SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Thursday, February 24, 2011

SGM1 - Pengasuh : Peranan dalam menjayakan penyusuan ibu



Buat pertama kalinya, SGM diadakan buat pengusaha dan pengasuh taska.. SGM pertama ini dibuat di Taska Ubudiyah, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Seramai 19 orang peserta telah menghadirinya dan mereka terdiri daripada 4 orang pengusaha dan 15 orang pengasuh taska. Moderator yang mengendalikan SGM@Taska ini ialah Pn Norashida Abdul Rahman dan Pn Yusrina Mohamat Hata.

Apa yang menarik dalam SGM@Taska ialah ia tidak seperti SGM lain yang pernah dianjur atau dibuat sebelum ini. Walaupun namanya SGM tetapi ia lebih kepada Latihan Dalam Kumpulan (LDK), namun lebih santai. Sesi bermula pada jam 10 pagi. Dimulakan dengan sesi memperkenalkan MBfPC dan Moderator kepada para peserta. Sesi taaruf dilanjutkan kepada para peserta.

Selepas sesi taaruf, setiap peserta diberikan sekeping kertas dan mereka dikehendaki untuk menulis objektif mereka hadir ke sesi pagi itu. Kemudian, mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan 1 peranan/watak yang sinonim dengan taska iaitu bayi, ibubapa dan pengasuh. Mereka dikehendaki mendalami watak yang diberi dan memberikan pandangan dan harapan mereka (mengikut watak) mengenai penyusuan ibu di taska.

Kaedah ini dibuat begini supaya peserta lebih memahami peranan setiap watak dan seterusnya mereka dapat memahami betapa besar dan tanggungjawab mereka dalam membantu menjayakan penyusuan ibu bagi ibu-ibu yang menghantar si kecil ke taska masing-masing. Selesai berbincang, setiap wakil dari kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. Moderator mengulas pada setiap sesi selepas wakil selesai membentang.

Sesi ini dilanjutkan kepada sesi berbincang dan akhirnya ke sesi ‘jamu perut’! Pemilik Taska Ubudiyah telah menyediakan nasi lemak buat santapan tengahari. Tidak lupa juga sesi bergambar beramai-ramai. Komen dan Pn Intan dari Taska Idora, beliau sangat teruja untuk berkumpul lagi terutamanya bersama dengan penguasaha taska lain. Di samping dapat menambah ilmu pengetahuan, berkongsi cerita dengan pengusaha taska yang lain dapat membantu beliau untuk menguruskan taska beliau dengan lebih baik lagi.

InsyaAllah, sekiranya tiada halangan, diharap sesi ini dapat dipanjangkan ke tempat yang lain pula!

Sunday, February 6, 2011

Tidak semua ibu mampu/dapat menyusukan


Sumber asal

(ia diolah sedikit dari sumber asal) 

Secara lumrahnya, setiap wanita mampu menyusukan bayinya dengan susu ibu, namun tetap terdapat kes yang mana si ibu tidak dapat menyusukan anaknya:

FAKTOR IBU:

  • Menghidap PCOS
  • Mempunyai masalah tiroid
  • Terlalu obes
  • Terlalu stress
  • Tidak mempunyai duktus susu (secara semulaladi atau selepas melalui pembedahan)
  • Pernah menjalani pembedahan payudara
  • Menghidapi hypoplastic breast (payudara yang tidak berkembang selepas baligh)
  • Mengambil ubat-ubatan berasaskan estrogen
  • Menghadapi masalah kecelaruan hormon


FAKTOR BAYI:


  • Tidak pandai melekap (latch) dengan betul
  • Mempunyai masalah tounge-tie
  • Terlalu lemah untuk menyusu


IBU YANG MERASAKAN DIRINYA TIDAK DAPAT MENYUSUKAN ANAK TAPI SEBENARNYA BOLEH:


  • Mempunyai inverted nipple
  • Tidak mengeluarkan susu pada awal kelahiran
  • Puting buta
  • Bayi tidak mahu menghisap di payudara


Walau bagaimanapun, kebanyakan masalah di atas mempunyai penyelesaian, dan ramai ibu yang menghidapi PCOS, tiroid, malah hypoplastic breast berjaya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, yakni susu mereka sendiri.

Malah kebanyakan ibu yang menghadapi masalah ini sebenarnya bukan bermasalah dari segi penghasilan, tetapi pengeluaran. Bila ia tidak dikeluarkan, maka penghasilannya akan kurang! Apa yang menyebabkan susu tidak dapat keluar dengan efektif?

  • Bayi yang tidak dapat menghisap dengan betul – mengalami masalah latching, etc.
  • Teknik mengepam yang tidak betul – tak kiralah berapa mahal atau hospital grade-nya sesebuah pam susu itu, teknik mengepam yang salah menjadikan susu ibu tidak dapat keluar dengan sempurna sekaligus mengosongkan payudara.
  • Ibu tidak mengalami let down – kemungkinan disebabkan kekurangan hormon oxytocin akibat stress. Kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak berada dalam keadaan stress : stress sebab sakit bersalin, stress dalam pantang, post-natal depression, stress mahu menyusukan bayi dan sebagainya.
  • Ibu tidak mengosongkan payudara dengan kerap – bayi tidur terlalu lama menyebabkan ibu membiarkan payudaranya tanpa rangsangan.


Apa yang perlu dibuat sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan susu ibu?


