SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Sunday, October 30, 2011

Pos atau COD?

Buat pelanggan-pelanggan Sihat2u, Tuan Puan boleh memilih untuk pesanan itu dihantar (pos) atau dihantar oleh saya dan bayar tunai apabila terima pesanan (COD). Namun begitu COD hanya dapat dilakukan di kawasan sekitar Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Kajang dan Semenyih (hujung minggu) sahaja. Sama ada Tuan Puan memilih untuk dipos atau COD, kedua-dua perlu bayaran pos (postage fees) iaitu RM10


Apa yang berbeza ialah, pesanan yang dipos akan sampai keesokan harinya (guna PosLaju), manakala barang yg di COD boleh diterima pada hari dipesan atau pada hari yang dijanjikan!



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Saturday, October 29, 2011

Besar mimpi, besar jugalah usaha

Sejak memulakan bisnes dengan Shaklee, saya boleh menarik nafas lega bila sudah masuk tengah bulan. Kebiasaannya, bila tengah bulan aja, saya terpaksa pow En suami untuk bagi belanja kat isteri tercinta dia. hehehe. Sekarang ni, Alhamdulillah. aktiviti mengepow sudah dikurangkan. Dulu, tanpa buat buat bisnes, nak gerak untuk membantu ibu-ibu yang ada masalah penyusuan memang terasa sedikit. Saya bukan jenis berkira. Tapi sebab En Suami yang tolong bayarkan duit minyak, jadi takan saya nak ke sana sini senang hati aje macam tu kan.

  

Setiap orang pasti mempunyai impian yang besar. Mahu itu, mahu ini. Lagilah dengan anak-anak yang sedang membesar dan bersekolah. Mahu belikan itu, mahu belikan ini. Mahu sekolahkan di sekolah itulah, sekolah inilah. Macam-macam. Dan macam-macam itu semuanya perlukan duit. Hatta nak masuk ke tandas pun perlu dibayar. Jadi dengan Shaklee, sekurang-kurangnya kita dapar mengumpul dengan lebih cepat. 


Dapatlah nak beli itu, beli ini tanpa menyusahkan en suami. En Suami pun senang hati tak perlu nak pikir nak tunaikan segala hajat isteri. Suami mana yang tak sayang isteri. Kalau isteri berhajat sahaja, si suami pati mahu tunaikan. Ada juga si suami yang sampai botak kepalanya memikir bagaimana mahu tunaikan hasrat si isteri tadi.


Sekirany Tuan Puan berkeinginan seperti saya, mahukan bonus mencecah 4-5 angka sebulan, boleh hubungi saya melalui emel atau SMS/WhatsApp dengan saya. Saya akan ceritakan bagaimana ia boleh berlaku.






Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Bila Pharmacist bersuara....


Syukur, keluarga Euphoria semakin berkembang. Setiap hari, pasti ada yang mahu mendaftar menjadi sebahagian ahli keluarga Euphoria. Saya tertarik dengan testimoni dari ahli keluarga baru kami. Cik Meow Meoww baru sahaja mendaftar di bawah adik iparnya!

Meow Meoww alhamdulillah, unbelievably fast & effective! I'm a pharmacist by profession .. lama dah x percaya vitamin2 ni .. customer yg dtg my pharmacy semua i promote jual drugs je terus. Shaklee ni pun memula beli & try makan sbb adik ipar sendiri yg jual (kalo org lain, confirm i x beli, ok..) so i just bought GLA + Vit E, bukan percaya sangat .. tapi just nk support biz adik sendiri (betul, sejak dulu lagi, adik ipar i ni mmg rajin jadi dealer. Semua pun i beli sikit, then x beli dah) Everyday i took 1 vit E + 3 GLA. Baru dua minggu dah nampak kesan pada kulit muka. So apa lagi? Tengahari tadi ina sekeluarga sampai KL from Penang, terus je la bagi cash 600, pulun lagi stok GLA & seangkatan dengannya! :D
Thursday at 5:59pm ·  ·  11 people

Terima kasih Cik Meow Meoww di atas testimoni ini. Di harap lebih ramai lagi yang akan menyertai kumpulan Euphoria. Buat pelanggan-pelanggan setia dan juga pelanggan baru, sekiranya berminat untuk turut serta, boleh emel kepada saya ibuaz.shoppe@gmail.com

Buat para pelanggan yang menetap atau bekerja di Putrajaya, anda boleh dapatkan supplement Shaklee melalui wakil di Putrajaya iaitu Cik Dilla Suboh. Beliau menetap di Kuala Lumpur. Jadi orang Kuala Lumpur pun boleh hubungi beliau.


Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Tuesday, October 25, 2011

Set baru : Eu-Four Pack

Alhamdulillah.

Bermula 24 haribulan iaitu semalam, jaringan Euphoria telah mengeluarkan satu set baru. Set baru ini diberi nama Eu-Four Pack. Kenapa ia dinamakan Eu-Four? Kerana ia mengandungi 4 minerals penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Mineral yang dimaksudkan ialah VitaLea (multivitamin), Bcomplex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium). Apakah fungsi bagi setiap mineral?

Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan

Vitamin C
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan


B Complex
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan
  3. Membantu kelancaran urat saraf
  4. Mengelakkan stress
  5. Mengelakkan sembelit
Kalsium

1. Bantuan mengekalkan tekanan darah yang normal.
2. Membantu dalam pengecutan otot dan penghantaran saraf.
3. Membantu mengurangkan gejala-gejala PMS seperti kembung, kejangpengekalan air, keresahan dan kemurungan.


Apa yang menarik dengan  Eu-Four Pack ini?Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.

Dapatkannya untuk kesejahteraan diri dan keluarga!


Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Sunday, October 23, 2011

Set baru di Sihat2u!

Alhamdulillah. Sambutan terhadap Shaklee semakin menggalakkan. Walaupun menerima kecaman dari pelbagai arah, namun selepas memberi mendapat informasi yang betul, mereka memahami sebaiknya mengenai supplemen. Pilihan adalah di atas tangan masing-masing. Bukan saya yang akan membuat keputusan. Saya hanya memberikan cadangan.

Setiap ibu mahu menyusukan si kecil. Itu yang pasti. Mereka sedayanya berusaha mencari cara untuk memastikan mereka dapat menghasilkan lebih banyak susu untuk si kecil. Ramai yang mengambil Alfalfa dan ESP sebagai milk booster. Namun apabila hasil tidak menjadi, mereka menyalahkan produk ini. Mereka terlupa untuk menyemak kembali tindakan mereka, sama ada si ibu masih lagi mengepam (untuk mengosongkan payudara), taua mereka telah mengurangkan sesi mengepam atau mereke mempunyai stress melampau (stress tempat kerja, stress hubungan suami isteri dll).

Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?
Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.


Setelah meneliti keadaan dan komen dari para pengguna, didapati bahawa Alfalfa bukanlah milk booster terbaik. Ini kerana Alfalfa memberikan tindakbalas kepada si kecil. Perlu diingat bahawa alfalfa adalah dari jenis herba. Ia boleh memberi kesan kurang enak kepada si kecil. Ada yang mengalami cirit-birit dan meragam. Oleh yang sedemikian, pilihan ini diganti dengan pengambilan kalsium disamping pengambilan protein dalam makanan seharian.




Berita baik!


Bermula 24 haribulan, Euphoria menyediakan pack menyusu yang baru iaitu yang mengandungi :
Multivitamin, 
B kompleks, 
Vitamin C, 
Kalsium (Ostematrix). 

Set ini diberi nama sebagai  " Eu - Four  Pack ". 
Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh.
Harga untuk set ini ialah RM296

Untuk promo pelancaran, ada tawaran istimewa.

Hubungi saya untuk makluman lanjut!




Apa yang menarik dengan  Eu-Four Pack ini?Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.
Dapatkannya untuk kesejahteraan diri dan keluarga!




Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS/WhatsApp kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Bagaimana caranya untuk menyertai Shaklee?

Bagaimana untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee dan seterusnya menyertai kumpulan biz Euphoria? 




Ada dua cara :
1. Melalui email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com


2. Walk in di mana2 branch atau HQ Shaklee (yang terletak di dalam Empire Tower) dan letakkan nama saya Yusrina binti Mohamat Hata dan ID 818055.

