SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Monday, November 1, 2010

Islam menggalakkan penyusuan

Salam...


Dari Surah Al-Baqarah, Ayat 223 :

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan "


Saya bukan nak huraikan ayat di atas. Saya bukan orang yang arif mengenai tafsiran. Nanti tersalah tafsir pula. Saya hanya nak berkongsi cerita mengenai penyusuan dalam tempoh 2 tahun. Ramai antara ibu-ibu yang sering panik selepas penyusuan selama setahun. Susu merudum, stok tak banyak, anak tak nak minum lagi. >_< Relax...

Apa yang sebenarnya berlaku dalam 2 tahun penyusuan? Apa yang ditekankan dalam penyusuan itu sendiri?

Mula-mula mengenai penyusuan. Kalau selepas anak umur 6 bulan, ramai ibu2 mula risau mengenai susu yang merudum. Atau stok susu mulai tinggal sedikit. Ibu-ibu masih lagi menaruh harapan untuk menyusukan bayi mereka sebanyak yang pernah mereka susukan untuk tempoh 6 bulan pertama. Sebenarnya, anak2 kita telah bersedia untuk menerima input baru. Ada bayi seawal 5 bulan telah menunjukkan cue untuk menerima makanan selain daripada susu.

Tapi bukanlah kita nak bagi makanan seawal itu. Hanya perlu perkenalkan mereka dgn rasa dan tekstur makanan itu. Mungkin berikan sepotong epal dan lihat apa mereka nak buat. Dari mereka ambil kereta mainan dan gigit smp tayar kereta tu tercabut, baik beri mereka rasa apa itu buahan dan sayuran. Mereka bukan nak makan smp kenyang pun. Masa ini, susu masih lagi hidangan utama. Cuma sekarang mereka sudah ada dessert! ooh, jgn lupa utk memerhati si kecil semasa perkara ini dibuat! Takut nanti mereka tercekik epal tu pula.

Apabila bayi anda sudah betul2 bersedia utk melangkah ke tahap yang lebih tinggi, ibu2 juga harus bersedia untuk menyediakannya. Kalau kita banyak buat pembacaan, digalakkan untuk memulakan dengan bahan makanan lenyek dahulu. Ini kerana teksturnya yang lebih lembut. Ibu2 harus memainkan peranan yang lebih. Buatlah kentang lenyek ke, epal lenyek ke, labu lenyek ke. Banyak resepi makanan utk si kecil. Takkan hari2 nak makan bubur saja kan. 

Bagaimana pula dengan penyusuan susu ibu? Apa yang berlaku pada pengeluaran susu? Yup, pengeluaran memang akan terganggu. Ini kerana jadual minum susu ibu telah dikurangkan dan ditambah dengan jadual makanan solid. Sekiranya ibu-ibu yang mengepam masih menggunakan jadual asal (sebelum si kecil makan), pengeluaran susu mmg akan kurang. Jadi ibu2 perlu bekerja keras untuk mengepam dengan lebih KERAP utk mendapatkan hasil yg lebih sedikit dari biasa.

Itu yang sebenarnya berlaku. Ibu-ibu tak perlu risau dan khuatir. Anak2 kita sudah membesar dan bergerak ke satu peringkat lain dalam kehidupan mereka. Namun, ibu2 harus bekerja keras untuk melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun atau lebih sekiranya berkemampuan. Jgn paksa diri secara melampau. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Apa rahsia disebalik penyusuan susu ibu? Selain dari khasiat susu ibu itu sendiri, ikatan di antara ibu dengan anak itulah yang menjadi rahsianya. Keakraban di antara si kecil dengan ibunya dibentuk sejak si kecil dilahirkan. Dgn adanya ikatan ini, diharap si kecil dapat membesar menjadi anak yang soleh dan mendengar kata. Juga menjadi anak yang lebih tenang dalam menghadapi cabaran dlm kehidupannya.

Kenapa digalakkan penyusuan selama 2 tahun (breastfeeding not breastmilk feeding)? Dalam tempoh 2 tahun itu merupakan tempoh paling kritikal dalam pembesaran dan pembelajaran anak2. Di waktu inilah kita sebagai ibubapa harus memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah anak2. Dgn adanya penyusuan ini, diharap si kecil tadi akan menjadi akrab dgn ibunya dan taat kpd ibubapanya.

Sbb itu saya menggalakkan ibu2 yang memberi EBM scr eksklusif kpd bayi mereka utk terus menyusu si kecil hampir dgn badan. Posisi yang seakan serupa sekiranya bayi itu menyusu scr terus dari breast. Biarkan bayi anda mendengar degupan jantung anda, mendengar hembusan nafas anda dan juga menghidu bauan anda. >_<

Diharap, post kali ini dapat membantu ibu2 yang masih runsing dengan pengeluaran susu mereka!


Sampai jumpa lagi!


No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...