SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Merawat selsema si kecil dengan Shaklee

Merawat selsema si kecil dengan Shaklee - terdapat beberapa cara yang boleh dipakai untuk merawat si kecil yang sedang selsema. Post sebelum ini saya sentuh mengenai rawatan secara tradisional. Ibubapa juga boleh mencuba menggunakan produk Shaklee dalam membantu mengurangkan masalah ini. Penggunaan secara berterusan pula dapat mencegah atau mengelak ia dari berlaku dengan kerap. 


Bagi anak kecil yang berusia 1 hari hingga dua tahun, sudah tentu suplemen tidak diberikan kepada mereka. Doktor juga tidak akan memberikan sebarang preskripsi kepada si kecil sehinggalah mereka berusia satu tahun. Namun begitu, suplemen dapat diberikan menerusi ibu. Si ibu boleh mengambil Nutriferon dan Vitamin C untuk tujuan rawatan, dan juga OmegaGuard untuk tujuan pencegahan.



Bagi anak-anak yang berumur dua tahun ke atas, suplemen yang dicadangkan ialah Chewable Vita C dan OmegaGuard. Pemberian MealShakes kepada si kecil juga sudah boleh dimulakan. Namun begitu, kuantiti atau sukatan bagi anak kecil ini tidak sama seperti anak-anak berumur empat tahun ke atas.


Ibubapa turut diingatkan supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dhulu sekiranya si kecil anda mempunyai masalah kesihatan. Kebiasaannya selsema berlaku disebabkan cuaca sejuk, alergi pada habuk atau makanan.

Untuk memastikan selsema si kecil cepat sembuh, ibubapa juga perlu mencari apakah penyebab selsema mereka. Sekiranya disebabkan habuk, maka ruangan di dalam rumah dan peralatan perlu dibersihkan sekerap mungkin. Hilangkan pencetusnya, InsyaAllah ia dapat dielak dari berlaku lagi.




Penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak.


Monday, June 24, 2013

Jerebu oh jerebu!

Cuaca yang kurang baik sekarang bukanlah perkara yang boleh dipandang begitu sahaja. Udaranya penuh dengan habuk dan asap hasil dari pembakaran hutan yang dibuat di Kepulauan Indonesia. Pelbagai bahan kimia yang sedang berterbangan di udara kita ketika ini. Orang dewasa pun tidak mampu bertahan, apatah lagi anak-anak kecil.


Rata-rata farmasi di kawasan sekitar Bangi telah kehabisan penutup muka. Bekerja di hospital memberi sedikit kelebihan untuk mendapatkannya. Tapi takanlah nak bawa lari sekotak pulakan. Ish... Tu dah pecah amanah namanya. 


Namun begitu, walaupun telah menggunakan penutup muka, kita masih perlu mengurangkan aktiviti di luar rumah. Masih perlu mengambil beberapa langkah berjaga-jaga. Mungkin ada rumah yang telah dipasang dengan penapis udara. Namun adakah hanya setakat itu?

Bagaimana dengan keadaan badan kita? Adakah badan kita dapat memberikan ketahanan yang mencukupi sepanjang masa jerebu ini? 

Alhamdulillah. Shaklee tidak pernah mengecewakan. Syukur kerana saya sentiasa ada dua produk ini sepanjang waktu jerebu ini. Dan alhamdulillah, ia tidak mengecewakan. Apakah produk Shaklee itu?

Taraaaa!

Performance Orange

dan


Nutriferon


Performance membantu saya untuk mengekalkan hidrolit di dalam badan. Manakala Nutriferon membantu meningkatkan ketahanan badan saya. Oh ya. Sebagai ibu mengandung saya tidak digalakkan untuk mengambil Nutriferon pada awal-awal kehamilan. Walaupun sekarang kandungan sudah minggu ke20, saya masih berhati-hati untuk ambil Nutriferon. Disebabkan keadaan yang terlampau teruk pada ketika ini, saya ambil ia sebagai pertahanan di dalam badan. Tapi tidak le ambil hari-hari. Budak kecil dalam perut harus dijaga juga!



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Friday, April 5, 2013

Saya benci kamu!


Ni cilok dari blog Ita.

Semakin rajin Ita menulis. 


