SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Saturday, December 20, 2014

Sunblock Semulajadi!

Malaysia ni berada hampir dengan garisan Khatulistiwa, maka sinaran mataharinya lebih terus (direct). Jadinya kita lebih terdedah kepada sinaran UV. Sinaran UV sangat bahaya kepada manusia sekiranya manusia terdedah secara berlebihan.



Sinaran UV A dan UV B mampu menenbusi kulit sehingga ke lapisan dermis. Penembusan yang berlebihan akan menyebabkan proses penuaan kulit berlaku dengan lebih cepat, atau berlakunya penyakit dan kanser kulit. Oleh sebab itu, kita disarankan untuk menggunakan krim penahan matahari (sunblock).




Terdapat pelbagai jenis pelindung matahari di pasaran. Berikut adalah beberapa langkah untuk memilih pelindung matahari yang baik.




1. Carilah pelindung matahari kalis air jika anda merancang untuk berada di dalam air atau jika anda banyak berpeluh. Ia boleh mengambil masa kira-kira 80 minit untuk satu pelindung matahari kalis air untuk mencuci anda jika anda dilindungi di dalam air. Satu pelindung matahari kalis air akan memastikan bahawa anda mempunyai perlindungan dari matahari walaupun anda dalam air dibasahi dengan air.

2. Cari pelindung matahari yang dilabel "spektrum luas" (board spectrum) yang bermakna bahawa ia melindungi daripada kedua-dua UVA dan UVB sinar matahari. Sinar UVA menyebabkan kedutan dan penuaan kulit, manakala sinaran UVB menyebabkan selaran matahari, tetapi kedua-dua UVA dan UVB penyebab kepada kanser kulit. Adalah lebih baik untuk dilindungi daripada kedua-duanya, bagaimanapun, banyak sunblocks hanya melindungi terhadap sinar UVB.

3. Pilih faktor perlindungan matahari (SPF) yang paling sesuai untuk anda. Sunblocks ditentukan dengan jumlah SPF mereka. Semakin tinggi SPF semakin lama anda akan dilindungi daripada sinaran UVB sebelum kulit anda menjadi merah dan menyala. Ia adalah disyorkan bahawa anda memilih pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 30.

4. Semak bahan-bahan pelindung matahari anda. Ada sesetengah bahan kimia yang menyerap UVA dan UVB sinar supaya kulit anda tidak menyerap mereka. Mexoryl SX, Mexoryl XL dan Parsol 1789 adalah beberapa bahan kimia yang melindungi terhadap sinar UVA. Octinoxate, Octisalate dan Homosalate adalah bahan kimia yang melindungi terhadap sinar UVB. Carilah pelindung matahari yang mengandungi bahan kimia untuk perlindungan keseluruhan yang terbaik daripada kedua-dua jenis sinaran.

5. Pertimbangkan untuk memilih pelindung matahari yang mengandungi zink oksida atau titanium dioksida. Bahan-bahan ini dapat memantulkan sinar UV sehingga ia tidak dapat diserap oleh kulit anda. Ia telah ditunjukkan untuk menjadi bahan-bahan yang selamat dan berkesan dalam mencegah kesan negatif matahari.

6. Elakkan sunblocks yang mengandungi ekstrak buah-buahan atau kacang. Ia tidak membantu untuk menghalang matahari dari merengsakan kulit anda dan ia boleh menyebabkan reaksi alergi pada kulit.


Tahukah anda, Shaklee juga mempunyai pelindung matahari? Dan yang lebih menarik lagi, ia adalah pelindung semulajadi.


Dan produk itu ialah COQHealth!





CoQ10 yang terdapat di dalam CoQHealth membantu melindungi kulit daripada pendedahan cahaya matahari. 




Haaa... Dah tak perlu guna sunblock lagi. Makan CoQHealth, bukan sahaja bagus untuk jantung, bahkan juga untuk kulit! Pelaburan terbaik untuk tubuh anda. 




Friday, December 19, 2014

Apa itu PSORIASIS?

Saya asik bercerita mengenai PSORIASIS. Namun berapa ramai yang tahu, apa itu PSORIASIS? Jadi hari ni CikYut nak beritahu ya. 


PENYAKIT KULIT -PSORIASIS

psoriasis2
Definasi
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :

Keguguran sisik pada kulit 
Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. 
Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis
- Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok 
- Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. 
- Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis 
- Lampin psoriasis 
- Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan 
- Guttate psoriasis 
- Plaque psoriasis (bertompok dan timbul) 




Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

- Sendi hujung pada jari tangan atau kaki 
- Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki


Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat) 
Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

Pelembab 
- Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya : 
- Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap 
- Menggunakan sarung tangan 
- Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim
Doktor akan memberi ubatan seperti : 
- Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap . 
- Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol 
- Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Di mana untuk mendapat rawatan?
Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

Perkara perlu diingati 
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.


Tuesday, December 16, 2014

Psoriasis : Kualiti hidup lebih baik dengan Shaklee

Psoriasis : Kualiti hidup lebih baik dengan Shaklee - Ya, rata-rata yang menggunakan Shaklee, mereka bersetuju bahawa Shaklee telah membantu dengan memberikan kualiti hidup yang lebih baik. Dan Alhamdulillah. Saya mendapat lagi testimoni dari pengguna Shaklee yang merupakan seorang pesakit psoriasis.




