SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Monday, October 3, 2011

Testimonial : Kurang rasa lenguh!



Saya mengalami masalah kelenguhan pada bahagian sebelah kiri sejak dari zaman sekolah. Kaki kiri saya sering rasa kebas. Paling tidak menyenangkan apabila hari hujan atau cuaca sejuk, kaki kiri saya akan rasa sejuk sangat. Padahal kaki yang sebelah kanan tidak pula. Bila saya mengadu pada mak, seperti biasa dia akan bawa saya ke doktor tradisional. Tetapi, rasa tidak selesa itu tidak juga berkurangan.

Apabila mengandung, keadaan akan semakin jadi tidak selesa. Lenguh di bahu dan tangan kiri rasa semakin menjadi-jadi. Saya fikir, mungkin sebab mengandung sulung jadi rasa itu masih baru pada saya. Tetapi selepas mengandung yang ke empat, saya masih boleh rasa kelenguhan itu. Disebabkan tidak selesa dengan keadaan ini, saya memohon dari doktor supaya dapat membuat surat rujukan untuk saya berjumpa dengan ahli fisioterapi. 

Maka bermulalah sesi terapi di unit fisioterapi. Bila dah buat latihan dan badan dah kena 'hot pack' tu, memang terasa ringanlah badan. Ahli terapi juga memberi saya beberapa bentuk latihan untuk tangan dan bahu saya. Walaupun terapi itu dibuat di dalam banguna  yang sama dengan tempat kerja saya, tapi dek kesuntukan waktu saya sering terlepas atau terlupa tarikh temujanji. huhuh.... Bagaimana keadaaan saya bila sudah tidak ke klnik terapi? Adooi. Pasti kurang selesakan....

Jadi saya bercadang untuk mencuba Ostematrix bagi mengurangkan rasa lenguh-lenguh tu. 

Saya makan secara maksimum kerana tidak tahan dengan keadaan itu. Latihan untuk tangan dan badan tetap dibuat. Selepas seminggu mengamalkan Ostematrix, keadaan lenguh-lenguh semakin berkurang. Apabila masih terus mengamalkan ia sehingga kini, keadaan semakin bertambah baik. Tangan dan bahu masih akan berasa lenguhnya apabila seaya menggunakan bahagian badan sebelah kiri secara berlebihan. Tetapi dengan bantuan Ostematrix, keadaan itu dapat dikurangkan.

Buat mereka yang juga sering berasa lenguh pada bahu dan kaki, boleh mencuba Ostematrix.Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...