SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Thursday, January 22, 2015

Sampai di sini saja...

Pernah menyusukan 2 orang anak. Pernah menyusukan sehingga si kecil berusia 4 tahun. Sepatutnya tidak nampak yang proses ini akan berhenti secepat ini. Tapi, apakan daya. Walaupun telah menggunakan segala ilmu pengetahuan yang ada, adakala ia berlaku di luar kawalan kita.




Ia tidaklah berhenti sepenuhnya. Azmie masih lagi menyusu direct, tetapi pada keadaan atau masa-masa kritikal, dia tidak akan minum direct. Hatta susu perahan pun tidak. Pasti ada yang akan tertanya-tanya. Kenapa tidak diberikan susu perahan? Susah juga nak jawab. Bahagian yang paling penting itu yang terganggu, jadi nak perah ke, nak pegang ke, adalah sedikit mustahil. 


Mungkin boleh sekiranya saya makan pain killer atau ambil Bcomplex secara overdose untuk mengurangkan sakit. Tetapi bagaimana pula darah yang akan menitis keluar dan masuk ke dalam bekas yang mengandungi susu perahan itu? Adakah saya perlu guna penapis? Ya.. nak tahan sakit, ada caranya. Kadang-kala, walaupun sakit, saya beri juga Azmie minum secara direct.


Sekejap atau lama dia menyusu, itu adalah rezkinya. Saya sebagai ibu, pasti akan cuba sehabis baik. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Alhamdulillah, saya diberi peluang, dan masih diberikan kesempatan ini..

Wednesday, January 21, 2015

Psoriasis atau ekzema?

Seringkali saya akan mendapat soalan yang sama dari para pembaca dan para pelanggan Sihat2u.com. Apa perbezaan di antara psoriasis dengan ekzema? 








Gambar-gambar di atas menunjukkan perbezaan di antara psoriasis dengan ekzema. Perhatikan pada gambar kedua. Patch tebal sisik putih adalah ciri psoriasis. Psoriasis adalah keadaan kronik autoimun yang mengakibatkan kelebihan pengeluaran sel-sel kulit. Sel-sel mati membentuk keadaan perak-putih. Kulit menjadi radang dan merah, menyebabkan gatal-gatal yang serius.

Tiada penawar untuk psoriasis, tetapi dengan beberapa sapuan topikal, rawatan berasaskan cahaya, dan rawatan farmaseutikal sistemik boleh membuatkan ia 'tidur'. Menurut Yayasan Psoriasis Kebangsaan, lebih 5 juta orang di Amerika Syarikat mempunyai psoriasis (NPF, 2012). Keadaan ini tidak berjangkit.


Memahami Ekzema

Ekzema, atau dermatitis atopik, keadaan jangka panjang yang memberi kesan kepada kulit. Ia berlaku kerana reaksi hipersensitiviti (menyerupai alahan), di mana kulit bertindak balas terhadap pencetus seperti pewarna, kain, sabun, haiwan, dan pencetus lain. 

Ekzema adalah sangat biasa berlaku pada bayi, dan ramai orang mengatasi hipersensitiviti dengan zaman kanak-kanak atau dewasa awal. Kulit boleh kelihatan merah, radang, mengelupas, merekah, melepuh, atau bernanah. Secara umumnya ia tidak ditutup dengan bersisik kulit mati. Seperti psoriasis, dermatitis boleh berlaku di mana-mana badan dan menyebabkan gatal-gatal sengit. Kebanyakan ekzema boleh dibersihkan dengan rawatan topikal.     




Untuk mendapatkan lebih input mengenai perbezaan psoriasis dengan ekzema, anda boleh lihat di link ini. Di link ini, ia memberi perbezaan melalui gambar dan pada setiap anggota.

Wednesday, January 7, 2015

Suplemen untuk Pesakit Psoriasis

Tempohari saya sudah kongsi mengenai set yang saya susun khas untuk pesakit psoriasis. Ada yang bertanya, mengapa di blog lain mencadangkan yang lain. Ya, memang ada beza. 



Ikut kepada bagaimana pengedar itu mahu consult pesakitnya. Sebab itu apa yang saya akan cadangkan itu ialah SET ASAS. Ingat ye ASAS, bukan BAJET. Untuk mengawal dan merawat penyakit psoriasis, tiada istilah BAJET. Kerana pesakit psoriasis perlu consume ia secara konsisten.


Soalan lagi.... 
Kalau macam tu, baik consume aje ubat doktor!

Boleh nak consume ubat yang telah doktor berikan. Perlu tahu, kebanyakan ubat yang diberikan adalah base steroid. Untuk kesan jangkamasa pendek, kesannya kepada penyakit itu memang marvellous! Kulit cantik, tiada lagi kemerahan. Tapi perlu ingat kepada kesan jangkamasa panjangnya. Ia boleh menyebabkan masalah sistemik yang lain pula. 



Kenapa pesakit psoriasis perlu memilih Shaklee?

