SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, November 24, 2010

Perah susu : Bila nak mula?

Salam...


Alhamdulillah. Si kecik dah berusia 14 hari. Saya sedang menikmati waktu2 menyusu dengan Azrie. Saya masih belum lagi dapat waktu menyusu dia. Ada masa, dalam dua jam. Ada masa setengah jam. Saya hanya ikut sahaja demand si kecik. Cuma cabarannya, bila ada org tua di rumah, telinga kita kena tahan sket la ye.


Bagi org2 tua, bayi kecil hanya tahu menyusu dan tidur. Menyusu kena kenyang. Lepas menyusu kena tidur. Kalau tak tidur, maksudnya minum tak kenyang! Jadi, saya senang untuk mendengar. Dengarkan aja. Jangan dibalah. heheheh


Ok, dah 14 hari. Perlu ke nak buat jadual untuk sesi perah memerah dan kumpul stok? Saya lebih senang untuk biarkan kalian ikut kata hati. Sehingga ke hari ini, saya belum lagi perah untuk tujuan mengumpul stok. Saya hanya perah atas sebab untuk kosongkan payudara supaya payudara tidak terlalu bengkak. Sebab kalau dah bengkak, mmg payah nanti untuk saya.


Lagi pula, saya masih belum dapat jadual minum Azrie. Waktu minumnya pelbagai. Masa dengan Azzalea dulu pun begini. Saya perah sbb nak kosongkan payudara dan tidak biarkan payudara terlalu bengkak. Apabila saya dah dapat faham bila waktu minum, baru saya buat jadual sesi memerah untuk kumpul stok.


Sebenarnya susu untuk Azrie sangat melimpah ruah. Payudara saya terlalu bengkak sampai saya tak boleh nak usik. Jadi sakit pula. Dalam berpantang ni, saya memang tak ambil jamu. Mak mertua saya ada sediakan, tapi tekak saya tak mampu nak telan. Ada satu lagi minuman yg dia buat, saya minum dua kali tapi rasanya dah ada bagi kesan kat saya. Badan saya rasa gatal merenyam aja. Hari ni tak nak minum. Takut nanti menggatal lagi badanku..huhuu...


Saya ambil VitaLea, Vitamin C, B Complex, Zinc, Alfalfa dan ESP semasa berpantang ni. Set B + Set C + ESP! haha.. Saya suka. Tapi dek sbbkan saya sgt2 suka dgn ESP, payudara saya akan kembang penuh dari yang biasa. Jadi nak mengelakkan rasa terlalu penuh (kang sakit, susah ooo), saya hanya minum sekali atau dua sahaja sehari. Masa2 menyusu ni saya akan minum 3-5 kali sehari. iiishh...mmg banyak. Sbb saya sgt2 suka ESP.. nak buat camne.


Kesimpulannya, anda yg tahu bila waktunya anda nak mula untuk mengepam dan mengumpul stok sebelum anda kembali bekerja. Sbb anda yg faham diri anda, bayi anda dan payudara anda! Selamat menyusu dan mengepam!!

Friday, November 19, 2010

Masih berseri walaupun setelah melahirkan?

Salam...

Alhamdulillah. Saya sudah selamat melahirkan seorang putera pada 12 November yang lalu. Walaupun sedang berpantang, saya tetap menguruskan segala urusan berkaitan Shaklee. Ini kerana saya dibantu oleh suami tersayang yang membantu urusan bungkus membungkus dan pengeposan.

 Inilah si hero saya!
Azrie bin Azlan @3.54pm, 3.8kg


Rasanya tak salah kalau saya nak kongsi2 dgn kalian kan. Saya hantar gambar bawah ni kepada Kak N. Kak N cakap wajah saya berseri-seri. *wink-wink* Padahal saya baru sahaja melahirkan. Gambar ini diambil jam 4.23 petang. Azrie keluar jam 3.54 petang. hehehe... Sebelum tu saya bergelut kesakitan dari jam 2 petang (lebih kurang la kot)



Saya mmg perasan muka saya tak sepucat masa saya melahirkan Azyana atau Azzalea dulu. Boleh tgk gambar kat bawah ni. Gambar ni diambil sehari selepas melahirkan Azyana. Lainkan?? Boleh nampak bibir saya masih pucat.