Apabila psoriasis sedang flare, biasanya badan akan menjadi gatal dan kemerahan. Ini akan menyebabkan pesakit itu tergaru-garu dan berasa kurang selesa. Bagaimana pesakit itu perlu menghadapi kliennya? Ini boleh menyebabkan berlakunya perasaan rendah diri yang teramat sangat! Namun, dengan Shaklee ini tidak berlaku. Dengan pengambilan secara konsisten dan berterusan, masalah psoriasis ini boleh dikurangkan.Namun begitu, pesakit psoriasis perlu melawan sebarang tekanan yang dihadapi bagi mengelakkan flare berlaku dengan lebih dahsyat.


Adakah anda seorang pesakit Psoriasis? Ayuh cuba untuk kurangkan masalah yang sedang anda hadapi!



Sunday, December 14, 2014

Kumpulan Nasyid Bandar Baru Bangi telah ditubuhkan

Kumpulan Nasyid Bandar Baru Bangi - Kumpulan ini baru ditubuhkan pada hari ini. Namun begitu kumpulan ini tidak dapat menerima sebarang jemputan luar kerana ia belum didaftarkan secara rasmi. Penyanyi utama kumpulan nasyid ialh saudari yang berbaju coklat itu. Biasakan begitu. Lead singer pakai baju lain dari orang lain!




Ok tak. CikYut acah je. Ni gambar sesi H&W siang tadi. Cikgu-cikgu ni baru habis acara di tempat mereka dan mereka datang secara berkumpulan ke sesi ini. Muka masing-masing memang dah penat. Tapi lepas dapat hadiah cabutan bertuah, bukan main lagi berseri-seri! Hahahaha...

Separuh dari mereka adalah pengguna Shaklee. Dan mereka sangat teruja nak datang sebab tajuk yang dibawa hari ini ialah mengenai kecantikan! Hihihi.. Perempuan dan cantik. memang tidak boleh dipisahkan.


Anda ingin join team kami #AZNetwork? Banyak lagi tips2 BAGAIMANA MENJANA INCOME DENGAN SHAKLEE akan kami bongkar!!! Just followww...JUST FOR OUR TEAM ONLY!!!

Nak join??? Jom la wassap lelaju....


#AZNetwork
#iltizamteam
‪#‎crosscoaching‬
‪#‎janaincomedenganshaklee‬

Saturday, December 13, 2014

Kolagen untuk masalah sendi!

Eh... Collagen untuk masalah sendi? Biat betul CikYut. Orang makan kolagen nak cantik je selalunya. Tetiba kau tulis pasal masalah sendi pula! Ya, betul. Kolagen membantu dalam memulihkan masalah sendi. Proses pemulihan bergantung kepada keterukan masalah itu sendiri. Jadi kena sabar lah ye.




Gambar di atas ialah bahan-bahan yang terdapat di dalam Shaklee Collagen Powder (SCP) dan fungsi bagi setiap bahan itu. Fungsi keanjalan di dalam SCP tidak hanya pada kulit muka atau pada payudara, bahkan membantu pembetukan bendalir pada sendi. 

Biasanya pesakit sendi lebih mengadu kepada kesakitan yang dialami. Ada keadaan keadaan sendi telah teruk tapi belum memberi sakit melampau kepada pesakit. Ada pula yang hanya mengalami kerosakan kecil tetapi rasa sakitnya melampau. 

Pengambilan SCP yang konsisten boleh membantu mengurangkan kesakitan itu dan seterusnya menghilangkan ia. Salah satu testimoni yang membuatkan saya terkesan...



Testimoni di atas adalah dalam bentuk video. Namun saya belum dapat mendownload video berkenaan dan letakkan ia di sini.

Oleh itu, sekarang bapa saya sedang dalam proses rawatan mengunakan SCP. Sakit lututnya dah lama, maka kita perlu sabar untuk mendapatkan hasilnya. Semoga bapa saya akan mendapatkan kembali keadaan sebelum dia sakit. InsyaAllah.


Anda bagaimana? Mahu cuba kepada ibubapa anda? Cepat tau. SCP hanya ada pada bulan Disember ini saja. Lagi 9-12 bulan takde.



H&W di Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.


Petang ini kita ada satu sesi H&W di Bandar baru Bangi.
Jadi, buat warga Bandar Baru Bangi, jemput datang ya!




Bawa semua rakan-rakan ke sesi ini ya.
Kita jumpa petang nanti!

Friday, December 12, 2014

My #ShakleeEffect

Ok...

jenuh nak cari gambar dulu-dulu sebelum consume Shaklee.
Nak tunjuk kulit muka, Alhamdulillah, kulit muka memang comey dari kecik!
Nak kata memang jaga kulit, tak juga.
Pencuci muka beli pun, kadang buat pameran je dalam bilik air tu.



