SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Alfalfa sambut 2014!



Angka...

Ia hanyalah angka.
Yang penting untuk dilihat ialah pencapaian diri kita.
Di manakah kita selepas satu hari?
Di manakah kita selepas satu minggu, satu bulan, satu tahun?

Pastikan ada lonjakan dalam perjalanan hidup kita.
Barulah hidup lebih beerti.


Ohya, bulan ini ialah bulan ALFALFA.



Seperti biasa, PERCUMA 1 botol untuk setiap pembelian 6 botol.
Seperti biasa juga, pembelian melebihi ~RM650 layak untuk mendapatkan keahlian secara PERCUMA.


Jangan bertangguh lagi ya.
Cepat2 SMS saya, WhatsApp ke.
Saya tunggu setiap pesanan anda!



Thursday, February 7, 2013

Waktu mustajab untuk berdoa



Selain kita berusaha untuk menjaga kesihatan kita (jangan lupa makan suplemen Shaklee!), kita boleh berdoa agar dipanjangkan usia. Tetapi jangan sebarang berdoa. Pilihlah saat-saat doa yang mustajab! Kita boleh berdoa pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun, terdapat waktu yang tertentu yang mana lebih mustajab, sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW.

Dipetik dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki, hasil tulisan Tuan Fathuri Salehuddin, beliau telah menyenaraikan waktu mustajab, seperti di bawah :

  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari, iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh.
  2. Setiap lepas solat fardhu.
  3. Di antara zuhur dan asar. Juga di antara asar dan maghrib.
  4. Waktu di antar azan dan iqamat.
  5. Ketika bangun tidur.
  6. Semasa solat, iaitu sebelum salam (selepas membaca tasyahud akhir).
  7. Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  8. Pada masa takbir solat hari raya (sela masa di antara takbir semasa solat).
  9. Waktu di antara dua khutbah (khutbah Jumaat dan khutbah hari raya).
  10. Waktu menziarahi makan Rasulullah SAW di Masjid Madinah.
  11. Waktu melakukan urusan penting.
  12. Waktu membaca doa qunut pada solat subuh.
  13. Pada masa mengadakan majlis dan upacara (yang bukan berbentuk maksiat)
  14. Waktu ditimpa kesulitan, kecewa dan hati itdak tenteram.
  15. Waktu bertemu kembali sanak-saudara atau sahabat yang lama terpisah.
  16. Waktu hujan turun.
  17. Waktu hendak memulakan solat dan setelah selesai solat.
  18. Waktu selesai khatam 30 juz al-Quran atau selepas selesai membaca mana-mana ayat al-quran.
  19. Sewaktu sujud.
Subhanallah. Punyalah banyak waktunya. Yang penting, kita jangan pernah berputus asa dengan Allah. Bersangka baiklah. Ia pasti akan dikabulkan cuma Allah yang Maha Bijaksana yang paling mengetahui bila masa yang paling tepat untuk memakbulkan doa kita!


pst : Jangan lupa PROMOSI FEBRUARI!
 

Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Wednesday, January 30, 2013

Impian saya bersama Shaklee

Alhamdulillah.

Bulan Januari sampai ke penghujungnya.
Penutup yang manis, sebagai pembuka untuk bulan-bulan yang akan datang.
Sekiranya bulan Januari saya katakan bulan yang manis, InsyaAllah, bulan-bulan akan datang akan lebih manis lagi.

2009 - 2013 : ini bermaksud telah 5 tahun saya bersama Shaklee.
Banyak pengalaman pahit manis sepanjang 5 tahun ini.

Pasti ada yang bertanya, APAKAH YANG KAMU IMPIKAN DI DALAM SHAKLEE?




Untuk 2013, IMPIAN saya ialah untuk mendapatkan bonus sebanyak RMxx,xxx. Ya, Pendapatan 5 angka dari Shaklee. Tidak mahu 6 angka ke? hahaha... Pasti mahu. Tiada yang MUSTAHIL di dalam bisnes SHAKLEE!! 


Bagaimana pula caranya untuk mencapai impian ini?

1. Sentiasa FOKUS kepada impian ini. Ini ialah MATLAMAT saya di dalam Shaklee. Sentiasa mengingatkan diri kepada matlamat ini supaya saya sentiasa fokus!





