SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Monday, October 17, 2011

Anak di NICU.....ibu macamana?

Sejak membuat lawatan ke NICU, lebih banyak kes penyusuan yang saya peroleh. Kadangkala masalahnya sama, tapi jalan penyelesaiannya berbeza. Ada ibu, kita beri sedikit tips atau cara, InsyaAllah masalahnya selesai. Ada ibu yang lain, sudah dibantu berhari-hari namun tiada yang selesai. Di NICU, ada ibu yang berpeluang untuk menemani bayi mereka kerana terdapatnya bilik yang disediakan. Buat yang tidak berpeluang, mereka akan datang setiap hari untuk menjenguk bayi, menyusukan bayi dan meluangkan masa dengan bercakap-cakap dengan si kecil. Tabah sungguh si ibu!


Ada juga rakan-rakan saya yang akan menghubungi saya dan mendapatkan panduan untuk menyusukan bayi disebabkan bayi mereka masih di NICU. Apa yang sering berlaku apabila si ibu tadi berpisah dengan bayi ialah ibu akan mengalami bengkak susu (engorgement). Perkara ini disebabkan oleh si kecil tiada di sisi untuk menyusu. Penghasilan susu telah berlaku namun payudara tidak dapat dikosongkan.


Kebanyakan ibu melegakannya dengan mengepam payudara mereka. Namun begitu, ada sesetengah perkara, keadaan menjadi lebih teruk. Mereka mungkin akan mengalami luka pada puting. Apa yang sebaik-baik cara yang perlu dilakukan oleh ibu tadi?


1. Engorgement - bila sudah terlalu bengkak mmg akan jadi terlalu sakit. Seeloknya payudara tadi di tuam sejuk terlebih dahulu untuk melegakan kesakitan. Apabila kesakitan sudah berkurangan, kita perlukan kurangkan rasa tegang pada payudara. Gunakan lima jari anda dan letak disekeliling areola. Kemudian tolak jari ke dalam, dan tahan dalam 10saat. Ulang cara ini sehingga kawasan sekitara areola lembut. Dan kemudian lakukan teknik Marmet.

Kenapa teknik Marmet lebih baik dari penggunaan pam?
Dengan menggunakan jari sendiri, anda dapat mengetahui bahagian mana yang mempunyai lebih banyak blockage. Dengan itu, kita akan menumpukan kawasan itu dengan mengosongkannya. Tidak salah untuk menggunakan pam, tetapi dengan keadaan payudara yang keras, ia menyebabkan luka pada puting.


2. Stress - kebanyakan ibu-ibu yang anaknya masih di NICU labih senang utk stress. Selalunya mereka sgt stress! RUnsing memikirkan keadaan si kecil, runsing keran amasih tidak dapat menyusukan si kecil secara terus dan juga runsing kerana memikirkan bahawa si kecil telah diberikan susu artificial.

Saranan saya, si ibu perlu elak dari terus-terusan memikirkan si kecil. Saya pasti, penjaga mereka iaitu paradoktor dan para jururawat sudah semestinya akan memberikan yang terbaik bagi memastikan si kecil dapat terus hidup. Saya selalu memberitahu ibu-ibu supaya mengambil perhatian terhadap diri mereka. Urus diri. Senangkan hati. Kemudian fokus kepada cara untuk menghasilkan susu dan kemudian dapat dibawa ke NICU dan diminum oleh si kecil.

Keadaan ibu-ibu yang baru bersalin sangat kusut masai. Jiwa mereka pula selalunya rapuh. Sekiranya si ibu tidak dapat bertahan dengan keadaan itu, itu yang boleh menyebabkan si ibu meroyan. Syaitan durjana pula sangat senang untuk meresap masuk ke dalam jiwa ibu disebabkan keuzuran ibu tadi. Jadi, buat ibu yang beragama Islam, saya sarankan untuk memperbanyakkan zikir dan selawat.Apabila keadaan ini dapat diatasi dan ditangani oleh si ibu, maka penghasilan susu dapat berlaku dengan lebih mudah dan lebih baik. Ibarat highway yang tiada road-block! heheee...


Anda boleh hubungi saya melalui emel ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS 019-2712601 untuk mendapatkan konsultansi mengenai penyusuan dan supplement.



No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...