Sekiranya anda menggunakan cara kedua, sila sms kan saya no ID anda dan sertakan email supaya saya dapat masukkan anda dalam latihan tertutup kami.



Our Branch OfficeBusiness Hour
Contact Person
Kuala Lumpur

31, Jalan 2A/27A, Section 1,
Wangsa Maju Setapak,
53300 Kuala Lumpur.
Tel:603-4142 6442
Fax:603-4149 6313


Monday to Friday:
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Saturday (1st & 3rd):
10:00 a.m. to 7:00 p.m. 
Ida
Branch Supervisor

Penang

A-2, Jalan Todak 1,
Pusatbandar Seberang Jaya,
13700 Perai.

Tel:604-397 4325
Fax:604-397 4324


Monday to Friday:
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Saturday (1st & 3rd):
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Cannie Teoh
Branch Supervisor

Ipoh
32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.
Tel:605-241 8260
Fax:605-241 8263


Monday to Friday:

10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Saturday (1st & 3rd):
10:00 a.m. to 7:00 p.m.


Eunice Lau
Branch Supervisor

Johor Bahru14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.

Tel:607-352 5188
Fax:607-352 4188


Monday to Friday:
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Saturday (1st & 3rd):
10:00 a.m. to 7:00 p.m.


Fiona Chow
Branch Supervisor

Kota Bharu 

319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.


Tel:609-747 8688
Fax:609-747 7711


Monday to Friday:
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Saturday (1st & 3rd):
10:00 a.m. to 7:00 p.m.




Kota KinabaluLot 7, Tkt Bawah, Lorong Lengkuas,
Wisma Damai, Jalan Damai, Luyang
88300 Kota Kinabalu.
Tel:6088-272 087
Fax:6088-272 089


Monday to Friday:

10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Saturday (1st & 3rd):
10:00 a.m. to 7:00 p.m.



Amir Bin Kissi
Branch Supervisor




Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS/WhatsApp saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Vitamin E featured in iSihat!

Alahai...tajuk dalam bahasa Inggeris plak! ekkkee.. Tah apa mimpi pagi-pagi ni. Udah le Az The Duo bangun awal. Sesambil menguruskan SoHo sesambil menguruskan dua beradik ni. Azrie masih zzzzz. Biarkan dia zzzz lama sikit. Ibu dia masih ada urusan yang perlu diselesaikan. hihii...

Hari ini saya menjangkakan saya akan sibuk. Sekarang baru jam 8.30pagi. Kedai belum buka. Jadi uruskan SoHo dan kemudian urusan rumahtangga kemudian mahu ke SusuIbu mengambil barang. Kemudian ke Pustaka Rakyat membeli barang. Dan pulang semula ke rumah dan menunggu tetamu datang! Waah, banyaknya pit stop! hihihi....

Pagi ini saya mahu kongsi gambar ini dahulu,


Terima kasih buat Cik Norhaliza yang rajin mengambil gambar ni kemudian berkongsi dengan kengkawan yang lain!

Tu...gambar Vitamin E di dalam majalah iSihat! 

Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS/WhatsApp saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Thursday, October 20, 2011

Lagi cerita KALSIUM


Kita dah tahu kalsium itu penting untuk tubuh badan kita. Mari kita sambung lagi cerita mengenai kalsium...


MANA YANG BAIK?

Bentuk suplemen kalsium bermacam-macam. Salah satunya adalah kalsium karbonat. Namun lebih baik anda memilih kalsium sitrat. Kalsium karbonat boleh menyebabkan gas, atau sembelit pada sesetengah orang. Tetapi kalsium sitrat bersifat lebih aman. Kalsium sitrat termasuk di dalam kumpulan kalsium yang paling boleh diserap oleh tubuh dan tidak memerlukan asid perut tambahan. 

Kalsium karbonat pula bersifat sebaliknya. Ia perlu diambil bersama makanan agar asid gastrik tambahan dapat dihasilkan. Asid gastrik diperlukan untuk meningkatkan penyerapan. Oleh sebab itu, apabila mahu memilih suplemen kalsium, pilih yang tidak mengandungi sebarang tambahan seperti gula, gluten atau silika! (Suplemen Shaklee tiada gel silika!!) 


