SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Thursday, October 28, 2010

Penawar hati

Salam

Maaf ye teman2..Beberapa hari ni tiada mood utk update di blog ni. Mood saya seakan dibawa pergi. Tapi mmg pun. Suami tercinta tiada di sisi, disaat saya dalam menunggu hari. Perasaan saya juga tak keruan. Saya kurang gemar untuk berkongsi sesuatu yang negatif dengan pembaca. Kerana saya takut impak negatif itu akan sampai kepada pembaca juga.


Bila organ hati yang sakit, selalunya kita akan cepat cari penawarnya. Kita makan ubat iut, ubat inilah. Laju aje. Yelah, nanti takut melarat. Boleh sampai jadi penyakit kuning nanti. Tapi bila hati kita sakit, atau lesu, lambat pula kita nak ubatinya. Saya perasan bila saya ada hati yang lesu, saya akan jadi kurang fokus, senang marah dan menjadi terlalu penat. Padahal bukannya saya buat apa2 kerja berat pun. Tapi membawa hati yang lesu terasa amat berat sekali.


Perasan tak bila kita rasa riang, senang hati, semua kerja dapat dilakukan dengan senang dan mudah. Seperti tiada apa yang menghalang atau mengganggu. Jadi, untuk mengubat hati yang lesu ni, saya cuba amalkan beberapa perkara.
Terdapat 5 Perkara yang merupakan ubat hati yang resah dan jiwa yang gersang. Ia juga berfungsi sebagai penyejuk hati yang dilanda berbagai keluhan dan ketidaktenteraman.

Lima Perkara tersebut adalah:

   1. Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.
   2. Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti hawa nafsu
   3. Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud
   4. Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah
   5. Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama

Sumber: Penawar Bagi Hati Penenang Bagi Jiwa Jilid 2
Alhamdulillah. Walaupun, masih ada sedikit sisa, tapi hati saya kembali tenang. Mungkin saya tak keruan sbb saya akan bersalin tak lama lagi. Jadi mmg wajarlah diri saya kurang tenang. Cuma ada rasa nak tergelak. Ni bukan kelahiran pertama, tapi lagak saya seperti orang mengandung sulung!


Saya harap kalian dapat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat saya dan bayi yang bakal lahir ni ye. Ok, sampai jumpa lagi!






Thursday, October 14, 2010

Pengambilan Nutrien yang Teratur untuk Kulit yang lebih SIHAT, CERAH dan MUDA

Salam


Artikel dipetik dari SHAKLEE TODAY (Vol 5/20101)


Kulit merupakan pengukur terbaik untuk keseluruhan kesihatan seseorang. Semua masalah kulit sama ada psoriasis, berjerawat hinggalah penuaan merupakan pengukur bagi keperluan dalaman tubuh termasuklah keperluan nutriennya. Pendekatan dan penemuan saintifik terbaru mendapati kaitan rapat antara pemakanan dengan kulit, dan kesan nutrien tertentu bagi melindungi kulit daripada penuaan, kusam dan menyokong kesihatan kulit.


Kaitan antara Vitamin C dan Kolagen

Sinaran matahari, tekanan, asap dan pencemaran menghasilkan radikal bebas yang amat berbahaya. Radikal bebas memusnahkan kolagen, iaitu fiber yang menyokong keanjalan, tekstur dan ketahanan kulit serta menyebabkan kedutan dan tanda penuaan yang lain. Vitamin C amat penting bagi proses sintesis kolagen dan aktiviti antioksida yang kuat berpotensi membantu mengurangkan kerosakan yang berpunca daripada radikal bebas. Berdasarkan data yang dikeluarkan di American Journal of Clinical Nutrition dan yang diambil daripada National Health dan Nutrition Examination Survey (NHANES), wanita yang mengambil diet vitamin C yang tinggi kurang memperolehi kedutan pada wajahnya.



Karotenoid untuk Perlindungan UV dan Penghidratan Kulit

Karotenoid biasanya terdiri daripada pigmen merah dan kuning tumbuh-tumbuhan termasuk beta karotena, karotena alfa, lutein, xeaxanthin dan likopena. Karotenoid penting untuk perlindungan cahaya UV, penyenggaraan dan pembaikan tisu kulit. Kekurangannya boleh mengakibatkan kulit kering dan bersisik. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition pada 2003, para penyelidik mendapati sama ada beta karotena atau suplemen karotenoid campuran mampu mengurangkan sinaran UV yang menggalakkan kemerahan kulit selepas 12 minggu berbanding plasebo. Dalam penyelidikan lain, para penyelidik mendapati suplemen oral lutein dapat mengurangkan dihidrasi kulit sebanyak 38%, meningkatkan keanjalan kulit sebanyak 8% dan mengurangkan oksidasi lipid sebanyak 55% jika dibandingkan dengan satu plasebo selepas 12 minggu.



