SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Thursday, April 26, 2012

Tak perlu shaker, guna apa yang ada!


Bila ketiga-tiga canister ni ada di rumah, kesemua trio AZ memang akan teruja. Pantang nampak, pasti disuruh ibunya untuk bancuhkan buat mereka. Hish... Lagi sedap kalau buat ice blended. Yummy!

Oh ya, ada pelanggan-pelanggan yang budiman SMS kepada saya bertanya, kalau tiada shaker, boleh minum tak? Laaaa... Tentulah boleh. Tak perlulah dan dan tu nak p kedai beli shaker. Sekiranya di rumah ada bekas minuman seperti dalam gambar (itu contoh ya!), pun dah memadai. Janji air boleh masuk, tripple gem boleh masuk, kemudian boleh ditutup rapat. Cukuplah!

Ok je pakai bekas macam ni. Janganlah susahkan diri pula. Kadang2 saya tak shake pun. Kacau lama sket. Ok dah. Heee...


Seperti biasa, sebarang pertanyaan mengenai penyusuan dan produk Shaklee, boleh emel ke ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS/WhatsApp 0192712601.

Monday, April 23, 2012

Ya, Shaklee adalah MLM

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Ada yang sudah mengetahuinya. Ada juga yang belum. Shaklee sudah bertapak lama di Malaysia. Sudah lebih 50 tahun. Apabila saya bercakap kepada orang-orang dewasa (aik..macam aku muda remaja plak...), ramai di antara mereka yang sudah mengenali Shaklee. Pernah denganr perkataan Shaklee.

Sejujurnya, sebelum 2008, saya tidak pernah dengar Shaklee. Mungkin kerana mak saya tidak teruja untuk melibatkan dirinya dengan perniagaan MLM, maka saya tidak pernah mendengar jenama ini. Mak saya lebih aktif dengan PUSPANITAnya dan semua aktiviti PUSPANITA. (ops..anaknya tak join PUSPANITA!). Tetapi bapak saya rajin. Saya mengetahui jenama Amway, Nutrimetics, Avon dari bapak saya! hahahaha...

Dan sehingga pada tahun 2004, En Bopren diperkenalkan dengan perniagaan corset wanita di bawah jenama ****. Saya memberikan sokongan kepada En Bopren apabila melihat beliau begitu teruja untuk melibatkan diri. Saya menemani beliau ke setiap perjumpaan ahli. Ada kala, saya turut menemani beliau untuk berjumpa dengan prospek. Nak jadi bakal isteri, haruslah sanggup menemaninya dikala susah dan senang.

Namun, sehingga 2006, ada situasi yang berlaku. Keadaan tidak seperti yang diharapkan. Si dia nampaknya mengalah, kecewa mungkin. Saya tidak memberi sebarang ulasan atas apa yang berlaku. Sekadar mengikut sahaja segala keputusan yang diambil oleh si dia. Kerana apabila dia memulakan langkahnya dahulu pun saya tidak bersuara, sekadar menjadi pemerhati.

Semenjak itu, kami sedaya upaya menjauhkan diri dari sebarang perniagaan MLM. Sekiranya ada yang ingin bertemu kemudian mengajak kami menyertainya, kami menolak. Si dia seakan sudah menjadi anti MLM. Namun sehinggalah pada 2009, selepas saya menggunakan Shaklee selama satu tahun, saya diajak untuk menyertai Shaklee. Ya, saya tahu ia adalah perniagaan yang berasaskan MLM. Tetapi saya tidak menolak.

Mengapa? Selepas meneliti sistem perniagaannya, saya dapati ia berbeza. Sangat berbeza dari apa yang pernah En Bopren lalui dulu. Sehingga kini, saya tidak pernah keluar berjumpa dengan prospek atau downline. Perjumpaan kumpulan pun diadakan apabila kumpulan kami sudah terlalu besar. Ia dilakukan dalam dua bulan sekali atau bergantung kepada keadaan. Subhanallah! Ya, keluarga kami sudah terlalu besar. Dan hampir keseluruhan yang menyertainya tidak pernah berjumpa dengan upline untuk berbincang mengenai sistem. Ia dilakukan secara MAYA!



Anda mahu menyertai kami? Hubungi saya segera!


Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Sunday, April 22, 2012

Benarkah bayi keliru puting?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Sering saya mendapat emel, SMS atau panggilan telefon dari ibu-ibu untuk meluahkan, bercerita mengenai masalah yang mereka hadapi bersama si kecil. Kebanyakannya mengalami satu masalah yang sama. Ibu-ibu mengatakan si kecil tidak lagi mahu menyusu secara terus kerana si kecil telah mengalami keliru puting. Persoalannya benarkah si kecil itu mengalami keliru puting?

Semasa di SI Lactation Conference 2010, Pakar Laktasi Dr Jack Newman ada menyebut bahawa sebenarnya tiada istilah keliru puting. Jadi apa sebenarnya yang berlaku?