Kita orang perempuan ni ada satu masalah. Asal period saja -- moody. Asal period saja -- moody. Kadang-kadang tak boleh salahkan diri juga sebab...masa kita period ni la, hormon dalam badan tak berapa nak seimbang. Bila hormon dah kelibang-kelibu (bahasa aku), mulalah jadi moody tu.
Tapi jangan risau. Ada satu supplement, memang dah terbukti secara klinikal boleh mengurangkan simptom-simptom tu.
Selain daripada masalah kegelisahan (moody) tu tadi, supplement ni boleh membantu mengurangkan kekejangan semasa haid, sakit-sakit belakang, sakit payudara dan macam-macam sakit semasa period.
Tapi jangan salah faham, supplement ni, bukannya untuk orang perempuan saja. Tak tak tak. Supplement ni banyak fungsinya. Selain daripada untuk mengurangkan stress dan PMS tu tadi, supplement ni ada Interferon semulajadi yang mengandungi polisakarida yang mana ia merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.
Dan untuk sesiapa yang mahu kelihatan muda (siapa tak mahu kan?) supplement ni membantu melambatkan penuaan.
Kalau baca semua kebaikan supplement ni, rasa macam hospital/klinik boleh katup, tak payah beroperasi-kan? Haha.
Kita hanya berusaha, yang buruk datang dari kita, yang baik datang dari Allah swt jua. Hanya dengan izinNya, inshaAllah usaha kita ini berhasil. Hanya doa dan tawakal mengiringi apa jua usaha kita kan.
Dari tadi asyik sebut supplement, supplement saja kan? Apa nama dia sebenarnya. Nama dia ialah Nutriferon :). Nutriferon ni paten eksklusif yang dipaten oleh Shaklee. Kedai-kedai biasa tak ada tau.
Jujur aku bagitahu, aku sendiri -- dulu -- tak tahu kebaikan Nutriferon ni. Maklumlah, kita sebagai ejen, takkan nak cuba semua kan? Tapi bila sendiri dah tahu, terus order satu untuk cuba. Alhamdulillah, setakat ini kalau selsema atau rasa nak demam, terus saja telan ini, dah kurang bergantung pada panadol.

Boleh juga rujuk pada testimoni-testimoni pengguna sedia ada. Macam kat bawah-bawah ni.
.
.
.
.
.





wallahu'alam.

jadi, sekali lagi -- apa kebaikan Nutriferon ek? mari mak rumuskan. meh meh.

1.  Mengukuhkan sistem imun.
2.  Melawan kanser dan tumor.
3.  Melindungi dari influenza.
4.  Meringankan stress dan kelesuan.
5.  Melambatkan penuaan.
6.  Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B dan C.
7.  Mengurangkan masalah berkaitan menopaus dan PMS.

inshaAllah.



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
 Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Wednesday, April 3, 2013

Gantikan PCM dengan Nutriferon

Produk yang satu ini, saya jarang sangat bercerita. Memang jarang-jarang keluar. Bila dilihat pada label, hanya baru tiga post bercerita mengenai produk ini. Selain Basic H, Nutriferon juga merupakan antara produk perlu ada di dalam rumah.  Sebenarnya produk ini boleh dikategori sebagai produk terbaik di dalam Shaklee.


Kenapa ia perlu ada di dalam rumah kita?
Apabila seseorang berasa hendak demam/ sudah demam, ini berlaku disebabkan oleh keadaan imuniti badan yang sedang rendah. Imuniti tidak mampu melawan serangan dari bakteria atau virus yang datang bersinggah ke badan kita. Bila imuniti tidak mampu lagi bertahan, badan kita akan bertindakbalas dengan memberi kesan demam, berpeluh-peluh. Sepeket sahaja diperlukan untuk meningkatkan kembalikan ketahanan badan. Membantu imuniti badan untuk bangkit melawan serangan di dalam tubuh. 


Apabila saya mengalami selsema teruk,  kebiasaannya saya akan mulakan dengan Vitamin C yang dipatah dua. Kalau ia tidak memberi kesan, saya akan ambil sepeket nutriferon dan makan. Tuang aje ke dalam mulut. hee Jangan bercakap ye sesama Nutriferon berada di dalam mulut, nanti habis tersembur semuanya!