SIAPA 'TEMAN-TEMANNYA'?
Kalsium tidak diambil sendirian. Ia perlu diambil bersama Vitamin D dan magnesium supaya ia dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Hasil penyelidikan membuktikan pengambilan vitamin D yang cukup akan meningkatkan penyerapan kalsium sehingga 65%.


CUKUPKAH DENGAN MULTIVITAMIN?
"Saya tetap mengambil multivitamin. Maksudnya saya tidak perlu mengambil suplemen kalsium lagi, kan?"
Mungkin begitu soalan anda. Malangnya, jawapannya tidak benar, kerana umumnya kalsium yang terdapat dalam multivitamin tidak lebih 200 - 250 mg. Maka, anda perlu mengambil suplemen kalsium.




BOLEH DIAMBIL berbarengan?
Pesakit batu karang atau penyakit buah pinggang tidak sepatutnya mengambil suplemen kalsium, kerana dikhuatiri keadaannya akan bertambah parah. Selain itu, suplemen kalsium juga boleh mengganggu kerja beberapa jenis ubat. Misalnya, menurunkan kemampuan tubuh untuk menyerap antibiotik jenis tetrasiklin.Kalsium juga boleh mengganggu penyerapan zat besi. Oleh sebab itu, suplemen kalsium jangan diambil bersama dengan tambahan zat besi. Kecuali bila suplemen zat besi dimakan bersama vitamin C atau kalsium sitrat. Maka, sebelum mengambil suplemen kalsium, ada baiknya anda berunding dulu dengan doktor.




BERAPA KALI SEHARI?
Pengambilan kalsium yang dianjurkan untuk dewasa adalah 1000 - 1300 mg per hari, bergantung pada usia, jantina, dan keadaan fizikal. Misalnya, wanita yang sedang hamil, menyusui, atau berdiet memerlukan lebih banyak lagi kalsium. Begitu juga dengan wanita yang berumur 40 tahun ke atas. Pilihlah suplemen kalsium yang setiap tabletnya mengandungi 500mg. Makanlah 2-3 tablet setiap hari. Sekiranya anda tidak suka minum susu, sebaiknya anda mengambilnya 3 tablet sehari. Kerana tubuh memerlukan kalsium 24 jam sehari, anda digalakkan untuk mengambil suplemen kalsium sebelum tidur malam, agar persediaan kalsium anda sepanjang malam dipenuhi. Memang ada beberapa orang yang tidak dapat mencerna gula susu. Akibatnya, mereka sering menderita kembung dan kejang kalau minum susu. Daripada kekurangan kalsium, lebih baik minum tambahan kalsium yang tidak mengandungi gula susu.


Supplemen kalsium dari Shaklee - Ostematrix



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau sms kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Wednesday, October 19, 2011

Kalsium : Berapa banyak yang diperlukan dalam badan?

Minggu ini kita masih meneruskan pencarian ilmu dan berkongsi informasi mengenai kalsium. Kalsium merupakan satu bahan yang tidak boleh diperoleh secara semulajadi di dalam badan. Kalsium perlu diperoleh dari luar tubuh, iaitu melalui sumber makanan. Badan kita sememangnya sangat bergantung kepada kalsium. Kalsium boleh membantu kerja dalam  rangkaian tubuh, tulang, sel-sel, dan kemampuan saraf-saraf untuk berhubung antara satu sama lain. Kalsium turut membantu penyembuhan luka, pembekuan darah dan penyebaran bahan-bahan gizi ke seluruh tubuh. Kalsium amat penting terutama buat ibu yang hamil melalui fasa melahirkan. Namun begitu, kebanyakan orang tidak memperoleh kalsium yang mencukupi. Setiap hari tubuh akan kehilangan kalsium melalui kulit dan kuku yang mengelupas, rambut yang gugur, dan peluh yang mengalir keluar.




Badan akan menyerap kalsium dari tulang dan gigi (hampir 99kalsium disimpan di dalam tulang dan gigi1dalam cecair dan tisu badan). Akibatnyatulang dan gigi akan menjadi rapuhSemakin banyak tubuh 'mencurikalsium daripada tulangsemakin lama masa yang diperlukan tubuh untuk menggantikannya. Lama kelamaan, tulang akan rapuh dan menyebabkan osteoporosisSelain itu,kekurangan juga sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi dan jantung berdebar.