Gambar di bawah pula diambil pada jam 5.08 petang. Si kenit tu nak menyusu, tu yg nurse hantar ke bilik. Saya masih di labour room masa ni. Macam org tak baru sudah bersalinkan? hehheee.. Mesti ada yg dok ckp, Cik Yut ni masuk bakul angkat sendirilah.. hheee.. Nak buat camne, mmg ada lainnya.



Ok..agak2 apakah rahsia saya??

Sepanjang kehamilan kali ini, saya hanya consume ESP dan VitaLea. Yang lain2 itu saya terpaksa elakkan atas sebab2 kesihatan. Keputusan ini dibuat selepas saya berbincang dengan konsultan kesihatan saya! >_< Walaupun hanya consume dua bahan ni, hasilnya boleh dilihat pada ibu dan anak!

ESP :

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow BIG & Strong! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protien diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-
1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins
100%

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
VitaLea
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

Saturday, November 6, 2010

Dah lama tak kena tag....

Salam...


Org lain dok bersenang lenang di musim perayaan ni. Saya pula kena selesaikan tag yg diberi oleh mommyicha. Alahaaai, rajin sungguh awak, Cik Hadha oooi... Disebabkan dah lama saya tidak di tag, jadi saya buat le tag ni..


Assignment nye berbunyi begini :

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

 
ooooh..jadi Cik Hadha kita ni nak berkenalan dengan sayalah ye?! Selamat berkenalan! Jadi saya mulakan dari saya kecil la ye..

  1. Dilahirkan pada 12 Okt 1982 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur
  2. Membesar dengan jayanya di Kuala Lumpur.
  3. Bersekolah dari sekolah rendah ke menengah di Kuala Lumpur, lari sekejap ke Melaka masa matrix kemudian kembali semula ke KL masa belajar di U (anak jati KL!!)
  4. Bertemu dgn jejaka hati di padang hoki, berkawan selama 4 tahun
  5. Bernikah pada 3 Jun 2005 dan melahirkan cahaya mata pertama pada Mac 2006
  6. Sedang menunggu kelahiran cahayamata ke3 di saat entry ini ditaip! >_<
  7. Bekerja di hospital, tapi bukan doktor
  8. Seorang yang garang masa kecil, tapi lepas satu insiden di sekolah, langsung tak berapa nak garang
  9. Tak suka tgk barang bersepah2, tapi bukan le seorang yg suka mengemas
  10. Suka gigit kuku dari kecil, skrg dah kurang sikit dah
  11. Menulis dgn tangan kanan, kdg2 dgn tgn kiri
  12. Boleh menulis dengan kertas terbalik (bawah ke atas)
  13. Main hoki utk sekolah dan universiti - tak smp peringkat kebangsaan sbb tak pernah simpan niat (kalau ada simpan niat, smp kot!)
  14. Tak boleh main badminton sbb silau. Tak nampak bulu tangkis tu kat mana
  15. Pakai cermin mata sejak dari tingkatan 1
  16. Tak boleh pakai contact lenses - airmata tak cukup
  17. Kenal SHAKLEE sejak dari Februari 2008, dan dah jadi Independent Distributor sejak 2009
  18. Peminat fanatik Triple Gem - ESP, Performance Drink dan Meal Shake
  19. Suka menjahit, tapi dah banyak projek tersadai sejak pregnant ni
  20. Belum ada kereta sendiri!! Dulu kereta kelisa, mak yg belikan - dah jual. Kereta sekarang adalah En Hubby yg bayar. Jadi, bayar pakai duit sendiri? Nan ado...
  21. Tak suka dengan org yang hipokrit, cakap besar, kaki kipas, kaki temberang
  22. Tak suka buat kerja yg takde arah tujuan - tapi itulah yg berlaku stp hari..huhuu.. benci tapi harus bersabar!
  23. Anak manja bapak - smp sekarang!! hahahaaaa
  24. Ada banyak buku utk dibaca, dan banyak juga yang masih belum habis dibaca
  25. Daa abis ke? Nak merepek lagi boleh??

haaaahaa... ok tak Cik Hadha. Nak bagi kat sape eek?? Takleh nak pikir sekarang sbb ada hal penting ni yg perlu diuruskan.. Jumpa lagi!!

