SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Friday, May 13, 2016

Terapi Pagi CikYut


Dah lama pasang UniFi.
Tapi jarang sangat nak tengok apa channel yang ada.
Anak-anak selalu tengok rancangan Running Man.
Tak lama kemudian, ibu pun terjebak.

Kalau anda pengguna UniFi/HyppTv, buka channel 601.
Boleh ulang tengok kalau terlepas siaran.
Sekarang ibu addict dengan rancangan ni.
'Get It Beauty'

Mencari tips kecantikan dan solekan secara natural.
Tips dalaman boleh cuba Vivix, Vita C dan Bcomplex!
Hihihihi

Sunday, November 15, 2015

Sakit kepala lagi...

Kebelakangan ini, sakit kepala CikYut makin menjadi-jadi. Telan Bcomplex tak jalan. Telan Ostematrix tak jalan. Telan kombinasi Bcomplex dan Ostematrix, barulaaaaaah ada kurang sikit.

Sebagai bekas Optometris, bila ada simptom sakit kepala, maka ada beberapa pemeriksaan susulan. Sebelum nak buat pemeriksaan susulan, perkara pertama yang CikYut kena buat ialah tukar spek! Hahahaha...

Agak-agakla kan... Dah pakai 4 tahun. Mungkin ada perubahan ralat refraksi. Sebelum tu, sebabkan kita ni perempuan, jadi sebaiknya buat ujian kehamilan dulu na.. Kot-kotla sangkutkan... Rezeki, mana nak tau!!

Ok... Hat tu confirm negatif. So, kena p check mata dulu. Bab ni la yang paling malas nak buat. Sebabnya, mata ku ini high astig, mmg stress bila org check. Ada masa, tangan sendiri yg p putar axis tu!!! Adoiyaaaai.... Hahahaha...

Ok ok... Nanti dah check mata, kita tengok, mata CikYut kena dak buat pemeriksaan susulan. Wait aaaaa....

To be continued..

Tuesday, January 6, 2015

Shaklee bantu pesakit Psoriasis

Alhamdulillah. Setelah hampir 7 tahun bersama Shaklee, saya berasa sangat selesa dan gembira. Pada ketika ini, tahap psoriasis saya adalah terkawal.



Kenapa saya rasa selesa?

Kerana saya tidak perlu lagi menggaru dengan dahsyat! Sekejap-sekejap menggaru kepala. Sekejap-sekejap menggaru di kaki. Sekejap-sekejap di belakang badan. Haish.. Ada masa saya berasa malu untuk berada di tempat awam. Jangan cakap tempat awam, nak jumpa pesakit saya dulu pun terasa malu (saya pernah bekerja di hospital!)


Kenapa saya rasa gembira?

Hahahaha... Haruslah nak gelak dengan senang hatinya! Kesihatan lebih baik, psoriasis terkawal, poket pun masih berisi (walaupun sudah resign dr keje di hospital). Shaklee bukan sahaja menambahbaik kehidupan yang lebih sihat, bahkan Shaklee membantu menambahbaik ekonomi. 





Semakin ramai yang mesej saya untuk bertanya mengenai Shaklee dan psoriasis. Apa yang saya consume, bagaimana saya consume. Ada yang sedang consume juga bertanya perkara yang saya. Saya senang hati untuk berkongsi dengan semua. Shaklee ada perantara. Namun, kuasa penyembuhan sebenar tetap datang dari Allah. Yang penting, untuk pesakit psoriasis ni, kita kena banyak sabar.


Shaklee merupakan suplemen semulajadi. Maka tindakannya adalah terus ke akar umbi. Di luar, kulit kita yang terganggu. Tapi suplemen Shaklee tidak bertindak terus di kulit. Ia akan masuk ke dalam mencari penyebabnya. Apakah yang rosak, bagaimana ia rosak. Maka itu yang akan dibaiki dahulu. Oleh itu, ia perlukan satu tempoh sebelum ia benar-benar memberikan kesan yang baik.


