SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Showing posts with label Pemakanan. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan. Show all posts

Sunday, September 13, 2015

Anak kurang ke hospital!

Bismillahirrahmanirrahiiim.

Alhamdulillah.

Pagi ni saya nak berkongsi dengan ibu-ibu dan bapa-bapa mengenai perasaan seorang ibu, Cik Liza. Setiap bulan, tanpa jemu selama 6 bulan, beliau akan membelikan MealShakes untuk anaknya. Dan pada bulan lepas, beliau telah menambah satu produk baru iaitu OmegaGuard. 

Sebenarnya Cik Liza ada membeli Chewable Vita C dan Vitalea for Kids untuk si anak. Tetapi si anak tidak berapa menggemari rasa masam-masam manis Chewable Vita C dan Vitalea for Kids. Jadi dia tidak mahu memaksa anaknya makan dua produk ini. 

Jadi sekarang, beliau hanya fokus kepada dua produk ini sahaja iaitu OmegaGuard dan MealShakes.


Bagaimana beliau boleh mula memberikan produk Shaklee kepada si anak?

Asalnya, beliau cari produk untuk bantu anaknya naikkan selera makan. Maka beliau hubungi saya. Saya cadangkan MealShakes. Selepas menggunakan MelaShakes dalam dua minggu, beliau perasan yang si anak jarang lagi demam. Sebelum consume, anaknya sering jatuh sakit. Setiap minggu Cik Liza akan bawa si anak ke klinik atau hospital.

Selepas beberapa bulan consume MealShakes, Cik Liza bertanya mengenai produk yang boleh mengurangkan batuk si anak. Walaupun sudah consume MealShakes untuk beberapa bulan, batuk si kecil nampak masih belum mahu hilang. Sekejap-sekjap akan kembali batuk. Sekejap-sekejap masih perlu mengulang ke hospital. Jadi, saya cadangkan pula OmegaGuard.

Kini, selepas satu bulan consume OmegaGuard, alhamdulillah, batuk si anak telah berkurangan. Cik Liza sangat gembira! Cuma dalam keadaan berjerebu sekarang, kita sebagai ibu perlu adakan lebih protection untuk si kecil kita. 


Adakah si kecil ibu-ibu dan bapa-bapa mempunyai masalah yang sama? Sering demam, batuk. Ibu dan bapa perlu cuti bergilir-gilir untuk menemankan si anak yang sakit. Ikhtiarkan dengan Set Kesihatan Kanak-kanak ini. InsyaAllah.



Hubungi saya (Yusrina) sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan masalah kesihatan dan pemakanan.

=====================
Yusrina Hata (818055)
Shaklee Certified Product Trainer
BF Peer Counselor  
=====================

Monday, November 24, 2014

Satu botol, tak cukup sebulan!

Satu botol, tak cukup sebulan - Apa pula yang tak cukup ni? Berebut dengan siapa pula? Itulah kalau ada barang baik kat rumah ni kan...




Sebotol OmegaGuard mempunyai 90 biji kapsul. Dalam rumah ni, ada seorang ibu dan 3 orang anak kecil yang sangat minat dengan OmegaGuard ni. Ibu dia saja, makan 3-6 biji sehari. Anak-anak makan sebiji sehari. 


Ok, jom buat kira-kira.

Ibu makan 3 biji sehari, 3 x 30 hari = 90 biji.
Anak ada 3 orang, makan sebiji sehari, 3 x 30 hari = 90 biji sehari

Jumlah OmegaGuard yang dimakan ialah 180 biji untuk sebulan.

Itu bermaksud, rumah ini perlukan 2 botol OmegaGuard untuk sebulan.


Jadi, kalau korang pun ada masalah macam ni, baiklah grab offer yang ditawarkan pada bulan ni.
MESTI rembat offer bulan ni!!

Sebab :

1. PERCUMA 1 botol dengan pembelian 6 botol OmegaGuard.
2. Ok, kalau bajet tak cukup, korang boleh rembat TWIN PACK OFFER dengan potongan 5%.