Ada apa dgn GARLIC TABS?

Salam...


Ramai yang masuk ke blog saya di www.yusrinahata.com atau di www.ibuaz.blogspot.com aah dengan kata kunci 'Shaklee Garlic Tabs'. Tak percaya? Cuba korang tgk ni...


Ni dari Nuffnang

Ni dari dashboard blogspot


Oleh itu,saya nak kongsi la sket khasiat mengenai Shaklee's Garlic Complex ni. (ehem...actually I just found out that blogspot also have stat..that is why I can capture the picture!!! ahaks)


Saya sangat suka consume Shaklee's Garlic Complex kerana ia tidak berbau dan menyenangkan bau badan walau berpeluh seharian. Uniknya dengan garlic Shaklee, saya hanya perlu memakan sebanyak 2 biji yang bersamaan dengan satu buku bawang putih asli. Sebelum ni pun mmg saya dah makan garlic dari produk lain. Mak yang belikan. Saya makan dari kecil dulu. Tak lalu nak telan yg original.
 
 
Namun bagi mereka yang ingin mencuba secara tradisional, ini ada petuanya.

Subject: Self Detoxification

Before you go to bed at night, prepare this magic potion: Finely chop or
use the food blender to chop up two cloves of fresh garlic and let it
expose to the air for a few minutes while you wash up your blender or
chopping board.

The chopping releases the enzyme allinase in the garlic. Gather the
chopped garlic on a spoon and swallow it with water.

The garlic will travel your entire digestive tract while you sleep and
scavenge and neutralize all the toxins, carcinogens, harmful bacteria,
fungi, viruses, foreign chemical before they can harm your healthy cells.

Swallowing the chopped garlic will not give you garlic breath, as long as
you don't chew it. You brush your teeth and rinse your mouth before you go
to bed anyway.

In the morning, drink a big glass of water. Your first bowel movement will
have a strong garlic odor and you will know that the harmful stuff have
been eliminated from your body. Try it, especially if you have had a bad
eating day.


Ok tak? Bagi mereka yg berani, boleh la cuba! Boleh dapatkan info mengenai produk ini juga di sini. Sebarang pesanan, boleh dibuat melalui ibuaz.shoppe@gmail.com atau melalui SMS 019-2712601

Friday, November 5, 2010

Mencari pendapatan sampingan dan makan vitamin secara PERCUMA!

Salam...

Saya nak kongsi cerita dengan korang pasal kakak saya yg sorang ni. Nama dia mmg saya selalu sebut dalam blog ni. Sapa lagi kalau bukan Kak N.

Salam bahagia dan semoga sentiasa dalam rahmat Allah jua....

Saya pasti setiap kita menyimpan impian untuk bekerja dari rumah... menjana pendapatan di samping dapat menguruskan keluarga. Tanpa perlu memikirkan kemarahan bos, makan hati dengan rakan sekerja yang kaki bodek, tugasan yang bertimbun....

Saya mengambil cuti tanpa gaji pada tahun 2007 hujung tahun dan niat asalnya hanya untuk dua tahun. Waktu itu dalam kepala saya , saya nak buat tuition di samping buat Shaklee sebagai sambil-sambilan. Masa tu saya hanya mahu fikirkan saya perlu ada duit untuk cover elaun bulanan emak dan belanja bulanan saya.

Kini selepas habis cuti dua tahun, saya meneruskan untuk cuti lagi dua tahun dan merancang untuk menghabiskan peruntukan cuti yang ada dan jika dizinkan Allah saya ingin berhenti dan meneruskan apa yang sedang saya lakukan sekarang.

