SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Showing posts with label Milk supply. Show all posts
Showing posts with label Milk supply. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

Kurang SATU BULAN. Sempatkah?

Bismillah.


Kurang 30 hari lagi.

Akan mula kerja semula.

Baru nak buat stok.

Set B datang memberi bantuan!



Semoga berjaya!!

Tuesday, September 25, 2012

Set mana yang sesuai untuk saya?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 






Jom lihat set vitamin yang mana satukah untuk anda?

Set A (Optimum)* – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding)* – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu).  Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

Set B1* – set B1 adalah  set penyusuan namun ia mengandungi 330 biji alfalfa (biasa ialah 60 biji sahaja).

Set C (confinement)* – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster *– set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.

Set D (skincare)* – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) *– set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.

Set F (feminin)* – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai)* - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) *– khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1* – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.

Set J2* – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Triple M set *- set E+Energizing Soy Protein (ESP) sebagai set penyusuan optimum untuk memberikan kesihatan menyeluruh kepada ibu menyusu.

Kredit to Mommy Lyna

Pakej di atas disediakan untuk memudahkan anda memilih. Namun jika keperluan anda adalah berlainan, anda boleh menghubungi saya seperti di bawah.



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Wednesday, June 29, 2011

Makanan Penambah Susu Badan

*Kredit kepada Vitamin Semulajadi.

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih-lebih lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan. Jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.

9 jenis makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah:

(1) Daun Alfalfa

alfalfa

Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada 'alfalfa sprout' atau yang jenis cambah tu.

(2) Halba @ Fenugreek

fenugreek

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.

(3) Jintan

jintan

Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)

(4) Kurma

kurma

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.

(5) Susu

susu

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.

(6) Keju

mozzarella cheese

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa 'berat' saja kilang susunya ;)

(7) Tempe

tempe

Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan, malah memekatkan susu.

(8) Sayuran Hijau

sayur

Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.

(9) Lobak Putih

lobak putih

Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.

AMALAN WAJIB - KOSONGKAN PAYUDARA!
KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.

DOA

Doa membanyakkan susu ibu:



Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya. Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.


Jika anda merasakan sukar untuk mendapatkan kesembilan-sembilan makanan semulajadi di atas, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.

* Lengkap dengan Protein soya, 12 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semula jadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *

Jumlah harga jualan untuk set ini:
(1) RM509.75 (termasuk kos penghantaran ke Semenanjung).
(2) RM543.75 (termasuk kos penghantaran ke Sabah & Sarawak).
* Untuk dapatkan harga istimewa, sila sms atau email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Hubungi kami di ibuaz.shoppe@gmail.com, atau SMS ke 019-2712601 (Yus) untuk mendapatkan harga istimewa.

Sekiranya anda berada berdekatan dengan cawangan Shaklee di Wangsa Maju, Shah Alam, Johor Bahru, Kota Bharu, Seberang Jaya atau Kota Kinabalu, dan ingin walk in sendiri ke Shaklee Branches ini, silalah SMS ke 019-2712601 (Yus) terlebih dahulu agar anda tidak terlepas untuk menikmati harga istimewa.

Tuesday, April 19, 2011

Si kecil tidak lagi menyusu secara terus...

Assalamualaikum wbt




Beberapa minggu yang lalu, saya mendapat panggilan dari seorang ibu yang mengadu mengenai si kecil (berusia 2 bulan) yang tidak lagi mahu menyusu secara terus di payudaranya. Si ibu merasa sungguh sedih. Si kecil berubah arah kerana si ibu tadi terpaksa meninggalkan si kecil apabila si ibu dimasukkan ke hospital atas sebab2 kesihatan. Bukan itu sahaja yang merunsingkan hati si ibu. Bahkan kini pengeluaran susunya juga telah merudum. 

Saya berasa sungguh kasihan dengan si ibu dan anaknya. Saya cuba membantu seberapa yang terdaya dengan memberikan saranan dan cadangan kpd si ibu tadi. Namun begitu, usaha akhir adalah datang dari kekuatan dan ketabahan si ibu tadi.

Jadi, sekiranya ibu-ibu lain mempunyai masalah begini, apakah langkah yang boleh diambil? Perlu diingat, terdapat 2 masalah yg perlu kita selesaikan.

1. Si kecil lebih suka puting tiruan dari puting ibunya
2. Pengeluaran susu merudum



Lebih suka puting tiruan, bagaimana utk kembalikan si kecil ke ibu?

1. Mendakap si kecil dengan lebih kerap - lakukan 'skin to skin' dgn si kecil anda sebanyak yg boleh atau . Bau badan ibu dapat membantu si kecil untuk kembali semula ke payudara.

2. Kurangkan pemberian susu menggunakan botol - proses ini mungkin sedikit kejam, tetapi ia perlu dilakukan. Memandangkan si kecil tadi sudah 'jatuh cinta' dengan puting tiruan, jadi kita kena pisahkan mereka. Cuba sedayanya utk memberi susu menggunakan cup feeder atau dengan syringe. Lebih kerap ia dibuat, semakin lama si kecil akan melupakan puting tiruan tadi.

3. Jangan paksa si kecil utk menyusu - tetapi permudahkan cara si kecil utk mendapatkan payudara pada bila2 masa shj yg diperlukan dengan memakai baju utk menyusu, menggunakan bra utk menyusu (atau tak perlu pakai bra! >_< )

4. Tidur dengan si kecil - sentiasalah berdakapan dgn si kecil, termasuklah pada waktu tidurnya supaya si kecil sentiasa mendapat bau ibu dan mendapat sumber tenaganya, iaitu susu!


Bagaimana pula dengan pengeluaran susu yg merudum?
Ini berlaku apabila kurangnya stimulasi dari si kecil. Apabila si kecil tidak lagi menyusu secara terus, kurang signal dihantar ke otak utk memberitahu pengeluaran susu diperlukan. Bila tiada pengeluaran, lama kelamaan kilang susu akan ditutup!

Apa yg boleh ibu2 lakukan ialah, 

1. Kerap mengepam - lakukan ia sekerap yg boleh. Jangan lihat pada kuantiti yg terhasil kerana ini akan mengganggu pengeluaran tadi.

2. Minum banyak air - dehidrasi dalam badan juga antara sebab pengeluaran susu merudum. Oleh itu pastikan ibu-ibu minum air sekurang-kurang 3L sehari

3. Berdoa dan berzikir supaya hati menjadi tenang. Bila hati dan minda tenang, susu dapat dihasilkan dan seterusnya mengalir keluar dengan lebih baik lagi.



Sememangnya apa yg ditulis ini nampak mudah. Namun begitu, seperti yg saya tulis di awal tadi, kesungguhan dan ketabahan ibu itulah yg manjadi batu pengukurnya. Saya memberikan jalan, terpulang kepada ibu-ibu utk meneruskan perjalanan itu. Semoga ia dapat membantu!

Sharing is Caring

-----

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...