SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Sunday, September 30, 2012

Mulakan hari dengan fikiran yang indah!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Esok ialah hari ISNIN. Apabila tiba hari Isnin, mulalah ramai yang terus membayang MONDAY BLUES! hahahah.. Selepas itu, mulalah terikut-ikut dengan mood blues tu. Sudahnya banyak perkara terbengkalai. Kita ialah apa yang kita fikirkan. Oleh itu, Fikirkan perkara yang baik-baik pada malam ini, supaya esok kita akan melalui perkara yang baik-baik sahaja.


“BEKERJA Sebagai MOTIVASI HIDUP
BERAMAL Untuk KESEIMBANGAN HIDUP” 
― Wuryanano

Selamat malam! Ingat, fikir yang indah-indah sahaja ya!




Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Tuesday, September 25, 2012

Set mana yang sesuai untuk saya?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 






Jom lihat set vitamin yang mana satukah untuk anda?

Set A (Optimum)* – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding)* – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu).  Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

Set B1* – set B1 adalah  set penyusuan namun ia mengandungi 330 biji alfalfa (biasa ialah 60 biji sahaja).

Set C (confinement)* – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster *– set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.

Set D (skincare)* – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) *– set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.

Set F (feminin)* – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai)* - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) *– khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1* – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.

Set J2* – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Triple M set *- set E+Energizing Soy Protein (ESP) sebagai set penyusuan optimum untuk memberikan kesihatan menyeluruh kepada ibu menyusu.

Kredit to Mommy Lyna

Pakej di atas disediakan untuk memudahkan anda memilih. Namun jika keperluan anda adalah berlainan, anda boleh menghubungi saya seperti di bawah.



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Berwajah baru!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 






Ia telah kembali dengan wajah baru! Anda mahu mengetahui apa maksud icon ini? Sila pm! Jangan ketinggalan untuk mengetahui apa yang menarik dan terbaru dari kami!



Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Monday, September 24, 2012

Tip memilih makanan di dalam tin

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 



*kredit pic google*

Sekarang ni, segalanya mahu dilakukan secara cepat dan pantas. Atas sebab itu, kebanyakan kita memilih untuk makan di restoran makanan segera. Sekiranya tidak mahu berada di luar, kebanyakan di antara kita akan memilih untuk makan makanan yang ditinkan atau dibotolkan.


*kredit pic google*


Perlu diketahui bahawa walaupun ia mudah untuk diolah menjadi hidangan enak, makanan di dalam tin atau pes segera uini sebenarnya mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan. Ini kerana, makan dijual dalam bentuk kemasan yang seumpamanyan mengandungi bahan pengawet kimia.

Namun , hakikatnya jika dimakan sekaili sekalaia mungkin boleh menjadi pilihan alternatif yang mudah, baik, segera dan pantas. Walaupun demikian, kita sebagai pengguna perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang bahan-bahan makanan sebegini agar apa yang dimakan itu selamat dan terjaga.

Ikuti tip di bawah :

1. Pastikan produk yang dipilih merupakan produk terbaik. Pilihlah makanan yang ditin atau dibotolkan dalam bentuk yang sempurna, tanpa sebarang kecacatan. Misalnya, pastikan makan dalam tin yang kita pilih itu tidak kemek, terkopak dan sebagainya.

2. Seterusnya, pastikan terdapat lesen atau logo daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia yang menandakan makanan yang terdapat di dalamnya selamat untuk dimakan. Pastikan juga tarikh luput pada label kemasannya.

3. Sebaiknya pilih makanan yang di dalam kemasan tin atau botol dengan kuantiti yang sedikit. Ini kerana, makanan sebegini lebih baik dimakan pada hari itu juga setelah proses pengolahannya di dalam hidangan kita. Elakkan menyimpan lebihan makanan yang telah dimasak untuk keesokan harinya.

4. Tambahkan pelbagai jenis potongan sayur segar untuk menambah nutrisi penting di dalam hidangan makanan anda.

5. Jangan lupa untuk sertakan buah-buahan segar di atas meja sebagai sumber zat tambahan.

6. Elakkan makan makanan yang segera ini terlalu kerap. Ia boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan anda.



