SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Tuesday, November 25, 2014

Hari yang sibuk!



Hari yang sibuk - Alhamdulillah. Baru dapat nak update. Buat summary sajalah untuk malam ini. Hari ni sudah keluar rumah sejak jam 8 pagi. Pulang jam 6.30 petang. Macam orang pergi kerja di opis.


Pagi-pagi dah hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian ke bank. Pergi pejabat pos. Jam 11.30 bergerak ke Damansara Damai nak jumpa downline, buat persola coaching. Selesai coaching, singgah Shaklee Sri Rampai pula untuk beli barang yang dipesan oleh pelanggan dan downline.


Kemudian, cepat-cepat drive pulang ke Bangi untuk jemput anak-anak dari sekolah! Fuuuh... memang mantop hari. Balik ke rumah, sambung dengan kerja rumah pula...


Tapi takpe. sebab kita buat perkara yang kita suka, tak rasa penat langsung. Kalau kita rasa penat, maka kita tak suka dengan apa yang kita buat tu!

Rindunya dengan Alfalfa!

Rindunya dengan alfalfa - Nape pula nak rindu dengan alfalfa ni? Kan En Lan ada kat sebelah? Pelik betullah! Hahahahaha...




Sekarang sudah berhenti sepenuhnya dari alfalfa, lebih kurang 2 minggu lebih. Cuma ada sedikit saja pengambilan alfalfa dari VitaLea. Coating hijau pada VitaLea ialah alfalfa. Namun kuantitinya tidak sebanyak pada Alfalfa Complex. Saya masih lagi berkira-kira untuk menghentikan juga pengambilan VitaLea dan menggantikan ia dengan MealShakes. MealShakes mengandungi multivitamin, jadi saya dapat mengelak pengambilan alfalfa secara menyeluruh. 


Mengapa saya rindu sangat dengan alfalfa?

Sepanjang saya mengambil alfalfa, saya perasan bau badan saya adalah lebih harum. Ya, sudah tentu bau seperti alfalfa. hihihi Bau harum pada badan saya pula sangat menarik perhatian en suami. hihihihi... (lagi panjang mau sengih ni!). Apabila bau badan sudah harum, en suami lebih gemar untuk melekat dengan isterinya. Macam magnet. Di mana ada isteri, di situ ada suami!


Jadi, sekiranya anda atau rakan anda ada masalah bau badan, boleh cadangkan alfalfa kepada dia ye. Jangan risau. Tarikan magnet itu hanya berlaku kepada suami isteri.Untuk orang yang belum kawen, belum dapat lagi tarikan tu.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Penghantaran seluruh Malaysia
COD Shaklee Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya



Monday, November 24, 2014

Kasut tumit tinggi

Kasut tumit tinggi - Suka tengok orang lain pakai kasut tumit tinggi. Sepanjang hidup, selepas meniti alam dewasa, kasut paling tinggi yang saya pakai ialah 2 inci. Rasa dah melayang-layang sangat dah rasanya! Nak sangat ngikut orang lain...




Ada orang yang boleh pakai lebih tinggi dari itu kan. Ada orang 1 inci pun tak boleh nak pakai. Orang kata, bila pakai kasut tinggi, confident level tu pun tinggi jugak. Mungkin la kot. Sebabnya, bila pakai kasut tumit tinggi ni, orang tu perlu jalan tegak aje. 


Sedikit mendada dan bahu sedikit ke belakang. Barulah postur badan tu nampak cantik semasa memakai kasut tumit tinggi ni. Ada juga yang boleh pakai tapaknya yang lebih halus dan runcing! Aww.... seriau I! Hish... Tidak le CikYut berani nak pakai yang lebih tinggi dari 2 inci. 


Walaupun badan tidak le tinggi mana, tapi ok dah kot dengan 2 inci tu. Dan sememangnya, CikYut tak gemar pakai kasut yg sangat-sangat flat. Rasa macam tak pakai kasut langsung! Koang macamana? Ok ke idak pakai kasut tumit tinggi ni?

Satu botol, tak cukup sebulan!

