SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Tuesday, January 3, 2012

Berjaya dalam penyusuan, apa benchmarknya?


Assalamualaikum wbt

"Berjaya menyusukan si kecil selama 6 bulan!" 
"Dah nak setahun menyusukan si kecil!" 

Seringkali saya terlihat ini dikumpulan khusus untuk ibu menyusu. Kadangkala, saya menjadi tertanya,perlukah untuk mendefinasikan kejayaan itu begini? Setiap perkataan itu boleh mendatangkan maksud yang berbeza terhadap ibu-ibu. Seorang ibu A mungkin mengambilnya sebagai kata-kata positif dan menyahut ia sebagai cabaran. Manakala si ibu B akan melihat ia sebagai satu tanda untuk kegagalan kepada dirinya. Mungkin dia hanya mampu untuk menyusukan si kecil sehingga 4 bulan dan apabila melihat pernyataan ini, si ibu menjadi stress.

Ya, sebenarnya agak sukar untuk mendefinasikannya. Saya sendiri sudah menyusukan Azrie selama 1 tahun 2 bulan. Tetapi sejujurnya, ia tidak semudah itu dan tidak sesenang itu. Pengalaman menyusukan Azzalea bukan ukuran untuk menyatakan saya tidak akan menghadapi sebarang masalah. Saya hanya dapat mengambil pengalaman itu untuk membantu saya.

Walaupun ibu saya menyokong penyusuan ibu, namun beliau tidak begitu rajin dalam bab penyediaan susu perahan. Jadi, boleh bayangkan apa yang berlaku? Semasa Azzalea dulu, rumah ibu saya ada pembantu, jadi segala perkara berkaitan dilakukan oleh pembantu. Sekarang beliau yang perlu menguruskannya. Hahahaha... beliau tidak rajin. Adakah saya perlu bergaduh dengan ibu saya semata-mata untuk menegakkan pendirian saya? Dalam keadaan ini, saya mengubah diri supaya boleh bersikap toleransi. Bukannya saya tidak menyiapkan susu perahan itu, tapi dah sememangnya ibu saya tidak cukup rajin..heeee

Bagaimana saya menetapkan kejayaan untuk diri saya? Selagi ibu saya menyokong (walaupun tak rajin) itu sudah cukup besar untuk saya. Selagi beliau menyatakan kebanggaannya yang anaknya menyusukan cucu-cucu beliau, itu sudah cukup besar. Sebab itu saya kata definasi kejayaan bagi setiap orang berbeza. Saya tetap menumpang gembira apabila ada ibu yang sememangnya berjaya menyusukan si kecil sehingga 2 tahun dan lebih. 

Anda yang tentukan sendiri kejayaan anda dalam penyusuan. Bukan orang lain sekalipun sleeping partner anda. Semoga terus berjaya!


Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...