2.   Mendekatkan diri kepada ALLAH. Setiap rezeki yang dikurniakan kepada kita, setiap hari, setiap masa adalah dengan keizinanNya. Hanya dengan izin dari Allah, barulah kita dapat merasa semua nikmat itu. Oleh itu, untuk menunjukkan rasa SYUKUR yang tidak berbelah bahagi, caranya ialah dengan mendekatkan diri denganNYa. Memohon dariNya, bersangka baik denganNya.

Antara caranya ialah :

i. Bangun lewat malam atau awal pagi untuk menunaikan tahajud
ii. Menunaikan solat Dhuha
iii. Mengamalkan ayat berikut



Doa saya, semoga saya dan anak-anak Shaklee saya menggapai impian masing-masing. 




Ya, NEVER GIVE UP. Cepat atau lambat, itu tidak penting. Apa yang lebih penting ialah, tidak kenal erti putus asa, dan sentiasa BERUSAHA!
Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Thursday, December 13, 2012

Sihat adalah ANUGERAH

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 




Apabila kita SIHAT, banyakkanlah bersyukur kepadaNya. Kesihatan yang baik adalah satu REZEKI buat kita. Apabila kita sihat, kita dapat melakukan amal ibadah dengan sebaiknya. Apabila kita sihat, orang sekeliling kita akan rasa gembira dan bahagia.


Namun begitu, apabila datangnya SAKIT, janganlah kita mengeluh. Jangan pula kita berasa marah. Sakit adalah ujian buat kita dariNya. Allah menguji hambanya dengan kesakitan untuk melihat sejauh mana ketaqwaan kita kepadanya. Adakah kita masih tetap sujud kepadaNya dalam keadaan kita sakit? Adakah kita masih tetap memujiNya walaupun kita sedang sakit?  



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Sunday, September 30, 2012

Mulakan hari dengan fikiran yang indah!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Esok ialah hari ISNIN. Apabila tiba hari Isnin, mulalah ramai yang terus membayang MONDAY BLUES! hahahah.. Selepas itu, mulalah terikut-ikut dengan mood blues tu. Sudahnya banyak perkara terbengkalai. Kita ialah apa yang kita fikirkan. Oleh itu, Fikirkan perkara yang baik-baik pada malam ini, supaya esok kita akan melalui perkara yang baik-baik sahaja.


“BEKERJA Sebagai MOTIVASI HIDUP
BERAMAL Untuk KESEIMBANGAN HIDUP” 
― Wuryanano

Selamat malam! Ingat, fikir yang indah-indah sahaja ya!




Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Thursday, February 2, 2012

Kita apa yang kita fikirkan...

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Assalamualaikum...

Saya bukan orang hebat dalam bidang motivasi. Saya juga bukan sesiapa untuk memotivasikan orang lain. Saya sendiri perlu banyak membaca untuk kekal bermotivasi. Dan saya juga akan pastikan diri saya berada berhampiran dengan orang-orang bermotivasi. Sememangnya saya rasa bersyukur kerana diri saya dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa positif.




Dalam penyusuan juga begitu. Ibu-ibu perlu sentiasa berfikiran positif terhadap keadaan dihadapi. Setiap masalah, ada penyelesaiannya. Oleh yang demikina, jangan terus berkeluh kesah (ni pesan untuk diri sendiri juga ni) dan memikirkan masalah itu. Kita harus fikirkan langkah yang lebih hadapan dan lebih jauh. Apabila ibu ada masalah dalam penyusuannya dan kemudian terlalu memikirkan hal itu, ini boleh menyebabkan gangguan kepada penghasilan dan pengeluaran susu.

Meletakkan diri di dalamkeadaan kurang berkeyakinan, tidak positif akan menyebabkan kita stress. Apabila stress, ia menyebabkan horomon oksitosin dan prolaktin terganggu. Akibatnya, tiada susu. Jadi, kekal positif sepanjang hari walaupun anda akan mempunyai sedikit gangguan di sana sini >_<



Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS/WhatsApp 019-2712601.

Friday, December 30, 2011

Moms Support Group : Suplemen dan Penyusuan

Assalamualaikum wbt.

Berita baik buat anda yang ingin berkongsi ataupun ingin mendapatkan bantuan penyusuan, saya dan rakan-rakan sedia menerima undangan anda pada setiap hari Jumaat, time lunch untuk mengadakan MOMS SUPPORT GROUP di tempat kerja anda di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya. Selain ilmu penyusuan, kami juga akan adakan juga knowledge sharing mengenai pengambilan produk Shaklee di dalam menjayakan penyusuan juga. Support Group ini bukan sahaja memfokuskan mengenai penyusuan bahkan jika ada berminat untuk mencuba produk Shaklee saya sedia datang ke tempat anda untuk menjawab isu-isu suplemen atau apakah produk yang sesuai untuk diri anda. Boleh hubungi saya secara SMS atau WhatsApp di 019-2712601.