Satu botol, tak cukup sebulan - Apa pula yang tak cukup ni? Berebut dengan siapa pula? Itulah kalau ada barang baik kat rumah ni kan...




Sebotol OmegaGuard mempunyai 90 biji kapsul. Dalam rumah ni, ada seorang ibu dan 3 orang anak kecil yang sangat minat dengan OmegaGuard ni. Ibu dia saja, makan 3-6 biji sehari. Anak-anak makan sebiji sehari. 


Ok, jom buat kira-kira.

Ibu makan 3 biji sehari, 3 x 30 hari = 90 biji.
Anak ada 3 orang, makan sebiji sehari, 3 x 30 hari = 90 biji sehari

Jumlah OmegaGuard yang dimakan ialah 180 biji untuk sebulan.

Itu bermaksud, rumah ini perlukan 2 botol OmegaGuard untuk sebulan.


Jadi, kalau korang pun ada masalah macam ni, baiklah grab offer yang ditawarkan pada bulan ni.
MESTI rembat offer bulan ni!!

Sebab :

1. PERCUMA 1 botol dengan pembelian 6 botol OmegaGuard.
2. Ok, kalau bajet tak cukup, korang boleh rembat TWIN PACK OFFER dengan potongan 5%.


Jangan tunggu lagi. Kalau yang baru nak CUBA tu, jangan risau. Nanti saya upkan testimoni berkaitan OmegaGuard!



Cegah dan kawal diabetes anda!

Cegah dan kawal diabetes anda! - Sekiranya anda belum disahkan menghidap diabetes, maka pastikan anda mencegahnya. Dan sekiranya anda telah disahkan, maka kawallah pemakanan anda dan jalani kehidupan yang sihat supaya ia dapat dikawal dari melarat.


Shaklee telah menyediakan pelan pencegahan dan pengawaln untuk pesakit kencing manis. Bergantung kepada tanda-tanda dan simptoms yang sedang anda alami, pakar pemakanan dan kesihatan di Shaklee akan mencadangkan ia mengikut keperluan individu.




Setiap satu di atas mempunyai fungsinya yang tersendiri. Hubungi saya SEGERA sekiranya anda mahu mencuba produk di atas dan dapatkan konsultansi penuh dari saya secara PERCUMA!






Kencing manis boleh menyebabkan kebutaan

Kencing manis boleh menyebabkan kebutaan - Ya, kencing manis boleh menyebabkan kebutaan. Namun berapa ramai yang sedar mengenai hal ini. Kebutaan yang disebabkan oleh kencing manis dapat dicegah dari awal sekiranya paras bacaan glukosa dalam darah dikawal.


Masalah apakah yang timbul akibat diabetes mellitus?Bermulanya komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa. Doktor anda akan memberitahu sama ada diabetes mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan susulan.Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut:
  • Ginjal: kegagalan ginjal.
  • Mata: kebutaan.
  • Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar.
  • Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).
  • Sistem saraf: masalah deria.
  • Organ reproduktif: mati pucuk (impotent).
  • Kaki: masalah kaki (diabetic foot)
  • Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.

Sumber : MyHealth


Retina yang normal 

Gambar di atas ialah gambar retina yang normal. Retina yang tiada mengalami sebarang masalah. Retina ialah lapisan permukaan dalaman mata yang berfungsi untuk menukar imej dunia visual. Sebarang komplikasi yang berlaku pada bahagian ini jarang dapat dipulihkan.


Apabila seseorang mempunyai kencing manis yang tidak terkawal, ini boleh menyebabkan berlaku pendarahan pada retina. Pendarahan yang teruk sekiranya ia melibatkan kawasan makula (bahagian paling sensitif pada retina), maka boleh menyebabkan kebutaan.


Retina yang sudah terganggu

Apabila mata telah memperlihatkan keadaan gangguan disebabkan oleh kencing manis, ia akan dipanggil Diabetik retinopati (DR). DR ini mempunyai beberapa tahap sebelum ia sampai ke tahap paling teruk dan seterusnya menyebabkan kebutaan.


