SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

Set Ramadhan Shaklee


Set Ramadhan Shaklee.

Set laris selama 3 bulan sebelum bulan Ramadhan.
Ini kerana, mereka yang gemar melakukan puasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban, akan bersedia dengan set ini.
Tak lupa juga buat wanita-wanita yang gigih mengganti puasa sebelum ketibaan bulan Ramadhan.

Mari kita lihat secara ringkas MANFAAT setiap produk dalam set ini.

ESP
Pembekal tenaga : Membekal tenaga dengan SEGERA dan juga membantu meningkatkan sistem imun. 

Performance
Mencegah Penyahhidratan : mengurangkan kehausan, melembapkan kulit.

MealShakes
Sebagai nutrisi lengkap : menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh.

Lecithin 
Pemecahan lemak dan kolesterol : bertindak sebagai 'pembersih' salurdarah
(Lepas berbuka kan banyak makan, jadi inilah gunanya Lecithin!)




Hubungi saya (Yusrina) sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan masalah kesihatan dan pemakanan.
 
=========================
Yusrina Hata (818055) - 0192712601
Shaklee Certified Product Trainer
Breastfeeding Peer Counselor  
Psoriasis Fighter
=========================






Sunday, June 29, 2014

Menu hari pertama

Berbuka puasa dengan keluarga, maka banyaklah menunya! MasyaAllah. Ini baru hari pertama.

Tapi yang penting sebenarnya ialah suasana berbuka apabila adik beradik berkumpul. Kami hanya tiga beradik. Tapi nak berkumpul punyalah susah.


Ramadhan kembali!

Alhamdulillah.

Bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan.
Di harap, panjanglah usia kita untuk menempuh sehingga ke akhir Ramadhan.

Buat rakan-rakan pembaca dan pelanggan,

Selamat Menyambut Ramadhan al Kareem.

Thursday, July 11, 2013

Mengandung dan menyusukan di bulan puasa!

Salam Ramadhan.

Alhamdulillah. Edisi Ramadhan kali ini amat berbeza.
Ramadhan-ramadhan yang lalu, sama ada berpuasa dan menyusukan atau berpuasa dan mengandung. Itu sahaja.
Tetapi, kali ini, berpuasa, mengandung dan masih menyusukan Azrie. 
Fuuuuh. Memang mencabar. Teramat mencabar buat saya.

Pengalaman mengandung pada kali ini sudah cukup mencabar, apatah lagi berpuasa, menyusu dan mengandung. (-_-)
Hari ini sudah dua hari berpuasa. Alamdulillah.
Masih mampu. Pada Ramadhan kali ini, saya hanya mengikut sahaja ketahanan badan. Tiada paksaan. Dan tidak akan memaksa diri. Kerana ia  bukan mudah.

Namun begitu, saya cuba menguatkan ketahanan badan dengan memgambil pemakanan yang baik ketika sahur mahupun ketika berbuka.




Ya, set Tripple Gem banyak membantu. Pada waktu bersahur, saya akan blend Tripple Gem bersama kurma. Memang agak kenyang pada waktu itu. Namun saya masih ambil nasi sebagai pemberi tenaga. 



Kekuatan ibu mengandung + menyusu ini tidak sama dengan ibu-ibu lain. Jadi perlu ada tenaga tambahan. Semoga saya dapat melalui 30 hari Ramadhan dengan jayanya!





Berminat untuk mendapatkannya? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055  
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Wednesday, August 31, 2011

Juadah enak....tapi!

Assalamualaikum wbt dan Salam Aidilfitri




Syukur. Kita dah masuk 2 Syawal. Begitu cepat masa berlalu. Macamana aktiviti semalam? Ziarah menziarahi, mengunjungi ahli keluarga yang lain. Menikmati juadah yang pelbagai. hehehe... Bagi yg turun berkilo selama berpuasa sebulan yang lalu, pasti naik berkilo juga dalam sehari.
Bagaimana nak menjaga perut walaupun kita menikmati semua juadah yang enak tu?

1. Pastikan bawa air masak sebotol. Tapi jangan dibawa sahaja pula ya. Diminum. Pastikan kita minum ~3L air masak sehari.
2. Makan sekadar untuk merasa, bukan untuk melahap! hee >_<
Kalau rasa-rasa perut dah bagi signal tu, agak-agakla kan. Mohonlah untuk berhenti.
3. Siapkan pertahanan perut kita dengan Lecithin!

Kenapa lecithin? Lecitihin sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam  diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar. Ambil 3 biji pada waktu pagi, dan 3 biji pada waktu malam.
 

Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau smskan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Sunday, August 14, 2011

Susu semakin kurang!

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan
Bagaimana keadaan ibu-ibu di bulan puasa ini? Masih lagi dapat meneruskan penyusuan dan sesi mengepam seperti biasa? Kebiasaan di bulan Ramadhan, ramai ibu-ibu akan mengeluh kerana pengeluaran susu mereka akan menurun berbanding biasa. Seperti biasa, saya akan pastikan dahulu adakah ibu-ibu ini benar-benar telah melakukan apa yang patut dilakukan, iaitu :
1. Kekerapan mengosongkan payudara - sama ada kerap menyusukan si kecil atau mngepam
2. Pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3L

Ada terdapat ibu-ibu yang mengurangkan sesi mengepam mereka. Katanya sebab mahu cepat pulang ke rumah. Sudah dikurangkan, tidak pula diganti. Oleh itu, saya selalu mencadangkan kepada ibu-ibu berkenaan supaya mengganti semula sesi mengepam mereka pada malam hari. Sekiranya sebelum ini hanya mengepam 3 kali di pejabat dan 2 kali di rumah, cuba untuk melakukan sebaliknya, iaitu 2 kali di pejabat dan 3 kali di rumah

Ataupun, tambahkan satu sesi lagi apabila di rumah. Pengurangan satu sesi mengepam menyebabkan stok susu tidak lagi sama seperti sebelum. Contoh : setiap sesi pam dapat 3oz, jadi jumlah keseluruhan untuk hari itu ialah (3oz x 5) 15oz. Bila satu sesi tidak dibuat, jumlah susu ialah 12oz. Bukan itu sahaj, lama kelamaan, susu pada waktu sesi yang dilompat/dikurangkan itu tidak lagi terhasil. Jadi, ibu-ibu, fikirkanlah yang mana terbaik untuk ibu-ibu ya!

Bulan puasa macamana nak minum 3L air? Kan kita hanya ada waktu berbuka dan sahur sahaja? Boleh ke nak minum sampai 3L? Ini adalah soalan-soalan yang sering diutarakan kepada saya. Pasti boleh! Walaupun hanya dengan waktu berbuka dan sahur. Kebiasaannya ibu-ibu yang menyusukan lebih haus berbanding lapar. Jadi, pada waktu berbuka sehingga malam, pastikan ibu-ibu minum ~2L. Jadi pada waktu sahur nanti tinggal ~1L lagi. 

Namun begitu, masih ada ibu-ibu mengeluh untuk menghabiskan jumlah air ini. Disebabkan itu, saya cadangkan kepada ibu-ibu untuk minum energy booster iaitu Performance Drink (Performance Orange). PD mempunyai OptiCarb yang membantu mengekalkan kandungan hidrolit dalam badan. Jadi, badan tidak terlalu kering dan produksi susu tidak terganggu dengan banyak. InsyaAllah, sekurang-kurangnya ibu-ibu tidak lagi stress sepanjang bulan Ramadhan ini.


Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...