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Saturday, September 22, 2012

Kentang bantu pulih radang perut

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 




Nasi merupakan makan ruji di Malaysia. Namun ada di tempat lain, mereka memilih kentang sebagai sumber karbohidrat utama mereka. Maksudnya, mereka kurang mengambil nasi. Ternyata sayuran enak ini juga mampu meringankan gejala radang perut.

Di dalam kajianyang dilakukan oleh pakar dari Universiti Machester, molekul anti-bakteria dalam kentang boleh mengatasi masalah radang perut. Selain itu, peneyeldik juga mngatakan bahawa vitamin C dan B, serta kalium di dalam kentang lebih baik secara dalaman mahupun luaran. Menariknya, dengan hanya mengambil jus kentang (jus kentang?? pernah minum?), radang perut bukan sahaja dapat diatasi tetapi juga peradangan pada usus serta gangguan sistem percernaan juga dapat diatasi.

Para penyelidik turut menyarankan jus kentang sebagai suplemen harian untuk tubuh. daripada sifat-sifat kentang, para penyelidik kemudiannya mengembangkan lagi potensi kentang di dalam ubat-ubatan yang bebas daripada kesan sampingan.

Kesimpulan tersebut bermula dari resepi kentang konvensional yang dijadikan sebagai bahan untuk menyembuhkan masalah perut. 

"Ketika saya mendengar bahawa kentang boleh digunakan untuk mengubati masalah bisul, saya berasa ragu. Tetapi saya terkejut kerana produk botani mempunyai banyak sebatian yang menarik dan boleh membantu mengubati penyakit. Oleh itu, saya rasa amat penting untuk saya mengupas satu persatu bahan seperti inibagi mencari oenemuan baru," ujar Ian Roberts, professor mikrobiologi di Fakulti Biologi Universiti Manchester.

Tambah Roberts, dia bersama kumpulan penyelidiknya mendapati jus kentang sebagai tindakan pencegahan yang amat berkesan untuk menghentikan peradangan perut.


Info dari Majalah Mingguan Wanita (dengan sedikit editing)


Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Tuesday, September 18, 2012

Diet dengan air sejuk

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Diet dengan air sejuk?? Biar betul? Bersusah payah le teman nak kurus, makan tu, makan ini. Lari sana, lari sini. Rupanya boleh berdiet dengan air sejuk shj? Moh kita tengok bagaimana caranya :




1. Mesti tahu khasiat air sejuk
Lebih baik kita mengetahui khasiat air sejuk kerana dengan ini ia memudahkan kita untuk sentiasa fokus dan dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berdiet. Apabilakita minum air sejuk, badan kita sebenarnya membakar kalori kerana harus memanaskan air sejuk itu untuk menyamai suhu semasa badan.

2. Minum air sejuk dengan banyak
Jika ingin mencapai berat badan yang ideal, minumlah air sejuk dengan jumlah yang banyak. Walaupun sudah pasti kamu akan ke bilik air untuk membuang air kecil dengan kerap, tetapi hasilnya sepadan dengan penurunan berat badan kamu.

3. Buat variasi dalam berdiet
Kalau minum air sejuk setiap masa, setiap hari pasti akan membosankan kita. Jadi, buatlah sedikit improvisasi. Apa kata letakkan sedikit perahan limau atau lemon ke dalam minuman. Ops, jangan pula tambah gula ya. Kerana dengan menambah gula, ia akan meningkatkan kalori dalam tubuh sekaligus gagallah usaha unti berdiet kita!! huhuhu

4. Fikir secara positif
Apabila sudah minum banayk air, maka semakin keraplah kita ke bilik air. Pasti ramai yang akan mengalah. Cuba berfikir secara positif. Secara tidak langsung kita telah melakukan 2 kerja dalam satu. Berdiet dan bersenam. apa kata sesambil nak menuju ke bilik air tu, kita buat sedikit pergerakan ringan. :)

5. Kawal corak pemakanan
Apabila nak berdiet, sudah tentu dalam perkara akan memikirkan apa yang boleh dimakan? Berapa banyak yang boleh dimakan? Makan dalam kuantiti yang sedikit sebenarnya boleh menyebabkan badan mengalami kekurangan nutrisi dan ia tidak elok untuk kesihatan. Pilihlah makanan sihat seperti buah-buhan dan sayuran yang rendah kalori. Sebagai penambah tenaga, makanlah bijiran yang tidak mengalami gula.