  1. Kenali masalah diri. Setiap yang terjadi pasti ada sebab musababnya. Mengetahui punca masalah memudahkan kita mencari penyelesaian. Misalnya ibu tidak dapat menyusukan anak kerana masalah stress, maka penyelesaiannya ialah ibu perlu lebih bertenang. Jika stress adalah kerana kekurangan B-Complex maka ibu harus mengambil makanan yang kaya dengan B-complex atau supplement. Jika ibu tidak dapat menyusu kerana tiada duktus susu, kemungkinan untuk ibu menyusukan bayi dengan susunya sendiri adalah amat tipis.
  2. Dapatkan sokongan daripada kumpulan sokongan susu ibu. Adalah lebih baik jika seseorang ibu mendapatkan khidmat nasihat dari Kaunselor Laktasi bertauliah, diikuti sokongan daripada rakan-rakan atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Di dalam kumpulan ini biasanya terdapat ibu yang mengalami masalah seperti PCOS, tiroid,exclusive pumper, malah mempunyai masalah yang kita rasa tak logik untuk berjaya menyusukan anak namun mereka berjaya dalam penyusuan.
  3. Kembali kepada Yang Maha Esa. Setiap kejadian pasti ada sebab musababnya. Apabila Allah menyuruh seseorang ibu menyusukan bayinya (disebut beberapa kali dalam al-Quran), namun apabila terdapat halangan, mengadulah kepada-Nya dengan seikhlas hati. Menyusukan anak bukan suatu ego yang mesti dipertahankan, malah menganggapnya satu ibadah dan lakukannya dengan rendah hati demi memberi makanan terbaik untuk bayi kita.
  4. Mendapatkan ibu susuan (jika mahu). Mengikut urutan, susu yang terbaik adalah susu ibu (direct feeding), diikuti susu ibu yang diperah dan susu ibu lain (ibu susuan).

Mengapakah seorang penggiat susu ibu terlalu positif bahawa semua ibu boleh menyusukan anaknya meskipun si ibu sendiri sudah melakukan macam-macam? Ini demi mengelakkan salah faham kepada ibu-ibu lain yang menghadapi masalah yang sama (rasa susu tak cukup/tak ada). Seorang penggiat susu ibu sebolehnya mahu membantu ibu-ibu bermasalah dalam penyusuan, agar dapat menyelesaikan masalahnya satu-persatu. Sekurang-kurangnya untuk anak yang seterusnya, sudah tahu apa yang patut dibuat. Misalnya jika anak sekarang tidak ada connection dengan sebarang kumpulan sokongan, di masa depan boleh berhubungan dengan mana2 kumpulan sokongan.

Ramai penggiat susu ibu asalnya adalah ibu yang bermasalah dalam penyusuan. Misalnya ada pakar laktasi yang hanya dapat menyusukan anaknya selepas 4 bulan dilahirkan, ada kaunselor laktasi yang tidak pernah direct feed anaknya, dan sebagainya. Jadi, bina jalinan dengan mereka-mereka ini, sekurang-kurangnya boleh menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus berazam dalam penyusuan ibu.

Yang penting, sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah. Setiap kejadian adalah di bawah aturanNya.

Saturday, February 5, 2011

Berminat nak jadi ahli Shaklee? Apa faedahnya?

Salam...

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli/pengedar Shaklee?

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran sebanyak RM65, ataupun membuat pembelian produk Shaklee melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma --> dilakukan sekali seumur hidup!
Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 818055 sebagai sponsor.
Untuk mendapatkan newsletter dari Shaklee, hanya perlu bayar RM20 setiap tahun.

Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Maksimum registration ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Maintain point dan keahlian

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Tak perlu.

Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya 818055 sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes trial pack Shaklee.

Apa nak buat jika saya dah daftar dengan orang lain tapi nak join bisnes Shaklee trial pack?

Anda boleh tukar upline dengan register semula. Anda perlu membuat pembayaran untuk menjadi ahli seperti mula2 mendaftar. Anda boleh menggunakan ID saya sebagai sponsor anda, 818055.

Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli (seperti dalam Senarai harga). Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan.
Dengan menjadi ahli di bawah Shaklee trial pack (menggunakan ID saya 818055 sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.
Saya mengucapkan selamat datang kepada ahli2 Shaklee yang baru mendaftar di bawah Sihat bersama Ibuaz. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya di ibuaz.shoppe[at]gmail.com untuk maklumat lanjut.

Friday, February 4, 2011

Kenapa Shaklee begitu ISTIMEWA?

Dipetik dari Shaklee Malaysia

Falsafah Produk ShakleeSelama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 250 juta pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Thursday, February 3, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Salam...

Malaysia ni rakyatnya pelbagai kaum dan agama.
Jadi tidak salah rasanya untuk kita meraikannya dengan menghormati seadanya perayaan kaum lain.

Oleh itu, saya nak ucapkan

Selamat Tahun Baru Cina

Gong Xi Fa Cai

kepada pembaca yang meraikannya!


Dua beradik ni punya darah keturunan Cina. 
Onyang mereka pior Chinese tapi dibesarkan oleh org Melayu.
Dikhabarkan punya darah Melayu Patani.
Kalau dari sebelah saya, Melayu Jawa + Bugis

Itulah warna bagi MALAYSIA!

Sampai jumpa lagi!

~0~

Tuesday, February 1, 2011

Selamat Hari Wilayah

Salam...

Selamat Hari Wilayah 
buat semua warga Wilayah Persekutuan.
Tak kira la di Kuala Lumpur, Putrajaya ataupun di Labuan.

Walaupun pada tahun ini sambutannya diadakan beberapa hari lebih awal,pastinya warga WP cukup gembira dan senang dengan cuti yang panjang. 1hb cuti WP, 3hb dan 4hb pula cuti CNY.
Mmg syokla kan.

Ni ialah poster sempena sambutan Hari Wilayah 2011


Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...