macam dalam Little Einstein). Cuba tengok ni....



Atas keizinan tuan punya gambar Cik Hasmah, jadi saya mahu berkongsi cerita beliau dengan anda!

Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..

Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu...

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..
  1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
  2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
  3. Saya kurangkan fastfood(No KFC, No Pizza)
  4. Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skippingdan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
  5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..
  6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
  7. Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
  8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..
  9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
  10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)
Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat..jom saya sharekan info produk Shaklee yang boleh anda pilih untukDIET..Ianya cuma saranan..terpulang pada anda dan juga bajet ye..tiada paksaan..sebab kalau tengok 10 perkara yang saya buat 2 je bantuan dari Supplement..yang 8 lagi silalah baca..hehe..

Fuuuuh....cayalah Cik Hasmah. Memang tak boleh nak percaya, tapi perlu juga percaya sebab ia sudah terbukti. Saya belum pernah bertemu empat mata dengan Cik Hasmah. Kami selalunya berhubungan melalui emel dan FB sahaja. Saya maklum dengan keadaan Cik Hasmah yang comel itu. Ya, dia nekad, sabar dan istiqamah dalam usahanya. Tahniah Cik Hasmah!


Sekiranya berminat,  boleh lihat DI SINI untuk melihat senarai harga. Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Friday, November 18, 2011

Persediaan Penyusuan Ibu

ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH KUMPULAN SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU HOSPITAL SERDANG


Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia.



Persediaan Kelahiran dan Penyusuan



Umum sudah tahu dan memahami mengapa susu ibu baik buat ibu dan anak. Membuat keputusan untuk menyusukan tidak datang begitu sahaja. Ada ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka disebabkan oleh faktor ekonomi. Ada yang menyusukan kerana mereka mahukan yang terbaik buat si kecil. Ada juga yang mahu menyusukan disebabkan oleh kegagalan menyusukan bayi yang sebelumnya. Walau apapun faktor yang menyebabkan mereka mahu menyusukan bayi mereka, ia tetap perlu dihormati. Adalah penting untuk menggalakkan ibu-ibu yang sedang hamil untuk membuat keputusan untuk menyusukan bayi mereka dan seterusnya membantu mereka menyiapkan diri dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sepanjang tempoh penyusuan buat si kecil. Walaupun penyusuan ibu seharusnya berlaku secara alami, namun tidak dapat dinafikan terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi penghalang buat si ibu untuk meneruskan penyusuan. Oleh sebab itu, beberapa persedian perlu dilakukan dari awal kehamilan dan seterusnya semasa penyusuan.



Persediaan sebelum kelahiran dan penyusuan

Bakal ibu dan bapa perlu menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai kelahiran dan penyusuan setelah mereka mendapat berita bahawa mereka akan menimang cahayamata. Bakal ibu dan bapa boleh menghadiri pelbagai majlis ilmu seperti Perjumpaan Kumpulan Sokongan, Kelas Kelahiran atau Kelas Penyusuan untuk mendapat ilmu mengenai kelahiran atau penyusuan. Terdapat juga banyak laman sesawang yang boleh dijadikan sumber rujukan.



Persediaan mental sangat penting kerana bayi yang bakal lahir merupakan insan yang tidak mengerti apa-apa dan memerlukan penjagaan rapi dari ibubapa. Oleh itu, bakal ibu dan bapa perlu bersedia untuk menjaga bayi tanpa mengira waktu. Bakal ibu dan bapa juga perlu kuat dan tabah. Sebagai contoh dalam penyusuan, kita mungkin akan memberikan susu artifisial jika si kecil kerap menangis. Persediaan dalam pemilihan hospital juga penting. Sebaiknya untuk memilih hospital yang dapat membantu bakal ibu dalam menghadapi detik-detik penyusuan awal. Pilihan boleh dibuat dengan mencari maklumat dari internat atau bertanya dari teman-teman yang pernah bersalin di hospital berkenaan.