Buat yang bertanya, apakah cadangan suplemen yang bersesuaian dengan pesakit psoriasis? Ini jawapan saya. Namun, ia tidak FIX ini sahaja. Ada kemungkinan ia perlu diubahsuai mengikut keadaan atau tahap psoriasis itu.


pst - Set ini saya yang buat, Jangan tanya di kaunter Shaklee pula ye! hihihi


Namun, on top of this set, saya senang untuk mencadangkan VIVIX kepada anda. 



Kenapa vivix? 

Ini kerana Vivix bertindak dalam 4 cara:

1. Mempertahankan sel (Improve cell defense)

2. Memberi tenaga kepada sel (Increase cell energy)

3. Memperbaiki sel (Promote cell repair)

4. Meningkatkan prestasi sel (Optimize cell performance)

Maka, VIVIX akan bertindak terus kepada sel. Tak perlu nak konar sana, konar sini. Ia sudah tahu tempat tindakannya. Lebih cepat, lebih pantas, dan hasil yang LEBIH BAIK!




Adakah anda seorang pesakit psoriasis? Atau anda mempunyai saudara-mara atau kenalan yang sedang menghidap penyakit ini? Beritahu mereka, saya ingin bantu mereka.

Hubungi saya segera ya. Yus 019.271.2601




Sunday, November 2, 2014

Auch.... Jerawat!!

Auch.... Jerawat! - Antara muka berjerawat dengan muka berpsoriasis, buat masa ini, saya lebih tak tahan dengan muka berjerawat. Walaupun yang keluar tu macam tak nak keluar pun. Macam saja-saja nak singgah je.




Tangan pun mula nak merayap kat muka. Nak picit! Sekejap kang picit. Sekejap kang picit lagi. Memang gatal tangan sungguh. hahahaha... Biasanya, bila keluar jerawat, saya akan kerapkan minum air. Kerap dan banyak. Maksudnya, pengambilan air masak akan jadi lebih dari biasa. Disamping itu juga, saya akan ambil Zinc Complex untuk bantu surutkan ia dengan lebih cepat.


Macamana jerawat boleh muncul?

Secara umumnya, ia disebabkan STRESS
Berkemungkinan berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan dan seterusnya menghasilkan tekanan kepada empunya badan. 

Selain daripada Zinc Complex, anda juga boleh mengambil Bcomplex untuk menenangkan diri. Bergantung kepada tahap stress yang anda sedang alami, Bcomplex boleh diambil lebih dari satu biji pada ketika itu.

Pengambilan ESP secara konsisten dapat membantu mengurangkan jerawat dan seterusnya menyebabkan kulit muka bertambah cantik. Sustained Released Vita C pula akan membantu menganjalkan kulit muka. Kolagen yang sihat pada kulit muka akan menyebabkan kulit  kelihatan lebih tegang!


Secara dasarnya, apa yang dicadangkan bergantung kepada tahap keterukan pada wajah. Setiap individu pula berbeza. Jadi cadangan suplemen pun berbeza. Namun apa yang telah dicadangkan di atas merupakan cadangan yang basic, yang boleh digunapakai kepada semua!


Sekiranya anda perlukan bantuan dari saya untuk mendapatkan cadangan suplemen yang bersesuaian dengan anda, boleh hubungi saya.

WhatsApp "CANTIK" ke 0192712601
WhatsApp "CANTIK" ke 0192712601
WhatsApp "CANTIK" ke 0192712601

InsyaAllah, saya akan membantu anda mendapatkan kulit wajah yang anda inginkan!




-------------------------------------------------------------------------------------------------------
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, August 12, 2014

Beli satu dapat dua!

Biasanya, kalau promo kat kedai kan.. BELI SATU, PERCUMA SATU! Betul tak? 

Dalam Shaklee tak. beli satu, anda akan dapat dua, mungkin tiga, atau mungkin empat. Hehehe, apa bendanya ni. Dalam Shaklee, beli satu produk, anda boleh dapat dua hingga tiga kebaikan produk Shaklee.

Ramai yang mencari set menyusu dan set kurus sekarang. Ramai ibu yang nak cepat kurusnya. mungkin atas faktor kerja, atau pun faktor baju kerja yang dah sedia ada. Kalau tak turunkan cepat, dah satu hal nak kena g tempah baju kerja yang baru kan. Tak ke membazir namanya.