DR mengikut tahapnya


Nasihat saya, sekiranya anda seorang pesakit kencing manis tetapi dalam keadaan bacaan yang terkawal, dapatkan juga pemeriksaan mata dari doktor pakar mata di hospital pakar. Sekiranya sudah mendapat temujanji dari klinik mata, pastikan anda terus mengikut tarikh temujanji tanpa putus. Ini kerana bahagian retina ini susah nak nampak dari luar! Perlu gunakan alatan.





Kencing manis membunuh!

Kencing manis membunuh - Ya, kencing manis boleh membunuh sekiranya ia tidak dicegah atau dirawat.


Sumber : MyHealth


Apakah diabetes mellitus?

  • Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
  • Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.
  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
  • Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?
  • Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus
    • Diabetes mellitus jenis 1.
    • Diabetes mellitus jenis 2.
  • Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.

Adakah penyakit ini sering berlaku?
  • Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.
  • Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.

Kanak-kanak obesiti


Apakah yang menyebabkan diabetes mellitus?
  • Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui.
  • Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.
  • Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
  • Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti.
  • Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY).

Apakah gejala penyakit diabetes mellitus?
Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:
  • Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
  • Rasa haus yang amat sangat.
  • Berat badan menurun.
  • Rasa letih lesu dan kurang tenaga.
Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.
Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:
  • Sakit perut dengan atau tiada muntah.
  • Sakit kepala.
  • Masalah tingkah laku.
  • Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.

Orang kurus perlu makan Omega?

Orang kurus perlu makan Omega? - Haah... Soalan legend ni! Sapa nak tolong jawab? Nanti CikYut bagi OmegaGuard sebotol! Perlu ke orang kurus makan OmegaGuard?


Hamboi-hambooi... Mentang-mentang kau dah kurus, kau ingat kau tak payah ada protection ye! Bila last sekali kau p check kolesterol dalam darah tu? Tinggi ke rendah bacaan koleterol kau tu? Haaaaa... Tau takpe. Orang yang kurus, jangan diingat TIADA KOLESTEROL! 




Badan kita memang perlukan kolesterol. Tetapi kita hanya perlukan kolesterol baik iaitu HDL. Kolesterol nakal, LDL perlu kita kurangkan nilainya. Dengan faktor pemakanan yang kurang diambil perhatian oleh sebilangan orang, maka lebih ramai orang yang menghidap kolesterol di Malaysia ni. Tak kisahla yang berbadan besar atau yang kurus.


Kolesterol tinggi boleh menyebabkan berlaku penyumbatan arteri hasil dari mendapan lemak yang banyak di dalam saluran darah. Apabila salur darah tersumbat, maka pelbagai penyakit mudah berlaku. Penyakit yang paling 'common' ialah penyakit jantung. 






OmegaGuard Shaklee 

  1. Diekstrak dari ikan laut sejuk di perairan negara Jepun. Ia bukan dari minyak hati ikan. 
  2. 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  3. Minyak ikan paling tulen di dunia - mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi.
  4. Membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.
  5. Dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul.

Manfaat UTAMA :

  • Mencegah penyakit saluran darah & strok
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan peparu


Jadi, jangan ingat orang yang kurus tak perlukan OmegaGuard! Ish ish ish.. Melainkan anda rasa anda dah jaga pemakanan anda. Kalau korang rasa korang nak CUBA OmegaGuard Shaklee ni dan dapatkan konsultansi dari saya, boleh bagitau kami. Jangan memalu. Kesihatan anda adalah keutamaan kami!



Betul ke bohong?

Betul ke bohong? - Sudaaah... Cerita apa pula malam ni? Nak dengar cerita melalut ke?




Hihihi... Saja je bikin hangat. Biasalah kalau kita dok baca cerita di FB tu. Macam-macam cerita. Cuma satu je pesan saya, kalau cerita itu melibatkan maruah atau orang lain, sebaiknya kita jangan share. Walaupun kita tahu cerita itu benar. Sebabnya, kita tidak berada di tempat kejadian. Dan ada kemungkinan, hasil dari aktiviti 'sharing' itu boleh memberi aib kepada empunya badan.