Friday, December 2, 2011

Hampir ke penghujung...

Pejam celik pejam celik, 2011 sudah hampir ke penghujungnya. 2012 akan hadir menjelma. Adakah kita masih di situ? Adakah kita masih berdiri di tempat yang sama? Atau kita sudah tertinggal jauh ke belakang? Ayuh. Jangan tunggu sehingga esok atau sehingga tahun depan untuk memulakan langkah baru dalam kehidupan kita. Walaupun perit untuk memulakannya, tapi pasti kemanisan akan menanti kita di penghujung jalan. 

Tinggalkan dunia ini dengan kenangan yang ibdah dan lalui kehidupan di dunia sana dengan ketenangan. Kita yang mencorakkan diri kita. Tidak orang lain. Namun jangan kita sakiti atau tanam kebencian di dalam diri kita atau diri yang lainnya.


Jangan lupa untuk mendapatkan promosi Disember 2011. Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Tuesday, November 15, 2011

Yakin terhadap diri!

Alhamdulillah. Setiap 14hb saya tidak perlu mengeluh lagi. Ada la sedikit imbuhan buat diri dan anak-anak sehingga ke hujung bulan. Saya bersyukur dapat berkongsi kebaikan Shaklee dengan ramai orang. Sudah ramai yang memperoleh kebaikannya, dan lenih ramai lagi yang ingin mencuba juga. Cukuplah bercerita mengenai 14hb setiap bulan. Sesiapa berminta untuk tahu lebih lanjut mengenai 14hb, boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601.


Dalam setiap apa perkara yang dilakukan perlu ada keyakinan diri. Begitu juga dalam penyusuan. Si ibu perlu yakin bahawa dirinya mampu untuk menyusukan si kecil. Yakin bahawa si ibu mampu menghasilkan susu dan yakin bahawa susunya mencukupi untuk si kecil. Hilang salah satu keyakinan dalam setiap aspek penyusuan mampu untuk mengganggu gugat fikiran si ibu dan seterusnya mengganggu penghasilan susu dan seterusnya membantutkan hasrat si ibu untuk menyusukan si kecil.

Namun begitu, tidak semua ibu mampu untuk yakin begitu sahaja. Tidak semua ibu mampu untuk mempunyai keyakinan dengan sekelip mata. Seperti contoh, saya berkata kepada seorang ibu, "Ibu jangan berasa susah hati. Saya pasti Ibu mampu melakukannya. Ibu perlu yakin!". Adakah dengan mendengar ayat begitu, si ibu dapat menetapkan dirinya untuk menjadi lebih yakin. 

Kadangkala ada ibu perlukan sesuatu untuk dia berasa yakin. Perlu sesuatu yang lebih NYATA yang wujud di hadapan mata! Ini kerana setiap ibu adalah individu berbeza. Hanya kerana kita mampu melakukan sesuatu, kita juga berasakan ibu lain juga mampu untuk melakukannya. Lain orang lain caranya. 

Sunday, June 12, 2011

Jgn STRESS!!

Penyusuan Ibu | Jangan Stress!!

Stress

Perkataan ni sangat2lah saya takan benarkan hinggap kat ibu2 yang sedang menyusukan si kecil.
Untuk fikir mengenai ini pun saya tak bagi.
Tapi kalau mmg si ibu tu dah stress, nak buat macamana kan?
Bila si ibu tu dah ada stress, kenalah dia cepat2 cari jalan utk hilangkannya.
Lebih lama stress tu ada, lebih susahlah susu nak keluar.

Pengalaman saya, setiap hari kat klinik mmg stress.
Lebih2 lagi bila terlalu ramai pesakit, dan terlalu sikit tenaga kerja.
Bila sampai sesi mengepam, fuuuuh...mmg payah! Susu seakan2 merajuk, bawa diri.
Apa yg saya buat, ikut ajelah. Lepas sesi mengepam, saya isi perut dan gembirakan hati saya.
Jarang saya nak tgk bape banyak susu yg dapat dikumpul masa sesi tadi.