Ada orang, masa mengandung, badannya tak naik sangat. Ada orang badannya bagai dipam-pam. Jadi, bila nak turunkan berat tu, caranya juga tak sama untuk semua orang. Ada yang mungkin senang je nak turun berat dengan menyusu. Ada yang mungkin akan ambil masa berbulan-bulan. 

Sebelum ni, CikYut takde la kisah sangat nak kurus cepat ke tidak ke. selalunya, I follow the flow je. Tapi kali ni, saja nak ngetest diri. Sesambil nyusu, sesambil aim untuk kurus gak. Kira buat '2 in 1' le kan.

So, penyusuan kali ni, CikYut ambil ni


Kadang ada Lecithin sekali. Ohya, Ostematrix tiada di dalam gambar. Itu juga penting dalam penyusuan! Haaa.. kang ada yang tanya, Vitalea tak ambil ke CikYut?? Yang basic tu, usahle ditanya. Itu memang dah keperluan Cikyut. Tambahan dari basic ialah Alfalfa Complex, Omegaguard dan Lecithin.

Omegaguard dan Lecithin bagus untuk ibu dan anak! Mak dapat hasil, anak pun dapat hasil. See... All in One package gitu. Sapa nak kasi? Sebelum mengandungkan Azmie, berat CikYut biasa dalam 50-55kg. Sekarang ialah 49kg. Dan CikYut dengan secara sengaja dan gigihnya untk turunkan berat itu ke 45kg!! harharharhar... berjayakah?

Dengan Shaklee..






ok, jangan tunggu lagi. Rasa-rasa nak dapat kesan boombastik, kebaboom, cepat-cepat call ye





Wednesday, August 6, 2014

Terguling-guling sakit perut!

Terguling-guling sebab sakit perut! Adooooi!! Sapa yang selalu buat aksi macam tu? Bila sampai je waktu, mulalah buat aksi menggulingkan diri. Ada juga yang muntah-muntah sampai lembik.


Alhamdulillah. Sejak datang bulan masa Tingkatan 2, saya sampai sekarang tiada mengalami keadaan macam tu. Ada sakit perut. Tetapi tidak le sampai terguling-guling dan muntah-muntah. Teringat zaman sekolah dulu. Kawan baik saya sendiri. Setiap kali datang bulan, dia akan demam dan muntah-muntah. Dan dah tentulah dia akan MC. Jadinya, setiap bulan, pastinya dalam 3-5 hari, meja sebelah saya akan kosong. 


Dari Wikipedia

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,[1] the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[2] Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.


Ada juga ustazah saya, yang tiap kali datang bulan, dia juga pasti akan tidak hadir ke sekolah untuk mengajar. (eh, camne cikyut boleh tahu ni?? hihihi... ustazah tu warden asrama. bila petang2 duduk borak dengan dia, dia ceritalah!) Dan, ada yang kata, bila senggugut ni, susah nak beranak la. atau senggugut ni boleh hilang lepas kahwinlah. Mcm2 kan. Tapi tgk kawan baik dan ustazah saya ni, ramai je anak diorg!


Dari bloghanz,

Senggugut selalunya dialami oleh sesetengah wanita ketika didatangi haid. Ia adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang. Senggugut boleh mengakibatkan hilang tumpuan sewaktu melakukan aktiviti atau pekerjaan dan sememangnya mengganggu emosi wanita jika sakit berlanjutan hingga sukar untuk dikekang kesakitannya.


Senggugut boleh diatasi dengan mengamalkan pantang larang ketika datang haid. Blog Hanz berkongsi petua dalam mengatasi kekejangan ketika senggugut melanda.


1. Minum air kerap
Air sebenarnya membantu dalam mengelakkan sakit senggugut ketika haid. Air suam ataupun panas, kedua-duanya baik untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot yang kejang.



2. Elak kafein
Kurangkan atau sebaiknya hentikan seketika mengambil kafein dapat mengurangkan senggugut dan tekanan ketika haid. Minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.