Antara persediaan awal yang boleh dilakukan ialah pelan kelahiran. Pelan kelahiran ialah perjanjian bertulis di antara bakal ibu dan doctor. Di dalam pelan tersebut, bakal ibu boleh menyenaraikan perkara-perkara yang dikehendaki semasa dan selepas proses kelahiran. Pelan ini perlu dipersetujui dan dihormati.


Persedian semasa kelahiran dan penyusuan

Memulakan penyusuan dalam tempoh satu jam selepas kelahiran adalah amat penting buat si kecil. Susu awal yang keluar dinamakan kolustrum. Bayi yang mendapat kolustrum akan memperoleh perlindungan maksimum dari sebarang jangkitan. Pelan kelahiran boleh digunakan untuk memastikan proses penting ini Berjaya dilalui oleh bakal ibu. Bakal ibu juga jangan segan-sagan untuk mengingatkan jururawat atau doktor mengenai keinginan ibu untuk menyusukan si kecil pada jam yang pertama. Bakal bapa juga memainkan peranan yang penting buat si ibu dalam memastikan perjalanan proses penyusuan si kecil berjaya. Sokongan padu dari suami amat diperlukan oleh isteri. Memahami peranan masing-masing dapat membantu melancarkan proses dan seterusnya membenarkan proses itu berlaku dengan aman dan harmoni. Selain daripada suami. Sokongan dari keluarga dan sahabat handai juga amat penting.



Persediaan selepas kelahiran dan penyusuan


Mitos sememangnya sebati dalam adat setiap masyarakat. Dalam menjayakan proses penyusuan, si ibu serta bapa perlu tahu untuk membezakan di antara fakta dan mitos. Emosi juga memainkan peranan yang penting. Si ibu perlu belajar untuk mengawal emosi dalam menghadapi sebarang peristiwa yang berlaku semasa proses penyusuan  berlangsung.



Kesimpulannya, persediaan merupakan elemen terpenting bagi membolehkan bakal ibu memberikan yang terbaik buat si kecil. Dengan segala persediaan dan persiapan yang dibuat, penyusuan tidak lagi mustahil.


Selamat menyusukan si kecil anda!

Wednesday, November 16, 2011

SGM @ KPKT

InsyaAllah satu perjumpaan bersama ibu-ibu akan diadakan di Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Ia akan diadakan pada hari Jumaat (18/11/2011) jam 12.30pm sehingga 2.00pm. 

Antara perkara yang akan dibincangkan ialah :

Persediaan Penyusuan Ibu :
- semasa hamil
- selepas bersalin
- apabila naik bekerja
 
Demo teknik Marmet
 
Terdapat jualan barangan penyusuan sprt breastpump, botol susu, cooler bag dan sbgnya dan juga jualan set penyusuan Shaklee.

 
Moderator SGM terdiri daripada Lactation Peer Counselor yang bertauliah iaitu:

- Azrina Mohd Tajul Ariffin (MAMPU, JPM)
- Yusrina Hata (Hospital Serdang)
- Hazimah Mustafa (Perbadanan Putrajaya)
- Zulie (Perbadanan Putrajaya)

Ibu-ibu yang bekerja berdekatan dijemput hadir ya!



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Tuesday, November 15, 2011

Yakin terhadap diri!

Alhamdulillah. Setiap 14hb saya tidak perlu mengeluh lagi. Ada la sedikit imbuhan buat diri dan anak-anak sehingga ke hujung bulan. Saya bersyukur dapat berkongsi kebaikan Shaklee dengan ramai orang. Sudah ramai yang memperoleh kebaikannya, dan lenih ramai lagi yang ingin mencuba juga. Cukuplah bercerita mengenai 14hb setiap bulan. Sesiapa berminta untuk tahu lebih lanjut mengenai 14hb, boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601.


Dalam setiap apa perkara yang dilakukan perlu ada keyakinan diri. Begitu juga dalam penyusuan. Si ibu perlu yakin bahawa dirinya mampu untuk menyusukan si kecil. Yakin bahawa si ibu mampu menghasilkan susu dan yakin bahawa susunya mencukupi untuk si kecil. Hilang salah satu keyakinan dalam setiap aspek penyusuan mampu untuk mengganggu gugat fikiran si ibu dan seterusnya mengganggu penghasilan susu dan seterusnya membantutkan hasrat si ibu untuk menyusukan si kecil.

