SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, February 22, 2012

2008... segalanya bermula!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 




Saya teringat semasa pertama kali saya bertemu dengan Kak N (yang kini upline saya) dan mendapat produk Shaklee saya. Heeee... Apa yang saya tidak ingat ialah, berapa usia Azzalea masa tu! hahaha.. Tapi yang pasti, Kak N datang masa saya sedang berpantang. Rasanya dalam sebulan lebih dah masa tu.


Ni gambar Azzalea 'bercuti' di IPHKL!


Pada saat itu saya sudah pastikan saya pandai menyusukan Azzalea. Saya sudah bertemu dengan Kak Kamariah untuk melihat sendiri bagaimana saya menyusukan Azzalea. Tapi pada masa yang sama, saya merasakan ada sesuatu yang kurang, cuma saya tidak pasti apa. Dan saya perlukan sesuatu untuk mengisi kekurangan itu. Nak kata tidak yakin, saya sudah siapkan diri dengan ilmu. Tapi masih terasa kurangnya.

Jadi saya hubungi Kak N untuk membantu saya. Saya minta Kak N bawakan segala suplemen yang diperlukan untuk membantu saya dalam menyusukan si tembam saya. Lalu, Kak N pun datang dengan mak dan bapa mertuanya. dah tentu si Nasa Mechelin tu ada juga (nama timangan Nasa dari Auntie Yus!). Heee... Geram sungguh saya dengan dak Nasa. Habis berketak2 dari atas ke bawah. 


Lama kami borak. Lepas borak, makan. Lepas makan, borak. Lamalah juga Kak N sekeluarga di rumah saya. Oh ya. apa yang Kak N bawa? Kak N bawakan Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, alfalfa dan ESP untuk saya. Pertama kali saya tengok ESP tu. Semasa itu ESP ada dalam bentuk peket. Jadi, Kak N bawakan yang peket tu untuk saya. Dan saya hanya mencubanya selepas Kak N pulang. 


Nak tahu apa yang berlaku?


Waaaaaah..... susu saya mencurah-curah keluar. Ya, saya tak tipu. Sekalipun sebelum ni saya memang ada bengkak susu, tapi tidak mencurah-curah dengan begitu laju. Sehingga saya perlu tadah kedua-dua payudara saya. Laju semacam paip air yang pecah. Dan selepas itu, setiap kali hendak menyusukan Azzalea, saya perlu perah sedikit supaya Azzalea tidak tersedak. 


Saya tahu, pasti ada yang masih enggan mempercayainya. Saya faham. Saya tak paksa pun korang untuk percaya. Ini ialah peristiwa yang alami sendiri. Dalam penyusuan ni, memang ada teori dan praktikalnya. Ada pula jenis yang suka kepada bukti secara fakta, ada juga ibu yang suka mengikut cara ibu lain. Tetapi apa yang penting bagi saya, apa pun yang anda lakukan, anda lakukan ia dengan perasaan yang gembira, perasaan yang senang hati. Ya, saya sangat gembira dan senang hati. Saya gembira saya ambil Shaklee sebab ia melancarkan proses penyusuan saya bersama Azzalea. 


Shaklee turut membantu memberi nilai tambah dalam kesihatan saya. Saya mampu untuk bangun awal pagi untuk memerah dan kemudian melakukan kerja-kerja menjahit saya. Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan Azzalea sehingga saya disahkan mengandung kali ke3. Itu pun selama satu tahun 5 bulan. 












Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

3 comments:

Unknown said...

Salam yus..cerita yg sgt berinspirasi..sesungguhnya akak terlewat mengenali shaklee..anak ke3 baru tahu pasal shaklee..Rugi rasanya..

Unknown said...

pertama kali kenal kak n..
trialpack xde lg..
saya tinggalkan kak n..
saya kembali semula bila kak n offer trial pack..
kini..saya masih bersama kak n..
saya pula offer trial/full pd mereka yg berminat
http://my-supplement.blogspot.com/

Anonymous said...

ibu wawalawa : berinspirasi ke? terima kasih. sedang mengasah kembali pena yang tumpul!

izan : trial pack sejak 2009!

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...