Tak elok tu kan.. Tak kisahla di FB ke, di WhatsApp ke. Bila dapat benda2 lagu tu. Kita simpan sendiri saja sudahla. Tak perlu nak jadi reporter, share sana, share sini.Nanti bila jadi kat batang hidung sendiri, baru le kita tau nak cari celah mana nak sorok batang hidung kita tu!


Beringat sebelum kena!

Jemput rezeki!

Jemput rezeki! - Masa mula-mula mendengar perkataan ni, rasa pelik sungguh. Kenapa pulak nak jemput rezeki tu datang? Bukan ke selama ni orang cakap kena mencari rezeki?




Selepas mendapat penerangan dari Upline saya, dan kemudian membaca pula buku ini, barulah saya faham. Sememangnya setiap saat kehidupan kita itu ialah rezeki. Kita bernafas. Kita bergerak. Kita berjalan. Itu ialah rezeki yang diberi oleh Allah tanpa perlu diminta. Nikmat yang dianugerahkan kepada semua manusia.


Namun, apabila kita mahukan sesuatu yang tidak berlaku secara lumrah dalam kehidupan. Mahukan kehidupan yang lebih baik. Mahukan pekerjaan yang lebih bagus. Mahukan pelanggan yang ramai membeli. Mahukan downline yang ramai. Maka, kita perlu menjemput ia datang. Ibarat mahu memanggil tetamu datang ke majlis kita, kalau tak dijemput bagaimana tetamu mahu hadir kan.


Buku di atas banyak memberikan menerangkan cara bagaimana untuk kita menjemput rezeki dengan mudah. Penerangannya sangat mudah untuk difahami.

Saturday, November 22, 2014

Hai orang Sipitang, mahu jadi ahli Shaklee?

Hai orang Sipitang, mahu jadi ahli Shaklee? - Alhamdulillah, selepas 4 tahun bersma Shaklee, tim AZ Network kini telah mempunyai rangkaian di seluruh negara. Kami telah mempunyai wakil dari Sabah dan Sarawak. Namun permintaan yang tinggi di Sabah dan Sarawak, menyebabkan kami perlu lebih ramai lagi wakil di sana.




InsyaAllah, 6hb Disember nanti saya akan berada di Sipitang untuk bertemu dan membuat perkongsian bersama susur galur di sana. Pertama kali akan menjejakkan kaki ke daerah ini. Hati sangat teruja. Ini adalah kali kedua saya turun ke Sabah, tetapi kali pertama ke Sipitang. Saya mahu berkongsi mengenai kesihatan diri dengan orang-orang Sipitang.


Sekiranya anda berada di Sabah, khususnya di Sipitang dan sedang menggunakan produk Shaklee tetapi masih belum mendaftar, ini ialah masanya. Rugi benar sekiranya anda telah menggunakan tetapi belum menjadi ahli. Permintaan yang tinggi di Sabah dan masih belum ramai yang menjadi pengedar di sana. 


Tak kira sama ada anda ingin menjana pendapatan melalui Shaklee secara part time, atau full time. Tak kisah sama ada anda adalah seorang suri rumah atau seorang pelajar yang memerlukan duit poket semasa sedang belajar, anda masih boleh menjana pendapatan. Kami akan bantu anda dan bisnes anda berkembang dengan jalinan yang telah sedia ada di sana.


Tahukah anda bahawa kebanyakan ahli tim kami ialah surirumah yang menjana pendapatan dari rumah dan juga pelajar-pelajar yang masih belajar di IPT? Ya, tiada yang mustahil. Yang penting anda berusaha untuk melakukannya.



Friday, November 21, 2014

Apabila Psoriasis menyerang Cik B!

Apabila Psoriasis menyerang Cik B! - Ya, apabila berlaku serangan macam ni, apa nak buat? Kalau di badan, boleh juga digaru ke. Disapukan Herbal Blend ke kan. Ni pada Cik B! Udah le nak menyusukan si Azmie! Waaaaaaa..