Namun begitu, tidak semua ibu mampu untuk yakin begitu sahaja. Tidak semua ibu mampu untuk mempunyai keyakinan dengan sekelip mata. Seperti contoh, saya berkata kepada seorang ibu, "Ibu jangan berasa susah hati. Saya pasti Ibu mampu melakukannya. Ibu perlu yakin!". Adakah dengan mendengar ayat begitu, si ibu dapat menetapkan dirinya untuk menjadi lebih yakin. 

Kadangkala ada ibu perlukan sesuatu untuk dia berasa yakin. Perlu sesuatu yang lebih NYATA yang wujud di hadapan mata! Ini kerana setiap ibu adalah individu berbeza. Hanya kerana kita mampu melakukan sesuatu, kita juga berasakan ibu lain juga mampu untuk melakukannya. Lain orang lain caranya. 

Wednesday, November 9, 2011

Keperluan atau kehendak?

Setiap ibu bercita-cita untuk menyusukan bayi mereka. Kalau boleh, kalau dapat sehingga si kecil berusia dua tahun. Malah ada yang bercita-cia untuk menyusukan si kecil selama mana yang si kecil mahu. Tahniah ibu-ibu! Saya berbangga kalian telah membuat keputusan itu. Membuat keputusan untuk menyusukan si kecil adalah langkah pertama yang diambil oleh setiap ibu. Bagaimana untuk menjayakannya merekupakan langkah seterusnya.


Gambar dari arkib Cik Yut!

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan langkah pertama si ibu berjaya diteruskan atau tidak. Disebabkan kebanyakan ibu sekarang adalah ibu-ibu yang bekerjaya, masalah utama mereka ialah mampukah mereka meneruskan penyusuan apabila mereka  kembali bekerja. Rata-rata ibu memilih penggunaan pam. Sama ada pam manual atau pun pam automatik.

Gambar contoh - diambil dari PakCik Google

Adakah penggunaan pam ini wajib? Adakah ia sesuatu yang sangat diperlukan atau sesuatu yang mengikut kehendak semasa? Adakah ibu-ibu memahami mengapa perlunya pam? Atau ikutan dari teman-teman sekeliling?

Pam ibarat alat bantuan sokongan. Ia bukanlah barang wajib/mesti ada untuk setiap ibu. Sebelum mendapatkan pam, ibu-ibu perlu tahu mengapa mahu menggunakan pam. Acapkali saya berpesan kepada ibu-ibu untuk benar-benar mengosongkan payudara. 

Dan ibu-ibu pula akan bertanya, "Bagaimana hendak mengosongkan payudara? Perlukah saya membeli pam?". 

Jawapan saya kepada ibu-ibu, " Ibu tidak perlu membeli pam. Memadai dengan menggunakan tangan sahaja!".




Pastinya ramai ibu yang memilih tidak mahu menggunakan tangan atas pelbagai alasan. Ya, saya hormati keputusan ibu. Ibu lebih tahu bagaimana rutin seharian. Sibukkah, sempatkah, hanya ibu yang tahu. Tidak saya. Ada ibu yang mampu untuk melakukan perahan menggunakan tangan, ada ibu yang kurang yakin, merasakan mereka kurang mampu untuk melakukannya. Apabila terdapat ibu yang kurang yakin, saya tidak mahu memaksa, tetapi saya akan ajar sekiranya ibu mahu tahu mengenainya. 

Sekiranya ibu lebih yakin dengan menggunakan pam, sudah faham keperluan penggunaannya, saya hormati pendirian ibu. Saya tidak mahu memaksa sehingga boleh membantutkan usaha penyusuan kepada si kecil. Apa yang penting bagi saya ialah si ibu dan si kecil masing-masing gembira. Tiada apa yang lebih menggembirakan saya apabila melihat si ibu berjaya menyusukan si kecil!