Vitamin E dan Anti Radang

Vitamin E boleh membantu memulihkan kulit dengan cepat akibat selaran matahari. Ianya amat penting sejak diketahui pendedahan kepada matahari menjadi punca utama kedutan. Hasil penyedlidikan menemui Vitamin  E paling berkesan dalam memulihkan kulit daripada sinaran matahari jika diambil bersama Vitamin C. Selain itu, Vitamin E juga boleh mencegah daripada keradangan yang menyebabkan kemerahan pada kulit.



Resveratrol dan Penuaan Kulit yang Sihat

Resveratrol dikenali sebagai sebatian anti penuaan yang paling kuat yang terdapat dalam wain merah. Ia merupakan antioksidan kuat yang membantu dalam melindungi kerosakan kulit daripada radikal bebas, memperbaiki peredaran darah, melembapkan kulit dan menghapiuskan noda-noda dengan berkesan. Selain kesihatan kulit, resveratrol juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan yang lain.



Tip-tip kesihatan untuk kulit yang sihat
  • Ambil diet yang seimbang
  • Pastikan mendapat kandungan Vitamin C, karotenoid, Vitamin Adan resveratrol yang mencukupi dengan memakan makana yang kaya dengan kandungan nutrien tersebut serta mengambil suplemen antioksida, karatenoid dan resveratrol yang berkualiti
  • Minum air yang banyak dan berterusan
  • Memakai losyen pelindung sinaran matahari
  • Bersenam secara teratur

Suplemen yang dicadangkan untuk Penjagaan Kulit dari dalaman ke luaran
  • Caratomax
  • Vita E Complex
  • Sustained Release Vita-C
  • Vivix

Thursday, October 7, 2010

Testimonial lagi : Set B

Salam...


3 hari berturut sibuk dengan SILC 2010 di Pullman Putrajaya. Seronok dapat menambahkan ilmu dan bertemu dengan rakan2 yang sangat 'passion' dalam hal-hal penyusuan. Pastu dapat pula bertentang mata dengan taiko-taiko dalam bidang ni. Sesambil menuntut ilmu, sempat juga CikYut buat follow-up dengan beberapa orang teman.


Cik Dayang yang sedang menggunakan SET B(Full Set), sangat-sangat le berpuashati dengan hasil 'tenusu' beliau..hehehe.. Pengeluaran susunya sangatlah memberansangkan. Untuk pengetahuan korang,Cik Dayang merupakan ibu yang mengepam sepenuh masa. Cik Yut tak tanya pula kenapa anak beliau tak minum secara terus. Tapi takpelah.Yang penting, Cik Dayang masih lagi mahu memberi susu ibu kepada anaknya w/pun dari botol. Katanya lagi,susu jadi pekat. Anak minum sikit aje.Memula beliau susah hati sbb selalunya anak dia minum banyak. Tapi selepas diterangkan keadaan susu yang pekat dan penuh pula dengan nutrisi,Cik Dayang kita ni rasa lega! Alhamdulillah!!


Teman sekolah Cik Yut,Cik Faezah juga memberikan komen yang positif.Yang paling best ialah,beliau kongsi Trial Pack Set B itu bersama suaminya.Keadaan suami beliau je Cik Yut belum tanya.Nanti Cik Yut tanya khabar pasangan ni.


Ok,smp jumpa lagi!!


Sunday, October 3, 2010

Antara persiapan bakal haji dan umrah

Salam...

Selepas Hari Raya Aidilfitri, akan tiba pula Hari Raya Aidiladha. Itu bermaksud ada di antara kita yang menjadi tetamu Allah di bumi Mekah (pst..harap2 dapat pi buat umrah tahun depan!!). Jadinya pasti segala persiapan dibuat bagi mendapatkan haji mabrur. Dalam pada itu, bagi membolehkan perjalanan ibada bakal haji tidak terganggu, persiapan dari segi fizikal juga harus dibuat. Pengambilan vitamin adalah sebagai salah satu USAHA.

Buat yang melakukan umrah, selalunya tempoh masa adalah pendek. Jadi mereka perlukna sesuatu yang simple dan ringkas. 

Vitamin yang disarankan buat bakal haji ialah :

1. Performance Drink - untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

2. B Complex - Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh. Memandangkan ibadah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna, adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

3. Vitamin C - sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

4. Kalsium @ Ostematrix - Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan.

5. Fiber unflavoured - sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Ianya baik untuk memastikan tubuh kita tidak mengandungi lebihan gula atau kolesterol yang boleh memudaratkan tubuh sepanjang mengerjakan ibadah haji dan umrah. Ianya berfungsi untuk menyerap dan membuang segala lebihan gula dan kolesterol dalam darah.



Andai kalian mempunyai ibu bapa yang menjadi tetamu Allah pada Hari Raya Qurban kali ini, jika mempunyai kelapangan rezeki bolehlah mendapatkan vitamin di atas bagi kemudahan dan kesihatan mereka di sana.Sebarang tempahan boleh dibuat melalui email ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS 019-2712601

Sampai jumpa lagi.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...