Penemuan berkuasa dalam Sains Sistem Imun

Dicipta oleh penemu yang Interferon
Immunologist yang terkenal di dunia Dr. Yasuhiko Kojima pertama kali ditemuiinterferon pada tahun 1954, ketika beliau menjalankan penyelidikan di Tokyo University. Selepas 40 tahun penyelidikan cermat dan teliti menguji beratus-ratussebatian semula jadi, beliau membangunkan gabungan unik empat cabutantumbuhan berkuasa yang meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan.*

Secara semulajadi Meningkatkan Tahap Interferon *
Saintis dan komuniti perubatan telah dikenal pasti interferon sebagai pentinguntuk fungsi imun yang sihat. NutriFeron tambahan hanya makanan di Amerika Syarikat dicipta oleh penemu interferon yang secara semulajadi meningkatkanpengeluaran interferon dalam badan .*

Terbukti oleh Empat Pengajian Klinikal Manusia
Gabungan fitonutrien yang mujarab-lagi-selamat menyediakan sokongan imunbetul-betul pada tahap sel. Kajian menunjukkan kesihatan yang luar biasa dan faedah perlindungan imun campuran proprietari NutriFeron empat ekstrak tumbuhan .*

Eksklusif Formula berpaten
NutriFeron tidak dijual di kedai-kedai. Ia boleh didapati melalui Shaklee. Formula unik yang dipatenkan NutriFeron Shaklee eksklusif. Tambahan yang kuatberkesan, ia telah melebihi satu set ujian saintifik untuk keselamatan, ketulenan,potensi dan prestasi yang ketat.


Dapatkan ia sekarang pada harga istimewa. Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau sms 019-2712601 untuk mengetahui lebih lanjut dan untuk konsultasi percuma.

Thursday, January 31, 2013

NUTRIFERON : Perisai terbaik!

Penghidap Psoriasis seperti saya sememangnya akan sentiasa berada di dalam keadaan yang rendah imuniti. Mudah untuk dijangkiti selsema, batuk dan demam. Walaupun telah mengambil Vitamin C, namun ia masih belum mencukupi untuk saya. Kalau saya dapat ambil bacaan imuniti, senanglah juga untuk dipantau. Ini ikut rasa badan saja.


Apa tambahannya selain dari Vitamin C?



Ya, NUTRIFERON!

Kenapa saya katakan ia TERBAIK?
Menguatkan sistem imun dalam 3 hari  ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.
Melawan kanser dan tumor  interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
Melindungi terhadap influenza  ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.
Meringankan tekanan dan kelesuan 
membantu mengatasi  kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.
Kelewatan Penuaan 
formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C  keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.
Meningkatkan Menopaus  Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.
Membantu masalah PMS 
Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.


Eh, boleh ke ibu yang menyusukan ambil NUTRIFERON??

BOLEH!!

Tiada masalah. Dalam si ibu mahu meningkatkan imuniti badannya, si kecil juga akan mendapat manfaat yang sama! 



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Sunday, December 30, 2012

Ada suplemen ke untuk penyakit Tibi?

APAKAH PENYAKIT TIBI?

* Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat.
* Ianya disebabkan oleh kuman Tibi.
* Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.



Organ serangan


BAGAIMANA PENYAKIT TIBI MEREBAK?

* kuman Tibi di sebarkan melalui udara.
* Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika bersin atau batuk.
* Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti penyakit Tibi.


TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI

*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu
*Kahak berdarah
*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
*Hilang selera makan
*Susut berat badan
*Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk
*Mudah Ietih.


BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT TIBI

*Jika anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:-
*Pemeriksaan doktor
*pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman Tibi
*Pemeriksaan X-ray dada.



Pemeriksaan doktor


RAWATAN PENYAKIT TIBI

*Penyakit Tibi boleh dirawat dengan sempurna sekurang-kurangnya selama 6 bulan iaitu:-
*2 bulan pertama -makan ubat setiap hari
*4 bulan berikutnya-makan ubat 2 Kali seminggu


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

*Memberi suntikan BCG kepada bayi yang baru lahir
*Segera ke hospital, jika mengalami batuk yang berterusan lebih dari 2 seminggu
*Sesiapa yang tinggal bersama dengan pesakit Tibi perlu melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital kerajaan
*Memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang sempurna
*Membiarkan banyak cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya boleh membunuh kuman Tibi.
*Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
*Mendapatkan rehat yang cukup.
*Elakkan tinggal bersesak-sesak dalam rumah yang sempit


KEMUDAHAN KESIHATAN

*Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati secara
percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.