Shaklee telah memberi TIGA JAMINAN!
Pertama, ianya SELAMAT
Kedua, ianya BERKESAN
dan Ketiga, ianya MESRA ALAM




Berapa banyak produk yang menjanjikan ia adalah SELAMAT sebelum ia BERKESAN? Apakah jaminan yang mereka sediakan?


Berbalik kepada SET ASAS tadi. Kenapa ESP, Bcomplex, Vitamin C dan OmegaGuard?

Ok, sebenarnya ialah adalah dari SET FAMILY WELLNESS yang dicadangkan Shaklee. Perlu ada vitalea juga sebenarnya, tapi saya fikirkan pesakit psoriasis ini kulitnya mudah meradang, jadi untuk bantu mengurangkan keradangan itu, maka saya gantikan Vitalea dengan OmegaGuard. Kalau mahu yang betul-betul, ini dia : ESP, Vitalea, Bcomplex, Vit C dan OmegaGuard.

Berikan tempoh kepada tubuh badan anda untuk menghasilkan ASAS (sel) yang cantik dan yang baru. 


Bila masa pula nak kena ADD ON?

Setelah anda consume set asas secara konsisten, anda pasti akan nampak perubahan pada diri anda. Adakah ia semakin baik atau masih terdapat kekurangan? Maka, pada ketika ini, anda boleh ADD ON beberapa produk lain seperti Vitamin E, GLA Complex dan lain-lain yang dirasakan perlu.

Ya, ADD ON. Bukan ganti. 

Yang saya pernah buat penggantian ialah, saya mula dengan ADD ON Vitamin E Complex. Setelah habis satu botol, kesannya tak begitu memberansangkan. Saya ganti dengan GLA Complex pula.

Tapi yang pasti ASAS tetap tidak tinggal!




Mahukan konsultansi yang lebih SPESIFIK? Hubungi saya segera!


Tuesday, January 6, 2015

Shaklee bantu pesakit Psoriasis

Alhamdulillah. Setelah hampir 7 tahun bersama Shaklee, saya berasa sangat selesa dan gembira. Pada ketika ini, tahap psoriasis saya adalah terkawal.



Kenapa saya rasa selesa?

Kerana saya tidak perlu lagi menggaru dengan dahsyat! Sekejap-sekejap menggaru kepala. Sekejap-sekejap menggaru di kaki. Sekejap-sekejap di belakang badan. Haish.. Ada masa saya berasa malu untuk berada di tempat awam. Jangan cakap tempat awam, nak jumpa pesakit saya dulu pun terasa malu (saya pernah bekerja di hospital!)


Kenapa saya rasa gembira?

Hahahaha... Haruslah nak gelak dengan senang hatinya! Kesihatan lebih baik, psoriasis terkawal, poket pun masih berisi (walaupun sudah resign dr keje di hospital). Shaklee bukan sahaja menambahbaik kehidupan yang lebih sihat, bahkan Shaklee membantu menambahbaik ekonomi. 





Semakin ramai yang mesej saya untuk bertanya mengenai Shaklee dan psoriasis. Apa yang saya consume, bagaimana saya consume. Ada yang sedang consume juga bertanya perkara yang saya. Saya senang hati untuk berkongsi dengan semua. Shaklee ada perantara. Namun, kuasa penyembuhan sebenar tetap datang dari Allah. Yang penting, untuk pesakit psoriasis ni, kita kena banyak sabar.


Shaklee merupakan suplemen semulajadi. Maka tindakannya adalah terus ke akar umbi. Di luar, kulit kita yang terganggu. Tapi suplemen Shaklee tidak bertindak terus di kulit. Ia akan masuk ke dalam mencari penyebabnya. Apakah yang rosak, bagaimana ia rosak. Maka itu yang akan dibaiki dahulu. Oleh itu, ia perlukan satu tempoh sebelum ia benar-benar memberikan kesan yang baik.


Buat yang bertanya, apakah cadangan suplemen yang bersesuaian dengan pesakit psoriasis? Ini jawapan saya. Namun, ia tidak FIX ini sahaja. Ada kemungkinan ia perlu diubahsuai mengikut keadaan atau tahap psoriasis itu.


pst - Set ini saya yang buat, Jangan tanya di kaunter Shaklee pula ye! hihihi


Namun, on top of this set, saya senang untuk mencadangkan VIVIX kepada anda. 



Kenapa vivix? 

Ini kerana Vivix bertindak dalam 4 cara:

1. Mempertahankan sel (Improve cell defense)

2. Memberi tenaga kepada sel (Increase cell energy)

3. Memperbaiki sel (Promote cell repair)

4. Meningkatkan prestasi sel (Optimize cell performance)

Maka, VIVIX akan bertindak terus kepada sel. Tak perlu nak konar sana, konar sini. Ia sudah tahu tempat tindakannya. Lebih cepat, lebih pantas, dan hasil yang LEBIH BAIK!