Jelaslah betapa pentingnya kalsium bagi tubuh berbanding mineral yang lain. Kalsium boleh diperoleh dari makanan seharian seperti brokolialmondsardindan susu.Sekiranya dirasakan masih kurang, Tuan Puan digalakkan untuk mengambilnya dari suplemen kalsium.






OsteMatrix Membekalkan:
1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium




Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Tuesday, October 18, 2011

Menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan modal serendah RM75 *


Saya pasti ramai ibu yang bercita-cita nak duduk rumah, jaga anak dan waktu yang sama mempunyai pendapatan sampingan yang boleh membantu ekonomi rumahtangga. Saya mengimpikan saat itu sejak saya mengandungkan Nasa lagi. Maka kerana itu juga saya mengambil cuti tanpa gaji dan menjalankan biz Shaklee bersama team Euphoria saya. Alhamdulillah kini ia menjadi kenyataan. Pendapatan Shaklee benar-benar membantu saya membayar semua keperluan komitmen saya beserta elaun untuk emak saya selain berzakat dan sedekah.

Apa uniknya Shaklee dan kenapa saya memilih Shaklee?


1. Shaklee adalah syarikat vitamin yang telah lama berada dalam pasaran. Produknya yang asli dan semulajadi benar-benar menawan hati saya ditambah ia memberi kesan yang hebat pada taraf kesihatan saya dan keluarga.


2. Ia antara syarikat MLM yang adil. Once dah bergelar pemimpin [ bermula tahap Supervisor] bermakna kita dah break dari upline kita. Oleh kerana Shaklee tidak mengamalkan skim piramid maka bonus kita dibayar mengikut usaha yang kita letakkan. Dalam Shaklee pendapatan kita boleh melebihi pendapatan upline apabila kita berusaha dengan lebih baik. Bukan sahaja pendapatan, malah kita mampu melangkaui pangkat upline kita sekiranya kita rajin berusaha.


3. Bonus dibayar tidak melalui upline atau mereka yang sponsor kita tetapi ianya langsung dari syarikat. Bonus juga diberi dalam bentuk tunai. Tidak perlu downline untuk mendapat bonus dari syarikat.


4. Harga produknya sangat berpatutan dan setanding dengan kualiti yang kita bayar. Produk asli dan semulajadi terbukti apabila tiada silikan gel di dalam botol vitamin Shaklee.


Anda mahu menyertai kumpulan perniagaan Euphoria?

Apa kelebihan daftar menjadi ahli Shaklee @ Euphoria Shaklee?

1. Anda dapat menikmati keistimewaan iaitu dapat membeli Euphoria Trial pack dengan penjimatan RM10 dari harga biasa.

2. Anda boleh membeli produk FullPack dengan harga ahli serta MENIKMATI ganjaran dalam bentuk point seterusnya boleh dikumpul dalam masa sebulan dan jika layak akan menerima bonus tunai dari Syarikat.

3. Shaklee menawarkan 3 C: Cash, Car & Convention. Saya dan ramai Euphoria dah menikmati kelebihan ini.

4. Anda boleh menjadikan Shaklee sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan sampingan sehingga 5 angka dan tiada yang mustahil.

5. Kami memberikan training tertutup sekiranya anda berminat menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan anda.

6. Modal serendah RM75 untuk pendaftaran ahli. [RM85 bagi Sabah Sarawak].

Sekiranya berminat sila pm saya. Saya mencari wakil Shaklee untuk setiap daerah dalam Malaysia :)
Ini bukannya SGM ya, ini adalah seminar tertutup kami. Seminar kami adalah baby- friendly sebab pada saya kita mencari rezeki demi anak dan keluarga tersayang.

Apa kata salah seorang peserta Seminar kami?
>>> "Pengalaman saya?. Secara jujurnya... seminar tak rasmi pertama tahun lepas (dec 2010) dan seminar kedua (may 2011).. telah membantu saya secara tak langsung utk income STABIL 5 angka sebulan....kalau kiyosaki kata dia pergi course $385 dpt income 2juta.. hmm so saya register course RM120 ni sbb nak dpt income stabil at least 100k/mthly.. aci takk.... hehhe

Anda bagaimana? Mahu mengubah nasib anda? Jom sertai kami di Euphoria !!!!

