SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Saturday, November 6, 2010

Dah lama tak kena tag....

Salam...


Org lain dok bersenang lenang di musim perayaan ni. Saya pula kena selesaikan tag yg diberi oleh mommyicha. Alahaaai, rajin sungguh awak, Cik Hadha oooi... Disebabkan dah lama saya tidak di tag, jadi saya buat le tag ni..


Assignment nye berbunyi begini :

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

 
ooooh..jadi Cik Hadha kita ni nak berkenalan dengan sayalah ye?! Selamat berkenalan! Jadi saya mulakan dari saya kecil la ye..

  1. Dilahirkan pada 12 Okt 1982 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur
  2. Membesar dengan jayanya di Kuala Lumpur.
  3. Bersekolah dari sekolah rendah ke menengah di Kuala Lumpur, lari sekejap ke Melaka masa matrix kemudian kembali semula ke KL masa belajar di U (anak jati KL!!)
  4. Bertemu dgn jejaka hati di padang hoki, berkawan selama 4 tahun
  5. Bernikah pada 3 Jun 2005 dan melahirkan cahaya mata pertama pada Mac 2006
  6. Sedang menunggu kelahiran cahayamata ke3 di saat entry ini ditaip! >_<
  7. Bekerja di hospital, tapi bukan doktor
  8. Seorang yang garang masa kecil, tapi lepas satu insiden di sekolah, langsung tak berapa nak garang
  9. Tak suka tgk barang bersepah2, tapi bukan le seorang yg suka mengemas
  10. Suka gigit kuku dari kecil, skrg dah kurang sikit dah
  11. Menulis dgn tangan kanan, kdg2 dgn tgn kiri
  12. Boleh menulis dengan kertas terbalik (bawah ke atas)
  13. Main hoki utk sekolah dan universiti - tak smp peringkat kebangsaan sbb tak pernah simpan niat (kalau ada simpan niat, smp kot!)
  14. Tak boleh main badminton sbb silau. Tak nampak bulu tangkis tu kat mana
  15. Pakai cermin mata sejak dari tingkatan 1
  16. Tak boleh pakai contact lenses - airmata tak cukup
  17. Kenal SHAKLEE sejak dari Februari 2008, dan dah jadi Independent Distributor sejak 2009
  18. Peminat fanatik Triple Gem - ESP, Performance Drink dan Meal Shake
  19. Suka menjahit, tapi dah banyak projek tersadai sejak pregnant ni
  20. Belum ada kereta sendiri!! Dulu kereta kelisa, mak yg belikan - dah jual. Kereta sekarang adalah En Hubby yg bayar. Jadi, bayar pakai duit sendiri? Nan ado...
  21. Tak suka dengan org yang hipokrit, cakap besar, kaki kipas, kaki temberang
  22. Tak suka buat kerja yg takde arah tujuan - tapi itulah yg berlaku stp hari..huhuu.. benci tapi harus bersabar!
  23. Anak manja bapak - smp sekarang!! hahahaaaa
  24. Ada banyak buku utk dibaca, dan banyak juga yang masih belum habis dibaca
  25. Daa abis ke? Nak merepek lagi boleh??

haaaahaa... ok tak Cik Hadha. Nak bagi kat sape eek?? Takleh nak pikir sekarang sbb ada hal penting ni yg perlu diuruskan.. Jumpa lagi!!

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...