SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, February 29, 2012

Anak kuning, ibu susah hati

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 



Ini di copy paste dari Harian Metro


CAHAYA...rawatan fototerapi mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi.
CAHAYA...rawatan fototerapi mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi.
BERKESAN...menyusukan bayi sekerap mungkin cara paling berkesan mengurangkan jaundis.
BERKESAN...menyusukan bayi sekerap mungkin cara paling berkesan mengurangkan jaundis.
RAMAI ibu terutama yang baru saja melahirkan anak risau apabila bayi mereka mengalami jaundis. Terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani ujian darah sangat memenatkan. Lebih teruk apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi.

Apa yang membuatkan keadaan bertambah kusut apabila orang di sekeliling mencadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah tradisional seperti bayi diberi minum susu kambing, berjemur di bawah matahari, mandi dengan air kunyit atau herba sehingga si ibu sendiri keliru mana satu yang harus diikuti. Petua ini mungkin juga berguna, mungkin juga sebaliknya atau akan membuatkan keadaan bertambah teruk. 

Rata-rata ibu percaya kaedah tradisional sangat membantu bagi mengurangkan masalah demam kuning di kalangan bayi. Ini kerana wujud tekanan atau rasa panik bagi ibu apabila bacaan jaundis pada bayi semakin meningkat. Ini ditambah dengan kurangnya ilmu pengetahuan mengenai jaundis yang dianggap masalah serius pada bayi. 

Menurut Pakar Kardiologi Pediatrik, Hospital Perubatan Pantai, Dr Azam Mohd Nor, jaundis atau demam kuning di kalangan bayi adalah perkara normal. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus bayi baru lahir mengalami gejala ini. “Jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai tanda seperti bahagian putih mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka, dada, perut dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dan akan bertukar kekuningan,” katanya. 


Bagi ibu-ibu muda, Dr Mohd Azam menasihatkan supaya jangan risau sekiranya selepas dua hari dilahirkan bayi mengalami demam kuning kerana ini adalah fenomena biasa apabila darah pada bayi menjadi rosak, pecah dan dicernakan di dalam hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.

“Biasanya bilirubin akan dibuang melalui najis dan air kencing. Tetapi apabila terdapat terlalu banyak darah yang rosak dan pecah kemudian dihuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat. Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi,” katanya.

Apa yang ibu bapa perlu tahu setiap bayi mempunyai tahap kuning berbeza dan akan mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun ke kaki. Jaundis akan kelihatan pada bahagian muka, diikuti dada, perut dan kaki. 

“Pemeriksaan bayi untuk demam kuning biasanya boleh dibuat di dalam cahaya matahari atau di bawah lampu panjang putih (fluorescent) dan bukannya mentol kuning kerana ini akan menampakkan kulit bayi lebih kuning,” jelasnya. 

Biasanya bacaan bilirubin akan meningkat pada hari ketiga, kelima dan ketujuh. Tahap bilirubin yang melebihi 85umo1/1 (5mg/dL) akan menunjukkan tanda kekuningan dan sekiranya meningkat kepada 100umo1/1 ia masih di dalam kawalan. Namun sekiranya dalam masa seminggu tahap bilirubin meningkat sehingga melebihi 340umo1/1 atau 21mg/dL, rawatan fototerapi akan diberikan. 

“Bayi akan diletakkan di bawah lampu biru mengandungi 450 nano water dengan hanya memakai lampin dengan mata ditutup. Cahaya lampu ini berfungsi menukar bilirubin kepada biliverdin yang lebih ‘mesra tubuh’ dan akan dikumuhkan menerusi air kencing. Sekiranya rawatan fototerapi ini gagal menghalang daripada kenaikan tahap bilirubin sehingga mencecah 428umo1/1 atau 25mgd/L, rawatan pemindahan darah terpaksa dilakukan,” katanya.

Menurut Dr Azam, apabila pemindahan darah tidak dilakukan dan jaundis berlarutan sehingga 30 hari dikhuatiri bayi akan menghidap penyakit lain seperti radang hati, saluran darah tersumbat atau hepatitis. Lebih teruk sehingga menyebabkan kerosakan otak, sawan serta gangguan pendengaran. 

Namun ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kini, kes pemindahan darah amat jarang berlaku. Ini kerana pemantauan daripada pihak hospital menyebabkan tahap bilirubin dapat dikurangkan selepas seminggu kelahiran. 


Secara saintifik, antara faktor paras bilirubin pada bayi normal meningkat disebabkan oleh: 


  • Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya.
  • Jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi pramatang atau tidak cukup bulan berbanding bayi cukup bulan. Ini kerana hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
  • Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat. Biasa berlaku bagi bayi yang mempunyai G6PD.
  • Lebam pada badan bayi yang disebabkan proses kelahiran seperti kaedah vakum yang menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
  • Darah ibu dan bayi tidak sesuai.
  • Ibu menghidap kencing manis.
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  • Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi dan kerap berbanding bayi perempuan.


    Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Celsius atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Ini kerana jaundis dianggap serius dan memerlukan rawatan rapi.

    “Ia boleh disebabkan masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, jangkitan atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pramatang sebelum 28 minggu,” ujarnya.

    Ramai ibu bapa gembira apabila melihat bayi mereka tidur lena selepas dilahirkan. Namun menurut Dr Mohd Azam, tidur yang nyenyak dan berpanjangan sepanjang hari akan menyebabkan bilirubin meningkat.

    “Ini kerana bayi tidak dapat menyusu dengan kerap. Sebaiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin. Semakin banyak susu ibu diberikan ini akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Penyusuan yang bagus apabila bayi disusukan setiap tiga jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari,” katanya.

    Bayi jaundis perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Namun ibu dinasihatkan tidak memberikan air masak kerana air ini tidak memberi sebarang tenaga dan kesan positif kepada bayi.

    Selain itu, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam, pembedahan Caesarean, penggunaan ubat penahan sakit dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah akan mendorong kepada peningkatan bilirubin.

    Terdapat juga jaundis susu ibu yang mengakibatkan kelewatan atau memanjangkan tempoh pembuangan lebihan bilirubin melalui usus. Biasanya bermula daripada minggu kedua dan akan hilang selepas beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu mencukupi, bayi masih mendapat jaundis.

    Jika kadar bilirubin terus meningkat, doktor mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama dua atau tiga hari. Namun dalam masa ini, ibu dinasihatkan memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

    Bagi menghasilkan susu ibu yang banyak serta berkualiti, ibu harus mendapatkan makanan berkhasiat dan seimbang supaya dapat menghasilkan susu yang banyak serta berkualiti. Paling penting, jangan risau atau tertekan kerana ini akan menyebabkan pengeluaran susu ibu merosot.

    “Jangan sesekali memberikan susu formula pada bayi sebaik dilahirkan tetapi memberi lebih banyak rangsangan supaya bayi dapat menghisap dengan sempurna.
    Dapatkan bantuan daripada pihak hospital mengenai teknik menyusu dengan betul serta cara merangsang proses pengeluaran susu,” nasihatnya.

    Selain rawatan di hospital, terdapat pelbagai petua tradisional yang diamalkan ibu bapa. Sebaiknya ibu bapa jangan terus melakukannya tanpa mendapatkan pandangan daripada pakar terlebih dulu. Ini kerana ada antara amalan tradisional ini belum terbukti keberkesanannya. Antaranya:


    Jemur bayi di bawah matahari

    Ramai ibu percaya dengan menjemur bayi di bawah matahari dapat menghilangkan kekuningan. Namun ibu bapa harus memastikan melakukannya dalam waktu dibenarkan iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10 hingga 15 minit saja.
    Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama, dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok. Namun kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkannya kerana hanya cahaya lampu di hospital saja memberi kesan positif pada bayi.


    Minum susu kambing

    Memberi bayi minum susu kambing boleh memberi kesan kepada bayi. Ini kerana belum terdapat sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi. Malah pemberian yang keterlaluan akan menyebabkan masalah lain seperti cirit-birit atau radang usus.


    Makan jamu dan halia

    Banyak makan jamu yang tidak diketahui kandungan bahan kimia akan menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi disusukan. Begitu juga dengan halia yang boleh menyebabkan bilirubin meningkat.
    Sebaiknya diambil dalam kadar sederhana saja.


    Memberi air glukos pada bayi

    Ramai mencadangkan supaya diberi air glukos kepada bayi bagi mengurangkan masalah demam kuning. Sebenarnya petua ini amat merbahaya kerana air glukos boleh menyebabkan perut kembung dan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.






  • Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

    Tuesday, February 28, 2012

    Euphoria Student Set

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 




    Ni bukan set baru sebenarnya. Ialah adalah kombinasi Bcomplex dan Lecithin. Ia digabungkan menjadi satu set supaya ia membantu para pelajar membeli tanpa terlalu memikirkan harganya. Gabungan Bcomplex dan Lecithin baik untuk membantu mengawal kestabilan emosi pelajar serta menguatkan daya ingatan mereka.



    Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

    Macamana saya berpantang?

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 



    Kalau cakap pasal berpantang, terutama dengan mak slalu ada isu mengenai ini. Dia akan ikiut cara konservatif iaitu jamu, manakala saya lebih senang dengan pengambilan suplemen. Bukan saya tidak makan jamu langsung. Saya makan juga tetapi kerana memikirkan saya menyusukan si kecil, jadi saya perlu elak makanan yang memudaratkan dan juga boleh mengeringkan susu badan.



    Mak mertua saya pun tidak ketinggalan untuk menyumbang sebarang dua perkara sesama saya berpantang. Dia akan sediakan air rebusan, air rendaman saffron dan juga air mandian. Saya follow je. Ada masa, kalau perut dah penuh sgt,mmg tak masuk apa dah. Saya pastikan badan saya akn lengkap dengan segala nutirisi dan vitamin yang diperlukan oleh badan sebelum benda-benda lain masuk.





