SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Monday, January 16, 2012

Kenapa PERLU ambil suplemen?

Tajuk post ni agak keras. Buat mereka yang anti-suplemen, confirm makin mencebik kat Cik Yut. Paling koman pun, sebakul sumpah seranah depa collect bagi I. Hahaha.. Tak kenal maka tak cinta. Kalau tak dibuka mata hati, tengok dengan biji mata pun tak nampak.

Seperti tajuk post, KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?

Sekiranya, anda mempunyai kehidupan berikut :

1. Anda menetap di kawasan yang penuh dengan tumbuhan hijau.
2. Anda merupakan seorang peladang, tanam dan makan sendiri sayuran anda.
3. Anda merupakan seorang penternak - bela sendiri lembu, kambing, ayam dan itik.
4. Anda merupakan seorang yang mengamalkan senaman setiap hari.



Sekiranya anda memenuhi keempat-empat kriteria di atas, YA anda tidak memerlukan suplemen!



Hahahaha... Dapat ke lulus kesemua kriteria di atas? Dah tentu tidak. Hampir kesemua kita menetap di kawasan hutan batu. Kawasan yang penuh dengan batu bata. Kawasan yang penuh dengan asap. Hampir kesemua kita juga tidak bekerja sebagai peladang dan penternak, hatta nelayan. Dan jarang juga antara kita yang rajin nak pi bersenam.


 
Itu baru tempat kediaman dan mengenai bahan yang kita makan. Confirm ke kita haiwan tu haiwan organik yang dibela tetapi dapat lepas bebas menikmati isi alam, bukan haiwan yang disuntik dengan hormon untuk digemukkan atau dicepatkan proses kematangannya. Anda yakin? Entah berapa bilangan nutrisi yang tinggal dalam haiwan tu? Tu baru satu. Kemudian, haiwan tu disembelih dan sayuran itu diproses untuk penghantaran ke pasar borong atau pasaraya. Ya, mereka kata mereka ambil kira untuk menjaga tahap kebersihan dan menjaga kandungan nutrisinya. Tetapi tanpa sedar, kita sudah kehilangan hampir separuh dari zat yang terdapat di dalam daging dan sayuran itu apabila kita membelinya.



'Food supplement' atau makanan tambahan bukan lagi pilihan sebenarnya. Boleh dikatakan ia menjadi keperluan di dalam setiap rumah. Lebih-lebih lagi sekiranya :
- anda seorang yang overweight
- anda seorang perokok tegar
- atau pun anda tinggal bersama si perokok tegar
- anda terdedah kepada bahan-bahan kimia
- suka sangat makan jajan
- tak suka sangat makan sayuran dan buahan
- anda seorang yang kurang bersenam
- suka makan makanan segera yang tinggi lemak dan kolesterolnya



Jangan menidakkan lagi apa yang berlaku pada diri anda. Ya, makanan tambahan tidak semestinya dalam bentuk pil. Tetapi sekiranya anda tidak dapat menjumpai makanan yang berkhasiat yang anda yakin kandungan nutrisinya tidak hilang hampir 50%, maka pengambilan makanan tambahan menerusi pil atau bancuhan adalah jawapannya. 



Saya tidak memaksa anda untuk terus ke farmasi dan membeli keperluan suplemen anda. Saya hanya mahu anda membaca dengan hati yang terbuka. Membaca dengan lapang dada tanpa sebarang prejudis. Tetapi sekiranya anda masih lagi mempunyai masalah untuk menyerap informasi atau tulisan ini, saya mohon anda hubungi saya terus ya!


Setakat ini dulu. Nanti kita sambung lagi.


Sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh diajukan melalui email ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...