Dulu saya tak percaya melalui pendapatan sampingan di rumah kita boleh mendapat pendapatan di luar jangkauan ...tetapi setelah saya laluinya, memang benar. Kita boleh dapat lebih hebat dari apa yang kita sangkakan....walaupun adakala seperti mustahil. Saya pernah menikmati pendapatan melebihi pendapatan makan gaji saya.

Konvensional business, kita perlu tahu dan belajar buat demo, buat parti macam parti tupperware, ajak orang datang dan tengok demo. Inilah saya lakukan dulu. Namun hasilnya tidak sehebat mana.... penat pun ya juga.

Kini saya dah menemui cara yang lebih cepat dan relevan untuk zaman ini. Lebih hebat lagi jika mendapat restu suami dan sokongannya...pendapatan boleh berlipat kali ganda.

Dalam session yang akan dibuat pada 4 Disember ini akan saya dedahkan rahsia bagaimana saya menikmati pendapatan yang berkali ganda dari pendapatan seorang guru.

Bukan sekadar makan vitamin secara percuma malah kami sudah menikmati apa yang sebelum ini MUSTAHIL buat kami yang makan gaji.

Ada orang menjana pendapatan dengan pelbagai cara...namun bagi saya sebagai seorang surirumah sepenuh masa buat masa ini apa yang sedang saya lakukan sangat berbaloi....dan saya ingin kongsikan dengan anda diluar sana dengan lebih terperinci dan semoga apa yang kami visual kan nanti membuka minda kita untuk mendapat kehidupan yang lebih hebat.

Bagi anda diluar sana yang juga sedang mencari pendapatan sampingan, dialu-alukan untuk menyertai program tersebut bersama saya dan keluarga Euphoria saya.

Tarikh : 4 Disember 2010
Tempat : Scriptory Box, Tingkat 1, Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong
Masa : 2.00 petang hingga 5 petang.
Bayaran : RM70/ orang or RM120/berpasangan. (Khas untuk semua downline dan loyal customer Shaklee saya)

Bayaran untuk bukan ahli RM100 perseorangan.

Tempat adalah TERHAD iaitu 50 orang sahaja!

Bayaran boleh dibuat kepada saya melalui MBB 101048786368. Norita Mohd Idris dan emailkan bukti.

Discount : 10% jika bayaran dibuat sebelum 10 November 2010.
Harga selepas diskaun: Ahli RM63 seorang atau RM108 berpasangan

Emailkan kepada addinnasa@gmail.com untuk menyertai program ini!
-----------------------------

Sila daftar awal untuk memastikan anda mendapat tempat! (SAYA TAK DAFTAR SBB SDG BERPANTANG :( !)


Notes :
Jika anda bukan ahli Shaklee, boleh mendaftar menjadi member Shaklee dengan saya untuk mendapat harga ahli.

Thursday, November 4, 2010

Persiapan untuk ibu yang berpantang

Salam...


Saya sekarang sedang menghitung hari. Walaupun EDD masih jauh, tapi mengikut pengalaman yang lalu (w/pun diinduce) tarikhnya adalah awal dari EDD. Jadi saya harus bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Dalam pada itu, saya sebenarnya masih tidak siapkan beg keperluan untuk dibawa ke hospital. Macam org nak bersalin kat rumah aje gayanya. Adalah sikit barang yg dah dimasukkan, tapi masih banyak yg belum. Walhal, list barang telah disediakan. Tinggal cari brg dan masukkan aje ke dalam beg.

Sebenarnya keperluan yang penting adalah apabila si ibu dan bayi telah pulang ke rumah. Terutama untuk ibulah kan. Keperluan dalam pantang. Apa yg boleh dimakan, perlu dimakan, dipakai dan sebagainya. 

Jadi, apa persiapan saya untuk meniti hari2 berpantang saya?? 

