SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, March 27, 2013

Hamil dan menyusukan

"Tahniah! Anda kini telah disahkan hamil."

Alamaaaak. Tetapi anda pula masih menyusukan anak anda.

Jadi, bagaimana sekarang? Nak berhentikan penyusuan secara tiba-tiba? Mampukah si kecil bertahan dengan keadaan ni? Kalau teruskan penyusuan, adakah kehamilan terganggu?

Pasti banyak soalan yang berkaitan timbul. Ada yang rasa risau, ada yang rasa susah hati. Macam-macam perasaan akan timbul. Kemudian da pula orang-orang lain bercakap, "Kalau menyusukan semasa hamil, boleh mengganggu pembesaran bayi dalam kandungan. Bayi akan kecil."

Sejauh mana kata-kata ini benar, tidak dapat dipastikan. 

Jadi, apa nak buat? Teruskan penyusuan atau tidak? 


Cadangan saya ialah :

- sekiranya tiada sejarah keguguran, maka puan boleh teruskan saja penyusuan semasa hamil.

Kenapa begitu? Penyusuan boleh menyebabkan berlakunya kontraksi. Jadi, sekiranya sudah ada sejarah keguguran, biasanya doktor akan minta ibu yang hamil itu berwaspada. Perhatikan tanda-tanda sekiranya berlaku kontraksi dan seterusnya memberi risiko terhadap kandungan.

- teruskan penyusuan setelah doktor memastikan tiada masalah terhadap kandungane

- berhentikan penyusuan sekiranya ia mendatangkan risiko terhadap kandungan


Semudah ini? Ya, sebenarnya ia sangat mudah.
Yang tidak mudah ialah menangani keadaan si kecil apabila penyusuannya terpaksa dihentikan.



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus)
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Thursday, March 21, 2013

Hamil dan Kalsium

Sebelum seseorang itu hamil, ibu itu dinasihatkan oleh doktor untuk membuat persediaan dengan mengambil asid folic. Kadang kala, doktor terlupa untuk membekalkan kalsium kepada si ibu. Kalsium sebenarnya sangat penting buat ibu yang mahu hamil dan yang sedang hamil. Bahkan, apabila si ibu nanti mahu menyusukan si kecil, kalsium masih berperanan penting dalam keperluan si ibu untuk menjayakan penyusuannya.


Mari baca ni ...

Sumber rujukan : Kosmo


MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.


Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.


Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.


“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.


Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang. “Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.


Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.


MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.


Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.


Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.


Berpantang


“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang. “Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.


Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.


Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.


Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.


TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.


“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal. “Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.


Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya. Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah. “Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) Shaklee Independent Distributor ID : 818055 SMS/WhatsApp : 019-2712601 Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Wednesday, March 20, 2013

Psoriasis dan kehamilan

Sekiranya anda telah bersama saya dari awal, pasti anda mengetahui bahawa saya adalah pesakit psoriasis. Namun saya tidak pernah berkongsi dengan kalian bagaimana saya menghadapi psoriasis saya semasa hamil. Semasa mengandungkan Azyana dan Azzalea, psoriasis saya tidak begitu teruk. Hanya pada ketika mengandungkan Azrie, keadaan agak teruk. Namun, Alhamdulillah, keadaan dapat diatasi.






Baiklah. Pertama sekali, sebelum apa-apa, pesakit psoriasis perlu memahami apa yang berlaku pada dirinya. Bagaimana psoriasis bertindak terhadap badan? Bagaimana psoriasis menyerang? Apabila sudah memahami ini, ia akan membantu anda untuk menangani psoriasis semasa kehamilan pula.

Keadaan adalah berbeza untuk setiap pesakit. Ada kemungkinan seorang pesakit psoriasis yang hamil akan mengalami keadaan yang paling teruk. Ada juga yang tidak mengalami banyak perubahan. Ia banyak bergantung kepada sistem imuniti badan seseorang dan bagaimana pesakit itu mengendalikan stress ini?

Pada waktu tidak hamil, sistem imuniti pesakit psoriasis  akan menjadi sangat rendah. Bayangkan pada keadaan biasa pun sistem imunitinya telah rendah, apatah lagi apabila sedang hamil. Kebiasaanya mereka lebih senang untuk selsema dan batuk. Keadaan kulit akan jadi lebih meradang dan akhirnya mereka akan tergaru-garu.





Bila keadaan kulit seperti di atas, sememangnya pesakit sudah tidak senang duduk. Dengan keadaan hormon yang sudah tunggang langgang disebabkan kehamilannya dan iritasi begini, pesakit boleh mengalami depresi yang teruk.