Ok, serius. Sangatlah sakit. Korang tengok muka bayi tu. Macam gitu le rupa CikYut bila menahan sakit apabila Azmie nak menyusu. Tu belum tunjuk kaki tu. Kejang kejung kaki CikYut. Tak boleh nak menahan. Tapi demi anak, ku gagahkan jua.


Tapi ada beberapa cara yang boleh dibuat kalau tak mau kolagen di muka putus macam tu je! Kang nak kena telan Shaklee Collagen Powder plak kan.. Hihihihi... Ok, meh CikYut kongsi kepada korang.


1. Gunakan nipple shield





Nipple shield ni boleh dibeli di pelbagai rangkaian yang menjual barangan bayi dan ibu menyusu. Sekarang dah boleh dapat perlbagai jenama. Mana satu yang sesuai dengan nipple dan bayi, itu perlu buat eksperimentasi la ye. Mungkin jenama A sesuai dengan si polan 1. Mungkin jenama B sesuai dengan si polan 2. Jadi CikYut tak tahu kesesuaian anda. Perlu cuba sendiri.




Bila dah pakai nipple shield, luka yang disebabkan oleh psoriasis yang berlaku di sekeliling nipple itu dapat dielak dari bersentuhan secara terus dengan mulut bayi. Jadi, kesakitan dapat dikurangkan dan muka tidak lagi berkerut!


2. Memerah susu dan memberi susu melalui botol

Apabila berlaku luka, biasanya sesi memerah tidak akan dapat dilakukan menggunakan pam. kaedah yang paling sesuai pada keadaan ini ialah memerah dengan menggunakan tangan, 'hand expression'. Dengan cara ini, kesakitan itu dapat dielak atau tidak dirasai dengan melampau.


Sememangnya ini ialah kaedah yang paling kurang sakit. Jari langsung tidak kena pada bahagian luka. 


3. Mencari ibu susuan untuk si kecil

Sekiranya korang ada masalah untuk melakukan kaedah 1dan 2, mungkin korang boleh menimbangkan kaedah ke3 ini. Ini memang langsung tak sakitla kan. Yang penting sekali, si kecil masih lagi mendapat kebaikan susu ibu dari ibu susuannya.


Semoga ketiga-tiga cara di atas dapat membantu sekiranya psoriasis telah menyerang Cik B. Jangan susah hati, teruskan perjuangan anda dalam penyusuan!
 

Tuesday, November 18, 2014

Psoriasis : Kesuburan & Kehamilan

Psoriasis : Kesuburan & Kehamilan - Ramai pesakit psoriasis menghubuni saya dan bertanya mengenai psoriasis. Ada di antara mereka yang bertanya mengenai kehamilan. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi takut untuk hamil kerana risau akan keadaan psoriasis mereka yang akan menjadi lebih teruk. Ada pula yang risau sekiranya mereka hamil, anak mereka juga akan mendapat psoriasis. 




Jujur saya katakan kepada mereka, apa yang mereka takuti itu merupakan perkara di luar kawalan mereka. Ia adalah perkara yang kita tidak akan tahu sama ada berlaku atau tidak. Doktor sendiri tidak dapat memberitahu dengan tepat, adakah psoriasis akan menjadi teruk semasa kehamilan, atau selepas kelahiran.Dan adakah bayi yang dikandung turut akan mengalami psoriasis sama seperti ibu atau bapa mereka yang mengalaminya.


Merancang untuk hamil

Sekiranya seorang pesakit psoriasis itu sedang mengikuti rawatan, maka dinasihatkan supaya mereka mendapatkan pandangan dari doktor yang merawat mereka terlebih dahulu. Ini kerana berkemungkinan terdapat ubatan yang tidak sesuai yang boleh mengganggu proses kehamilan. Namun begitu, secara umumnya, psoriasis tidak mengganggu sistem reproduktif manusia. Yang menggangu ialah ubat-ubatan.


Adakah psoriasis akan bertambah teruk semasa proses kehamilan?

Ini juga tidak dapat dipastikan. Sama seperti orang yang tidak mengalami psoriasis, perubahan hormon di dalam badan pasti berlaku. Berlaku atau tidak, teruk atau tidak, bergantung kepada penerimaan badan yang sedang mengalami perubahan. Apa yang penting ialah sentiasa cuba untuk bertenang dan berfikiran positif!