    Apa yang saya ambil semasa berpantang?



    Set C ~ (Berpantang / Bersalin / After Surgery)
    1) Vita-Lea (Multivitamins)
    2) Vitamin B Complex
    3) Vitamin C
    4) Zinc

    ♥ B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

    ♥ Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

    ♥ Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

    ♥ Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

    Supplements tambahan lain yang boleh diambil ialah Energizing Soy Protein dan Calcium-Magnesium with Vitamin-D (Shaklee OsteMatrix).

    Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Bagi yang menghadapi masalah sukar membuang air besar, boleh ambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu penyusuan bayi, serta melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali.


    Seriusly, set ini telah mencukupi untuk memulihkan keadaan badan ibu yang sedang berpantang. Provided anda benar-benar berpantang untuk mendapatkan hasil yang lumayan seperti mengelakkan makanan-makan yang 'sejuk', elak minuman berais, berkafein, elakkan pergerakan yang terlalu agresif.



    Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

    Sunday, February 26, 2012

    Dari yang kecil, beli yang besar

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


    Rakan saya yang seorang ni, Cik Ciput Bob sedang sibuk dengan tugasannya. Sejak naik kerja lepas berpantang, ada saja tugasan luar pejabat. Syukur, beliau dah memulakan aktiviti mengumpul stoknya. Ya, beliau perlu kumpul stok sebanyaknya atas tuntutan kerjanya. Minggu lepas ke Sarawak. Pulang saja dari Sarawak, rehat sehari dua terbangpula ke Terengganu. Fuuuuh... Penat bukan?


    Alhamdulillah, beliau sudah consume Set 3M sejak dari berpantang lagi.  Dan payudaranya sentiasa full (Alhamdulillah) dan beliau juga komen yang beliau kurang penat! 


    Cuba lihat stok EBMnya lepas habis berpantang





    Tak lama lepas tu, beliau menambah satu lagi gadjet di dalam rumahnya!




    Tahniah Cik Ifa!

    Pernah sekali saya call Ifa untuk bertanya khabar. Katanya payudaranya sedang membengkak. Saya terpaksa minta Ifa untuk kurangkan pengambilan alfalfa dan kurangkan sesi mengepamnya. Biarkan si comel Mia yang melakukan sedutan! hehehehe... Sampai macam tu sekali!




    Si Bambam Mia!


    Dengan situasi kerja Ifa sekarang, memang perlu stok sebegini rupa. Kalau profession seperti saya, mmm... Memang tak perlu, sbb saya kerja 8am hingga 5pm. Jarang sangat bertugas di luar pejabat. Tinggal nak pam atau tidak sahaja.

    Macamana? Ibu-ibu mahu cuba? Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS/WhatsApp 019-2712601.

    Hilang penat dengan SHAKLEE!

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


    Seperti biasa, aktiviti pagi ialah online dan masuk FB trus ke Grup SHAKLEE GBS (kump Euphoria). Sebabnya nak lihat soalan-soalan dari para pelanggan Shaklee dan juga melihat mereka naikkan post mengenai Shaklee. 

    Cik Jo Ha Na, merupakan pelanggan kepada rakan saya. Meh tgk apa yang beliau komen :




    Apa yang Cik Jo Ha Na tulis?

    I love shaklee.. Lepas bersalin, sakit2 badan cepat sembuh, rambut pun kurang gugur, mudah lawas, tak sembelit, tak penat walaupun kena bangun tengah malam, thanks Bonda Sha

     

    Suka suka suka. I LOVE SHAKLEE too! You make my day la Cik Jo Ha Na! Terbaik!


    Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

    SHAKLEE is THE BEST!

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


    Sesambil jenjalan, baca blog orang lain (blogwalking), sesambil beborak mesra di Grup KHAS Pelanggan Shaklee (kump Euphoria). Setiap masa, setiap hari, pasti ada pelanggan-pelanggan yang akan naikkan sendiri post mengenai mereka dan Shaklee. Seronok betul. Sebab mereka dapat apa yang mereka mahu. Kadangkala, mereka dapat lebih kebaikan dari Shaklee.

    Saya terbaca satu post yang membuatkan para pengedar Shaklee (kump Euphoria) berasa amat gembira sekali. Jom baca :


     

    'dah 3 minggu try and sangat happy and berpuas hati dgn shaklee...

    first sbb rasa
    badan jadi sihat and cergas eventhou dalam pantang x cukup tdo cuz layan baby yang crancky nangis siang malam..

    2nd sbb
    milk production improved in term of quality and quantity... susu jadi lebih pekat (thanks to ESP) and i like the yellowish tinge of Vit B.Complex.. kalau awal2 dulu max dapat 20oz/day sekarang ni dapat 30-35oz.. yeay...