Kemudahan Kesihatan


FAKTA PENTING :

*Penyakit Tibi tidak boleh berjangkit melalui makanan dan minuman.
*Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan
*Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain.
*Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang disediakan.


Tidak berjangkit melalui makanan


Sumber:
Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2001


Apakah suplemen SHAKLEE yang boleh dicadangankan kepada pesakit Tibi?
- Vivix
- Nutriferon
- Sustained Release Vit C Plus
- Garlic
- Caratomax
- Omega Guard
- Vita E
- Zinc Complex


Bagaimanapun, set untuk pesakit Tibi ini dapat disesuaikan mengikut bajet anda. Cuma perlu hubungi saya dan kita akan berikan cadangan suplemen mengikut poket anda. Jangan susah hati ya.


Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Sunday, January 1, 2012

Selsema teruk....nak tercabut hidung!

Sejak dari minggu lepas, saya mengalami breakdown. Memang kebiasaan saya akan breakdown dalam sehari dua. Tapi kali ini, ia lebih lama. huhuhu... Rasa macam nak tercabut hidung dengan tekak dibuatnya. Bila saya selsema, saya akan makan Vitamin C sebanyak dua biji yang dipatah dua. Jadi ia ada emat bagianlah. Kalau orang lain, saya akan cadangkan sebiji dipatah dua sahaja. Badan saya memang memerlukan anti histamin yang lebih, jadi sebiji memang tak cukup. 

Vitamin C - sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.



Tapi bila teruk sangat sampai macam ni, maksudnya saya perlukan bantuan yang lebih kuat sedikit. Saya ambil nutriferon pula. Setiap hari satu peket sehingga sembuh. Hari ini baru hari ketiga makan. Selalunya sehari dua dah kebah dah. Nampaknya selsema kali ni memang degil sedikit! 



Tugas Nutriferon : Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*


Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMSkan kepada saya 019-2712601 untuk mendapatkan pandangan dan rundingan secara percuma.

Wednesday, September 7, 2011

Psoriasis : Bagaimana saya menghadapinya?

Assalamualaikum wbt dan Salam Aidilfitri.



Ada yang tahu saya menghidap psoriasis. Namun ada juga yg belum tahu. Jadi, di sini saya nak buat pengumuman. Ya, saya seorang pesakit psoriasis. Menjadi pesakit psoriasis bukan mudah. Saya telah didiagnos pada tahun 2001. Masa itu, baru sahaja memulakan kuliah di UKM. Tetapi, rasanya sakit itu sudah saya dapat sejak dari matrikulasi lagi.

Semasa di matrikulasi, ada satu peta di pipi saya. Nasib baik saya ni bukan jenis penyegan sangat. Jadi saya buat tidak tahu sahaja bila ada yang asyik melihat peta di muka. Yang lebih mencabar, peta itu bukan satu warna. Ada 3 lingkaran warna padanya. Yang paling dalam berwarna kemerahan seperti terbakar. Ramai yang mengatakan ia panau. Saya hanya mengiyakannya. Malas nak layan.

Mak mana yang tidak risau dengan keadaan anaknya. Sudahla anak dara, muka tidak cantik pula. Dibawanya saya ke mana sahaja untuk mendapatkan rawatan. Sampai sekarang, masih juga bergitu niatnya. Tetapi disebabkan saya berdegil tidak mahu, dipendamkan sahaja hasrat hatinya itu. Bukan apa, bukan setakat ke klinik kulit, bahkan ke dukun mana, pawang mana tah dibawanya. Saya bukan tidak percaya pada alam ghaib. Tapi setiap kali berjumpa dengan 'doktor-doktor pakar' ni, diagnosis penyakit saya pasti berbeza!

