SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Monday, March 21, 2016

Kekal bertenaga sepanjang hari

Jadi surirumah sambil menguruskan bisnes bukan kerja mudah.
Nak mengadap laptop, si kecik akan ikut mengadap.
Nak lipat baju, si kecik akan ikut melipat.

Jadinya, bila kerja nak selesai.
Anggaran satu kerja yang boleh selesai dalam masa 30 minit, kadang kala akan menjadi satu jam.
Ya, begitulah kebiasaannya.

Maka, apabila si kecil tidurlah baru si ibu dapat melakukan beberapa perkara.
Dengan sedikit bantuan tambahan untuk mengelakkan si ibu turut lena.

Apabila ada hari yang saya rasakan perlu melakukan banyak tugasan, maka saya akan dapatkan bantuan Cinch Tea Mix untuk bantu saya kekal bertenaga.



Alhamdulillah.
Tambahkan sedikit perahan lemon dan setitik stevia untuk menambahkan kesedapannya.
Insyaallah, sangat membantu mengekalkan si ibu untuk celik sepanjang hari dan melakukan tugasan harian.





Thursday, March 17, 2016

Pengganti pencuci muka!

Buat para pengedar Shaklee dan para pengguna Shaklee, salah satu produk kegemaran ialah Gentle Deep Foaming Cleanser. Memang SYOK sangat apabila menggunakan pencuci muka ni. 




1. Harganya yang murah. 
Satu tiub beratnya 150ml dan hanya berharga RM126.15.
Kalau harga pengedar, lagilah MURAH!

2. Satu tiub dapat digunakan sehingga hampir 6 bulan!!
Jimat tak jimat guna pencuci ni?

Disebabkan DUA faktor ini, pencuci muka ni selalu juga habis (OUT OF STOCK).
Para pengguna terpaksa menunggu sehingga ia di 'restock'.

Kejap kejap....

Kalau terjadi perkara begini(OUT OF STOCK), anda jangan susah hati. Di Shaklee, kita ada ALTERNATIF. Yeaaaay!!!

Anda boleh cuba GENTLE ACTION MAKE-UP REMOVER.

Comot dah I punya!


Haaaa... ni dia. Syok juga guna yang ni. Nanti CikYut cerita lagi pasal GAMR ni (panjang bebenor nama dia, kita kasi short aje... hihihihi.....

Tuesday, March 15, 2016

Support Group Meeting 2016

Alhamdulillah.

Selepas sekian lama ia menyepi, Breastfeeding SGM kembali.
Perjumpaan kali ini adalah hasil inisiatif dari pihak Tateh, Butik ibu dan bayi yang beroperasi di Seri Bangi.


Untuk saya, ia lebih kepada reunion. Kerana dapat berjumpa dan berkumpul dengan rakan-rakan seperjuangan dalam penyusuan.
Ia sangat-sangat mengujakan!


Diharap, akan ada lagi Breastfeeding SGM. Tak kisah la sapa yang nak buat.
Kalau CikYut berkelapangan, Insyaallah ku akan hadir.

Boboiboy The Movie

Anak-anak punya pasal....
Kita layankan aje.




Dari Boboiboy Kuasa Tiga.
Jadi Kuasa Lima..
Hujungnya Kuasa Tujuh!

Pening ibu dia.

Dah layan tengok, dalam kereta buat movie memasing plak.
Mmm... sambung pening lagi!

Monday, March 14, 2016

Pantang nampak bayi!


Azmie sangat suka dengan bayi. Memang tak tentu arah dibuatnya kalau dia nampak bayi. Macamlah dia besar sangat nak dukung bayi. Tapi maafla dik Mie, ibu belum dapat approval dari ayah nak bagi awak adik.... Doala bebanyak supaya ayah beri lampu hijau!

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...