Pertama sekali dah tentulah Confinement Set + Breastfeeding Set (2 in 1) saya! Kenapa 2 in 1? Laaa...kan jenis Vitamin dalam kedua-dua set adalah sama. Yang berbeza ialah, dalam Confinement Set ada ZINC dan dalam Breastfeeding Set ada ALFALFA. Jadi, vitamin yang saya ambil ialah Vita-Lea, Vitamin C, B-Complex, Alfalfa dan juga Zinc. :)

Ada ramai ibu yang lebih gemar utk ambil Breastfeeding Set, tapi seperti yg kalian tahu Zinc adalah utk penyembuhan luka.

Meh kita tgk balik khasiat setiap vitamin tadi.

Kredit to Kak N yang menulis kepentingan-kepentingan ini

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu, multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.(PERINGATAN: ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE)

e) Zinc
Zinc pula berperanan membina jalinan antara sel ibarat benang untuk menyambungkan luka yang koyak tadi atau kulit yang melecet. Kepentingan zink antara lainnya :
1. penting untuk sistem pertahanan badan- immune system
2. bertindak sebagai anti oksidan
3. membantu penyerapan zat/mineral yang lain seperti magnesium, kalsium dan beberapa garam mineral yang lain
4. mempercepatkan pembaikan tisu yang luka
5. membantu penghantaran oksigen dan pengambilan karbon dioksida dari tisu
6. membantu pertumbuhan tulang yang sihat
7. mengawal rasa,bau dan selera
8. terlibat secara langsung dengan sistem reproduktif manusia- kesuburan

hehhe...Tak sabar lagi rasanya untuk melahirkan, kemudian berpantang dan seterusnya menyusukan si kecil. Dah hampir setahun saya berhenti menyusukan Azzalea. Dan pada masa yg sama untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang menawan dan sihat! :)

Sebelum tu, meh layan gambar bambam saya!



Yang atas masa umur 6 bulan, yang bawahnya masa umur 2 bulan

Gambar sekarang!

 Sampai jumpa lagi!

Wednesday, November 3, 2010

Mahu mencuba vitamin Shaklee?

Salam...

Ini adalah antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh customer SHAKLEE, terutama yang baru mengenali SHAKLEE.

Terima kasih buat Kak N yang menyediakan jawapan untuk soalan2 berkenaan.


1. Adakah Shaklee ini Halal?

Jawapan : Halal.

2. Mengapa urin saya bertukar menjadi kekuningan selepas mengambil vitamin?

Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?

Jawapan: Ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?

Jawapan: Ianya sentiasa ada , disediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu.

5. Saya mengalami pening-pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?

Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba-tiba datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?

Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.

7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.

Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya alami?

Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana sales branch Shaklee?

Jawapan: Boleh, hanya mesej / sms saya di talian 019-2712601 untuk dapatkan harga ahli dan ID Shaklee saya.

10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk dan asyik berjaga mahu menyusu.

Jawapan: Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap (tidak berdiet kerana kawalan makanan akan mengganggu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sedikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di arankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?

Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?

Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea@Multivitamin, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protien kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.

12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?

Jawapan: Pengambilan B Complex dan Multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B Complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B Complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah-buahan atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.


Semoga penerangan ini dapat membantu kalian!!


Monday, November 1, 2010

Islam menggalakkan penyusuan

Salam...


Dari Surah Al-Baqarah, Ayat 223 :

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan "


Saya bukan nak huraikan ayat di atas. Saya bukan orang yang arif mengenai tafsiran. Nanti tersalah tafsir pula. Saya hanya nak berkongsi cerita mengenai penyusuan dalam tempoh 2 tahun. Ramai antara ibu-ibu yang sering panik selepas penyusuan selama setahun. Susu merudum, stok tak banyak, anak tak nak minum lagi. >_< Relax...

Apa yang sebenarnya berlaku dalam 2 tahun penyusuan? Apa yang ditekankan dalam penyusuan itu sendiri?