Jika anda berminat, boleh emailkan kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut bagaimana hendak menyertai Euphoria Shaklee.

Monday, October 17, 2011

Ulang beli Ostematrix sahaja?

Saya menggunakan Shaklee sejak dari 2008. Sejak itu, saya cuba untuk berkongsi kebaikannya dengan rakan-rakan yang lain. Siapa sangka, kawan-atas-kawan menjadi pelanggan tetap saya. Cik Lea merupakan sahabat kepada teman sekolah saya. Seingat saya, beliau telah mula membeli Ostematrix sejak awal 2010. Dan sejak itu, beliau hanya akan ulang order Ostematrix sahaja.


Satu malam, sedang kami berWhatsApp, saya bertanya kepada Cik Lea, "Sejak dari mula beli, Cik Lea beli Ostematrix aje. Takde pun beli supplemen lain. Kenapa ya?"
"Apa yang istimewa sangat dengan Ostematrix ni?" sambung saya lagi.

Cik Lea pun jawab, "Bagus Ostematrix ni. Masa mengandung dulu takde rasa cramp pun. Malam ni nak beli extra untuk adik ipar yang sedang mengandung"
oooh... baru saya tahu kenapa dia hanya mengulang beli Ostematrix. Terima kasih Cik Lea kerana masih setia bersama Shaklee dan saya! >_<


Siapakah yang perlu mengambil ostematrix ini?


1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.



2. Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.



3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.

4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.



5. Sakit kepala yang teruk dan berhari2.



6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.


7. Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.


8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
 

Saya juga sangat sukakan Ostematrix. Anda boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau sms kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Anak di NICU.....ibu macamana?

Sejak membuat lawatan ke NICU, lebih banyak kes penyusuan yang saya peroleh. Kadangkala masalahnya sama, tapi jalan penyelesaiannya berbeza. Ada ibu, kita beri sedikit tips atau cara, InsyaAllah masalahnya selesai. Ada ibu yang lain, sudah dibantu berhari-hari namun tiada yang selesai. Di NICU, ada ibu yang berpeluang untuk menemani bayi mereka kerana terdapatnya bilik yang disediakan. Buat yang tidak berpeluang, mereka akan datang setiap hari untuk menjenguk bayi, menyusukan bayi dan meluangkan masa dengan bercakap-cakap dengan si kecil. Tabah sungguh si ibu!


Ada juga rakan-rakan saya yang akan menghubungi saya dan mendapatkan panduan untuk menyusukan bayi disebabkan bayi mereka masih di NICU. Apa yang sering berlaku apabila si ibu tadi berpisah dengan bayi ialah ibu akan mengalami bengkak susu (engorgement). Perkara ini disebabkan oleh si kecil tiada di sisi untuk menyusu. Penghasilan susu telah berlaku namun payudara tidak dapat dikosongkan.


Kebanyakan ibu melegakannya dengan mengepam payudara mereka. Namun begitu, ada sesetengah perkara, keadaan menjadi lebih teruk. Mereka mungkin akan mengalami luka pada puting. Apa yang sebaik-baik cara yang perlu dilakukan oleh ibu tadi?


1. Engorgement - bila sudah terlalu bengkak mmg akan jadi terlalu sakit. Seeloknya payudara tadi di tuam sejuk terlebih dahulu untuk melegakan kesakitan. Apabila kesakitan sudah berkurangan, kita perlukan kurangkan rasa tegang pada payudara. Gunakan lima jari anda dan letak disekeliling areola. Kemudian tolak jari ke dalam, dan tahan dalam 10saat. Ulang cara ini sehingga kawasan sekitara areola lembut. Dan kemudian lakukan teknik Marmet.

Kenapa teknik Marmet lebih baik dari penggunaan pam?
Dengan menggunakan jari sendiri, anda dapat mengetahui bahagian mana yang mempunyai lebih banyak blockage. Dengan itu, kita akan menumpukan kawasan itu dengan mengosongkannya. Tidak salah untuk menggunakan pam, tetapi dengan keadaan payudara yang keras, ia menyebabkan luka pada puting.