Baik, adakah ibu-ibu sudah nampak sama ada pam itu perlu atau kehendak nafsu? :) Kejayaan penyusuan tidak datang dari pam yang canggih, atau pam yang mahal. Tetapi datang dari usaha dan kerajinan ibu-ibu. Sekalipun ibu hanya memerah menggunakan tangan, jika ibu rajin InsyaAllah ia tetap berjaya. Begitu juga sekiranya telah menggunakan pam paling mahal atau berjenama, sekiranya ibu kurang rajin dan berusaha, keputusannya pasti mengecewakan. 

Selamat meneruskan penyusuan bersama si kecil!



Apa? Mahukan kelas Marmet?? Oh... saya akan fikirkan tarikhnya. Boleh cadangkan kepada saya ya! 



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Monday, November 7, 2011

Ukur baju di badan sendiri

Apabila diri telah disahkan mengandung, macam-macam yang berlegar di dalam kepala saya. Apa yang patut saya makan? Boleh ke saya makan makanan kegemaran saya lagi? Sesuai ke makan tu, makan ni? Perlu ke ambil tu, ambil ni? hahaha... Semuanya adala 1001 soalan yang boleh membuatkan jiwa bakal ibu (dan juga bakal bapa) stress! Itu baru melibatkan pemakanan.


Secara jujurnya, semasa mengandungkan Azyana dan Azzalea, saya tidak pernah ambil kisah tentang apa yang saya nak makan. Saya akan makan ikut tekak, dan selagi ia mampu masuk melalui tekak dan seterusnya berada di dalam perut! hahahha... Walaupun ada yang akan kata makan nenas boleh sebabkan keguguran, saya makan juga. Bukan saya nak melawan, tapi saya memang nak makan! Saya pula jarang mengambil kira pemakanan saya mengikut piramid makanan. 




Piramid makanan ini memang bagus. Namun berapa ramai antara kita yang dapat menginterpretasikan piramid ini. Berapa banyak sebenarnya yang diperlukan oleh tubuh? Berapa kalori yang terhasil dari setiap portion? Kalau dicarigali di internet, anda pasti jumpa nilai-nilai itu. Ya, ia ada merata-rata. Namun, berapa ramai yang pasti makanan yang akan masuk itu pasti membawa nilai yang sama dengan yang tertulis pada skrin atau kertas itu?

Berapa ramai yang pasti nutrisi pada sayuran masih kekal sepanjang perjalanannya dari kebun ke rumah anda? Dengan proses penyimpanan, sejuk beku dan pelbagai lagi proses yang dilalui oleh sayuran itu, anda pasti kandungan nutrisinya masih tetap sama? Lainlah kalau anda yang tanam sendiri depan rumah, cabut dan terus masak. 

Oh ye, semasa anda memasak, adakah anda pasti anda telah menggunakan teknik memotong yang betul? Besar atau kecil api yang anda gunakan? Lebih minyak atau kurang minyak? Jika anda benar-benar pasti anda telah mengikut segala yang disarankan oleh chef, alhamdulillah, nutrisi yang ada dapat dikekalkan. Tapi masih pastikah ia masih 100%? Apa yang anda perlu lakukan untuk pastikan diri anda mendapat 100% nutrisi dari setiap makanan? Makanan selalu? Makan sekerapnya?

Oleh sebab itu, semasa mengandungkan Azrie, saya mendapatkan bantuan untuk menapung kekosongan nutrisi tadi dari suplemen. Shaklee produk yang amat diyakini selamat dan semulajadi. Pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) setiap hari membantu  pertumbuhan sel dalam badan dan pada masa yang sama perkembangan janin dapat berlaku dengan lebih baik. Pengambilan Bcomplex membantu saya untuk menjadi lebih tenang sepanjang proses kehamilan. 

Anda ialah apa yang anda fikirkan dan yang anda ingin. Dan hanya anda yang tahu apa yang berlaku di dalam tubuh anda! Tidak orang lain. Keperluan bagi setiap insan adalah berbeza mengikut aktiviti dan cara hidup masing. 



