SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Thursday, August 11, 2011

Penyusuan : Kadangkala ia tidak semudah yang disangka

Assalamualaikum wbt

Ramai yang berfikiran saya tiada masalah dalam menyusukan si kecil. Kata mereka, saya sudah menjadi Peer Councelor. Adoi mak! Saya juga manusia biasa. Saya menuntut ilmu bagi membolehkan saya berkongsi dengan ibu-ibu yang lain. Saya juga mempunyai masalah ketika menyusukan si kecil. Dan saya menggunakan pengalaman itu, juga untuk membantu ibu-ibu.

Apakah sebenarnya masalah yang saya hadapi semasa menyusukan Azrie (Alhamdulillah, semasa menyusukan Azzalea dulu, saya tidak mempunyai sebarang masalah!) Saya merupakan seorang pesakit psoriasis. Selepas melahirkan Azrie, psoriasis saya telah melarat ke seluruh badan. Bahagian yang paling saya takuti ia akan berada ialah di payudara! Sudah tentu saya sangat khuatir dan risau. Saya mahu menyusukan Azrie. Sekiranya ia berada di payudara, bagaimana nanti saya dapat menyusukan si kecil?

Ya, ia berada jua di bahagian yang paling merisaukan itu. Keadaan payudara yang tidak cantik, kering dan kusam. Bila ia kering, kulit itu boleh dikopek. Bila dikopek ia akan berdarah. Yang paling menyakitkan ialah luka pada bahagian puting menyerupai 'cracked nipple'. Buat ibu-ibu yang pernah mengalami 'cracked nipple' pasti mengetahui kesakitan yang saya alami. Selama satu hingga dua bulan kelahiran Azrie, saya hanya menahan sakit bila menyusukan. Saya sangat tertekan. Ini kerana saya tahu bahawameletakkan diri pada keadaan STRESS akan hanya menyebabkan gangguan kepada pengeluaran susu. 

Jadi saya berbincang dengan Puan Kamariah, bagaimana saya dapat mengatasi keadaan ini. Jadi, Puan Kamariah telah mencadangkan saya untuk menggunakan 'milk collector', dan Puan Kamariah telah meminjam 'milk collector' kepunyaan SusuIbu.com (dan saya masih lagi belum memulangkannya!) 

Dengan menggunakan 'milk collector', keadaan payudara saya akan sentiasa lembap (selain dari menggunakan losyen!) Sekiranya keadaan kulit payudara kering, itu yang akan membuatkania luka dan berdarah. Dan kesakitan yang ditanggung hanya Allah sahaja yang tahu!

Psoriasis merupakan penyakit auto-imun. Dalam keadaan diri yang masih separuh segar selepas melahirkan, badan saya memerlukan bantuan dari dalam. Oleh kerana itu, saya telah mengamalkan pengambilan Nutriferon pada setiap hari.

Nutriferon merupakan immune booster. Ia sangat berguna buat orang yang kerap mengalami masalah kesihatan. Buat mereka yang jarang-jarang sakit, hanya ambil apabila diperlukan. Dan  di saat ini, saya sangat memerlukan ia. Saya mengambilnya setiap hari sehingga ke hari ini. Selain daripada Nutrifeon, saya akan memastikan diri saya untuk mengambil Vitamin C dan Bcomplex setiap hari. Alhamdulillah. Dengan pengambilan setiap hari tanpa henti, saya tidak menyangka dapat juga menyusukan Azrie sehingga ke hari ini. Alhamdulillah!


No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...