SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Showing posts with label Suplemen. Show all posts
Showing posts with label Suplemen. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Pil perancang mengganggu penyusuan

Pil perancang mengganggu penyusuan - Penyusuan dikalangan ibu-ibu sudah semakin rancak. Ia sudah menjadi semakin sinonim dan biasa  berbanding dengan keadaan pada 5-6 tahun yang lepas. Kalau dulu, penyusuan itu dianggap pelik dan menyusahkan. Namun kini, ibu-ibu teah kembali ke fitrah seperti yang dinyatakan di dalan Al-Quran. Dan kebanyakan ibu menyusu juga, ramai yang mahu menyusukan si kecil selama mungkin.

Selagi boleh, mereka mahu menjarakkan kehamian bagi membolehkan si kecil meyusu selama yang mereka mahukan. Walaupun penyusuan boleh menjarakkan kehamilan, namun tidak semua ibu layak untuk mengikut syarat LAM. Ini kerana tahap kesuburan adaah berbeza. Oleh yang demikian, ada ibu-ibu yang menggunakan pil perancang sebagai kaedah untuk menjarakkan kehamilan. Namun adakah pil perancang selamat untuk penyusuan?

(Petikan dari Majalah Pa & Ma Bil 131 Ogos 2011).
Oleh kerana pengambilan sesetengah pil perancang boleh menurunkan tahap simpanan vitamin C sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang. Pengambilan pil perancang turut mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. Oleh itu, suplemen tambahan seperti vitamin B Complex dan E sangat membantu.

Terdapat wanita yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian payudara semasa mengambil pil perancang. Ini boleh diatasi dengan pengambilan EPO 1000mg sekali sehari sepanjang penggunaan pil perancang.
Terdapat 2 jenis pil perancang:
  • Mengandungi progestin dan progesteron
  • Mengandungi progestin dan estrogen
Pil perancang yang mengandungi estrogen TIDAK SESUAI untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia mengurangkan penghasilan susu badan. Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan terhadap penghasilan susu badan. Namun, sebahagian hormon sintetik tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada bayi.
EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak.

Berdasarkan soal jawab ini, supplement yg telah disarankan oleh pakar adalah:


vitaC500mg 150x150 Pil Perancang: Sejauh Mana Ia Menjejaskan Penyusuan? Suplemen Yg Dicadangkan oleh Pakar


 2. B-Complex

bComplex 150x150 Pil Perancang: Sejauh Mana Ia Menjejaskan Penyusuan? Suplemen Yg Dicadangkan oleh Pakar



vitaE400IU1 150x150 Pil Perancang: Sejauh Mana Ia Menjejaskan Penyusuan? Suplemen Yg Dicadangkan oleh Pakar



GLA 150x150 Pil Perancang: Sejauh Mana Ia Menjejaskan Penyusuan? Suplemen Yg Dicadangkan oleh Pakar


Jadi, walaupun anda mengambil pil perancang untuk menjarakkan kehamilan, dengan mengambil suplemen di atas, proses penyusuan anda tidak akan terganggu. InsyaAllah.


Set Susu dan Rancang




Wednesday, April 9, 2014

Kurang SATU BULAN. Sempatkah?

Bismillah.


Kurang 30 hari lagi.

Akan mula kerja semula.

Baru nak buat stok.

Set B datang memberi bantuan!



Semoga berjaya!!

Thursday, July 18, 2013

Boleh ke SHAKLEE sembuhkan PSORIASIS?

Kesihatan yang baik merupakan impian setiap manusia. Dengan kesihatan yang baik, kita dapat melakukan tugasan dengan baik, dapat beribadah dengan baik. Namun, ada juga yang telah ditetapkan untuk mengalami keadaan atau penyakit2 tertentu. Cuma kita sebagai hambaNya, jangan pernah berputus asa untuk mencari penawar.



Kebanyakan pembaca blog saya adalah pesakit Psoriasis. Hampir saban hari saya akan mendapat SMS atau WhatsApp yang bertanya mengenai Psoriasis (dah macam doktor plak ni!!) 

Ada yang bertanya mengenai perkembangan saya selepas menggunakan Shaklee. Ada juga yang bertanya mengenai cara makan kerana pengedar mereka tiada pengalaman di dalam perkara ini. Mana yang dapat saya kongsi, saya akan kongsi.Sebagai pesakit Psoriasis, sudah tentu saya memahami derita yang dialami oleh para pesakit yang lain.