6. Air sejuk dengan lemon
Campiran air sejuk dan lemon sebenarnya dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat! Ini kerana lemon mempunyai khasiat untuk melancarkan ari kencing sehingga lebihan cairan dalam tubuh akan dikeluarkan dalam jumlah yang lebih besar! Haaa, tapi jangan bubuh gula ya!!


Ini memang salah satu diet yang mudah. Apa kata kita pakat cuba ini. Selepas kita buang segala air yang tidak diperlukan dalam tubuh, baru kita fokus untuk mengurangkan pula lemak-lemak yang berlebihan tu! 



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Kurangkan berat badan dengan SARAPAN

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Adakah anda bersarapan pada setiap pagi? Adakah anda mengetahui bahawa dengan bersarapan itu penting? Ya, semua orang mengetahuinya. KITA PERLU BERSARAPAN SETIAP PAGI.

Adakah anda mengetahui bahawa denga bersarapan, berat badan dapat dikurangkan? Bagaimana caranya? Ya, dengan bersarapan kita dapat mengurangkan pengambilan makanan ringan atau snek sebelum makan tengahari. Sarapan sebenarnya penting kepada kehidupan terutamanya buat remaja dalam proses tumbesaran mereka.

Kebiasaannya selepas tidur, badan akan menjadi lemah kerana perut telah menjadi kosong dan air di dalam badan juga telah berkurangan. Kandungan gula dalam darah juga telah menjadi rendah dan menyebabkan badan tidak bertenaga dan bermaya. Makanlah makanan yang menyihatkan, bukan yang penuh lemak dan tinggi kolesterolnya.



Jadi BAGAIMANA pula CARAnya?

1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak. 

2. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.

3. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur susu segar merupakan sajian sarapan yang sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi/

4. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukan roti putih. Sebagai penambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang serta taburkan dengan kismis.

5. Jika anda berada di dalam keadaan tergesa-gesa, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu mebuatkan perut kenyang sehingga waktu tengahari.

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kelainan. 





Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Saturday, September 15, 2012

Pemakanan Semasa Laktasi

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 

Pemakanan Semasa Laktasi 


Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?
Ini adalah kerana :
  • Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
  • Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?
  • Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
  • Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
  • Kesederhanaan - Mengehadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol
  • Aktiviti - Menyeimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian
Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?
Paras Piramid Makanan
Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti
Saranan sukatan: 12 hidangan/sehari

Satu hidangan Bijirin:
  • ½ cawan nasi
  • ½ cawan mi/mihun/pasta
  • ½ tosai
  • ⅓ capati
  • 1 keping roti (putih/gandum)
  • 1 cawan bubur nasi kosong
  • 3 biskut tawar
  • 3 sudu makan oat (tidak dimasak)


Paras 2 : Buah dan Sayur
Saranan sukatan: 3 - 4 hidangan/sehari

Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari
  • ½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
  • 1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)
Satu hidangan Buah : (3 - 4hidangan) /sehari
  • 1/2 biji jambu, mangga
  • 1 biji pisang, epal, lai, pir, oren pear, orange
  • 1 potong betik, nenas, tembikai
  • 3 biji kurma
  • 4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur


Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari

Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam:
  • ½ ketul paha ayam (saiz sederhana)
  • ½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
  • 2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
  • 1 biji telur
Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu
  • 1 gelas susu (250ml)
  • 4 sudu makan susu tepung
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan
Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :
Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau. Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium. Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet
Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren
Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)
Vitamin C
Sumber :buah–buahan (oren, betik, kiwi) Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi
Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?
  • Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
  • Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi.
  • Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap.
  • Suplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik
Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?
  • 87 % daripada susu ibu adalah air.
  • Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
  • Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
  • Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.
Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?
  • Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?
    • Makanan 'sejuk' - kangkung, tauge, kubis, timun, betik,nangka
    • Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
    • Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
    • Makanan 'tajam' - nanas
    • Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan
  • Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.
  • Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja
  • Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.