-------------------------------------------------------------------------------------------------------

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, November 12, 2014

Selipar Jepun



Selipar Jepun - Evergreen sungguh! Ada apa dengan selipar jepun sampai nak kena masuk blog ni? Dah le tak bersangkut langsung dengan niche blog ni!





Ok, relax relax. Saya sekadar nak mengajak korang semua untuk melihat ke bawah. Tengok apa yang sedang tersarung di kaki kita. Walaupun ia hanya selipar jepun, namun kaki kita masih beruntung kerana mempunyai lapik. Pernahkah kita terlihat seorang tua yang sedang berjalan di bawah matahari terik. Jalannya mungkin bertongkat. Dan jalannya juga mungkin perlahan.


Pernahkah kita melihat ke kakinya? Adakah kaki mempunyai lapik atau alas dari kesan panas tapak yang dipijaknya? Adakah orang tua itu hanya berkaki ayam? Sekalipun selipar jepun itu murah dan kelihatan low standard, namun buat segelintir kita, ia merupakan sesuatu yang harus disyukuri. Peranannya buat segelintir manusia sangatlah dihargai!


Dengan bersyukur, kita tidak akan merasa sebarang kekurangan. InsyaAllah.



Pst : Dah jadi member? 




Tuesday, November 11, 2014

Hilangkan strechmark dengan ESP

Hilangkan strechmark dengan ESP - Strechmark! Situasi biasa yang akan dialami oleh wanita yang mengandung. Ada yang mengalaminya secara minimal. Ada yang mengalaminya dengan terlalu banyak sehingga kelihatan hodoh. Tapi ia sebenarnya diibaratkan 'hadiah' buat ibu yang mengandung tadi.




Macamana boleh berlaku strechmark ni?

Haaa... yelah. Dulu perut kita nipis ye. Bila mengandung, anak tu kan nak membesar, maka perut itu perlu mengembang untuk membenarkan bayi itu membesar dengan sihat di dalam perut kita. Terikan yang melampau ini menyebabkan sel-sel kulit itu meninggalkan tanda sebegitu rupa.

Pengalaman saya sendiri, setiap kali mengandung. Emak saya pasti akan berpesan supaya tidak menggaru perut saya. Bial perut ni mengembang, kadang kala terasa gatal. Jari jemari memang akan nak menggaru punya. Jadi saya akan gosok perut saya dengan tuala lembut. Walaupun masih ada strechmark semulajadi, tapi ia tidak dirosakkan dengan aktiviti menggaru yang melampau! hihihi


Saya telah mengamalkan ESP sejak 2008, dari kelahiran cahayamata kedua, Azzalea. Alhamdulillah. ESP banyak membantu mempercepatkan proses pemulihan pada bahagian perut ini. Ia tidak begitu ketara berbanding selepas kelahiran cahayamata yang sulung, Azyana. Dan sehingga kini (2014) saya masih lagi mengamalkan ESP sebagai keperluan harian saya.

Cuba kita lihat testimoni dari pengguna yang lain.



Alhamdulillah. Ibu ini sangat menggemari ESP. Dan yang paling SYOOOK, hasben dia puji perut dia!! Sapa yang tak kembang bila hasben puji gini kan. Anda nak cuba? 


WhatsApp "ESP" ke 0192712601







Sunday, November 2, 2014

Auch.... Jerawat!!

Auch.... Jerawat! - Antara muka berjerawat dengan muka berpsoriasis, buat masa ini, saya lebih tak tahan dengan muka berjerawat. Walaupun yang keluar tu macam tak nak keluar pun. Macam saja-saja nak singgah je.




Tangan pun mula nak merayap kat muka. Nak picit! Sekejap kang picit. Sekejap kang picit lagi. Memang gatal tangan sungguh. hahahaha... Biasanya, bila keluar jerawat, saya akan kerapkan minum air. Kerap dan banyak. Maksudnya, pengambilan air masak akan jadi lebih dari biasa. Disamping itu juga, saya akan ambil Zinc Complex untuk bantu surutkan ia dengan lebih cepat.