FAQ berkaitan Shaklee dan Psoriasis

1. Apakah suplemen yang saya ambil?

Pada permulaan, saya memulakan proses dengan mengambil yang basic sahaja, iaitu Bcomplex, Vitamin C, Vitalea dan ESP. Selepas beberapa ketika, saya akan menambah di dalam jadual pemakanan seharian sama ada vit E dan GLA Complex. Yang terbaru sebelum saya mengandung, saya sempat mencuba Vivix!


2. Berapa lama kesan dapat dilihat?

Tempoh ini sangat berbeza mengikut individu. Ia bergantung kepada keterukan yang dialami oleh pesakit Psoriasis itu sendiri dan juga kepada fisiologikal badannya. Mungkin secara luaran, ia tidak nampak teruk, tapi ia perlu tempoh yang panjang untuk membaik pulih keadaan dalaman pesakit. Apa yang selalu saya ungkapkan kepada para pesakit ialah "SABAR".


3. Adakah terdapat kesan-kesan negatif semasa mengambil suplemen dan berapa lama?

Sekiranya seseorang pesakit tidak pernah mengambil suplemen, sudah tentu badannya akan memberikan tindakbalas yang kurang enak. Tindakbalas ini adalah normal. Untuk membaiki sesuatu yang rosak, kita perlu terlebih dahulu membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan. Banyak yang perlu dibuang, lamalah tempohnya.


4. Banyaknya nak makan! Telan semua sekaligus?

Ahahahaha... Memang nampak banyak. Itu belum lagi set yang nak kuruslah, set kesihatan tulanglah. 

Jangan risau! Sekiranya anda membeli dengan saya, saya akan aturkan jadual pemakanannya untuk anda. Ada yang tidak diambil setiap hari. Ada yang tidak diambil kerap. Bergantung dengan keadaan anda. 


5. Dah ambil banyak-banyak ni, boleh ke sembuh?

Perlu diingat bagaimana Psoriasis bertindak. Setakat pembacaan saya, tiada yang dapat menyembuhkan psoriasis. Ubat-ubatan yang diberi doktor bertindak untuk 'menekan' psoriasis itu dari merebak. Manakala suplemen bertindak dengan membaiki bahagian-bahagian yang rosak. Namun untuk bahagian-bahagian itu kekal baik amat sukar. Psoriasis berkaitan dengan sistem imuniti badan. Suplemen membantu mengawal dan memperlahankan prosesnya. Diri sendiri juga harus turut sama mengawal tekanan dari keadaan sekeliling. Cuba untuk elak perkara-perkara yang boleh mengganggu sistem imuniti.


6. Bagaimana mahu order?

Utk order, boleh ikuti 3 langkah mudah berikut: 

1. Bank in ke bank berikut (dibwh nama Yusrina binti Mohamat Hata) 
Maybank (311140004424) ATAU CIMB (14140123642524) 

2. Bukti pembayaran : 
Email ke ibuaz.shoppe@gmail.com ATAU SMS/WhatsApp 019-2712601 

3. Maklumkan detail berikut via email atau SMS atau WhatsApp - 
Nama Anda - 
No HP anda - 
Alamat utk Penghantaran - 
Email address anda utk sy maklumkan cara makan dan tips -


Pengambilan suplemen Shaklee hanyalah usaha. Yang menentukan kejayaannya hanyalah datang dari Allah S.W.T.


Yusrina binti Mohamat Hata 
SMS/Call/WhatsApp: 019-2712601 
Email: ibuaz.shoppe@gmail.com 
Shaklee ID: 818055 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Monday, June 24, 2013

Jerebu oh jerebu!

Cuaca yang kurang baik sekarang bukanlah perkara yang boleh dipandang begitu sahaja. Udaranya penuh dengan habuk dan asap hasil dari pembakaran hutan yang dibuat di Kepulauan Indonesia. Pelbagai bahan kimia yang sedang berterbangan di udara kita ketika ini. Orang dewasa pun tidak mampu bertahan, apatah lagi anak-anak kecil.


Rata-rata farmasi di kawasan sekitar Bangi telah kehabisan penutup muka. Bekerja di hospital memberi sedikit kelebihan untuk mendapatkannya. Tapi takanlah nak bawa lari sekotak pulakan. Ish... Tu dah pecah amanah namanya. 


Namun begitu, walaupun telah menggunakan penutup muka, kita masih perlu mengurangkan aktiviti di luar rumah. Masih perlu mengambil beberapa langkah berjaga-jaga. Mungkin ada rumah yang telah dipasang dengan penapis udara. Namun adakah hanya setakat itu?

Bagaimana dengan keadaan badan kita? Adakah badan kita dapat memberikan ketahanan yang mencukupi sepanjang masa jerebu ini? 