Mula-mula mengenai penyusuan. Kalau selepas anak umur 6 bulan, ramai ibu2 mula risau mengenai susu yang merudum. Atau stok susu mulai tinggal sedikit. Ibu-ibu masih lagi menaruh harapan untuk menyusukan bayi mereka sebanyak yang pernah mereka susukan untuk tempoh 6 bulan pertama. Sebenarnya, anak2 kita telah bersedia untuk menerima input baru. Ada bayi seawal 5 bulan telah menunjukkan cue untuk menerima makanan selain daripada susu.

Tapi bukanlah kita nak bagi makanan seawal itu. Hanya perlu perkenalkan mereka dgn rasa dan tekstur makanan itu. Mungkin berikan sepotong epal dan lihat apa mereka nak buat. Dari mereka ambil kereta mainan dan gigit smp tayar kereta tu tercabut, baik beri mereka rasa apa itu buahan dan sayuran. Mereka bukan nak makan smp kenyang pun. Masa ini, susu masih lagi hidangan utama. Cuma sekarang mereka sudah ada dessert! ooh, jgn lupa utk memerhati si kecil semasa perkara ini dibuat! Takut nanti mereka tercekik epal tu pula.

Apabila bayi anda sudah betul2 bersedia utk melangkah ke tahap yang lebih tinggi, ibu2 juga harus bersedia untuk menyediakannya. Kalau kita banyak buat pembacaan, digalakkan untuk memulakan dengan bahan makanan lenyek dahulu. Ini kerana teksturnya yang lebih lembut. Ibu2 harus memainkan peranan yang lebih. Buatlah kentang lenyek ke, epal lenyek ke, labu lenyek ke. Banyak resepi makanan utk si kecil. Takkan hari2 nak makan bubur saja kan. 

Bagaimana pula dengan penyusuan susu ibu? Apa yang berlaku pada pengeluaran susu? Yup, pengeluaran memang akan terganggu. Ini kerana jadual minum susu ibu telah dikurangkan dan ditambah dengan jadual makanan solid. Sekiranya ibu-ibu yang mengepam masih menggunakan jadual asal (sebelum si kecil makan), pengeluaran susu mmg akan kurang. Jadi ibu2 perlu bekerja keras untuk mengepam dengan lebih KERAP utk mendapatkan hasil yg lebih sedikit dari biasa.

Itu yang sebenarnya berlaku. Ibu-ibu tak perlu risau dan khuatir. Anak2 kita sudah membesar dan bergerak ke satu peringkat lain dalam kehidupan mereka. Namun, ibu2 harus bekerja keras untuk melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun atau lebih sekiranya berkemampuan. Jgn paksa diri secara melampau. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Apa rahsia disebalik penyusuan susu ibu? Selain dari khasiat susu ibu itu sendiri, ikatan di antara ibu dengan anak itulah yang menjadi rahsianya. Keakraban di antara si kecil dengan ibunya dibentuk sejak si kecil dilahirkan. Dgn adanya ikatan ini, diharap si kecil dapat membesar menjadi anak yang soleh dan mendengar kata. Juga menjadi anak yang lebih tenang dalam menghadapi cabaran dlm kehidupannya.

Kenapa digalakkan penyusuan selama 2 tahun (breastfeeding not breastmilk feeding)? Dalam tempoh 2 tahun itu merupakan tempoh paling kritikal dalam pembesaran dan pembelajaran anak2. Di waktu inilah kita sebagai ibubapa harus memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah anak2. Dgn adanya penyusuan ini, diharap si kecil tadi akan menjadi akrab dgn ibunya dan taat kpd ibubapanya.

Sbb itu saya menggalakkan ibu2 yang memberi EBM scr eksklusif kpd bayi mereka utk terus menyusu si kecil hampir dgn badan. Posisi yang seakan serupa sekiranya bayi itu menyusu scr terus dari breast. Biarkan bayi anda mendengar degupan jantung anda, mendengar hembusan nafas anda dan juga menghidu bauan anda. >_<

Diharap, post kali ini dapat membantu ibu2 yang masih runsing dengan pengeluaran susu mereka!


Sampai jumpa lagi!


Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...