Alhamdulillah, sesi seterusnya pasti tidak menghampakan >_< !!


Penyusuan Ibu | Jangan Stress!!

Friday, March 4, 2011

Bacalah dengan lapang dada!

Seringkali apabila kita membaca sesuatu, atau mendengar sesuatu yg sensitif, kita akan cepat marah dan melenting. Sbb tu saya nak pembaca semua, utk kali ini membaca dengan hati yang terbuka, berlapang dada. Serap dahulu, kemudian diproses sedikit demi sedikit...

Ini hasil tulisan MommyLyna :

Pengambilan Supplement Sunnah Nabi?

by MOMMY LYNA
Bila menyebut makanan sunnah, biasanya dikaitkan dengan tamar (kurma), kismis (zabit), buah zaitun, halia, delima, susu, madu lebah… Hingga ada yang risau tentang pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut sunnah.
Sunnah Rasulullah SAW adalah makan makanan yang halal dan baik untuk kesihatan, sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Baqarah:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (2:168)
Makanan yang baik adalah makanan yang halal dari segi sumbernya dan terbaik dari segi kualitinya, yakni mempunyai zat yang mencukupi. Kekurangan zat makanan bukan saja menjadikan seseorang itu lemah dari segi fizikal, mudah diserang penyakit, malah juga melibatkan kemampuan berfikir dan mengawal emosi.
Rasulullah bersabda:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah” HR Muslim.
Ramai orang cuma makan sekadar untuk sedap dan kenyang. Cuba kita perhatikan kebanjiran restoran-restoran atau kedai-kedai atau gerai yang menyediakan makanan yang tidak berkhasiat namun mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Lumrah manusia akan makan mengikut apa yang dilihat di mata dan dirasa oleh hidungnya, bukan mengikut keperluan tubuh badannya. Kerana itulah ada orang yang tidak suka makan sayur, kerana mungkin sayur tak sedap.
Negara2 maju amat menitikberatkan soal nutrisi dalam makanan. Oleh itu mereka mempunyai standard RDA (Recommended Daily Value) mereka sendiri. Biasa dengar bukan, USRDA?
Malangnya, bagi kita, tidak semua orang menitikberatkan pemakanan seimbang. Lebih2 lagi dengan variasi makanan di Malaysia, yang ada macam2 jenis. Pagi2 makan nasi lemak, teh tarik. Kadang2 roti canai. Tengah hari beriani kambing. Malam cuba western food pula. Lepas tu keluar ngeteh dengan kawan2 pula. Tapi bila dah tua2 barulah berpantang itu ini sebab dah kena macam2 jenis penyakit.
Rasulullah bersabda tentang ini:
“Perut manusia tempat segala macam penyakit, dan pencegahan itu pokok dari segala pengubatan” HR al-Dailami.
Jadi, bagaimana untuk mencegah segala penyakit? Ia bermula dengan menjaga pemakanan dan aktiviti. Antaranya…
  • Makan mengikut saranan piramid makanan
piramid makanan
  • Mengambil buah-buahan dan sayuran tempatan kerana masa memetik dan sampai kepada pelanggan adalah lebih singkat dan kurang penggunaan bahan pengawet.
  • Mengambil makanan yang membekalkan cukup vitamin dan zat mineral.
  • Makan mengikut waktu.
  • Minum air yang mencukupi.
  • Bersenam.
Penjagaan pemakanan bukan sekadar makan untuk kenyang, sebaliknya untuk membekalkan seluruh zat keperluan kepada tubuh. Rasulullah SAW sendiri mempunyai tabiat makanan yang baik. Oleh itu Baginda sentiasa cergas dan bersedia dalam melaksanakan tugasnya. Begitu juga dengan para sahabat yang bukan saja memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, malah ketua keluarga, ayah, datuk, jiran, kawan, guru, imam dan sebagainya. Tanpa sokongan dari badan yang kuar dan jiwa yang mantap, kita lihat saja kualiti lelaki pada zaman ini. Buat satu kerja sudah penat, buat kerja sikit penatnya banyak, emosi tak terkawal dan sebagainya.
Jadi, makanlah yang baik2, pastikan keluarga kita dibekali pemakanan yang halal dan berkhasiat, yang penting ia adalah dari sumber semulajadi, samada dalam bentuk makanan asal atau pil vitamin ekstrak dari bahan makanan. Walaupun air tangan ibu yang terbaik dan paling berkat, namun makanan yang disuap itu yang membina fizikal dan mental anak-anak.
------

Jadi, macamana?? Dapat terima? Yang penting baca, serap dan kemudian proses setiap satu ayat yg ditulis itu!

