SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, February 22, 2012

Penyusuan ibu : pengertiannya bukan sekadar payudara dan susu!

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease* 


Apabila kita menyebut penyusuan ibu, pasti yang dibayang ialah payudara, susu. Susu dan payudara. Takde benda lain. Kalau sebut depan rakan-rakan lelaki, kita disuruh diam. Kata mereka itu tajuk 18SX! Ambooooi.... engkau orang yang membayang, aku yang disuruh diam ya. AAK!

Apabila dijemput (heee...macam orang besar pula..dijemput). bukan bukan... Dipanggil untuk berkongsi cerita mengenai penyusuan, saya sememangnya lebih senang untuk bercerita apa yang disebalik penyusuan ibu. Apa yang patut dilihat oleh kedua-dua bakal ibu dan bapa mengenai penyusuan. Cer tengok gambar di bawah, agak-agak ada tokoh jadi wakil rakyat tak?




Nak kata saya ni pro parenting, pro natural atau apa-apa pro lagi, tidak juga. Tapi yang pasti saya lebih kepada penyusuan. Dahulu saya suka kata saya obses dengan penyusuan. Tapi saya tidak mahu pula disalaherti oleh ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi mereka. Nanti mereka tidak mahu berkawan dengan saya pula.. Jadi, sekarang saya lebih bersifat terbuka, namun masih lagi menyokong penyusuan.

Kalau bercakap mengenai kebaikan penyusuan terhadap ibu, terhadap anak, terhadap keluarga, saya yakin, teramat yakin kebanyakan ibu sudah tahu. Memang sudah tahu. Kadang-kadang sampai naik muak mendengarnya! heee... Tapi itu yang benar. Jadinya sekarang, saya tidak lagi bercakap mengenai kebaikannya. Saya akan bercakap mengenai risiko yang bakal berlaku sekiranya ibu-ibu tidak menyusukan!




Ok,ni baru nak masuk ke tajuk. Suka benor Cik Yut ni menulis mukadimah yang pepanjang! Melampau betul....hahahahaha

Bagaimana nak melihat penyusuan itu lebih dari apa yang dilihat?

Melakukan 'bonding' seawal dari kelahiran

Dalam '10 Langkah untuk Menjayakan Penyusuan', pihak hospital perlu untuk initiate penyusuan seawal kelahiran selama satu jam. Bonding ini bukan sekadar sebagai kunci untuk si kecil memulakan penyusuannya. Walaupun selepas satu jam si kecilmasih belum mahu menyusu,itu tidak mengapa. Sebenarnya si ibu dan si anak telah mendapat banyak kebaikan dari sesi bonding tadi. Sesi ini saya sebut sebagai sesi taaruf buat si ibu dengan si anak. Sesi untuk si kecil mengecam ibunya. Dengan tahap penglihatan yang masih belum terbentuk sepenuhnya, si kecil menggunakan sepenuhnya deria baunya. Bau si ibu dicium dan diamati. Oh, ini ibuku! kata si kecil.

Kenapa ibu kucing tak nak anak dia kalau kita dah pegang anak dia?
Sebabnya bau anak kucing tu dah jadi bau kita. Dia dah tak dapat cam lagi bau anaknya jadi dia ingat anak kucing tu musuhnya. Sebab itu dia tak mau dah dengan anak kucing yang kita pegang tu.

Kita pun sebenarnya ada animal instinct ni. Cuma kita dah jarang guna, tidak peka lagi. Kalau tadi si ibu kucing yang tidak mahukan anaknya, dalam situasi kita,ia terbalik. Si kecil yang tidak mahu dengan ibunya. Yalah, selepas kelahirannya, Cik Jururawat dah bawa dia jauh dari ibunya. Bersihkan dia kemudian susukan dia. Dan dia terlena kekenyangan. Jadi kemudian, bila diberikan kepada si ibu, si kecil menolak ibunya. Tak sama pun bau ini dengan bau yang tadi, bisik si kecil. Si kecil pun melalak. Puaslah si ibu nak menenangkan si kecil. Lama-lama, si ibu pun ikut melalak!


Lepas tu meleretlah dengan beberapa peristiwa lagi seperti bengkak susu, susu takdelah dll...


Kalau ibu-ibu perasan, antara langkah-langkah yang dicadangkan untuk mengembalikan si kecil ke payudara ibu ialah dengan melakukan skin to skin secara kerap. Melakukan sesi taaruf sekali lagi, memulakan sesi perkenalan si ibu dengan si kecil semula. 

Ok, sebenarnya apa yang saya tulis ni belum separuh rasanya. Tapi terpaksa berhenti di sini dahulu. Ada anak-anak kecil dah menjerit-jerit memanggil ibu mereka! keskeskes.... Macam biasa, boleh aju soalan di ruangan komen atau emel atau SMS. InsyaAllah saya akan menjawab segala pertanyaan kalian. Waaah.... macam talian hayat pula!



Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...