3. Pemanas
Tuam pad/kantung pemanas di bahagian abdomen dan bahagian bawah belakang badan dapat melegakan kesakitan senggugut secara berkesan seperti mengambil pil tahan sakit. Jika anda tidak mempunyai kantung air panas atau pad pemanas, mandi dengan air suam atau gunakan tuala yang direndamkan dengan air panas.


4. Bersenam
Akitivi bersenam sebelum atau ketika datang haid semestinya membuatkan anda rasa malas dan tidak mungkin kerana kekejangan yang dialami anda sudah cukup buat anda rasa sakit. Namun, sebenarnya jika anda melakukan aktiviti yoga atau aerobik ia dapat melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.



5. Air halia
Halia dipercayai membantu dalam menyembuhkan demam, simptom selesema, sakit kepala, dan senggugut. Hiris halia, campur ke dalam secawan air panas dan minum untuk melegakan senggugut.
 


Ok, bagaimana pula suplemen Shaklee boleh mambantu?


Haaaa... Korang bolehla cuba set ni. InsyaAllah, dengan aturan makan yang betul dan konsisten, ia dapat membantu melegakan sakit senggugut tu. Usah khuatir, produk Shaklee diyakini selamat dan berkesan!





Wednesday, July 9, 2014

Pil perancang mengganggu penyusuan

Pil perancang mengganggu penyusuan - Penyusuan dikalangan ibu-ibu sudah semakin rancak. Ia sudah menjadi semakin sinonim dan biasa  berbanding dengan keadaan pada 5-6 tahun yang lepas. Kalau dulu, penyusuan itu dianggap pelik dan menyusahkan. Namun kini, ibu-ibu teah kembali ke fitrah seperti yang dinyatakan di dalan Al-Quran. Dan kebanyakan ibu menyusu juga, ramai yang mahu menyusukan si kecil selama mungkin.

Selagi boleh, mereka mahu menjarakkan kehamian bagi membolehkan si kecil meyusu selama yang mereka mahukan. Walaupun penyusuan boleh menjarakkan kehamilan, namun tidak semua ibu layak untuk mengikut syarat LAM. Ini kerana tahap kesuburan adaah berbeza. Oleh yang demikian, ada ibu-ibu yang menggunakan pil perancang sebagai kaedah untuk menjarakkan kehamilan. Namun adakah pil perancang selamat untuk penyusuan?

(Petikan dari Majalah Pa & Ma Bil 131 Ogos 2011).
Oleh kerana pengambilan sesetengah pil perancang boleh menurunkan tahap simpanan vitamin C sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang. Pengambilan pil perancang turut mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. Oleh itu, suplemen tambahan seperti vitamin B Complex dan E sangat membantu.

Terdapat wanita yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian payudara semasa mengambil pil perancang. Ini boleh diatasi dengan pengambilan EPO 1000mg sekali sehari sepanjang penggunaan pil perancang.
Terdapat 2 jenis pil perancang:
  • Mengandungi progestin dan progesteron
  • Mengandungi progestin dan estrogen
Pil perancang yang mengandungi estrogen TIDAK SESUAI untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia mengurangkan penghasilan susu badan. Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan terhadap penghasilan susu badan. Namun, sebahagian hormon sintetik tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada bayi.
EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak.

Berdasarkan soal jawab ini, supplement yg telah disarankan oleh pakar adalah:


vitaC500mg 150x150 Pil Perancang: Sejauh Mana Ia Menjejaskan Penyusuan? Suplemen Yg Dicadangkan oleh Pakar


 2. B-Complex

bComplex 150x150 Pil Perancang: Sejauh Mana Ia Menjejaskan Penyusuan? Suplemen Yg Dicadangkan oleh Pakar



vitaE400IU1 150x150 Pil Perancang: Sejauh Mana Ia Menjejaskan Penyusuan? Suplemen Yg Dicadangkan oleh Pakar



GLA 150x150 Pil Perancang: Sejauh Mana Ia Menjejaskan Penyusuan? Suplemen Yg Dicadangkan oleh Pakar


Jadi, walaupun anda mengambil pil perancang untuk menjarakkan kehamilan, dengan mengambil suplemen di atas, proses penyusuan anda tidak akan terganggu. InsyaAllah.