Saya pernah berpantang selama satu semester di matrikulasi. Ia telah menyebabkan berat badan saya turun sebanyak 5kg. Syukur ia tidak mengganggu pembelajaran saya. Ya lah, saya hanya mendapat sumber protein dari sayuran dan karbohidrat dari nasi. Vitamin pula dari buah-buahan. Masa itu, manalah pikir cukupkah, tak cukupkan keperluan nutrisi dalam badan saya. Saya hanya fikir untuk cantikkan muka! hahahaha

Selepas mengenali Shaklee pada tahun 2008, keadaan psoriasis saya masih terkawal. Saya masih lagi mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit. Namun sejak dari 2001, rawatan yang  diberikan ialah lotion dan ointment dari steroid. Walaupun kita hanya apply sedikit sahaja pada badan, tapi kalau dah hari-hari letak, lama-kelamaan ia akan memudaratkan. Jadi sejak dari tahun lepas, saya sudah berhenti berjumpa doktor. Pada masa itu saya hanya menyapu lotion yang mengandungi Vitamin E pada badan saya.saya masih belum betul-betul mengamalkan Shaklee untuk keadaan psoriasis saya. Hanya selepas melahirkan Azrie pada tahun 2010. 

Kenapa selepas itu? Selepas melahirkan Azrie, keadaan kulit saya begitu teruk! Sesuai dengan keadaan yang baru melahirkan, hormon dalam badan macam roller coaster gamaknya. Dari atas ke bawah, depan ke belakang, keadaan kulit saya memang teruk. Nak menyusukan pun payah. Jadi, untuk mengurangkan rasa sakit, rasa ketidakselesaan, saya makan Nutriferon setiap hari. Biasanya saya ambil Nutriferon bila saya mengalami selsema teruk.  Alhamdulillah ada nampak kurang. Tapi ia tak bertahan. Sebabnya, psoriasis ialah penyakit auto-imun. Jadi, saya perlu buat pendekatan lain.

Antaranya ialah :
1. Saya cuba untuk kurangkan stress. Tidak terlalu memikir mengenai kesihatan saya. 
2. Memastikan diri saya sentiasa tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah
3. Minum air secukupnya.

Selain Nutrifeon, saya masih terus mengambil ESP. ESP mengandungi protein yang merupakan bahan asas dalam tubuh. Jadi yang basic jangan ditinggalkan. Bahan asas lain seperti VitaLea, Vit C dan Bcomplex masih tetap di ambil seperti biasa. Yang paling banyak ialah Vit C dan Bcomplex.

Vit C - mengandungi kolagen. Mengikat sel-sel yang terbentuk. Ini membolehkan kulit itu tidak terlalu mengelupas.
Bcomplex membantu untuk mengurangkan rasa stress dalam badan. Kadangkala, saya ambil 2 biji bagi membantu saya untuk lebih tenang.
Performance Drink - untuk mengekalkan hidrolit dalam badan. Kadang-kadang jenuh juga nak minum air banyak2. Kalau ingat, ok la. Kalau tak ingat. Jadi ini tugas PD! hehehe

Selain dari pemulihan dalaman, saya turut menggunakan Basic H sebagai mandian saya. Hee.. Kalau orang lain, hanya perlu 2-3 titis ke dalam baldi. Saya buat Basic H macam shampoo badan. Letak di tapak tangan dan lumur ke badan. Selepas mandi, lega sungguh rasanya. Basic H membantu mengekalkan kelembapan pada kulit secara semulajadi.

Saya gunakan juga Herbal Cream. Produk ini saya belum ceritakan lagi dalam blog ni. Nanti saya akan update mengenai ia. Herbal Cream disapu pada bahagian kulit yang tak berapa comel tu. Nak bagi ia kurang kering. Sekarang, saya tambah GLA complex pula.

Alhamdulillah, atas usaha yang dibuat sedikit sebanyak membantu juga. Perlu diingat, psoriasis tidak dapat sembuh sepenuhnya. Tapi usaha ini adalah untuk membantu untuk mengawal dari ia berlaku lebih teruk. Ada penyakit berkait lain yang pesakit psoriasis akan dapat sekiranya ia mengawalnya seperti arthitis, heart problem dan multiple sclerosis.

Usaha akhir ialah bertawakal dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Saya menganggap penyakit ini adalah hadiah dariNya. Bahawa saya sentiasa dalam peliharaanNya. InsyaAllah. Alhamdulillah, suami juga tiada masalah mengenai ini.

mmm... Banyak betul saya ambil. Tapi semuanya berjadual. Bukan sekaligus. Buat mereka yang mempunyai masalah yang sama dengan saya, boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk dapatkan konsultasi secara percuma.

Nanti saya akan cerita bagaimana saya menyusukan Azrie dengan keadaan psoriasis teruk pada kedua-dua belah payudara! Ingatkan saya ye!