    3rd sbb shaklee
    maintain kesihatan saya and baby.. kami baru pulang bercuti, dari kelantan-- muar-- KL-- kuantan--psr puteh (6 days journey) baby umo 40hari,... she remained well, x demam2 or kembung pon..same goes to me, lgsg x rase penat..

    SHAKLEE mmg best!!!
    '

    **************

    Wowwwy! Memang seronok tau bila dapat post macam ni. Ini datang dari pelanggan sendiri. Kita tak pernah paksa pelanggan untuk buat testi macam ni. Hanya bila ada consume Shaklee, anda akan merasai perbezaannya.



    Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

    Saturday, February 25, 2012

    Yang mana satu set penyusuan yang sesuai?

    Salam...

    Buat mereka yang sering ke sini, pasti perasan. Set yang paling selalu disebut-sebut ialah Set B, dan Set 3M. Buat yang baru singgah membaca, pastinya anda tertanya-tanya. Apa benda set ni kan? Mengapa ia disebut-sebut set penyusuan? 



    Dan Kak N telah membantu menerangkan secara ringkas,

    Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.



    Gambar hiasan





    Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

    Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


    Set 3M
    Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
    Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

    Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

    *************************************

    Sudah jelas? Sudah tahu mana satu set yang bersesuaian dengan masalah anda? Selain dari mana-mana set di atas, ibu-ibu akan mendapat jadual mengepam serta tips bagaimana untuk mendaatkan hasil yang optimum dari set yang anda beli. Menggunakan sulemen merupakan sebahagian dari usaha. 



    Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

    Thursday, February 23, 2012

    Sedikit update...

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 




    @4.44am

    Minggu lepas, join breastfeeding refresher course, Sr Zalimah beritahu, bantuan untuk inverted nipple dan short nipple tidak lagi menggunakan praktis syringe tube tu ataupun nipple shield. Bantuan yang diberikan ialah dari segi memberi kefahaman kepada ibu bahawa penyusuan tidak memerlukan bentuk fizikal puting. Pelekapan berlaku pada areola bukan pada puting. Dan meyakinkan ibu bahawa mereka mampu untuk menyusukan walaupun rupa puting itu begitu.

    Update kedua : terma di Kementerian Kesihatan Malaysia, tidak lagi menggunakan latching sebaliknya menggunakan attachment. Jadi bila saya berbual dengan mereka di hospital, saya perlu menggunakan terma yang baru. 


    Ok, short and sweet je, sbb masa menaip ni kepala dah weng. Sambung tidur balik la....





    Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

    Wednesday, February 22, 2012

    Penyusuan ibu : pengertiannya bukan sekadar payudara dan susu!

    *These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease* 


    Apabila kita menyebut penyusuan ibu, pasti yang dibayang ialah payudara, susu. Susu dan payudara. Takde benda lain. Kalau sebut depan rakan-rakan lelaki, kita disuruh diam. Kata mereka itu tajuk 18SX! Ambooooi.... engkau orang yang membayang, aku yang disuruh diam ya. AAK!

    Apabila dijemput (heee...macam orang besar pula..dijemput). bukan bukan... Dipanggil untuk berkongsi cerita mengenai penyusuan, saya sememangnya lebih senang untuk bercerita apa yang disebalik penyusuan ibu. Apa yang patut dilihat oleh kedua-dua bakal ibu dan bapa mengenai penyusuan. Cer tengok gambar di bawah, agak-agak ada tokoh jadi wakil rakyat tak?




    Nak kata saya ni pro parenting, pro natural atau apa-apa pro lagi, tidak juga. Tapi yang pasti saya lebih kepada penyusuan. Dahulu saya suka kata saya obses dengan penyusuan. Tapi saya tidak mahu pula disalaherti oleh ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi mereka. Nanti mereka tidak mahu berkawan dengan saya pula.. Jadi, sekarang saya lebih bersifat terbuka, namun masih lagi menyokong penyusuan.

    Kalau bercakap mengenai kebaikan penyusuan terhadap ibu, terhadap anak, terhadap keluarga, saya yakin, teramat yakin kebanyakan ibu sudah tahu. Memang sudah tahu. Kadang-kadang sampai naik muak mendengarnya! heee... Tapi itu yang benar. Jadinya sekarang, saya tidak lagi bercakap mengenai kebaikannya. Saya akan bercakap mengenai risiko yang bakal berlaku sekiranya ibu-ibu tidak menyusukan!




    Ok,ni baru nak masuk ke tajuk. Suka benor Cik Yut ni menulis mukadimah yang pepanjang! Melampau betul....hahahahaha

    Bagaimana nak melihat penyusuan itu lebih dari apa yang dilihat?