Jangan tunggu lagi. Kalau yang baru nak CUBA tu, jangan risau. Nanti saya upkan testimoni berkaitan OmegaGuard!



Wednesday, April 10, 2013

Ibu hamil : Ketahui diet anda


Hamil | Pemakanannya


Assalamualaikum wbt dan Selamat pagi.

Yup, jam dihujung komputer menunjukkan 5.00am. Pagi-pagi ini terasa mahu berkongsi dengan anda mengenai pemakanan buat ibu-ibu yang sedang hamil. Pemakanan ibu-ibu seharusnya sudah mula dijaga apabila ibu-ibu telah mula memasang niat untuk hamil. Pemakanan yang baik, membantu menyiapkan badan ibu-ibu untuk menghadapi sebarang perubahan yang akan berlaku sepanjang kehamilan.





Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat


Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.




Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
1. Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
2. Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)

3. Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

4Makanan berkalsium tinggi - susu, yogurt, cheese

5. Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.



Jangan berdiet

Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat. 

Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja. Anda memang sepatutnya menjadi lebih besar! 

Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda.


Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai

Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak. 

Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda. 

Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat. 

Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda. 

Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilanpraeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan. 

Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar. 



Set kehamilan - Euphoria Set





Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Tuesday, February 19, 2013

Tingkatkan keupayaan otak si kecil dengan OmegaGuard dan MealShakes




Meal Shakes
 
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu


Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go-meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.




OmegaGuard™

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

Minyak Ikan Terbaik di Dunia

Omega Guard Shaklee mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semuljadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.

EPA menyihatkan jantung dan sendi anda
DHA penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak.

Secara umum kebaikkan minyak ikan sangat banyak dan diperlukan untuk kesihatan lelaki dan perempuan. 



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA?
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus)
SID : 818055
SMS/WhatsApp : 019-2712601
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Monday, September 24, 2012

Tip memilih makanan di dalam tin

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 



*kredit pic google*

Sekarang ni, segalanya mahu dilakukan secara cepat dan pantas. Atas sebab itu, kebanyakan kita memilih untuk makan di restoran makanan segera. Sekiranya tidak mahu berada di luar, kebanyakan di antara kita akan memilih untuk makan makanan yang ditinkan atau dibotolkan.


*kredit pic google*


Perlu diketahui bahawa walaupun ia mudah untuk diolah menjadi hidangan enak, makanan di dalam tin atau pes segera uini sebenarnya mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan. Ini kerana, makan dijual dalam bentuk kemasan yang seumpamanyan mengandungi bahan pengawet kimia.

Namun , hakikatnya jika dimakan sekaili sekalaia mungkin boleh menjadi pilihan alternatif yang mudah, baik, segera dan pantas. Walaupun demikian, kita sebagai pengguna perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang bahan-bahan makanan sebegini agar apa yang dimakan itu selamat dan terjaga.

Ikuti tip di bawah :

1. Pastikan produk yang dipilih merupakan produk terbaik. Pilihlah makanan yang ditin atau dibotolkan dalam bentuk yang sempurna, tanpa sebarang kecacatan. Misalnya, pastikan makan dalam tin yang kita pilih itu tidak kemek, terkopak dan sebagainya.

2. Seterusnya, pastikan terdapat lesen atau logo daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia yang menandakan makanan yang terdapat di dalamnya selamat untuk dimakan. Pastikan juga tarikh luput pada label kemasannya.

3. Sebaiknya pilih makanan yang di dalam kemasan tin atau botol dengan kuantiti yang sedikit. Ini kerana, makanan sebegini lebih baik dimakan pada hari itu juga setelah proses pengolahannya di dalam hidangan kita. Elakkan menyimpan lebihan makanan yang telah dimasak untuk keesokan harinya.

4. Tambahkan pelbagai jenis potongan sayur segar untuk menambah nutrisi penting di dalam hidangan makanan anda.

5. Jangan lupa untuk sertakan buah-buahan segar di atas meja sebagai sumber zat tambahan.

6. Elakkan makan makanan yang segera ini terlalu kerap. Ia boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan anda.



