SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Thursday, August 25, 2011

Terkilan rasa di hati

Assalamualaikum wbt




Semalam, saya kehilangan pakcik saya. Beliau sebenarnya suami makcik saya. Makcik saya ialah kakak kepada bapak saya. hee.. Maaf pjg explaination ni. Tapi apa yang penting, keluarga pakcik saya mmg dah mcm keluarga saya sebab saya membesar dengan keluarga pakcik. Semasa kecil dahulu, saya akan dihantar ke rumah pakcik dan bermalam di sana. Pakcik dan makcik saya antara orang yang palinng rapat dengan saya. Walaupun pakcik saya ni pendiam tapi orgnya tegas. Sekali keluar suara, kami (adikberadik dan sepupu) pasti lari lintang pukang.

Pakcik saya sebenarnya dah lama menghidap penyakit kencing manis. Seingat saya, sejak saya kecil lagi. Dulu pernah doktor mahu memotong kaki beliau, tapi beliau minta doktor benarkan beliau berubat secara tradisional dan mengamalkan pemakanan yang betul. Alhamdulillah, kaki beliau selamat. Badannya pun dari gemuk terus slim aje.

Dua minggu lepas, beliau ke hospital kerana luka di kaki yang tidak sembuh. Beliau tidak perasan kakinya telah terpijak kaca. Namun kakinya tidak dapat diselamatkan. Doktor telah membuang sebahagian dari kaki, yang tinggal hanyalah ibu jari kaki dan kelinking. Boleh bayangkan tak bahagian yg tinggal? Kakinya jadi bentuk V. Selepas pembedahan, beliau dibenarkan pulang. Tapi semasa saya melawat beliau, saya perhatikan keadaan beliau tidak berapa baik.

Semakin hari semakin merosot. Sehingga satu hari, sepupu saya telefon untuk tanyakan supplement yg sesuai untuk Pakcik. Jadi saya cadangkan Vivix. Sambil itu, saya dengar Pakcik saya terbatuk2, sungguh kuat sekali batuknya. Sepupu kata, dah 2-3 hari batuk dan badannya kerap jatuh. Saya paksa sepupu saya utk paksa bapanya ke hospital semula. Pada awalnya, pakcik saya berdegil. Tapi atas desakan sepupu, beliau pergi. 

Semalam saya cuti untuk uruskan beberapa perkara, mak telefon minta saya dtg lawat pakcik dgn segera. Saya lihat jam, sudah hampir jam 2. Pasti tidak dapat naik utk melawat. Jadi saya tggu jam 4.30pm utk waktu melawat seterusnya. Bila hampir waktu, saya bersiap dan bergegas ke hospital. Dalam perjalanan, saya singgah di beberapa tempat kerana ada urusan lagi. 

Mak telefon dan beritahu keadaan Pakcik semakin teruk. Saya pula sudah tersangkut dalam kesesakan. Tidak berapa lama, mak saya telefon semula dan memberitahu Pakcik saya sudah tiada! ooh... saya rasa nafas saya juga turut berhenti. Air mata saya bergenang. Ya, saya sangat-sangat sedih. Tapi air mata saya tidak mahu tumpah. Saya tahu diri saya. Kalau saya menangis, selalunya saya akan menangis mengalahkan org lain. Jadi saya cuba kuat utk kurangkan rasa kesedihan. Saya tidak mahu menambah rasa sedih yg sedang sepupu2 saya rasa.

Ada 3 perkara yang buat saya terkilan :

1. Pakcik saya tidak sempat melihat anaknya bersanding. Dah lama dia tggu. Sbbnya anak no1 dan 2 belum mahu kawen. Jadi majlis anak no 3 akan berlangsung hujung tahun ni. Sbb itu saya juga selalu ke rumah Pakcik bawa anak2 saya. Anak2 saya juga cucu2nya.

2. Saya tak sempat nak tgk Pakcik sebelum beliau menghembuskan nafasnya. Tapi malam tadi di rumah, saya tidak tengok pun jenazah beliau. Saya sangat takut air mata saya tumpah di depan Makcik dan sepupu.

3. Semasa sepupu telefon bertanya mengenai supplement. Saya cadangkan Vivix. Tapi sepupu kata agak mahal harganya. Jadi petang semalam saya sudah order Vivix utk Pakcik. Saya nak hadiahkan pada dia. Setakat Vivix, jasa Pakcik saya lebih besar. Pakcik saya berada pada setiap majlis yg keluarga saya anjurkan. Dari saya lahir sampai saya besar, dia pasti ada. Majlis bertunang saya dan adik, majlis kawen saya dan adik. Semua acara pentinglah.

Baiklah, air mata saya akhirnya mengalah. Rasa tidak dapat saya tahan lagi. Maafkan saya kerana menceritakan cerita sedih di sini. Saya hanya mahu berkongsi cerita. Hargai insan-insan kesayangan kita semasa mereka masih ada. 

"Ya Allah sesunguhnya insan ini banyak jasanya. Beliau banyak berjasa kepada muridnya pada kerjayanya dan juga pada keluarganya. Tempatkanlan beliau disamping orang -orang yang terpelihara.Amin"



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...