SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Sunday, August 14, 2011

Susu semakin kurang!

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan
Bagaimana keadaan ibu-ibu di bulan puasa ini? Masih lagi dapat meneruskan penyusuan dan sesi mengepam seperti biasa? Kebiasaan di bulan Ramadhan, ramai ibu-ibu akan mengeluh kerana pengeluaran susu mereka akan menurun berbanding biasa. Seperti biasa, saya akan pastikan dahulu adakah ibu-ibu ini benar-benar telah melakukan apa yang patut dilakukan, iaitu :
1. Kekerapan mengosongkan payudara - sama ada kerap menyusukan si kecil atau mngepam
2. Pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3L

Ada terdapat ibu-ibu yang mengurangkan sesi mengepam mereka. Katanya sebab mahu cepat pulang ke rumah. Sudah dikurangkan, tidak pula diganti. Oleh itu, saya selalu mencadangkan kepada ibu-ibu berkenaan supaya mengganti semula sesi mengepam mereka pada malam hari. Sekiranya sebelum ini hanya mengepam 3 kali di pejabat dan 2 kali di rumah, cuba untuk melakukan sebaliknya, iaitu 2 kali di pejabat dan 3 kali di rumah

Ataupun, tambahkan satu sesi lagi apabila di rumah. Pengurangan satu sesi mengepam menyebabkan stok susu tidak lagi sama seperti sebelum. Contoh : setiap sesi pam dapat 3oz, jadi jumlah keseluruhan untuk hari itu ialah (3oz x 5) 15oz. Bila satu sesi tidak dibuat, jumlah susu ialah 12oz. Bukan itu sahaj, lama kelamaan, susu pada waktu sesi yang dilompat/dikurangkan itu tidak lagi terhasil. Jadi, ibu-ibu, fikirkanlah yang mana terbaik untuk ibu-ibu ya!

Bulan puasa macamana nak minum 3L air? Kan kita hanya ada waktu berbuka dan sahur sahaja? Boleh ke nak minum sampai 3L? Ini adalah soalan-soalan yang sering diutarakan kepada saya. Pasti boleh! Walaupun hanya dengan waktu berbuka dan sahur. Kebiasaannya ibu-ibu yang menyusukan lebih haus berbanding lapar. Jadi, pada waktu berbuka sehingga malam, pastikan ibu-ibu minum ~2L. Jadi pada waktu sahur nanti tinggal ~1L lagi. 

Namun begitu, masih ada ibu-ibu mengeluh untuk menghabiskan jumlah air ini. Disebabkan itu, saya cadangkan kepada ibu-ibu untuk minum energy booster iaitu Performance Drink (Performance Orange). PD mempunyai OptiCarb yang membantu mengekalkan kandungan hidrolit dalam badan. Jadi, badan tidak terlalu kering dan produksi susu tidak terganggu dengan banyak. InsyaAllah, sekurang-kurangnya ibu-ibu tidak lagi stress sepanjang bulan Ramadhan ini.


No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...