Alhamdulillah. Shaklee tidak pernah mengecewakan. Syukur kerana saya sentiasa ada dua produk ini sepanjang waktu jerebu ini. Dan alhamdulillah, ia tidak mengecewakan. Apakah produk Shaklee itu?

Taraaaa!

Performance Orange

dan


Nutriferon


Performance membantu saya untuk mengekalkan hidrolit di dalam badan. Manakala Nutriferon membantu meningkatkan ketahanan badan saya. Oh ya. Sebagai ibu mengandung saya tidak digalakkan untuk mengambil Nutriferon pada awal-awal kehamilan. Walaupun sekarang kandungan sudah minggu ke20, saya masih berhati-hati untuk ambil Nutriferon. Disebabkan keadaan yang terlampau teruk pada ketika ini, saya ambil ia sebagai pertahanan di dalam badan. Tapi tidak le ambil hari-hari. Budak kecil dalam perut harus dijaga juga!



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Monday, January 16, 2012

Kenapa PERLU ambil suplemen?

Tajuk post ni agak keras. Buat mereka yang anti-suplemen, confirm makin mencebik kat Cik Yut. Paling koman pun, sebakul sumpah seranah depa collect bagi I. Hahaha.. Tak kenal maka tak cinta. Kalau tak dibuka mata hati, tengok dengan biji mata pun tak nampak.

Seperti tajuk post, KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?

Sekiranya, anda mempunyai kehidupan berikut :

1. Anda menetap di kawasan yang penuh dengan tumbuhan hijau.
2. Anda merupakan seorang peladang, tanam dan makan sendiri sayuran anda.
3. Anda merupakan seorang penternak - bela sendiri lembu, kambing, ayam dan itik.
4. Anda merupakan seorang yang mengamalkan senaman setiap hari.



Sekiranya anda memenuhi keempat-empat kriteria di atas, YA anda tidak memerlukan suplemen!



Hahahaha... Dapat ke lulus kesemua kriteria di atas? Dah tentu tidak. Hampir kesemua kita menetap di kawasan hutan batu. Kawasan yang penuh dengan batu bata. Kawasan yang penuh dengan asap. Hampir kesemua kita juga tidak bekerja sebagai peladang dan penternak, hatta nelayan. Dan jarang juga antara kita yang rajin nak pi bersenam.


 
Itu baru tempat kediaman dan mengenai bahan yang kita makan. Confirm ke kita haiwan tu haiwan organik yang dibela tetapi dapat lepas bebas menikmati isi alam, bukan haiwan yang disuntik dengan hormon untuk digemukkan atau dicepatkan proses kematangannya. Anda yakin? Entah berapa bilangan nutrisi yang tinggal dalam haiwan tu? Tu baru satu. Kemudian, haiwan tu disembelih dan sayuran itu diproses untuk penghantaran ke pasar borong atau pasaraya. Ya, mereka kata mereka ambil kira untuk menjaga tahap kebersihan dan menjaga kandungan nutrisinya. Tetapi tanpa sedar, kita sudah kehilangan hampir separuh dari zat yang terdapat di dalam daging dan sayuran itu apabila kita membelinya.



'Food supplement' atau makanan tambahan bukan lagi pilihan sebenarnya. Boleh dikatakan ia menjadi keperluan di dalam setiap rumah. Lebih-lebih lagi sekiranya :
- anda seorang yang overweight
- anda seorang perokok tegar
- atau pun anda tinggal bersama si perokok tegar
- anda terdedah kepada bahan-bahan kimia
- suka sangat makan jajan
- tak suka sangat makan sayuran dan buahan
- anda seorang yang kurang bersenam
- suka makan makanan segera yang tinggi lemak dan kolesterolnya



Jangan menidakkan lagi apa yang berlaku pada diri anda. Ya, makanan tambahan tidak semestinya dalam bentuk pil. Tetapi sekiranya anda tidak dapat menjumpai makanan yang berkhasiat yang anda yakin kandungan nutrisinya tidak hilang hampir 50%, maka pengambilan makanan tambahan menerusi pil atau bancuhan adalah jawapannya. 



Saya tidak memaksa anda untuk terus ke farmasi dan membeli keperluan suplemen anda. Saya hanya mahu anda membaca dengan hati yang terbuka. Membaca dengan lapang dada tanpa sebarang prejudis. Tetapi sekiranya anda masih lagi mempunyai masalah untuk menyerap informasi atau tulisan ini, saya mohon anda hubungi saya terus ya!


Setakat ini dulu. Nanti kita sambung lagi.


Sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh diajukan melalui email ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...