SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, November 24, 2010

Perah susu : Bila nak mula?

Salam...


Alhamdulillah. Si kecik dah berusia 14 hari. Saya sedang menikmati waktu2 menyusu dengan Azrie. Saya masih belum lagi dapat waktu menyusu dia. Ada masa, dalam dua jam. Ada masa setengah jam. Saya hanya ikut sahaja demand si kecik. Cuma cabarannya, bila ada org tua di rumah, telinga kita kena tahan sket la ye.


Bagi org2 tua, bayi kecil hanya tahu menyusu dan tidur. Menyusu kena kenyang. Lepas menyusu kena tidur. Kalau tak tidur, maksudnya minum tak kenyang! Jadi, saya senang untuk mendengar. Dengarkan aja. Jangan dibalah. heheheh


Ok, dah 14 hari. Perlu ke nak buat jadual untuk sesi perah memerah dan kumpul stok? Saya lebih senang untuk biarkan kalian ikut kata hati. Sehingga ke hari ini, saya belum lagi perah untuk tujuan mengumpul stok. Saya hanya perah atas sebab untuk kosongkan payudara supaya payudara tidak terlalu bengkak. Sebab kalau dah bengkak, mmg payah nanti untuk saya.


Lagi pula, saya masih belum dapat jadual minum Azrie. Waktu minumnya pelbagai. Masa dengan Azzalea dulu pun begini. Saya perah sbb nak kosongkan payudara dan tidak biarkan payudara terlalu bengkak. Apabila saya dah dapat faham bila waktu minum, baru saya buat jadual sesi memerah untuk kumpul stok.


Sebenarnya susu untuk Azrie sangat melimpah ruah. Payudara saya terlalu bengkak sampai saya tak boleh nak usik. Jadi sakit pula. Dalam berpantang ni, saya memang tak ambil jamu. Mak mertua saya ada sediakan, tapi tekak saya tak mampu nak telan. Ada satu lagi minuman yg dia buat, saya minum dua kali tapi rasanya dah ada bagi kesan kat saya. Badan saya rasa gatal merenyam aja. Hari ni tak nak minum. Takut nanti menggatal lagi badanku..huhuu...


Saya ambil VitaLea, Vitamin C, B Complex, Zinc, Alfalfa dan ESP semasa berpantang ni. Set B + Set C + ESP! haha.. Saya suka. Tapi dek sbbkan saya sgt2 suka dgn ESP, payudara saya akan kembang penuh dari yang biasa. Jadi nak mengelakkan rasa terlalu penuh (kang sakit, susah ooo), saya hanya minum sekali atau dua sahaja sehari. Masa2 menyusu ni saya akan minum 3-5 kali sehari. iiishh...mmg banyak. Sbb saya sgt2 suka ESP.. nak buat camne.


Kesimpulannya, anda yg tahu bila waktunya anda nak mula untuk mengepam dan mengumpul stok sebelum anda kembali bekerja. Sbb anda yg faham diri anda, bayi anda dan payudara anda! Selamat menyusu dan mengepam!!

8 comments:

Arissa Zoela said...

mintak izin share yer :)

Anonymous said...

Sila2..takde masalah..

Unknown said...

tumpang komen kt sini..suka tengok experience mama-mama yg murah rezeki susu ni..harap2 saya nnt macam ni jugak lah..

fizanur said...

salam kenal. cik yut ngan ibu az org yg sama rupanya. hehe.

fizanur said...

tahniah ye dpt baby.

Anonymous said...

A'aah

Cik Yut tu saya. IbuAZ pun saya. Nama anak2 semua mula dgn AZ >_<

cik nia said...

seronok kan bila tgk botol2 tu penuh ke bottleneck.. :)

Anonymous said...

Cik Nia, mmg syok!!

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...