Thursday, August 11, 2011

Penyusuan : Kadangkala ia tidak semudah yang disangka

Assalamualaikum wbt

Ramai yang berfikiran saya tiada masalah dalam menyusukan si kecil. Kata mereka, saya sudah menjadi Peer Councelor. Adoi mak! Saya juga manusia biasa. Saya menuntut ilmu bagi membolehkan saya berkongsi dengan ibu-ibu yang lain. Saya juga mempunyai masalah ketika menyusukan si kecil. Dan saya menggunakan pengalaman itu, juga untuk membantu ibu-ibu.

Apakah sebenarnya masalah yang saya hadapi semasa menyusukan Azrie (Alhamdulillah, semasa menyusukan Azzalea dulu, saya tidak mempunyai sebarang masalah!) Saya merupakan seorang pesakit psoriasis. Selepas melahirkan Azrie, psoriasis saya telah melarat ke seluruh badan. Bahagian yang paling saya takuti ia akan berada ialah di payudara! Sudah tentu saya sangat khuatir dan risau. Saya mahu menyusukan Azrie. Sekiranya ia berada di payudara, bagaimana nanti saya dapat menyusukan si kecil?

Ya, ia berada jua di bahagian yang paling merisaukan itu. Keadaan payudara yang tidak cantik, kering dan kusam. Bila ia kering, kulit itu boleh dikopek. Bila dikopek ia akan berdarah. Yang paling menyakitkan ialah luka pada bahagian puting menyerupai 'cracked nipple'. Buat ibu-ibu yang pernah mengalami 'cracked nipple' pasti mengetahui kesakitan yang saya alami. Selama satu hingga dua bulan kelahiran Azrie, saya hanya menahan sakit bila menyusukan. Saya sangat tertekan. Ini kerana saya tahu bahawameletakkan diri pada keadaan STRESS akan hanya menyebabkan gangguan kepada pengeluaran susu. 

Jadi saya berbincang dengan Puan Kamariah, bagaimana saya dapat mengatasi keadaan ini. Jadi, Puan Kamariah telah mencadangkan saya untuk menggunakan 'milk collector', dan Puan Kamariah telah meminjam 'milk collector' kepunyaan SusuIbu.com (dan saya masih lagi belum memulangkannya!) 

Dengan menggunakan 'milk collector', keadaan payudara saya akan sentiasa lembap (selain dari menggunakan losyen!) Sekiranya keadaan kulit payudara kering, itu yang akan membuatkania luka dan berdarah. Dan kesakitan yang ditanggung hanya Allah sahaja yang tahu!

Psoriasis merupakan penyakit auto-imun. Dalam keadaan diri yang masih separuh segar selepas melahirkan, badan saya memerlukan bantuan dari dalam. Oleh kerana itu, saya telah mengamalkan pengambilan Nutriferon pada setiap hari.

Nutriferon merupakan immune booster. Ia sangat berguna buat orang yang kerap mengalami masalah kesihatan. Buat mereka yang jarang-jarang sakit, hanya ambil apabila diperlukan. Dan  di saat ini, saya sangat memerlukan ia. Saya mengambilnya setiap hari sehingga ke hari ini. Selain daripada Nutrifeon, saya akan memastikan diri saya untuk mengambil Vitamin C dan Bcomplex setiap hari. Alhamdulillah. Dengan pengambilan setiap hari tanpa henti, saya tidak menyangka dapat juga menyusukan Azrie sehingga ke hari ini. Alhamdulillah!


Sunday, December 6, 2009

Nutriferon

Product Name : NutriFeron


Details :
Servings per Container : 30 sticks (1.2 gram each).
Serving Size : 1 stick.
Retail Price : RM 181.25

Developed by the Immunologist Dr. Yasuhiko Kojima.
After an exhaustive review of thousands of compounds and 200 herbs, Dr. Yasuhiko Kojima isolated four ingredients (Pumpkin seeds extract, Safflower flowers extract, Plantago Asiatica seeds and Japanese Honeysuckle flowers extract) that promote general well-being.
A Shaklee exclusive, NutriFeron is a patented, clinically proven blend of immune-strengthening plant extracts. Taken daily, NutriFeron strengthens immune response by boosting the body’s natural interferon.

Click here for Clinical Research
Click here for more product information


Source : Shaklee Malaysia

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...