5 BONUS KHAS RAMADHAN
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan, iaitu :
Bonus 1 : Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.
Bonus 2 : Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga berbuka.
Bonus 3 : Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman : 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)
Bonus 4 : Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Bonus 5 : Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).'
Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?"
Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)
Dipetik dari Majalah SOLUSI isu no. 34.

No comments:
Post a Comment