    Melakukan 'bonding' seawal dari kelahiran

    Dalam '10 Langkah untuk Menjayakan Penyusuan', pihak hospital perlu untuk initiate penyusuan seawal kelahiran selama satu jam. Bonding ini bukan sekadar sebagai kunci untuk si kecil memulakan penyusuannya. Walaupun selepas satu jam si kecilmasih belum mahu menyusu,itu tidak mengapa. Sebenarnya si ibu dan si anak telah mendapat banyak kebaikan dari sesi bonding tadi. Sesi ini saya sebut sebagai sesi taaruf buat si ibu dengan si anak. Sesi untuk si kecil mengecam ibunya. Dengan tahap penglihatan yang masih belum terbentuk sepenuhnya, si kecil menggunakan sepenuhnya deria baunya. Bau si ibu dicium dan diamati. Oh, ini ibuku! kata si kecil.

    Kenapa ibu kucing tak nak anak dia kalau kita dah pegang anak dia?
    Sebabnya bau anak kucing tu dah jadi bau kita. Dia dah tak dapat cam lagi bau anaknya jadi dia ingat anak kucing tu musuhnya. Sebab itu dia tak mau dah dengan anak kucing yang kita pegang tu.

    Kita pun sebenarnya ada animal instinct ni. Cuma kita dah jarang guna, tidak peka lagi. Kalau tadi si ibu kucing yang tidak mahukan anaknya, dalam situasi kita,ia terbalik. Si kecil yang tidak mahu dengan ibunya. Yalah, selepas kelahirannya, Cik Jururawat dah bawa dia jauh dari ibunya. Bersihkan dia kemudian susukan dia. Dan dia terlena kekenyangan. Jadi kemudian, bila diberikan kepada si ibu, si kecil menolak ibunya. Tak sama pun bau ini dengan bau yang tadi, bisik si kecil. Si kecil pun melalak. Puaslah si ibu nak menenangkan si kecil. Lama-lama, si ibu pun ikut melalak!


    Lepas tu meleretlah dengan beberapa peristiwa lagi seperti bengkak susu, susu takdelah dll...


    Kalau ibu-ibu perasan, antara langkah-langkah yang dicadangkan untuk mengembalikan si kecil ke payudara ibu ialah dengan melakukan skin to skin secara kerap. Melakukan sesi taaruf sekali lagi, memulakan sesi perkenalan si ibu dengan si kecil semula. 

    Ok, sebenarnya apa yang saya tulis ni belum separuh rasanya. Tapi terpaksa berhenti di sini dahulu. Ada anak-anak kecil dah menjerit-jerit memanggil ibu mereka! keskeskes.... Macam biasa, boleh aju soalan di ruangan komen atau emel atau SMS. InsyaAllah saya akan menjawab segala pertanyaan kalian. Waaah.... macam talian hayat pula!



    Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

    2008... segalanya bermula!

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 




    Saya teringat semasa pertama kali saya bertemu dengan Kak N (yang kini upline saya) dan mendapat produk Shaklee saya. Heeee... Apa yang saya tidak ingat ialah, berapa usia Azzalea masa tu! hahaha.. Tapi yang pasti, Kak N datang masa saya sedang berpantang. Rasanya dalam sebulan lebih dah masa tu.


    Ni gambar Azzalea 'bercuti' di IPHKL!


    Pada saat itu saya sudah pastikan saya pandai menyusukan Azzalea. Saya sudah bertemu dengan Kak Kamariah untuk melihat sendiri bagaimana saya menyusukan Azzalea. Tapi pada masa yang sama, saya merasakan ada sesuatu yang kurang, cuma saya tidak pasti apa. Dan saya perlukan sesuatu untuk mengisi kekurangan itu. Nak kata tidak yakin, saya sudah siapkan diri dengan ilmu. Tapi masih terasa kurangnya.

    Jadi saya hubungi Kak N untuk membantu saya. Saya minta Kak N bawakan segala suplemen yang diperlukan untuk membantu saya dalam menyusukan si tembam saya. Lalu, Kak N pun datang dengan mak dan bapa mertuanya. dah tentu si Nasa Mechelin tu ada juga (nama timangan Nasa dari Auntie Yus!). Heee... Geram sungguh saya dengan dak Nasa. Habis berketak2 dari atas ke bawah. 


    Lama kami borak. Lepas borak, makan. Lepas makan, borak. Lamalah juga Kak N sekeluarga di rumah saya. Oh ya. apa yang Kak N bawa? Kak N bawakan Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, alfalfa dan ESP untuk saya. Pertama kali saya tengok ESP tu. Semasa itu ESP ada dalam bentuk peket. Jadi, Kak N bawakan yang peket tu untuk saya. Dan saya hanya mencubanya selepas Kak N pulang. 


    Nak tahu apa yang berlaku?


    Waaaaaah..... susu saya mencurah-curah keluar. Ya, saya tak tipu. Sekalipun sebelum ni saya memang ada bengkak susu, tapi tidak mencurah-curah dengan begitu laju. Sehingga saya perlu tadah kedua-dua payudara saya. Laju semacam paip air yang pecah. Dan selepas itu, setiap kali hendak menyusukan Azzalea, saya perlu perah sedikit supaya Azzalea tidak tersedak. 