Adakah anda seorang pesakit psoriasis? Atau anda mempunyai saudara-mara atau kenalan yang sedang menghidap penyakit ini? Beritahu mereka, saya ingin bantu mereka.

Hubungi saya segera ya. Yus 019.271.2601




Monday, January 5, 2015

Petua Jagaan Si Manja

Anda mempunyai anak yang berusia 10-11 bulan? Pastinya si kecil anda sudah mempunyai banyak gigi. Mungkin ada juga yang baru tumbuh. Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda mengenai petua penjagaan untuk si manja.




Untuk gigi dan gusi yang sihat

Menjaga gigi si manja sejak awal dapat membantunya mempunyai gigi yang kuat, sihat dan tersusun apabila dewasa nanti. Dengan gigi yang terbentuk cantik dan kuat, si manja akan makan dengan lebih baik, fasih dalam pertuturan dan juga mempunyai senyuman yang cantik.

Jadi, elakkan berlaku kerosakan gigi semasa dari bayi ye!

Kerosakan gigi senang berlaku apabila si kecil diberi cecair manis seperti susu, makanan bayi atau jus buah-buahan dan kemudian sisanya melekat pada gigi untukjangka masa yang lama, atau pun si kecil dibiarkan tidur sambil menghisap botol susunya.

Berikut adalah cara-cara untuk mendapatkan gigi dan gusi yang sihat :
  • Urut dan lap gusi si kecil dengan secebis kain kasa atau tuala lembut setiap kali selepas dia makan
  • Mula beruskan giginya sebaik sahaja ia tumbuh
  • Disyorkan untuk menggunakan flos apabila semua gigi si kecil sudah tumbuh
  • Berjumpa dengan doktor gigi apabila si manja sudah berumur satu tahun dan sekiranya dia mempunyai masalah gigi, bawa dia secepatnya




Saturday, January 3, 2015

Psoriasis dalam hidup saya

Alhamdulillah.


Semakin ramai yang bertanya dengan saya mengenai PSORIASIS. Saya sering menulis mengenai psoriasis kerana saya adalah pesakit psoriasis. Maka saya rasa, wajar untuk saya berkongsi dengan para pembaca, bagaimana saya 'deal' dengan psoriasis pada setiap hari, terutamanya dalam proses kehamilan, dan juga proses penyusuan.


Ada ketika, ada yang bertanya mengenai pengalaman saya ketika bersama suami. Ok, jangan salah faham ye. Mereka bukan bertanya mengenai cerita dalam selimut ya. Mereka mahu tahu bagaimana saya menghadapinya. Adakah hubungan suami isteri terjejas dengan adanya psoriasis ni? Boleh ke mengandung apabila ada psoriasis? Macam-macam soalan.


Perbezaan antara kulit normal dan psoriasis


Ada juga yang approach saya dengan produk mereka. Untuk bantu sembuhkan psoriasis saya. Dan seperti biasa, saya akan menolak. InsyaAllah, saya kenal dengan sifat psoriasis pada badan saya. Secara umumnya, psoriasis tidak akan sembuh 100%. Apabila kita mengambil sesuatu produk dan ia hilang dengan cepat, PERCAYALAH, produk itu hanya menenggelamkan karekter psoriasis itu (suppressed). Tetapi apabila produk itu tidak mampu lagi berkesan, psoriasis akan keluar dengan lebih ganas lagi!


Bagaimana pula dengan ubatan?
Dari pembacaan saya, kebanyakan ubat memberi kesan jangka masa yang panjang. Ada yang boleh menyebabkan gangguan kepada buah pinggang. Ada yang akan menyebabkan gangguan kepada proses kehamilan. Atas faktor itu, saya berhenti menggunakan sebarang ubat dan berjumpa doktor.


Namun begitu, saya galakkan pesakit psoriasis untuk berjumpa doktor dahulu dan mendapatkan pandangan mereka mengenai tahap psoriasis yang sedang mereka alami. Selepas itu barulah membuat keputusan bagaimana untuk merawat sendiri psoriasis itu. Perkara yang paling PENTING yang perlu setiap pesakit psoriasis tahu ialah, bagaimana attack psoriasis mereka. Setiap orang, cara attacknya tidak sama.


Enjoy LIFE and be HAPPY!



Adakah anda ingin mencuba produk Shaklee?


Friday, January 2, 2015

Sambut tahun baru dengan promosi hebat!

Alhamdulillah.

2015 dibuka HEBAT. Hebat dari segi dugaan, Hebat dari segi cabaran. 
Shaklee juga menawarkan promosi hebat kepada para pengedarnya!







Happening kan promosi bulan ni? Apa lagi, jangan tunggu-tunggu. Cepat-cepat buat order.



Thursday, January 1, 2015

Selamat datang 2015!



Selamat datang 2015. Terima kasih 2014 kerana telah memberikan pelbagai pengalaman. Semoga 2015 akan memberikan lebih banyak kebahagiaan dan kekayaan.






















Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...