2. Stress - kebanyakan ibu-ibu yang anaknya masih di NICU labih senang utk stress. Selalunya mereka sgt stress! RUnsing memikirkan keadaan si kecil, runsing keran amasih tidak dapat menyusukan si kecil secara terus dan juga runsing kerana memikirkan bahawa si kecil telah diberikan susu artificial.

Saranan saya, si ibu perlu elak dari terus-terusan memikirkan si kecil. Saya pasti, penjaga mereka iaitu paradoktor dan para jururawat sudah semestinya akan memberikan yang terbaik bagi memastikan si kecil dapat terus hidup. Saya selalu memberitahu ibu-ibu supaya mengambil perhatian terhadap diri mereka. Urus diri. Senangkan hati. Kemudian fokus kepada cara untuk menghasilkan susu dan kemudian dapat dibawa ke NICU dan diminum oleh si kecil.

Keadaan ibu-ibu yang baru bersalin sangat kusut masai. Jiwa mereka pula selalunya rapuh. Sekiranya si ibu tidak dapat bertahan dengan keadaan itu, itu yang boleh menyebabkan si ibu meroyan. Syaitan durjana pula sangat senang untuk meresap masuk ke dalam jiwa ibu disebabkan keuzuran ibu tadi. Jadi, buat ibu yang beragama Islam, saya sarankan untuk memperbanyakkan zikir dan selawat.Apabila keadaan ini dapat diatasi dan ditangani oleh si ibu, maka penghasilan susu dapat berlaku dengan lebih mudah dan lebih baik. Ibarat highway yang tiada road-block! heheee...


Anda boleh hubungi saya melalui emel ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS 019-2712601 untuk mendapatkan konsultansi mengenai penyusuan dan supplement.



Thursday, October 13, 2011

Vitamin E boleh sebabkan kanser prostat?

Hari ini, di ruangan kumpulan tertutup kecoh mengenai isu ini. Para pengguna juga ada yang PM dan SMS menyatakan kegusaran mereka untuk terus consume Vitamin E. Ini adalah gara-gara berita di radio dan juga di majalah.

Jangan risau! Kan saya dah kata supplement dari Shaklee adalah SELAMAT dan NATURAL. Lagi pula, laporan yang dibuat menyebut, pengambilan Vitamin E secara berlebihan boleh menyebabkan kanser. Oleh yang demikian, makanlah mengikut aturan yang ditetapkan.

Disebabkan saya update blog menggunakan BB pemberian en Suami, jadi saya tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai isu ini. InsyaAllah, saya akan update lagi malam nanti. Sebarang masalah mengenai supplement, boleh diajukan kepada saya melalui emel, atau inbox di FB atau SMS.

Tuesday, October 11, 2011

Testimonial : Tidak lesu lagi...

Alhamdulillah. Ramai yang dah dapat kebaikan dari produk Shaklee. Dengan pemakanan yang betul dan juga konsultansi yang berterusan, InsyaAllah sinar pastikan akan tiba jua.

Terbaru, testimoni dari rakan kami, Cik Fara Saiful :

Mama saya ada diabetes dan dua minggu lepas saya ada bagi satu pek vitamin Shaklee utk dia cuba. Ini testimonial dari bestfriend mama saya, Aunty Jeluyah Omar:
Tengok mama skrg dah tak lesu sangat and kalau dulu tghari kat umah aunty sedap betul dia tido (penat) tapi lately segar aja..

Syukur alhamdulillah. Mak Cik Farah kembali bertenaga dan ceria! Tuan Puan boleh menghadiahkan set kesihatan buat ibubapa tercinta. Untuk membalas budi mereka, wang ringgit memang tidak akan dapat dinilai dengan jerih perih mereka membesarkan kita. Tapi melihat mereka sihat dan bertenaga, itu yang lebih utama!

Hubungi saya melalui emel ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS ke 019-2712601

Sunday, October 9, 2011

Produk pertama saya! ESP, I love it!