Semakan akhir:07 September 2009
Penulis:Nora Nurlinda bt. Zakaria



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA?
Sila hubungi saya :Yusrina binti Mohamat Hata (Yus)
Shaklee Independent DistributorID : 818055
SMS/WhatsApp : 019-2712601
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Wednesday, September 12, 2012

Vivix ~ minuman ajaib?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Vivix..apa tu??

 


Vivix™ merupakan Revolusi Terbaru dari Shaklee. Ia adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Khasiat Vivix

Bagaimana Vivix bertindak?

Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.


Vivix bertindak dalam 4 cara:

1. Mempertahankan sel (Improve cell defense)
 


2. Memberi tenaga kepada sel (Increase cell energy)

 


3. Memperbaiki sel (Promote cell repair)



4. Meningkatkan prestasi sel (Optimize cell performance)



credit info vitaminsemulajadi


Promosi sepanjang bulan September 2012..dapatkan VIVIX dengan harga yang lebih ISTIMEWA!! Dengan pembelian 2 botol vivix, anda layak untuk mendapatkan keahlian secara percuma.


PENTING!!!
  1. Vivix TIDAK DISARANKAN kepada ibu mengandung dan menyusukan anak serta mereka di bawah 18 tahun ke bawah.
  2. Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Jangan takut untuk mencuba...


Assalamualaikum wbt.

Satu kotak pesanan saya telah tersalah hantar ke Melaka. Penerimanya pula agak sibuk menguruskan si kecilnya yang berada di wad. Jadi saya tidak mahu memaksa beliau untuk menguruskan pengeposan kembali kotak kepunyaan saya itu.

Alhamdulillah. Salah seorang 'adik beradik' Jutawan Muslimah berada berdekatan dengan kediaman penerina tadi. Saya telah memohon jasa baik beliau untuk membantu menguruskan pengeposan semula. Dengan keadaan yang terlalu gembira, saya telah memberi alamat rumah kepada rakan JM. MasyaAllah, siapa pula yg akan menerima bungkusan itu di rymah?

Oleh yang demikian, saya telah menampal satu pesanan di peti surat dengan harapan, Tuan Posmen akan menghantar kotak ke tempat lain. Dan hasilnya, sangat menggembirakan. Syukur, Tuan Posmen bermurah hati untuk menurut permintan saya.


Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Tuesday, September 11, 2012

Sihat sepanjang hayat

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 




AMALKAN CARA HIDUP SIHAT

Kunci untuk sihat sepanjang hayat
    Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:  
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stress

Faedah cara hidup sihat:
  • Meningkatkan status kesihatan anda
  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan..

Makan secara sihat : 

  • Nikmati pelbagai jenis makanan
  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.


Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

Lakukan aktiviti fizikal
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda


Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunakan FITT sebagai panduan.

 F Frequency : (Kekerapan) 3 – 5 kali seminggu 
 I Intensity (Effort) : (Kehebatan) Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa. 
 T Time : (Masa)  Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan. 
 T Type : (Jenis) Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jarring, badminton, lompat tali, berbasikal. 





Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Sunday, September 9, 2012

Bilalah nak buat lagi??

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 



Alhamdulillah.


Azrie semakin menghampiri umurnya genap 2 tahun. Disebabkan itu, saya pula yang meroyan untuk mengandung lagi. Ahaks. Ayahnya kata perlu tunggu Azrie berhenti menyusu sepenuhnya barulah difikir menngenai adik untuk Azrie. Mmm... Ok. En Suami sangat baik hati. Tidak mahu Cik Isteri berasa susah. Baik, terima kasih sayang!

Selain merindui bau bayi, saya sangat merindui hari-hari mengumpul stok sepenuh peti asi, sepenuh deep freezer. Adakah saya akan mampu mengulanginya? Saya sedang berusaha mengembalikan kesihatan diri ke tahap yang lebih baik dan optimum supaya saya dapat menyusukan sebaiknya kepada bakal adik Azrie. 

Saya rindukan ini :


Ini adalah gambar2 para pengguna Shaklee!



Ya, saya sangat ridukan untuk memenuhkan peti ais saya. Hahaha... A'aah, saya memang tidak pernah menunjukkan gambar stok saya. Apa yang saya boleh katakan ia pernah memenuhkan deep freezer di rumah abg ipar saya! kehkehkeh... 



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...