    Saya tahu, pasti ada yang masih enggan mempercayainya. Saya faham. Saya tak paksa pun korang untuk percaya. Ini ialah peristiwa yang alami sendiri. Dalam penyusuan ni, memang ada teori dan praktikalnya. Ada pula jenis yang suka kepada bukti secara fakta, ada juga ibu yang suka mengikut cara ibu lain. Tetapi apa yang penting bagi saya, apa pun yang anda lakukan, anda lakukan ia dengan perasaan yang gembira, perasaan yang senang hati. Ya, saya sangat gembira dan senang hati. Saya gembira saya ambil Shaklee sebab ia melancarkan proses penyusuan saya bersama Azzalea. 


    Shaklee turut membantu memberi nilai tambah dalam kesihatan saya. Saya mampu untuk bangun awal pagi untuk memerah dan kemudian melakukan kerja-kerja menjahit saya. Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan Azzalea sehingga saya disahkan mengandung kali ke3. Itu pun selama satu tahun 5 bulan. 












    Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

    Tuesday, February 21, 2012

    Masalah disebalik masalah...

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 




    Ramai ibubapa beranggapan yang apabila anak mereka dapat melihat itu bermaksud mata anak mereka tidak mempunyai masalah. Anak mereka dapat melihat, tiada masalah penglihatan, tiada rabun. hohoho.... Bukan begitu ye mak-mak. No no no...





    Anak-anak ni kan pelabagai ragam perangainya. Ada yng mulut becok, ada yang senyap sahaja. Jadi, yang mulut becok tu, retilah dia nak mengadukan kalau dia tak nampak ke apa ke. Yang selalu datang ke klinik mata, yang ada masalah ni ialah anak-anak yang susah nak bercakap. Jenis senyap aje. Tapi sebenarnya, becok ke senyap ke, ada beberapa tanda yang menunjukkan si kecil ada masalah dengan matanya. 


    Masalah mata tidak semestinya dibetulkan dengan pemakaian cerminmata. Ada beberapa keadaan, saya perlu beri latihan kepada mereka. Adoooi, bayangkan nak beri latihan untuk mereka buat supaya mereka berada dalam keadaan baik. Agak-agak ibulah kan, anak2 ni nak buat ke? heeee.. Itulah cabarannya, Tapi bukan pada saya. Mak pak depa yg kena pastikan anak2 depa buat latihan tu. 


    Jadi, macamana nak tahu anak kita ada masalah berkaitan mata? Atau lebih tepat lagi, masalah penglihatan binokular?


    Komplen yang paling banyak diberi oleh anak-anak ialah sakit kepala!


    Yup, tiada komplen lain. Dan selalunya jugalah makpak ni buat tak tau je. Tak pun bagi panadol kat anak suh telan. Tak pun suh anak tido, sat lagi dah bangun, hilanglah sakit kepalanya tu! waaaaa.... Please mak pak! Please! Jangan buat macam ni. Percayalah pada anak-anak. Kalau depa ngadu, dengar. Katakanlah saya dah check dan si kecil perlu pakai cerminmata. Kenapa? Berdosa ke pakai cerminmata? Objektif kerja saya ialah memberi penglihatan terbaik kepada si kecil


    Kadang tu, belum check pape, dah tanya "Anak saya kena pakai cerminmata ke puan?" heeeee.... Bikin hati gue panas aja... Sabau Cik Yut, sabau! Bebawa mengucap! 


    Simptom atau tanda kedua yang selalu berlaku ialah dah pindah tempat duduk dalam kelas. Kengkadang,ada makpak ni jenis tak kesah pasal anak dia kat kelas. Biaqpi la kata org Penang (betui ka?). Bila cikgu dah bagitau yang anak dia dah pindah tempat dari belakang ke depan, haaah melompat makpak ni. Marah plak cikgu. "Anak saya mana jahat cikgu! Dia kat rumah baik je!" grrrrr... sudah, cikgu pula yg dimarahnya.


    Dlm kes ni ada dua perkara yang memungkin anak dia ke depan. 
    1. Anak dia tak nampak - jadi cikgu pindahkan ke depan kasi anak dia nampaklahkan.
    2. Anak dia suka main kat belakang, suka kacau orang, tak mau beri perhatian dalam kelas - jadi cikgu pindahkan ke depan -----> kengkadang budak ni nakal bukan sbb dia nakal, tapi sebab dia TAK NAMPAK APA CIKGU TULIS KAT DEPAN jadi dia kacaulah kengkawan dia! Can you see the picture mommies?


    Pastu kat rumah plak. Ni pun tragis gak nak cerita. Alahai... Anak kita bawa balik kerja sekolah, kita pun semak, Sekali kita tgk buku sekolah dia kejap isi, kejap melopong. Apalagi memekiklah makpak ni kat anak tu! "Ni apsal tak siap kerja sekolah ni? Pemalas betullah anak aku ni" (wei wei...takan nak doa kat anak camni?) Tapi sebenarnya apa yang berlaku pada si anak? Sama macam kes no 2 kat atas tadilah! 