Sebenarnya dari siang tadi saya nak menulis mengenai pengalaman saya ni. Tapi dek sebabkan kesibukan menguruskan rumah dan anak-anak, saya langsung tidak berkesempatan untuk mengusik laptop! heee Hati saya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk berkongsi cerita ini dengan Tuan Puan. Terbakar saya bila melihat laptop menganga....

Begini ceritanya...

Saya mengenali Shaklee sejak tahun 2008. Tak salah, masa itu saya sedang berpantang. Azzalea dah berumur satu bulan lebih rasanya. Kak N, ingat tak bila akak datang rumah saya? heehehe... Bagaimana ye saya boleh mencari Shaklee? Saya pun dah lupa. Rasanya sebab saya mahu berpantang cara lain selain jamu. 

Yang pasti, masa tu Kak N datang sendiri ke rumah menghantar suplemen saya. Cerita punya cerita, borak punya borak, lama jugaklah Kak N dan ibubapa mertuanya di rumah. Lepas satu juadah, satu juadah lagi keluar. 




Selepas Kak N pulang, saya terus bancuh ESP dalam mug bersama dengan minuman kegemaran saya. Selepas 15 minit, Subhanallah! Baju saya terus basah! Susu menitik-nitik. Baju yang saya pakai kuyup! Saya dah kelam kabut. Sebabnya Azzalea dah menyusu masa tu. Nak tak nak saya perlu perah. Selepas itu, setiap kali mahu menyusukan Azzalea, saya perlu perah susu terlebih dahulu. Kalau tidak, Azzalea akan tersedak. Susu saya dah over supply!

Dan sejak itu, saya memang tak boleh tinggalkan ESP. Yang pasti, antara kelebihan lain, saya berasa kurang penat. Kulit wajah saya bersih (sila abaikan keadaan saya yang mempunyai psoriasis!). Muka saya lebih berseri selepas melahirkan Azrie (ni selepas sudah consume ESP selama 2 tahun!) Boleh dikatakan saya sudah ketagih dengan ESP. Jangan risau, ESP tidak memabukkan..heheeee....



Apa kebaikan ESP @ Energizing Soy Protein?


Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.


Apa yang berlaku bila kurang protein?

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

`

Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Friday, October 7, 2011

Saya sudah jatuh cinta!


Amboooi.. bukan main lagi tajuk post hari ni. hehehe... Jangan marah ya cinta hati saya! Sayang tetap no 1. Cumanya saya sudah teramat jatuh cinta dengan produk ni!

Semenjak saya mula makan untuk mengurangkan rasa keresahan menghadapi penyakit saya, saya selalu buat spotcheck pada diri sendiri. Tengok ada perubahan tak di mana-mana pada bahagian badan. Perlu ingat, psoriasis tidak akan baik sepenuhnya, tapi yang menghidapinya perlulah berusaha untuk mengatasi keadaan supaya ia tidak menjadi lebih teruk lagi.

Sejak mengambil GLA Complex, ada bahagian yang selalu kemerahan pada badan kini mula kembali ke warna asalnya. Bila ia kembali ke warna asal, ini bermaksud, saya akan rasa kurang gatal! Yippie.. I mmg loike this produk! Bila badan merah-merah, maksudnya saya akan rasa gatal dan mula la tergaru sana, tergaru sini... Alhamdulillah, sejak consum GLA, kegatalan itu sudah berkurangan. Tidak le asik tergaru aje depan pesakit (malu oooo)

Apa itu GLA ?


GLA (Asid Gamma Linolenik) yang digunakan oleh ramai wanita untuk mengekalkan rasa kesejahteraan sepanjang kitaran bulanan mereka.
GLA adalah asid lemak Omega-6 yang tubuh kita gunakan untuk membentuk prostaglandin - mujarab, bahan-bahan seperti hormon yang membantu tubuh untuk mengawal proses badan biasa banyak.
Minyak biji bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6.
Mengandungi vitamin E, yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan membantu mengekalkan sel integrity.

* Menggalakkan kesejahteraan semasa kitaran haid *
* Menyokong sistem imun *


Buat mereka yang juga sering mengalami kulit yang kemerahan dan kegatalan, boleh mencuba GLA Complex. Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau smskan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...