SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, September 29, 2010

Dunia SHAKLEE temukan kawan lama

Salam


Dunia internet telah mempertemukan saudara-saudara yang terpisah. Mengeratkan hubungan yang sedia terjalin. SHAKLEE secara tidak langsung juga begitu. Menemukan insan-insan yang tidak kita kenali. Minggu lepas Cik Yut dapat panggilan dari seorang teman lama. Memang sangat lama. Teman masa sekolah rendah. Tak silap saya, teman ni pindah masa kami darjah 5. Kini kami ditemukan semula melalui SHAKLEE. Alhamdulillah.


Teman Cik Yut ni, Cik Faezah masih menyusukan bayi beliau. Walaupun tidak secara eksklusif, sekurang-kurangnya Cik Faezah masih lagi memberikan apa yang terbaik dari seorang ibu, iaitu susu ibu. Tahniah dan syabas teman!! Oooh, tapi jangan salah sangka pula ye. Buat teman-teman yang tidak menyusukan bayi dgn susu ibu, Cik Yut tiada masalah dgn itu. Itu adalah kehendak dan keputusan anda. Saya tidak akan sesekali masuk campur dalam hal itu.


Cik Faezah menelefon sbb ingin bertanya mengenai Set B. Dan set itu telah selamat sampai di tangan beliau. Beliau juga telah mula mengambil set B. Alhamdulillah, setakat ini respon yang diberi adalah positif. Selain dari hasil susu yang semakin baik, badan juga rasa segar dan sihat. InsyaAllah, suami beliau akan turut serta menggunakan supplement SHAKLEE untuk mengatasi masalah selsemanya.  Cik Yut cadangkan set G untuk itu. Apa-apa pun Cik Yut tak paksa. Terpulang kepada Cik Faezah suami isteri.


Oh ye, ingat tak pasal teman saya yang selalu keguguran tu? Alhamdulillah, Cik Su dah mulakan pengambilan supplement yang Cik Yut cadangkan kepadanya tempoh hari. Cuma Cik Yut tak pasti sama ada suaminya turut serta atau tidak. Tidak mengapalah. Yang penting, SHAKLEE adalah antara salah satu USAHA yang Cik Su buat selain dari rawatan di bawah pengawasan doktor. Cik Yut masih galakkan Cik Su untuk terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lain supaya beliau tidak terasa terlalu bergantung dengan SHAKLEE. Dan juga selalu berdoa dari Yang Maha Kuasa. Itu yang pasti.


Ok, sampai jumpa lagi!

Wednesday, September 22, 2010

Dah dapat tapi tak lekat...

Salam...

Ada sorang kawan Cik Yut yang dah 3 kali keguguran. Lepas 2-3 bulan disahkan hamil, beliau keguguran. Dah lama jugak teman Cik Yut ni kahwin. Cik Yut pernah sarankan dulu supplement SHAKLEE utk beliau suami isteri, tapi teman ni belum terbuka lagi hatinya. 2 hari lepas, teman Cik Yut SMS bertanya tentang supplement SHAKLEE yang sesuai utk kesuburan dan mudah lekat. Sesungguhnya, SHAKLEE bukanlah barang ajaib yang boleh menyebabkan seseorang itu mengandung dan lekat, tapi apa yang penting kita berusaha

Jadi Cik Yut sarankan 2 set utk teman ni..

Set A :
Vitamin Asas
(1) VitaLea
(2) Vitamin C
(3) B-Complex

Vitamin Kesuburan
(4) Vitamin E
(5) Zink  

Pemakanan seimbang
(6) Meal Shake


Set B : (cadangan dari GenkiMomma.com)
Vitamin Asas
(1) Vita-Lea (Multivitamin)
(2) Vitamin C
(3) B-Complex
Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

Vitamin Kesuburan
(4) Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

(5) Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

(6) Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

Cara pemakanan supplements:

Untuk Suami.
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc – 1 biji setiap hari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc – 1 biji sehari.

Untuk Isteri.
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc – 1 biji setiap hari, dan,
Alfalfa – 3-5 biji sehari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc – 1 biji sehari, dan,
Alfalfa – 3-5 biji sehari.

* Meal Shake diambil setiap pagi sebagai sarapan pagi.

Jika anda atau rakan2 anda menghadapi masalah kesuburan ini, saya amatlah berharap agar ilmu ini dapat dimanfaat dan di kongsikan bersama-sama. This is the least that you can do, before consulting with the experts and getting those expensive treatments. No harm trying right?

Dan, ingatlah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Teman saya masih belum membuat keputusannya. Tapi saya sangat berharap dia akan mencuba. Yelah, dah lama sangatkan..
Sampai jumpa lagi...

Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya Eidulfitri

Salam...

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI!


Dah raya kedua baru nak ucap.. hahahhaaa.. Minta maaf ye. Cik Yut balik kg tak bawa laptop. Mmg nak cuti dari online sepanjang minggu. Tapi hari ni kebetulan berada di rumah abg ipar, Abg Long. Jadi menggunakan kesempatan yang ada sementara menanti juadah lain.. (ok, mode byk makan, perut makin bulat!!!)

Ok, jaga diri dan kesihatan kalian. Mungkin lepas raya ni, kalian boleh dapatkan LECITHIN pula utk daparkan balik figura yg hilang itu.. >_< Kalian boleh tgk balik entry sebelum ni mengenai Lecithin.

Selamat menjamu selera dan berhati2 di jalanraya!

Sampai jumpa lagi!

Wednesday, September 8, 2010

Demo Lecithin. Bagaimana ia membantu dalam program penurunan berat badan?

Kredit to Kak N
 
Jika customer datang ke rumah...memang senang nak tunjuk demo Lecithin dan bagaimana ianya berfungsi. Namun untuk tidak menghampakan mereka yang tidak dapat datang ke rumah...inilah gambar yang ibu snap untuk tatapan semua.

Mula-mula, ibu tuangkan minyak ke dalam gelas yang berisi air. Seperti yang kita sedia maklum bahawa minyak mempunyai ketumpatan yang lebih rendah dan ia sama sekali tidak akan larut di dalam air.

Pandangan dari sudut sedikit jauh.


Ibu cuba kacaukan minyak tersebut dengan air namun hasilnya molekul minyak akan tetap bersatu semula.

Kemudian, ibu pecahkan 2 biji Lecithin di dalam gelas tersebut.

Setelah dikacau, inilah hasilnya.

Molekul minyak kelihatan terurai.

Apabila keadaan ini berlaku, minyak atau lemak di dalam tubuh lebih mudah disingkirkan. Ini baru dengan 2 biji Lecithin.

Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam  diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar.

Lecithin selamat diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak dan mereka yang khuatir dengan masalah kolestrol.

Jika anda adalah antara golongan yang prihatin dengan kesihatan anda..buatlah pesanan sekarang!
Atau hanya add on dengan mana-mana pembelian trial pack sempena promosi raya ini! Jangan tunggu lagi!

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...