Antara tips yang boleh dilakukan oleh pesakit psoriasis yang sedang hamil :

1. Banyak minum air
2. Banyakkan pengambilan buah-buahan.
3. Makan makanan yang segar dan baru dimasak.
4. Sentiasa bertenang.
5. 'Basahkan' bibir anda dengan zikrullah
6. Sentiasa tersenyum.
7. Elakkan diri dari ke tempat yang sesak dan ramai pengunjung.
8. Dapatkan bantuan dengan cepat sekiranya anda dalam kesusahan.

Macam sama aje kan senarai tip itu. Sebenarnya apa yang penting dalam kehidupan pesakit psoriasis adalah TENANG. Sentiasa bertenang dalam semua keadaan. Sekalipun kehamilan itu sendiri mengganggu ketenangan dari dalam, tetapi apa yang berlaku perlukan kawalan MINDA yang baik. Apabila seorang pesakit psoriasis dapat mengawal emosinya, InsyaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja.




Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Monday, March 18, 2013

Adakah anda HAMIL?

Buat pasangan yang baru kahwin, sudah tentu ingin cepat-cepat menimang cahayamata. Bagi pasangan yang sudah lama kahwin pula, mahu anak berderet-deret. Ada juga yang merancang kehamilan, supaya tidak beranak tiap-tiap tahun. Terpulang ke pasangan itu.




Bagaimana nak tahu yang anda sedang hamil? Bagi orang yang dah 4 kali mengandung macam saya, pengalaman adalah berbeza bagi setiap kehamilan. Sebelum anda berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan, ada beberapa tanda yang akan berlaku untuk 'memberitahu' yng anda sedang hamil.


Cara mengetahui tanda-tanda awal kehamilan atau mengandung

Saat kehamilan adalah saat yang paling dinanti-nantikan dalam sebuah rumah tangga bahagia. Seorang isteri sangat gembira apabila dia dapat mengetahui dirinya sudah “berbadan dua” kerana itulah yang diinginkan dalam sebuah rumah tangga bahagia. Mempunyai anak kandung sendiri adalah keinginan yang tidak dapat dipisahkan dari pasangan suami sendiri kerana anak merupakan penyeri kepada kehidupan berkeluarga.

Berikut adalah tanda-tandanya, dan ia mungkin berbeza mengikut individu dan kehamilan mereka ya!
1. Terasa mual
Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.

2. Kekerapan membuang air kecil
Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

3. Terasa 'Cramped'
Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.


4. Lewat datang haid
Ini memang tanda yang paling ketara. Tetapi ada juga orang yang pregnant, to masih datang bulan pada awal-awal kelahiran, cuma ia jarang-jarang berlaku.

5. Mengidam
Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam.

6. Moody
Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.

7. Payudara menegang dan sensitif
Payudara terasa berdenyut-denyut dan sensitif apabila dipegang. ini kerana payudara itu dalam proses persediaan untuk membuka kilang susunya!

8. Bau badan
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

9. Pengsan
Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.

10. Sakit punggung
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.

11. Rasa lelah yang berlebihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

12. Sembelit
Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.

dan yang paling akhir ialah

13. Ujian kehamilan
Pergi sahaja ke farmasi dan dapatkan ujian pengesan kehamilan. Anda boleh lakukan sendiri pemeriksaan di rumah. Ikut sahaja arahannya. 




"Tahniah! Anda hamil."

Pasti anda suka untuk dengar itu bukan.

Nanti saya akan berikan cadangan suplemen kepada ibu hamil >____<



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA?
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus)
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Thursday, March 14, 2013

I love Shaklee!

Terasa gedik apabila menggunakan bahasa inggeris pada tajuk post. Hahaha. Tetapi itulah hakikatnya. Memang hari rasa tergedik2 dengan Shaklee.

Kalau nak tahu kenapa dan mengapa, saya akan beritahu. Alhamdulillah. Hari ini ialah 14hb. Setiap 14hb pada setiap bulan saya akan menerima imbuhan dari Shaklee. Syukur. Gaji tengah bulan.

Impian saya adalah untuk duduk di rumah dengan anak-anak tetapi masih mempunyai pendapatan seperti semasa bekerja bahkan lebih lagi. InsyaAllah. Anak-anak memang sangat teruja untuk berada dengan ibu mereka sepanjang hari.

Anda bagaimana? Mahu turut serta merasai kegedikan ini? Emel saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 0192712601. Baik buat cepat. Ni bukan skim cepat kaya tau!

Sunday, March 10, 2013

Kalsium oh kalsium

KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat. 





Ostematrix menyediakan:•1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap
•400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka
•400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium


Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Saturday, March 2, 2013

Lepas satu, satu lagi yang datang...

Alhamdulillah...

Bulan Januari : Promosi Advance Joint Health
Bulan Februari : Promosi OmegaGuard

Dan 

Bulan Mac : 

jeng jeng jeng




Yup yup... Inilah produk promosi untuk bulan ini. Cepat tau. Dapatkan ia segera!




Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...