Friday, November 5, 2010

Mencari pendapatan sampingan dan makan vitamin secara PERCUMA!

Salam...

Saya nak kongsi cerita dengan korang pasal kakak saya yg sorang ni. Nama dia mmg saya selalu sebut dalam blog ni. Sapa lagi kalau bukan Kak N.

Salam bahagia dan semoga sentiasa dalam rahmat Allah jua....

Saya pasti setiap kita menyimpan impian untuk bekerja dari rumah... menjana pendapatan di samping dapat menguruskan keluarga. Tanpa perlu memikirkan kemarahan bos, makan hati dengan rakan sekerja yang kaki bodek, tugasan yang bertimbun....

Saya mengambil cuti tanpa gaji pada tahun 2007 hujung tahun dan niat asalnya hanya untuk dua tahun. Waktu itu dalam kepala saya , saya nak buat tuition di samping buat Shaklee sebagai sambil-sambilan. Masa tu saya hanya mahu fikirkan saya perlu ada duit untuk cover elaun bulanan emak dan belanja bulanan saya.

Kini selepas habis cuti dua tahun, saya meneruskan untuk cuti lagi dua tahun dan merancang untuk menghabiskan peruntukan cuti yang ada dan jika dizinkan Allah saya ingin berhenti dan meneruskan apa yang sedang saya lakukan sekarang.

Dulu saya tak percaya melalui pendapatan sampingan di rumah kita boleh mendapat pendapatan di luar jangkauan ...tetapi setelah saya laluinya, memang benar. Kita boleh dapat lebih hebat dari apa yang kita sangkakan....walaupun adakala seperti mustahil. Saya pernah menikmati pendapatan melebihi pendapatan makan gaji saya.

Konvensional business, kita perlu tahu dan belajar buat demo, buat parti macam parti tupperware, ajak orang datang dan tengok demo. Inilah saya lakukan dulu. Namun hasilnya tidak sehebat mana.... penat pun ya juga.

Kini saya dah menemui cara yang lebih cepat dan relevan untuk zaman ini. Lebih hebat lagi jika mendapat restu suami dan sokongannya...pendapatan boleh berlipat kali ganda.

Dalam session yang akan dibuat pada 4 Disember ini akan saya dedahkan rahsia bagaimana saya menikmati pendapatan yang berkali ganda dari pendapatan seorang guru.

Bukan sekadar makan vitamin secara percuma malah kami sudah menikmati apa yang sebelum ini MUSTAHIL buat kami yang makan gaji.

Ada orang menjana pendapatan dengan pelbagai cara...namun bagi saya sebagai seorang surirumah sepenuh masa buat masa ini apa yang sedang saya lakukan sangat berbaloi....dan saya ingin kongsikan dengan anda diluar sana dengan lebih terperinci dan semoga apa yang kami visual kan nanti membuka minda kita untuk mendapat kehidupan yang lebih hebat.

Bagi anda diluar sana yang juga sedang mencari pendapatan sampingan, dialu-alukan untuk menyertai program tersebut bersama saya dan keluarga Euphoria saya.

Tarikh : 4 Disember 2010
Tempat : Scriptory Box, Tingkat 1, Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong
Masa : 2.00 petang hingga 5 petang.
Bayaran : RM70/ orang or RM120/berpasangan. (Khas untuk semua downline dan loyal customer Shaklee saya)

Bayaran untuk bukan ahli RM100 perseorangan.

Tempat adalah TERHAD iaitu 50 orang sahaja!

Bayaran boleh dibuat kepada saya melalui MBB 101048786368. Norita Mohd Idris dan emailkan bukti.

Discount : 10% jika bayaran dibuat sebelum 10 November 2010.
Harga selepas diskaun: Ahli RM63 seorang atau RM108 berpasangan

Emailkan kepada addinnasa@gmail.com untuk menyertai program ini!
-----------------------------

Sila daftar awal untuk memastikan anda mendapat tempat! (SAYA TAK DAFTAR SBB SDG BERPANTANG :( !)


Notes :
Jika anda bukan ahli Shaklee, boleh mendaftar menjadi member Shaklee dengan saya untuk mendapat harga ahli.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...