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma. 

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya EidulAdha

Salam EidulAdha! Ingat dah buat auto-post. Rupanya takde post pun... Bersabar ajelah. Seperti biasa, bila hari raya, tak kisah la Aidilfitri ka, AidilAdha ka, kita pasti makan sebanyaknya. Makan tak beringat. Pada raya AidilAdha ni rasanya lagi teruk perangai kita. Dok menjamah daging dari siang ke malam. Mana yang dapat bahagian korban tu mau seminggu layan daging! Fuuuuh... Banyakle lemak dan kolesterol dalam badan! Jangan lupa untuk dapatkan Set Buang Lemak


Set BL 1 :



atau SET BL 2 :



Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :

Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).  Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri. Menguatkan imuniti tubuh. Memperlahankan proses penuaan.



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Saturday, November 5, 2011

Set D ialah Set GOLD!

Bulan ini ialah Bulan Kesihatan Kulit. Oleh itu, saya mahu UP kan semula Set D!





Kenali apa yang terkandung di dalam Set D,

B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri. Menguatkan imuniti tubuh. Memperlahankan proses penuaan.


Set ini pasti dapat menggembirakan mereka yang sedang mencari supplement untuk membantu mereka mendapatkan kulit yang lebih bersih! Harga untuk set ini ialah RM295.25 (untuk Semenanjung).


Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Friday, November 4, 2011

Kanser prostat disebabkan oleh Vitamin E?

Dalam post tempohari, saya belum lagi berkongsi sepenuhnya mengenai Vitamin E Shaklee. Sebenarnya, pengambilam vitamin jenis sintetik dan berlebihan mampu memudaratkan. Organ yang paling terjejas pastinya buah pinggang. Buah pinggang yang berfungsi untuk menapis dan mencuci bendalir dalam badan pasti tidak mampu menampung kebanjiran vitamin yang masuk sekiranya ia dimakan secara berlebihan. Pastinya buah pinggang perlu bekerja keras dan seteerusnya ini boleh merosakkan buah pinggang kita. 




Penerangan lanjut mengenai Vitamin E Shaklee, saya petik dari blog Kak N


Berdasarkan pembacaannya dari buku Dr Bruce Miller, kita perlu tahu apakah ciri-ciri vitamin yang selama untuk kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Dari buku itu,







Dan yang paling penting, perlu tahu KEPENTINGAN LABEL PADA BOTOL






Dari pembacaan di atas, Vitamin E Shaklee menepati keperluan dan kehendak tubuh manusia. Memilih yang semulajadi dan selamat merupakan keutamaan saya. Vitamin yang dibuat secara kimia amat sukar untuk diserap oleh badan. Lambakan vitamin inilah yang menyebabkan toksik yang berlebihan dan seterusnya memberi kemudaratan.


Pilihan di tangan anda! Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Kenapa Vitamin E Shaklee?


Ya, anda boleh sahaja memilih mana-mana jenama di luar sana. Sekiranya anda mengunjungi farmasi, pastinya bersusun pelbagai vitamin dari pelbagai pengeluar. Tepuk dada, tanya diri sendiri. Adakah anda mencari yang selamat dan lebih natural, atau anda gemar untuk memilih yang sintetik? 

Keperluan pengambilan suplemen Vitamin E ini bergantung kepada sebanyak mana anda terdedah kepada radikal bebas. Kajian turut menunjukkan bahawa anda memerlukan Vitamin E yang lebih jika diet harian anda tinggi dengan asid lemak politaktepu (polyunsaturated fat). Ini kerana asid lemak politaktepu (PUFA) sangat mudah mengalami pengoksidaan.

Dr. James Scala di dalam bukunya yang bertajuk Prescription for Longevity menyatakan, kajian menunjukkan bahawa Vitamin E selamat untuk diambi sehingga maksima 3,200 IU sehari.




Jadi, apakah kelebihan Vitamin-E Shaklee nie?