Gambar sebelum tu, awal sket sebelum consume.
Gambar yang paling dekat memang tak jumpa.
CikYut bukan kaki bergambar apatah lagi selfie.
Sekarang je baru nak belajar.

Tak tau la berat masa tu bape kilo oooi!
Tembam bukan main. Memang tau tembam sebab banyak baju tak boleh pakai.
Sekarang memang tau kurus sebab banyak kain yang I pakai tu londeh!
kikikiki

Cuma CikYut nak bagitau.
Kulit tu, I xde tenyeh mekap bagai.
Cer tanya anak-anak.
Lipstik yang ibu dia beli, depa yang lenjan dulu.
Tak dan ibunya nak guna pun.

Jadinya, berdasarkan gambar di atas.
Terdapat dua #ShakleeEffect saya iaitu pada berat badan dan kulit yang lebih
berseri!
Alhamdulillah.



Thursday, December 11, 2014

Kejutan hebat bulan Disember!

Pada awal bulan, kita dah dapat 2 kejutan. Pertama, produk promosi ada dua iaitu Vitamin C dan Vitamin E. Kejutan kedua pula, setiap produk ada 2 promosi iaitu beli 6, percuma 1 dan ptongan 5% untuk pembelian secara berkembar.


Dan semalam... Ok, semalam.. Tapi CikYut baru nak up di blog.


Semalam, Shaklee umumkan satu kejutan. Promosi ketiga dalam bulan Disember iaitu PERCUMA 1 KOTAK SCP DENGAN SETIAP PEMBELIAN 3 KOTAK SCP! Hish... giller tak giller bulan ni?




Kenapa tetiba plak Shaklee buat gini?

SCP telah menjalani proses formulasi baru. Maka dengan itu, kelulusan produk adalah berdasarkan SCP yang baru. SCP formula sedia ada ini perluka dihabiskan sehingga 31 Disember 2014. Pada 1 Jan 2015, Shaklee M tidak lagi boleh menjual SCP sedia ada ini. Proses mendapatkan kelulusan produk pula memakan masa sehingga 9-12 bulan. Jadi selama itulah juga SCP tidak akan berada di pasaran.


Sekiranya anda ialah peminat SCP, dapatkan segera dari pengedar kesayangan anda!


Tuesday, December 9, 2014

Banyaknya! Tak jadi toksik ke?

Ya... Saya memang consume Vit C banyak tu. Tu pada satu sesi. Biasanya saya consume 2-3 sesi sehari.

4-5 biji pada satu sesi, hanya bertahan dalam 4-5 jam. Sustained Released Vita-C Plus ni akan melepaskan 100mg pada setiap satu jam. Maksudnya, total CikYut ambil pada satu jam ialah 400-500mg.

Kenapa banyak sangat?

Saya kan seorang pesakit Psoriasis. Dah sah-sah pesakit Psoriasis ni tahap imunitinya rendah. Maka dengan consume yang lebih dari orang normal adalah sesuatu yang biasa untuk pesakit Psoriasis. Kalau pun pada satu ketika, keperluan adalah kurang dari yang dibekalkan, ia akan dibuang keluar dari tubuh. Vitamin C merupakan vitamin larut air, maka ia tidak tersimpan di dalam tubuh.

Apa-apa pun. Kenalpasti keperluan vitamin untuk badan kita. Sekiranya tak perlu banyak, ikut saja seperti yang disarankan pada label. Tak perlu ikut orang lain. Keperluan individu adalah berbeza!

Saturday, December 6, 2014

Stay Healthy, Be wealthy @ Sipitang

Alhamdulillah.

Selesai sesi H&W di Sipitang. Ini adalah sesi pertama tim AZ Network di Sipitang, makanya CikYut tak memberikan harapan yang tinggi.

CikYut sudah memberi pesanan awal kepada leader CikYut di sana, Beatrisca, ini adalah sebahagian dalam latihan kepimpinannya. Melatih diri untuk membuat sharing secara offline.

Ya, perjumpaan begini lebih membantu menaikkan semangat leader dan bakal leader. Semoga leader-leader hebat tim AZ Network di Sipitang akan terus mengorak langkah!

Chaiyoook!

Jemput datang!

Assalamualaikum wbt.

Saya berada di Sipitang pada hari ini. Mari beramai-ramai ke Perpustakaan Sipitang ya.

Monday, December 1, 2014

BULAN LUARBIASA!!

Bulan Luarbiasa - Penutup 2014 yang BOMBASTIK! Macam nak pecah jantung rasa tengok promo bulan ni. Bukan main lagi jantung berdegup kencang!





Promo BIASA : PERCUMA 1 dengan 6 pembelian.

Promo BERKEMBAR : Pembelian 2 botol dengan POTONGAN 5%

Promo LUARBIASA : Apabila ada kedua-duanya untuk 2 PRODUK!!!

Ya, bulan ini ialah BULAN CANTIK BERSINAR!! Haruslah kan.. Dh makan Sustained Released Vita C Plus dengan Vita E Complex!


Ya, jangan lepaskan peluang ini! Sama ada mahu kan lebih banyak stok atau mahu beli mengikut bajet anda. Terpulang!





Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...