Macamana jerawat boleh muncul?

Secara umumnya, ia disebabkan STRESS
Berkemungkinan berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan dan seterusnya menghasilkan tekanan kepada empunya badan. 

Selain daripada Zinc Complex, anda juga boleh mengambil Bcomplex untuk menenangkan diri. Bergantung kepada tahap stress yang anda sedang alami, Bcomplex boleh diambil lebih dari satu biji pada ketika itu.

Pengambilan ESP secara konsisten dapat membantu mengurangkan jerawat dan seterusnya menyebabkan kulit muka bertambah cantik. Sustained Released Vita C pula akan membantu menganjalkan kulit muka. Kolagen yang sihat pada kulit muka akan menyebabkan kulit  kelihatan lebih tegang!


Secara dasarnya, apa yang dicadangkan bergantung kepada tahap keterukan pada wajah. Setiap individu pula berbeza. Jadi cadangan suplemen pun berbeza. Namun apa yang telah dicadangkan di atas merupakan cadangan yang basic, yang boleh digunapakai kepada semua!


Sekiranya anda perlukan bantuan dari saya untuk mendapatkan cadangan suplemen yang bersesuaian dengan anda, boleh hubungi saya.

WhatsApp "CANTIK" ke 0192712601
WhatsApp "CANTIK" ke 0192712601
WhatsApp "CANTIK" ke 0192712601

InsyaAllah, saya akan membantu anda mendapatkan kulit wajah yang anda inginkan!




-------------------------------------------------------------------------------------------------------
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sakitnya sendi!

Sakitnya sendi! - Selalu orang akan cakap ini penyakit orang tua. Tak juga. Sekarang ni, orang muda pun senang dapat penyakit ni. Tapi penyakit ni memang takan berlaku kepada orang yang banyak tidur, kurang bekerja dan malas.


Penyakit sendi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang melakukan pergerakan secara keterlaluan. Atau juga berlakukepada orang yang pernah mengalami kemalangan. Jadi, tidaklah orang tua sahaja yang akan mengalami masalah sendi ni.


Ada banyak rupanya masalah ketidakselesaan sendi ni. Boleh lihat gambar di bawah. 




Ok, saya bukan nak cerita mengenai masalah sendi. Saya sebenarnya nak kongsi salah satu produk Shaklee yang boleh membantu mengurangkan masalah sakit sendi ini.Salah satu dari fungsi produk ini ialah meningkatkan pergerakan badan dengan menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang.



=====================================
PENGALAMAN PUAN FARIHAH ABU KASIM (LOKASI)

"Ayah saya terjatuh dan sakit pada kakinya. Jadi susah nak berjalan dan solat. Dia pula bukannya jenis yang percaya kepada suplemen..

Saya offer ayah saya dengan Shaklee Collagen Powder

Lepas dua minggu ayah saya konsisten makan Shaklee Collagen  ni, ayah saya kata kaki dia DAH TAK SAKIT. Senang nak bangun dah sekarang.Nak berjalan pun lebih laju sekarang. Ayah dah boleh solat seperti biasa. Berdiri..

Alhamdulillah..

Saya gembira sebab dapat bantu ayah saya. Selama ni sakit dia, dia tanggung sendiri. SEKARANG, rasa sakit pun dah tak ada... Syukur.." 
=====================================

Ya, CikYut jarang nak cerita pasal collagen kerana kebiasaannya untuk masalah sendi, CikYut fokus kepada AJHT, Ostematrix dan Omega Guard. Namun setelah ramai yang mencuba Shaklee Collagen Powder untuk masalah sendi, maka CikYut bercadang untuk mewar-warkan perkara ini kepada nada semua.

Jangan tunggu lagi..

Hadiahkan Shaklee Collagen Powder kepada mak ayah sekarang!

WhatsApp "COLLAGEN" ke 0192712601WhatsApp "COLLAGEN" ke 0192712601WhatsApp "COLLAGEN" ke 0192712601




-------------------------------------------------------------------------------------------------------
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...