Set Susu dan Rancang




Thursday, July 3, 2014

Menghilangkan jerawat dan jeragat

Menghilangkan jerawat dan jeragat - Sekarang ni, banyak cara nak hilangkan jerawat dan jeragat. Macam-macam produk ada dijual di luar sana. Tinggal nak pilih yang mana satu asli, yang mana satu tiruan. Juga nak pilih yang mana satu selamat dan yang mana satu tidak.


InsyaAllah, produk Shaklee adalah selamat. Sesuai dengan prinsipnya, 



 Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan Set Cantik Shaklee ya! 


set cantik




Tuesday, July 1, 2014

Cara merawat psoriasis

Cara merawat psoriasis - Tiada cara yang spesifik dalam merawat penyakit psoriasis. Hatta ke klinik pakar kulit pun, doktor masih tiada kaedah rawatan yang khusus. Pesakit hanya diberikan sapuan yang perlbagai sahaja. Yang paling sedih, sapuan itu mengandungi steroid.

Doktor cuba untuk meyakinkan saya bahawa sapuan yang mengandungi steroid itu terlalu sikit untuk memberi kesan sitemik kepada badan. Namun saya percaya, sikit-sikit ia masuk, lama-kelamaan ia mampu mengganggu juga. Apatah lagi sekiranya pesakit itu memang kerap menggunakan sapuan itu.




Bagaimana Shaklee membantu pesakit psoriasis?

Kebiasaannya saya akan mencadangkan SET BASIC kepada pesakit, iaitu :

Vitalea
Bcomlplex
Vitamin C, dan
ESP

Selepas menggunakan set ini, Vitamin E dan/atau GLA Complex akan ditambah ke dalam jadual pengambilan suplemen mereka. Mereka boleh consume salah satu atau kedua-duanya. Bergantung dengan keadaan kulit mereka.

Sekiranya pesakit mempunyai bajet yang besar, saya akan mencadangkan Vivix pula. Setakat ini, Vivix telah memberikan kesan yang paling baik kepada kulit saya. Dan saya gembira dengan hasilnya.

Suka untuk saya ingatkan, tempoh pemulihan adalah bergantung dengan tahap penyakit itu. Lebih kronik, maka lebih panjang tempoh yang akan diambil. Dan juga, pengambilan suplemen belum menjanjikan penyembuhan 100% tetapi ia membantu memberikan keadaan yang lebih baik dan selesa kepada pesakit.
 
Bayangkan pesakit itu seorang guru. Bagaimanakah dia dapat berhadapan dengan murid-muridnya dalam keadaan kulit yang merenyam, miang dan gatal-gatal. Oleh itu, dengan pengambilan suplemen secara konsisten mampu mengawal keadaan ini. 



Adakah anda seorang pesakit psoriasis?
Jangan malu dan segan untuk bertanya kepada saya, kerana saya memahami anda.

Dapatkan segera bekalan Vivix anda! Dan rasai perbezaannya sendiri.





Friday, March 7, 2014

Shaklee Bandar Baru Bangi : Suplemen untuk Penyakit Kencing Manis




Disebabkan ramai pesakit kencing manis (diabetes), maka ramai yang mengenai suplemen yang bersesuaian dengan penyakit ini. Secara bajetnya, saya akan mencadangkan ESP dan Bcomplex. 

ESP : membantu meningkatkan fungsi jantung supaya tidak berapa lemah dan penat.

Bcomplex : membakar glukos yang berlebihan di dalam badan dan kemudian menukarkan ia kepada tenaga.

Mari kita lihat senarai suplemen lain bagi penyakit ini :

Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes :

♥B-Complex ♥
Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga

♥Vita-Lea♥

Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap


♥Sustaines Release Vita-C 500mg ♥
Mengukuhkan kapilari dan salur darah


♥Zinc Complex♥
Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat.



=== Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes ===

♥Alfalfa Complex♥
Membantu stabilkan gula dalam darah


♥Carotomax♥
Menghalang penglihatan kabur


♥GLA Complex♥
Beri kesan positif pada Diabetic neuopathy


♥Vivix♥
Merendahkan kolestrol, tekanan darah, mengurangkan diabetes dan 
berat badan, anti-penuaan


♥Ostematrix (Kalsium & Magnesium)♥
Mengurangkan masalah diabetes dan osteoporosis



==== Larangan Pengambilan Vitamin Untuk Penyakit Diabetes ===

1. Alfalfa Complex tidak disarankan diambil bersama Vita-Lea dan Vita-E kerana boleh mengganggu penyerapan vitamin E
2. Ostematrix tidak boleh diambil bersama Vita-lea kerana zat besi dalam Vita-Lea mengganggu penyerapan kalsium.



Dapatkan rawatan awal untuk mengurangkan gejala penyakit kencing manis (diabetes) yang lebih teruk. Jagalah kesihatan diri demi orang-orang tersayang.


●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

~~~Pakar Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡ Yusrina binti Mohamat Hata
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ID No : 818055]
♡♡ Contact No : 019.271.2601
♡♡ Email : ibuaz.shoppe@gmail.com
♡♡ Like my Fanpage : Sihat2u

♥♥ COD di Bandar Baru Bangi, Kajang, Semenyih, Serdang, Putrajaya.
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
■■ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 818055 untuk dapatkan supplement anda ■■


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Tuesday, August 28, 2012

Terus menyusukan atau berhenti menyusukan?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Alhamdulillah. 


(ini gambar Azyana dan Azzalea!)


Sehingga ke hari ini, Azrie masih menyusu badan. Usianya sudah hampir ke dua tahun. Walaupun hanya menyusu pada ketika saya berada dengannya, itu sudah cukup bermakna buat saya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan saya yang sentiasa berasa sakit.

Penyakit Psoriasis saya telah menyebabkan proses penyusuan saya itu tidak lagi indah. Ia menjadi satu proses yang menyakitkan. Saya sentiasa berada dalam dilema sama ada mahu meneruskan penyusuan atau tidak. Apabila Azrie mahu menyusu, badan saya akan bergetar, sudah bersiap sedia untuk menahan kesakitan yang akan berlaku.  ooooh....

Waktu menyusukan merupakan antara momen indah bersama anak-anak. Di saat itu, hanya ada saya dan si kecil. Ketika itulah saya akan berbual dengan si kecil. Ketika itulah saya akan bergurau senda dengan si kecil. Hanya berdua. Kadangkala si ayah dan anak-anak yang besar akan mencemburui kami! Sebab itu saya berada dalam dilema. Saya sedang kesakitan, namun Azrie masih belum mahu berhenti. Dan saya juga sebenarnya belum betul-betul mahu menghentikannya. mmmm....

Semasa dengan Azzalea dulu, saya mengandung dan Azzalea berhenti sendiri. Adakah perlu saya menggunakan taktik yang sama? hahahah... Masalah juga ni. Kerana ayahnya budak-budak ni belum beri lampu hijau kepada ibunya lagi. Apa yang terdaya di saat ini ialah membanyakkan doa di samping mengalihkan rasa sakit itu ke tempat lain.

Disamping itu, saya akan memastikan saya tetap meneruskan pengambilan ESP, Vitamin C dan Bcomplex untuk membolehkan diri saya sentiasa dalam keadaan optimum. Menahan sakit merupakan stress. Jadi dengan pengambilan suplemen asas, ia membenarkan badan saya berada dalam keadaan yang terkawal.



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor 
ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Thursday, March 15, 2012

Set vitamin untuk Perokok tegar

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Pada masa sekarang ni, tidak hanya orang lelaki sahaja yang merokok. Bahkan ada juga wanita yang merokok. Pastu, bukan hanya orang yang merokok aja yang akan dapat penyakit. Orang yang tidak merokok tetapi berada berdekatan dengan perokok pun boleh mendapat masalah kesihatan. Orang ni dipanggil perokok sekunder.