(1) Vitamin-E Shaklee dari sumber semulajadi, d-alpha-tocopherol - 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli.

(2) Disertai dengan Selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa Selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan Selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum, di mana tanpa Selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

(3) Sebiji kapsul Vitamin E Shaklee mengandungi 400IU Vitamin E. Berbaloi dengan apa yang anda bayar.

(4) Khasiatnya pula, tersangatlah banyak. Boleh rujuk di Vitamin-E.



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Wednesday, November 2, 2011

Mari berkenalan dengan Vitamin E

Dua minggu lepas saya hanya bercerita mengenai kalsium dan kepentingannya di dalam tubuh badan manusia. Minggu lepas saya mempunyai hal keluarga yang perlu diuruskan dan tidak berkesempatan untuk berkongsi dengan Tuan Puan mengenai supplemen Shaklee. Alhamdulillah, minggu ini saya akan sedaya mungkin untuk berkongsi setiap hari ilmu supplemen. 


Minggu ini mengenai Vitamin E. Ya, hari tu kecoh pasal Vitamin E boleh menyebabkan kanser prostat, dan apakah perbezaan Vitamin E Shaklee dengan vitamin dari keluaran syarikat lain. Itu kita akan kupas satu persatu.



Apakah itu vitamin E?



Vitamin E adalah istilah generik untuk tocopherols dan tokotrienolVitamin E adalah keluarga Î±Î²Î³dan Î´-tocopherols dan sama empat tokotrienolVitamin E adalah antioksidan larut lemak yang menghentikan pengeluaran spesies oksigen reaktif terbentuk apabila lemak melalui pengoksidaanDaripada jumlah ini, Î±-tokoferol(juga ditulis sebagai alfa tokoferoltelah paling dikaji kerana ia mempunyai bioavailabiliti tertinggi.

Tahap yang tinggi terutamanya vitamin E boleh didapati dalam makanan berikut :

Asparagus
alpukat
telur
susu
Kacang, seperti badam atau hazelnuts
benih
Bayam dan lain-lain sayuran berdaun hijau
Sayur-sayuran minyak tak panas
germa gandum
bijirin penuh makanan

Banyak juga ya makanan yang ada Vitamin E. Tapi masalahnya sekarang, berapa banyak yang diperlukan oleh tubuh kita dan berapa banyak pula yang akan kita peroleh dari sumber-sumber ini?



Seperti biasa boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS/WhatsApp kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Tuesday, November 1, 2011

2011 tinggal 2 bulan sahaja lagi

Alhamdulillah.. Kelmarin, ahli keluarga Euphoria berkesempatan untuk berkumpul dan menimba ilmu. Perjumpaan ini telah dirancang sejak 2-3 bulan yang lalu. Ia adalah rentetan dari siri 1 dan siri 2. InsyaAllah, akan diadakan lagi perjumpaan a.k.a seminar untuk ahli keluarga Euphoria pada masa akan datang. 




Disebabkan ramai ahli baru yang hadir, jadi sesi awal adalah lebih kepada memperkenalkan Shaklee dan bagaimana sistem di dalam Shaklee mampu untuk membantu orang ramai menjana pendapatan yang lumayan. Oh ye, dikesempatan ini saya nak ucapkan kepada 'kakak' saya, Cik Cery kerana telah mendapat pangkat Masters (pangkat yang paling tinggi di dalam Shaklee)! Tahniah la Kak Cery.


Semua ahli kumpulan Euphoria bercita-cita untu menuju ke arah itu. InsyaAllah. Dengan usaha yang berlipat ganda dan diulami dengan doa dan tawakal, InsyaAllah tiada yang mustahil. I-M-Possible! Kita yang menentukan diri kita. Kita yang berhak ke atas diri kita. Namun sekiranya ada teguran, jangan cepat melenting. Ambil ia dan perbaiki diri. Kelemahan diri memang susah nak nampak melainkan dari orang lain. Tetapi berapa ramai pula yang berani untuk mengatakan yang buruk mengenai kita? Fikir-fikirkanlah!



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...