Salam…

Hari ini kita akan mula berpuasa. Tiada pengharapan yang lebih besar melainkan dapat menunaikan ibadah puasa dengan sebaiknya dan semoga sepanjang bulan Ramadhan nanti, waktu dan jiwa kita terisi dengan sebaiknya. Buat ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka pasti terdapat rasa canggung bagaimana untuk mengharungi bulan yang penuh keberkatan ini tanpa melepaskan sedikit pun tanggungjawab yang sudah tergalas itu. Pasti ligat kepala ibu-ibu untuk memikirkan apakah langkah yang terbaik supaya penyusuan dapat diteruskan.
Apakah masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusu?
  1. Berasa keletihan dan kepenatan yang mungkin melampau dari biasa
  2. Kurang penghasilan susu – dah pam2 tapi masih tak banyak susu
  3. Tidak punya masa lagi untuk mengepam – bangun awal pagi untuk siapkan sahur dan petang perlu siapkan juadah berbuka pula!
  4. Cepat rasa lapar dan dahaga
Berikut adalah beberapa cadangan yang saya harap dapat digunapakai dalam membantu menjayakan penyusuan ibu-ibu di bulan Ramadhan :

Stok susu yang mencukupi
  • Disarankan kepada ibu-ibu untuk menyiapkan stok yang secukupnya sepanjang bulan puasa ni. Ini diharap dapat menampung waktu-wkatu kecemasan kelak
  • Teruskan sesi mengepam anda seperti biasa. mungkin perlu ditambah beberapa sesi seperti di awal pagi selesai solat Subuh dan juga sebelum tidur.
  • Fikirkan sesi mengepam adalah untuk meransang (stimulate) susu anda. Jangan lihat pada kuantiti yang terhasil pada setiap sesi, kerana ini akan menggangu proses penghasilan susu yang seterusnya.
Pemakanan yang seimbang
  • Makanlah secara berkhasiat dan mencukupi. Makan secara banyak tidak akan membantu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi. Ia hanya akan mendatangkan kemudaratan pada diri anda sahaja.
  • Contoh pemakanan yang baik ialah jus kurma, jus buahan tanpa gula
  • Bersahur lewat dan berbuka di awal waktu dapat membantu diri kita dari dehidrasi.
  • Ambil supplement atau makanan tambahan sekiranya perlu. Hanya anda yang tahu sekiranya diri anda perlukan ia atau tidak.
Aktiviti seharian
  • Sememangnya aktiviti di bulan Ramadhan kadang-kala menjadi 2 kali ganda dari biasa. Oleh yang sedemikian, sekiranya anda seorang yang suka menyediakan sendiri juadah, pastikan barang2 rencah sudah tersedia di dalam peti ais anda. Ini dapat mengurangkan rasa penat untuk menyediakannya kelak.
  • Minta bantuan suami untuk sesetengah perkara di dalam rumah. Kalau kita uruskan sendiri semuanya mmg tidak berdaya.
  • Buat jadual dalam tugasan harian. Janganlah buat segalanya dalam satu hari! Mmg penatlah.
Persediaan minda
  • Persiapan yang paling penting sekali!! MINDA. Adakah minda kita telah bersedia? Sentiasalah berfikiran POSITIF. Buat kita yang beragama Islam, adalah penting untuk menyerahkan segalanya kembali kepada ALLAH setelah kita telah tahu kita telah melakukan segalanya mengikut keupayaan kita.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!

Penyusuan dlm bulan Ramadhan | Dapatkah diharungi?