SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Friday, January 13, 2012

Suplemen dalam Penyusuan

Assalamualaikum wbt.


Sehari dua ni saya berfikir panjang. (panjang sangat ke? heee) Mengapa terdapat rakan-rakan saya dalam penyusuan seakan protes terhadap food suplement? Apabila sebut suplemen aje, yang keluar dari mulut mereka ialah Shaklee. Sebut aje, Shaklee. Seakan, suplemen = Shaklee! hahaha.... Dah tak boleh bayang benda lain dah! (Alang-alang dah terbayang Shaklee, apa kata cuba dan rasakan kelainannya...)

Suplemen bermaksud tambahan, menambah. Cuma bila kita menyebut 'suplemen' ia sudah sinonim kepada food supplement. Walhal, apa-apa yang ditambahkan kepada sesuatu yang asal itu,itu sebenarnya adalah suplemen.

Penyusuan seharusnya ringkas dan tidak menyusahkan. Bahkan ia sememangnya menjimatkan. Ops, ni pada masa dahulu, YES ia menJIMATkan. Namun dalam keadaan sekarang di mana ibu-ibu bekerja, bekerjaya dan kemudian perlu berperang di dapur dan menguruskan hal rumahtangga, ia tidak lagi menjadi mudah, ringkas dan menjimatkan. Penyusuan telah menjadi lebih kompleks. Ia juga merumitkan apabila berkaitan dengan situasi mengepam dan menguruskan susu perahan. Ia telah menjadi MAHAL apabila si ibu perlu membelanjakan sejumlah wang untuk membeli pam, freezer, botol-botol untuk menyimpan susu perahan!

Apa yang saya sebutkan tadi, itu ialah SUPLEMEN dalam penyusuan.Sebetulnya penyusuan = bayi + emak (mulut bayi + payudara emak). Sekarang? Adakah ia masih lagi asli? Ops, saya tidak membangkang anda untuk mendapatkan alatan di atas kerana saya turut menggunakannya. Saya hanya menerangkan maksud suplemen sahaja. Namun, keMAHALan penyusuan itu tidak berhenti di sini. 

Si ibu tadi berjalan meronda-ronda di Kuala Lumpur. Tiba-tiba, si kecil minta disusukan dan si ibu berasa panik kerana dia tidak biasa menyusukan si kecil dikhalayak, hatta di rumah sekalipun sekiranya terdapat tetamu di rumah. Jadi si ibu perlukan sesuatu untuk menutup situasi itu. Penggunaan nursing cover dirasakan perlu untuk dirinya! Dah, keluar duit lagi!! Ini juga merupakan suplemen untuk situasi ibu ini.


Jadi, mengapa Cik Yut nak cadangkan produk Shaklee sebagai salah satu suplemen dalam penyusuan?? Sebelum itu, ia TIDAK WAJIB. Ia adalah keperluan mengikut situasi.

Ada ibu yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga lupa kepada waktu makan. Ada ibu yang terlalu sibuk menguruskan hal rumahtangga sehingga lupa untuk menguruskan dirinya sendiri. Padahal, ibu adalah tunjang dalam keluarga. Ya, suami adalah ketua, tetapi nadinya ialah isteri. Seorang ibu dan isteri seharusnya mengutamakan juga keperluan dirinya. 

Dari rancangan Dr Oz, beliau mengatakan,hasil dari kajian yang dilakukan terhadap care-taker, sememangnya mereka (care-taker) kurang prihatin terhadap diri sendiri. ibu juga seorang care-taker, menjaga suami dan anak-anak! Jadi,pikir-pikirlah sendiri....

Nanti saya sambung lagi. Perlu layan Azzalea yang terjaga dari tidurnya.




Sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh diajukan melalui email ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...