SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Monday, February 6, 2012

Kepala anak gatal - berkutu?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 



Anak-anak yang ke taska atau tadika seringkali mengalami masalah ini. Kalau nampak anak-anak balik dari taska/tadika dan tangannya menggaru kepala dengan sangat kerap, itu bermaksud adalah sesuatu di kepalanya. Kalau tak pun,mereka sendiri yang mengadu. "Ibu, kepala kakak gatallah!" Kemudian, selang seminggu, kepala ibunya pula yang gatal. hahaha.... 


Mari kita berkenalan dengan kutu yang mengganggu anak-anak ini...

Biasanya,kutu berwarna kelabu kehitaman dengan panjangnya 2.5mm. Ia sering ditemui di kulit kepala. Kutu hidup dengan menghisap darah. Dan saya pula akan beritahu anak-anak, sekiranya tidak mahu membenarkan saya menyikat rambut mereka lama kelamaan darah di dalam badan mereka akan habis! heee.. Kutu hanya mampu bertahan selama dua hari sahaja jika terjatuh dari kulit kepala. Kawasan yang paling banyak ditemui adalah di belakang telinga dan berdekatan belakang tengkuk.

Kutu membiak dengan cepat. Dalam masa sehari, kutu betina boleh bertelur antara enam hingga lapan kali. Biasanya kutu betina bertelur berdekatan pangkal akar rambut - patutlah susah nak buang! Selepas tujuh atau lapan hari, telur kutu menetas dan meninggalkan kelonsong berwarna putih bersinar. Antara sepuluh hingga empat belas hari selepas itu, kutu mencapai tahap kematangan. Malah ia boleh mencapai dua hingga empat mm panjang. Jangka hayat kutu bagaimanapun tidak panjang, biasanya antara 32 hingga 35 hari. 

Kutu gemar berada di kepala anak-anak perempuan, kerana anak-anakperempuan selalunya berambut panjang. Selalunya masalah ini akan hilang apabila anak-anakmeningkat dewasa. Eheeem...tapi ibu-ibu pun kena jaga-jaga juga bila anak-anak kita kena...Adoooi...gatal satu kepala dibuatnya! Oleh itu, untuk mengatasinya, ibu-ibu boleh menggunakan syampu khas. Selain itu boleh juga menggunakan minyak zaitun.


Simptom yang dialami oleh anak-anak :
  • Rasa sangat gatal pada kulit kepala terutamanya di belakang telinga dan leher
  • Sentiasa menggaru sehingga menyebabkan ruam yang dapat dilihat di belakang telinga
  • Bintik-bintik putih pada rambut (telur kutu) yang melekat pada rambut
  • Kalau keadaan teruk, nodus limfa di belakang telinga membengkak


Bagaimana hendak menangani masalah kutu ini?
  • Gunakan syampu berubat atau losyen kutu kepala
  • Keringkan rambut anak-anak dengan sempurna, kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus
  • Periksa rambut ahli keluarga yang lain dan rawat sekiranya perlu

Opss... sekejap. Ada empat perkara yang perlu diingat apabila menggunakan ubat kutu
  • Jangan menggunakan jumlah yang lebih daripada disarankan
  • Jangan rawat dengan syampu yang sama sekiranya pernah menggunakan ia pada sebelum ini - dulu pernah kena, guna syampu A, sekarang kena lagi, guna syampu yang sama - Cuba untuk guna syampu jenam lain pula
  • Jangan campurkan ubat kutu berlainan jenama
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia gagal dirawat


Kutu dapat tersebar dengan merangkak atau jatuh ke atas pakaian, cadar, atau berpindah ke perumah lain, atau melalui perkongsian eksesori rambut seperti sikat, berus,tuala dan sebagainya.


Cara untuk mencegahnya dari sampai ke kepala ibu! (heee)
  • Elakkan dari berkongsi berus, sikat, aksesori rambut dan sebagainya
  • Elakkan daripada berkongsi tuala dengan anak-anak (atau anak A berkongsi dengan anak B)
  • Jangan menghantar anak-anak yang dijangkiti kutu ke taska/tadika shingga mereka telah dirawat sempurna



Dan saya pula menggunakan syampu Prosante untuk membantu mengurangkan pembiakan cik kutu ni di atas kepala anak-anak dan kepala saya! Syiiooook je rasa lepas pakai!







Sebarang pertanyaan mengenai produk dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS/WhatsApp 019-2712601.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...