Jom kita baca sekilas info tentang apa yang dimaksudkan dengan "Perokok Sekunder"?

Perokok Sekunder
Orang yang terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam tempoh 2 hari seminggu.
- 30% risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung.

(Wanita)
(Kanak-kanak)
  • mudah terkena serangan athma
  • sakit paru-paru / jangkitan paru-paru
(Kawan-kawan)
  • batuk
  • sakit mata
  • sakit kepala
  • serangan jantung
  • athma

Seorang perokok mempunyai kadar pengoksidaan dalaman dan radikal bebas yang sangat tinggi. Dikatakan lebih satu trilion radikal bebas terhasil dalam setiap sedutan. Banyaknya! Jadi, mereka memerlukan lebih antioksidanberbanding orang biasa.


So, kita tengok pula set vitamin yang sesuai untuk perokok :

Vitalea
B Complex
Vita C
Vita E
 

atau 

Vivix (Vivix ni memang antioksidan yang power)



Sebarang pertanyaan dan konsultansi mengenai penyusuan dan produk boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Wednesday, March 7, 2012

Perkongsian di perhimpunan pagi

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Mempunyai seorang bos lelaki dan yang tidak mempunyai anak, tidak menghalang saya untuk bercerita mengenai penyusuan. Bahkan bos saya sangat memberi sokongan. Setiap kali ada event atau kursus berkaitan penyusuan, beliau akan berikan pelepasan (dengan syarat masih cukup Optometris yang tinggal di klinik!). Setakat ini beliau memang tidak mempunyai halangan atau bantahan dalam penglibatan saya di dalam penyusuan.

Awal Mac lalu, Jabatan Oftalmologi menganjurkan perhimpunan bulanan (setiap jabatan di HSDG akan anjurkan, ikut giliran masing-masing). Dan kebiasaannya, Ketua Jabatan yang akan menyampaikan renungan pagi. Kali ni bos nak buat kelainan. Jadi, dia minta saya ambil slot tu! Adoooi... saya dah cuak. Saya nak cakap pasal apa ni kan?? Jadi, saya dah siapkan power point dan tunjuk pada bos. Tapi bos tak approved. Dia kata tajuknya dah biasa sangat. Alaaaa.... bikin aku stress tau bos ni! Langsung dia beri cadangan.

Kan Yusrina selalu bercakap menegnai penyusuan, apa kata cerita pasal ini. Mengenai penyusuan di kalangan wargakerja HSDG.
Waaaaah.... cadangan terbaik dari bos!, saya menjerit di dalam hati. keskeskes

Jadi, saya siapkan teks ucapan. Kahkahkahkahakah....

Apalah kena siapkan teks? Yelah, kena bagi bos baca dulu sebelum baca di pentas. Teks siap, dia baca, dia komen, saya edit dan buat rehearsel. Kami rehearse dua kali, tapi saya ckp kat bos, saya boleh rehearse sekali je. kalau banyak kali, nanti cerita saya berubah-ubah. hahahaha... Bos sengih aje..

Hari kejadian...



Semasa slot saya...



Dan tajuk ucapan saya...




Jangan ditanya sama ada saya gemuruh atau tidak. Saya juga manusia. Cuma pagi itu saya tak telan Bcomplex untuk hilangkan perasaan gemuruh, sebab saya tak mampu nak breakfast! heeeee Alhamdulillah. Bos takhabis-habis nak puji. Saja lah tu kan, nak buat saya gembira. Sebabnya ada pihak yang tidak berpuashati pula lihat saya naik pentas dan bercerita mengenai penyusuan ini. Takpe, saya bersimpati dengan insan itu. 


Oklah, sebarang pertanyaan dan konsultansi mengenai produk dan penyusuan boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Tuesday, February 28, 2012

Euphoria Student Set

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 




Ni bukan set baru sebenarnya. Ialah adalah kombinasi Bcomplex dan Lecithin. Ia digabungkan menjadi satu set supaya ia membantu para pelajar membeli tanpa terlalu memikirkan harganya. Gabungan Bcomplex dan Lecithin baik untuk membantu mengawal kestabilan emosi pelajar serta menguatkan daya ingatan mereka.



Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Sunday, February 26, 2012

Hilang penat dengan SHAKLEE!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Seperti biasa, aktiviti pagi ialah online dan masuk FB trus ke Grup SHAKLEE GBS (kump Euphoria). Sebabnya nak lihat soalan-soalan dari para pelanggan Shaklee dan juga melihat mereka naikkan post mengenai Shaklee. 

Cik Jo Ha Na, merupakan pelanggan kepada rakan saya. Meh tgk apa yang beliau komen :




Apa yang Cik Jo Ha Na tulis?

I love shaklee.. Lepas bersalin, sakit2 badan cepat sembuh, rambut pun kurang gugur, mudah lawas, tak sembelit, tak penat walaupun kena bangun tengah malam, thanks Bonda Sha

 

Suka suka suka. I LOVE SHAKLEE too! You make my day la Cik Jo Ha Na! Terbaik!


Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Wednesday, February 22, 2012

2008... segalanya bermula!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 




Saya teringat semasa pertama kali saya bertemu dengan Kak N (yang kini upline saya) dan mendapat produk Shaklee saya. Heeee... Apa yang saya tidak ingat ialah, berapa usia Azzalea masa tu! hahaha.. Tapi yang pasti, Kak N datang masa saya sedang berpantang. Rasanya dalam sebulan lebih dah masa tu.


Ni gambar Azzalea 'bercuti' di IPHKL!


Pada saat itu saya sudah pastikan saya pandai menyusukan Azzalea. Saya sudah bertemu dengan Kak Kamariah untuk melihat sendiri bagaimana saya menyusukan Azzalea. Tapi pada masa yang sama, saya merasakan ada sesuatu yang kurang, cuma saya tidak pasti apa. Dan saya perlukan sesuatu untuk mengisi kekurangan itu. Nak kata tidak yakin, saya sudah siapkan diri dengan ilmu. Tapi masih terasa kurangnya.

Jadi saya hubungi Kak N untuk membantu saya. Saya minta Kak N bawakan segala suplemen yang diperlukan untuk membantu saya dalam menyusukan si tembam saya. Lalu, Kak N pun datang dengan mak dan bapa mertuanya. dah tentu si Nasa Mechelin tu ada juga (nama timangan Nasa dari Auntie Yus!). Heee... Geram sungguh saya dengan dak Nasa. Habis berketak2 dari atas ke bawah. 


Lama kami borak. Lepas borak, makan. Lepas makan, borak. Lamalah juga Kak N sekeluarga di rumah saya. Oh ya. apa yang Kak N bawa? Kak N bawakan Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, alfalfa dan ESP untuk saya. Pertama kali saya tengok ESP tu. Semasa itu ESP ada dalam bentuk peket. Jadi, Kak N bawakan yang peket tu untuk saya. Dan saya hanya mencubanya selepas Kak N pulang. 


Nak tahu apa yang berlaku?


Waaaaaah..... susu saya mencurah-curah keluar. Ya, saya tak tipu. Sekalipun sebelum ni saya memang ada bengkak susu, tapi tidak mencurah-curah dengan begitu laju. Sehingga saya perlu tadah kedua-dua payudara saya. Laju semacam paip air yang pecah. Dan selepas itu, setiap kali hendak menyusukan Azzalea, saya perlu perah sedikit supaya Azzalea tidak tersedak. 


Saya tahu, pasti ada yang masih enggan mempercayainya. Saya faham. Saya tak paksa pun korang untuk percaya. Ini ialah peristiwa yang alami sendiri. Dalam penyusuan ni, memang ada teori dan praktikalnya. Ada pula jenis yang suka kepada bukti secara fakta, ada juga ibu yang suka mengikut cara ibu lain. Tetapi apa yang penting bagi saya, apa pun yang anda lakukan, anda lakukan ia dengan perasaan yang gembira, perasaan yang senang hati. Ya, saya sangat gembira dan senang hati. Saya gembira saya ambil Shaklee sebab ia melancarkan proses penyusuan saya bersama Azzalea. 


Shaklee turut membantu memberi nilai tambah dalam kesihatan saya. Saya mampu untuk bangun awal pagi untuk memerah dan kemudian melakukan kerja-kerja menjahit saya. Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan Azzalea sehingga saya disahkan mengandung kali ke3. Itu pun selama satu tahun 5 bulan. 












Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...