Sebelum melangkah lebih jauh, kita perlu memahami bagaimana pelekapan (latch-on) berlaku, Boleh lihat video di bawah. Lihat pada masa 0:49 sehingga 2:15. (p/s : Saya tidak mempromosikan Ameda.com)




Apabila ibu-ibu memahami bagaimana si kecil melekap, jadi sebenarnya ibu-ibu memahami apa yang sebenarnya berlaku kepada si kecil. Pelekapan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak untuk menggerakkan rahang mulut. Tetapi apabila menggunakan botol susu, ini tidak berlaku lagi. Bayi hanya perlu tunggu susu keluar dari puting botol dan seterusnya masuk ke dalam mulutnya. Penggunaan tenaga adalah minimal.

Lama kelamaan, si kecil senang dengan keadaan ini dan tidak mahu lagi kembali ke payudara ibunya. Si kecil sangat bijak. Dia sendiri sudah tahu bagaimana untuk menggunakan kecomelannya dari kecil lagi. Tenaga yang telah disimpan itu tadi digunakan untuk menangis sekuat-kuatnya apabila dia tidak lagi mendapat susu dari botol susu. Maka si ibu pula panik! Si ibu sebenarnya telah dimainkan oleh si kecil. Anda tidak percaya? Percayalah kerana si kecil itu bukan setakat comel malah bijaksana.

Untuk mengelakkan si kecil terus menangis, si ibu kembali memberi susu melalui botol susu. Ya ia berterusan sehingga si ibu berasa sedih kerana si kecil tidak mahu menyusu secara terus dari payudaranya. 

Nanti saya akan ceritakan bagaimana untuk kembalikan 'teman baik' si kecil semula kepada si kecil itu!

Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Wednesday, April 11, 2012

Meal Shakes untuk si kecil!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 







Dari tapak kaki mereka yang sebesar dua jari si ibu, sehinggalah tapak kaki dah hampir sama besar dengan tapak kaki ibu, hehehe.. tiada perkara lain yang merunsingkan si ibu dan si bapa melainkan melihat si kecil mereka membesar dengan sihat. Ada juga yang berjaya terlebih sihatkan si kecil mereka! heheh.. Saya tahu ibubapa sayangkan si kecil, tetapi perlulah kena dengan tempatnya.

Anak-anak ni banyak ragamnya. Ada yang suka makan, ada yang memilih makan, ada juga yang tak mahu makan. Memang pening kepala. Lagi ramai anak, lagi banyaklah ragam yang perlu dilayan. Pening pening. dan sebagai ibubapa, kita seharusnya membanyakkan sabar dalam melayani karenah anak-anak ini. 

ish... Panjang lebar ceritaku.

Hari ni saja nak kongsi mengenai Meal Shakes. Kenapa perlu beri Meal Shakes kepada si kecil? Ingat ya, Meal Shakes bukan pengganti kepada makanan mereka. Ia merupakan langkah alternatif.



Sebarang pertanyaan dan konsultansi mengenai produk boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Sunday, April 8, 2012

Sedang hamil? Boleh ke?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Kehamilan merupakan saat yang paling-paling high and low. Sebab ikut hormon badanlahkan.Itu belum lagi degan pembawaan budak. Kejap-kejap ok. Kejap-kejap KO. uweek sana, uweek sini. Peeeergh.. Buat ibu-ibu yang mengandung tanpa sebarang alahan tu, rugilah anda kerana terlepas peluang untuk merasai keadaan yang paling low dlm hidup! hahahaha... Gurau ajelah. Lain badan, lain reaksi. Memang tak sama.

Lepas tu belum masuk bab yang dok contious memanjang. Boleh ke makan tu? Boleh ke  nak makan ni? Even mak buyung tengah demam pun boleh mikir lagi ubat ni boleh ke, ubat tu boleh ke? Serius. memacam yang kita pikir. Semuanya untuk kesihatan kandungan si ibu juga.

So, Shaklee camne? Boleh ke nak makan semasa hamil? Setakat ini, kita akan elak bahan-bahan yang anti-oksidan untuk ibu-ibu hamil. InsyaAllah yang lain-lain tiada masalah. Kalau yang dalam bentuk pil tak jalan, ESP dan Mealshakes ada! Jangan risau.

Ni ada kawan kita bertanya di grup :



Dan ramai juga yang menjawab tapi saya ambil sebahagian aje ye



Alhamdulillah. Begitulah seadanya. InsyaAllah, sekiranya ibu hamil tadi tiada sebarang masalah berkaitan medikal, doktor kata tiada halangan untuk si ibu memakan suplemen, jadi tiada masalah buat si ibu. Sebabnya, sebelum apa2, saya akan pastikan si ibu mendapatkan juga pandangan dari doktor sebab saya bukan doktor. So, sekiranya anda seorang ibu yang sedang hamil, atau mahu hamil, boleh juga mencuba mana-mana rangkain produk Shaklee (of course dengan konsultansi). 



Sebarang pertanyaan dan konsultansi mengenai penyusuan atau produk boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...