    Betul. Saya tak tipu. Saya tulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Saya suka anak-anak kecil (dan saya juga kadang2 garang dengan pesakit ciklik saya!). Jangan bandingkan anak si A dengan anak kita, tapi cari sebab kenapa anak kita berbeza dari anak si A. Barulah dapat tahu punca masalah itu. Ok? Ada apa-apa soalan? Kalau ada, emel ke, SMS ke, PM ke ya! Saya p tidur dulu!




    Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

    Thursday, February 16, 2012

    Lecithin vs Omega - mana satu nak makan ni?

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


    Masya Allah. Rupanya OmegaGuard pun boleh digunakan sebagai pembakar lemak. Hee.. Sebenarnya bukan saya tidak tahu. Tetapi saya tidak masukkan OmegaGuard dalam diet seharian sebab itu saya jarang-jarang bercerita mengenainya. Walaupun sudah lama merancang untuk mengambil OmegaGuard atas sebab untuk meningkatkan daya ingatan, tapi masih tak makan-makan. Jadi selepas ini, saya perlu ambil ia.

    Jadi, mana satu yang bagus ni?

    Bak kata Kak N, naik kapal terbang mahal tapi perjalanan cepat dan tidak memenatkan. Kalau naik kereta pula, ia murah tapi perjalanan jauh, panjang dan penat. Terpulang kepada kemampuan kewangan dan juga tindakbalas dalam badan masing-masing.

    Selain untuk pembakaran lemak, OmegaGuard juga bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan, kerana dapat memastikan DHA susuibu dapat dibekalkan dengan bai. Jadi ia bagus untuk ibu dan bayi.


    Ini testimonial dari pelanggan Kan N :

    "Alhamdulillah, saya dah dapat bentuk badan spt before. Sangat happy la kak! Omega tu rasanya lagi bagus dari Lecithin. Berbaloi la walau mahal tapi result dia superb! Lecithin slow pada saya. Nasib akak suggest omega dan herblax...memang cepat la slim! Suka!!!! Saya kurangkan lecitin cuma maintan alfalfa mcm akak ajarkan. Anyway! Thank you so much akak! Saya na order lg dua botol omega tau! Suami pulak nak!"
     

    Peergh... kalau boleh, nak gak tahukan sebelum ni bape berat dia? Figure dia camne? Sekarang figure dia camne? Tapi perlu ingat, pengambilan dietary atau suplement sahaja tidak membantu sepenuhnya dalam mendapatkan berat atau bentuk tubuh yang diingini. Kita masih perlu melakukan aktiviti senaman, mengambil buahan dan minum air dalam kuantiti yang banyak.

    Kang ada plak yang tanya, boleh ke nak makan Lecithin dan Omega? Tak jadi lagi kurus ke? Adeeeeh... Saya pinjam jawapan Kak N lah...

    Lecithin : membantu elakkan kembung perut, mudah untuk membuang, kilatkan rambut dan kuku, bakar lemak.

    Omega : Untuk elakkan masalah pelupa, bagus untuk jantung, tingkatkan HDL dalam darah dan bagus untuk chest agar tak mudah diserang selsema.


    Amacam, ok tak? Aturan makannya juga perlu ikut. Kalau tak, kang dehidrate pula badan kita. Sebarang pertanyaan mengenai produkdan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS/WhatsApp 019-2712601.

    Thursday, February 9, 2012

    Artikel pilihan: Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan AKAN BERJAYA?

    Oleh: Irfan Khairi


    Saya ada baca buku ini yang agak menarik "The Outsider's Edge" oleh
    Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang
    tesisih dan mereka yang gagal... lagi mudah mencapai kejayaan!



    Dalam buku tersebut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada
    seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh
    terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di
    rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.

    Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan, akan berjaya?
    Jawapannya- the Outsider's Edge.


    Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai
    semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi
    motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian
    akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong
    kesusahan dan kemiskinan.


    Dari perkataan "Outsider" menunjukkan mereka yang "diluar"...

    Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia
    datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana
    mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang
    cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh
    berjaya juga akhirnya.



    Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai
    kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu
    di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa
    diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa
    untuk berjaya.



    Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita
    belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan
    Outsider's Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!








    Monday, February 6, 2012

    Kepala anak gatal - berkutu?

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 



    Anak-anak yang ke taska atau tadika seringkali mengalami masalah ini. Kalau nampak anak-anak balik dari taska/tadika dan tangannya menggaru kepala dengan sangat kerap, itu bermaksud adalah sesuatu di kepalanya. Kalau tak pun,mereka sendiri yang mengadu. "Ibu, kepala kakak gatallah!" Kemudian, selang seminggu, kepala ibunya pula yang gatal. hahaha.... 


    Mari kita berkenalan dengan kutu yang mengganggu anak-anak ini...

