SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Tuesday, February 21, 2012

Masalah disebalik masalah...

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 




Ramai ibubapa beranggapan yang apabila anak mereka dapat melihat itu bermaksud mata anak mereka tidak mempunyai masalah. Anak mereka dapat melihat, tiada masalah penglihatan, tiada rabun. hohoho.... Bukan begitu ye mak-mak. No no no...





Anak-anak ni kan pelabagai ragam perangainya. Ada yng mulut becok, ada yang senyap sahaja. Jadi, yang mulut becok tu, retilah dia nak mengadukan kalau dia tak nampak ke apa ke. Yang selalu datang ke klinik mata, yang ada masalah ni ialah anak-anak yang susah nak bercakap. Jenis senyap aje. Tapi sebenarnya, becok ke senyap ke, ada beberapa tanda yang menunjukkan si kecil ada masalah dengan matanya. 


Masalah mata tidak semestinya dibetulkan dengan pemakaian cerminmata. Ada beberapa keadaan, saya perlu beri latihan kepada mereka. Adoooi, bayangkan nak beri latihan untuk mereka buat supaya mereka berada dalam keadaan baik. Agak-agak ibulah kan, anak2 ni nak buat ke? heeee.. Itulah cabarannya, Tapi bukan pada saya. Mak pak depa yg kena pastikan anak2 depa buat latihan tu. 


Jadi, macamana nak tahu anak kita ada masalah berkaitan mata? Atau lebih tepat lagi, masalah penglihatan binokular?


Komplen yang paling banyak diberi oleh anak-anak ialah sakit kepala!


Yup, tiada komplen lain. Dan selalunya jugalah makpak ni buat tak tau je. Tak pun bagi panadol kat anak suh telan. Tak pun suh anak tido, sat lagi dah bangun, hilanglah sakit kepalanya tu! waaaaa.... Please mak pak! Please! Jangan buat macam ni. Percayalah pada anak-anak. Kalau depa ngadu, dengar. Katakanlah saya dah check dan si kecil perlu pakai cerminmata. Kenapa? Berdosa ke pakai cerminmata? Objektif kerja saya ialah memberi penglihatan terbaik kepada si kecil


Kadang tu, belum check pape, dah tanya "Anak saya kena pakai cerminmata ke puan?" heeeee.... Bikin hati gue panas aja... Sabau Cik Yut, sabau! Bebawa mengucap! 


Simptom atau tanda kedua yang selalu berlaku ialah dah pindah tempat duduk dalam kelas. Kengkadang,ada makpak ni jenis tak kesah pasal anak dia kat kelas. Biaqpi la kata org Penang (betui ka?). Bila cikgu dah bagitau yang anak dia dah pindah tempat dari belakang ke depan, haaah melompat makpak ni. Marah plak cikgu. "Anak saya mana jahat cikgu! Dia kat rumah baik je!" grrrrr... sudah, cikgu pula yg dimarahnya.


Dlm kes ni ada dua perkara yang memungkin anak dia ke depan. 
1. Anak dia tak nampak - jadi cikgu pindahkan ke depan kasi anak dia nampaklahkan.
2. Anak dia suka main kat belakang, suka kacau orang, tak mau beri perhatian dalam kelas - jadi cikgu pindahkan ke depan -----> kengkadang budak ni nakal bukan sbb dia nakal, tapi sebab dia TAK NAMPAK APA CIKGU TULIS KAT DEPAN jadi dia kacaulah kengkawan dia! Can you see the picture mommies?


Pastu kat rumah plak. Ni pun tragis gak nak cerita. Alahai... Anak kita bawa balik kerja sekolah, kita pun semak, Sekali kita tgk buku sekolah dia kejap isi, kejap melopong. Apalagi memekiklah makpak ni kat anak tu! "Ni apsal tak siap kerja sekolah ni? Pemalas betullah anak aku ni" (wei wei...takan nak doa kat anak camni?) Tapi sebenarnya apa yang berlaku pada si anak? Sama macam kes no 2 kat atas tadilah! 


Betul. Saya tak tipu. Saya tulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Saya suka anak-anak kecil (dan saya juga kadang2 garang dengan pesakit ciklik saya!). Jangan bandingkan anak si A dengan anak kita, tapi cari sebab kenapa anak kita berbeza dari anak si A. Barulah dapat tahu punca masalah itu. Ok? Ada apa-apa soalan? Kalau ada, emel ke, SMS ke, PM ke ya! Saya p tidur dulu!




Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...