SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, October 5, 2011

Mahu menyusukan, adakah ibu-ibu telah bersedia?



Selepas kegagalan menyusukan Azyana pada 2006, saya bertekad untuk menyusukan anak-anak yang seterusnya. Selepas mengetahui bahawa saya hamil untuk kali kedua, saya sedaya upaya untuk memenuhkan ilmu mengenai penyusuan. Semasa mengandungkan Azyana, saya sudah membaca banyak buku mengenai penyusuan. Saya fikir dengan membaca saya pasti dapat menyusukan. Kegagalan menyusukan Azyana adalah dari saat dia dilahirkan.


Saya melahirkan Azyana di hospital swasta. Jadi si kecil itu ditempatkan di nursery, manakala saya berehat-rehat di bilik. Pada ketika itu, tidak terdetik langsung difikiran saya untuk meminta bayi dari jururawat yang bertugas. Saya benar-benar terlupa mengenai hal penyusuan. mmm.... Maaf ya. Saya sedang mengingati kembali, apakah sebenarnya perasaan saya ketika itu. Apa yang saya lakukan? Tetapi saya lupa apa yang berlaku dan apa yang saya rasa. 


Hari demi hari semakin banyak perkara berlaku yang menyebabkan Azyana tidak menyusu dengan saya. Saya masih ingat satu ketika Azyana menyusu dengan saya, kemudian dia muntah kembali. Muntah sebanyaknya. Dan perkara itu berlaku sebanyak dua kali. Rasanya ini yang menyebabkan saya berhenti terus dari mahu menyusukan Azyana. Saya mahu, tetapi saya tidak tahu apakah yang berlaku, apakah kesilapan saya ketika itu? 


Adakah saya menyesalinya sekarang? Jawapannya, TIDAK. Berlakunya peristiwa itu telah menjadikan laluan kehidupan saya penuh warna-warni. Kadang kala, saya memikirkan, sekiranya saya berjaya menyusukan Azyana ketika itu, adakah saya akan berada di sini? Berkongsi pengalaman dan rasa bersama ibu-ibu lain? Mungkin tidak, mungkin juga ya. Hanya Allah yang lebih mengetahui.


Bagaimana pula persediaan saya untuk anak kedua? Ketika awal kehamilan, saya bertugas di Melaka. Di sana, saya mula menambah lagi ilmu pengetahuan mengenai penyusuan. Jawatankuasa Penyusuan di Hospital Melaka mengadakan sambutan mengenai minggu penyusuan dengan membuka kaunter informasi. Jadi saya berkenalan dengan jururawat-jururawat yang bertugas. Tidak sempat pula mahu berkenalan dengan Sister Menaka! Setiap kali lalu di hadapan kaunter, saya pasti ambil pamplet. Bila pamplet sudah banyak di tangan, saya letak ia bersepah-sepah di rumah mak. :) hehehe... Senang, bila duduk di ruang tamu, nampak. Di bilik nampak. Bahkan di dapur pun ada! Saya tampal pada pintu peti ais.


Bila dapat bertugas di Serdang, baru saya dapat kembali kepada dunia online. Saya memulakan kembali sesi cari-mencari di internet. Ketika itulah saya terjumpa dengan SusuIbu.com. Alhamdulillah. Perkongsian ilmu di sana memberi pencerahan yang sangat sempurna. Walaupun lebih berkeyakinan kali ini, saya tetap membawa Azzalea berjumpa dengan Kak Kamariah untuk memastikan latch si kecil betul. Tiada masalah pada posisi dan sebagainya. Syukur, penyusuan bersama Azzalea berlangsung sehingga dia berumur satu tahun lima bulan. Saya tidak pernah terfikir untuk menyusukan dia selama itu.


Dari cerita saya, ada beberapa perkara yang ibu-ibu, mahupun bakal ibu perlu ambil perhatian :
1. Persediaan mental dan fizikal
2. Menyiapkan suami, mak, mak mertua dan ahli keluarga yang lain
3. Mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku satu situasi
4. Sentiasa menambah ilmu kerana ilmu mengenai penyusuan tidak terhenti di sini.

Saya nak berkongsi satu buku dengan para ibu.



Saya selalu mencadangkan buku ini kepada rakan-rakan. Namun sayang, ia sedikit sudah untuk ditemui di sini. Di dalam buku ini, Sue Cox telah memberi cadangan apa yang perlu dilakukan oleh kedua ibubapa sekiranya mereka mengalami situasi. Contohnya kelahiran anak pra-matang, anak lahir istimewa dan sebagainya. 

Persedian dalam penyusuan perlu dilakukan pada setiap arah. Sokongan dari semua pihak teramat penting. Semua orag disekeliling ibu dan bayi perlu mengambil perhatian tambahan. Saya mendoakan supaya ibu_ibu dapat menyusukan bayi mereka!


Emel saya di ibuaz.shoppe@gmail.com untuk mengetahui maklumat lanjut. Hanya kita yang mampu mengubah nasib kita.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...