    Biasanya,kutu berwarna kelabu kehitaman dengan panjangnya 2.5mm. Ia sering ditemui di kulit kepala. Kutu hidup dengan menghisap darah. Dan saya pula akan beritahu anak-anak, sekiranya tidak mahu membenarkan saya menyikat rambut mereka lama kelamaan darah di dalam badan mereka akan habis! heee.. Kutu hanya mampu bertahan selama dua hari sahaja jika terjatuh dari kulit kepala. Kawasan yang paling banyak ditemui adalah di belakang telinga dan berdekatan belakang tengkuk.

    Kutu membiak dengan cepat. Dalam masa sehari, kutu betina boleh bertelur antara enam hingga lapan kali. Biasanya kutu betina bertelur berdekatan pangkal akar rambut - patutlah susah nak buang! Selepas tujuh atau lapan hari, telur kutu menetas dan meninggalkan kelonsong berwarna putih bersinar. Antara sepuluh hingga empat belas hari selepas itu, kutu mencapai tahap kematangan. Malah ia boleh mencapai dua hingga empat mm panjang. Jangka hayat kutu bagaimanapun tidak panjang, biasanya antara 32 hingga 35 hari. 

    Kutu gemar berada di kepala anak-anak perempuan, kerana anak-anakperempuan selalunya berambut panjang. Selalunya masalah ini akan hilang apabila anak-anakmeningkat dewasa. Eheeem...tapi ibu-ibu pun kena jaga-jaga juga bila anak-anak kita kena...Adoooi...gatal satu kepala dibuatnya! Oleh itu, untuk mengatasinya, ibu-ibu boleh menggunakan syampu khas. Selain itu boleh juga menggunakan minyak zaitun.


    Simptom yang dialami oleh anak-anak :
    • Rasa sangat gatal pada kulit kepala terutamanya di belakang telinga dan leher
    • Sentiasa menggaru sehingga menyebabkan ruam yang dapat dilihat di belakang telinga
    • Bintik-bintik putih pada rambut (telur kutu) yang melekat pada rambut
    • Kalau keadaan teruk, nodus limfa di belakang telinga membengkak


    Bagaimana hendak menangani masalah kutu ini?
    • Gunakan syampu berubat atau losyen kutu kepala
    • Keringkan rambut anak-anak dengan sempurna, kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus
    • Periksa rambut ahli keluarga yang lain dan rawat sekiranya perlu

    Opss... sekejap. Ada empat perkara yang perlu diingat apabila menggunakan ubat kutu
    • Jangan menggunakan jumlah yang lebih daripada disarankan
    • Jangan rawat dengan syampu yang sama sekiranya pernah menggunakan ia pada sebelum ini - dulu pernah kena, guna syampu A, sekarang kena lagi, guna syampu yang sama - Cuba untuk guna syampu jenam lain pula
    • Jangan campurkan ubat kutu berlainan jenama
    • Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia gagal dirawat


    Kutu dapat tersebar dengan merangkak atau jatuh ke atas pakaian, cadar, atau berpindah ke perumah lain, atau melalui perkongsian eksesori rambut seperti sikat, berus,tuala dan sebagainya.


    Cara untuk mencegahnya dari sampai ke kepala ibu! (heee)
    • Elakkan dari berkongsi berus, sikat, aksesori rambut dan sebagainya
    • Elakkan daripada berkongsi tuala dengan anak-anak (atau anak A berkongsi dengan anak B)
    • Jangan menghantar anak-anak yang dijangkiti kutu ke taska/tadika shingga mereka telah dirawat sempurna



    Dan saya pula menggunakan syampu Prosante untuk membantu mengurangkan pembiakan cik kutu ni di atas kepala anak-anak dan kepala saya! Syiiooook je rasa lepas pakai!







    Sebarang pertanyaan mengenai produk dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS/WhatsApp 019-2712601.

    Cara membaca tarikh luput pada botol Shaklee

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


    Waaaa... Selalu sangat yang bertanya mengenai tarikh luput pada botol Shaklee. Sampai ada masa, saya pun turut tertipu juga bila dah kelam kabut sangat! Ngeee... Jadi,hari ini biar saya terangkan bagaimana untuk membaca tarikh luput itu ya! Ramai yang keliru..tahun di sangka hari...hari disangka bulan.


     


    Format : Month/Day/Year = XX/XX/XX

    Bacaan tarih luput/due date pada label botol di dalam gambar ialah 20hb Jun 2012.

    Contoh lain:-

    12/01/12 = 01 December 2012
    06/23/12 = 23 June 2012
    JUN/12/13 = 12 June 2013

    Mudah sahaja kan. Jadi selepas ni jangan ada yang keliru lagi yer (termasuklah diri sendiri!) Namun kalau ada yang nak tanya juga lagi, saya akan layan. Tiada masalah. 



    Sebarang pertanyaan dan konsultansi mengenai produk boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

    Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

    Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


    Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

    Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


    Set 3M
    Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
    Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

    Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...