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Wednesday, September 21, 2011

Mengkritik atau menghormati?


Salam...

Selepas selesai latihan MbfPC, kebanyakan peserta berkobar-kobar untuk sama-sama berjuang dengan saya untuk membantu ibu-ibu di luar sana dalam menjayakan proses penyusuan. Namun apa yang menarik sekali ialah dari seorang yang suka mengkritik, kebanyakan peserta (hampir kesemuanya rasanya!) telah berjaya mengubah persepsi mereka mengenai pendapat orang lain dan juga dalam menghormati keputusan yang dibuat oleh orang lain.

Menghormati dan menerima pendapat serta keputusan ibu-ibu lain penting bagi memastikan si ibu tidak tertekan dengan keputusan dan tindakan yang diambilnya. Dengan cara ini juga, dapat membuat si ibu menerima panyusuan itu adalah lumrah, praktikal dan tiada paksaan.

Sekiranya seseorang itu dengan senang hati mengkritik orang lain, si ibu berkemungkinan besar akan melupakan terus hal-hal yang berkaitan dengan penyusuan. Si ibu pastinya trauma dan tidak mahu mempunyai niat langsung untuk menyusukan bayi mereka yang seterusnya.

Walau apapun caranya, di akhir matlamat ialah memastikan kedua ibu dan anak gembira. Biarpun si ibu menghentikan penyusuan lebih awal, mahu memberikan susu artifisial kepada anaknya, kita tetap perlu menghormati keputusan itu.





Email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau smskan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Wednesday, August 24, 2011

Mati kutu...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan




Bila org lain berblogging, saya pun sibuk juga nak berblog. Dari satu blog jadi dua blog. Dari dua blog, jadi tiga blog. Tapi akhirnya, semua bungkus. hihihi... Minta maaf ye. Kalau ikut niche blog ni, saya sepatutnya menulis mengenai penyusuan dan kesihatan. Tapi apa yang saya buat..Kumpul sawang kat semua blog!!

Ok, mari kita pakat bersihkan blog ni sempena nak raya ni (kalau tak raya, confirm bersawang lagi lee blog ni!). Jap ye..fuuh..fuuuhh..ok.. dag bersih sikit dah. Nanti la kita kasi lap dgn mop ye. Baik, apa Cik Yut nak cerita hari ni?? Lama sgt dah tak bercerita-cerita...

Oh ye, hari raya dah nak dekat. Ada yang akan pulang ke kampung isteri, ada yang akan pulang ke kampung suami. Ada juga yang tak pulang ke mana-mana kampung. Yang tidak pulang tu, jangan bersedih ye. Sambutlah raya di hati ini dengan penuh berbunga-bunga atas usaha yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan. Jadi di mana pun kita berada, kita berhak untuk claim kemenangan yang kita dah buat sepanjang bulan Ramadan. InsyaAllah.


Sambutan Syawal memang meriah. Juadah enak-enak. Kuih muih lagi yang sedap. Kalau atas meja tu, memang penuh la dengan makanan. Ish..kalau ikut nafsu, mmg semuanya nak dimakan. Boleh sebenarnya. Makanlah semuanya, tapi berkadaran. Cukuplah sekadar merasa keenakan juadah tu, bukan lah melantak. Kalau nak melantak, berjaga2 lah ye.

Sbb itu Cik Yut nak cadangkan 4 supplement supaya dapat menjaga diri kita bila kita dah terkawal nafsu bila dah mengadap makanan. Supplemenet itu ialah Vit C, Lecithin, Vit E dan GLA. Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :

Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).  Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri. Menguatkan imuniti tubuh. Memperlahankan proses penuaan.


Ini merupakan persiapan raya juga. Jangan nanti selepas raya, ramai yang berduyun-duyun ke emergency atas alasan terlampau banyak makan dan tidak menjaga apa yang disumbat ke dalam mulut! 


Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...