SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Sunday, October 9, 2011

Produk pertama saya! ESP, I love it!


Sebenarnya dari siang tadi saya nak menulis mengenai pengalaman saya ni. Tapi dek sebabkan kesibukan menguruskan rumah dan anak-anak, saya langsung tidak berkesempatan untuk mengusik laptop! heee Hati saya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk berkongsi cerita ini dengan Tuan Puan. Terbakar saya bila melihat laptop menganga....

Begini ceritanya...

Saya mengenali Shaklee sejak tahun 2008. Tak salah, masa itu saya sedang berpantang. Azzalea dah berumur satu bulan lebih rasanya. Kak N, ingat tak bila akak datang rumah saya? heehehe... Bagaimana ye saya boleh mencari Shaklee? Saya pun dah lupa. Rasanya sebab saya mahu berpantang cara lain selain jamu. 

Yang pasti, masa tu Kak N datang sendiri ke rumah menghantar suplemen saya. Cerita punya cerita, borak punya borak, lama jugaklah Kak N dan ibubapa mertuanya di rumah. Lepas satu juadah, satu juadah lagi keluar. 




Selepas Kak N pulang, saya terus bancuh ESP dalam mug bersama dengan minuman kegemaran saya. Selepas 15 minit, Subhanallah! Baju saya terus basah! Susu menitik-nitik. Baju yang saya pakai kuyup! Saya dah kelam kabut. Sebabnya Azzalea dah menyusu masa tu. Nak tak nak saya perlu perah. Selepas itu, setiap kali mahu menyusukan Azzalea, saya perlu perah susu terlebih dahulu. Kalau tidak, Azzalea akan tersedak. Susu saya dah over supply!

Dan sejak itu, saya memang tak boleh tinggalkan ESP. Yang pasti, antara kelebihan lain, saya berasa kurang penat. Kulit wajah saya bersih (sila abaikan keadaan saya yang mempunyai psoriasis!). Muka saya lebih berseri selepas melahirkan Azrie (ni selepas sudah consume ESP selama 2 tahun!) Boleh dikatakan saya sudah ketagih dengan ESP. Jangan risau, ESP tidak memabukkan..heheeee....



Apa kebaikan ESP @ Energizing Soy Protein?


Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.


Apa yang berlaku bila kurang protein?

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

`

Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

2 comments:

anis alina said...

Kawan kak anis ada bgtau shaklee ada produk yg boleh tmbhkn susu,ini ke?setakat ni cukup lg la utk anak akak yg br 3 bulan ni.hehe.sebotol berapa?

Anonymous said...

Ini antaranya.
Ada beberapa lagi yg perlu diambil.

Prinsip dalam penyusuan tetap perlu dibuat untuk menambah pengeluaran susu

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...